Tuesday, November 2, 2010

Galas-PAS pertikai projek jambatan di Manek Urai, jambatan di Palekbang macam mana ?


PAS mempertikaikan janji Kerajaan BN untuk membena jambatan di Manek Urai, kononnya perlaksanaan projek jambatan tersebut telah dibuat tergesa-gesa kerana bimbang dijadikan isu dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Memang sudah jadi perangai puak-puak PAS akan mempertikaikan apa sahaja projek yang dilaksanakan oleh UMNO-BN…… itu sahaja kepandaian yang ada pada kepimpinan PAS-pakatan……

Ibarat kata orang tua-tua, “gajah didepan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak pulak”………..

Apa sudah jadi dengan projek jambatan di Kg Palekbang ?

Mengikut cerita, cadangan untuk membena sebuah jambatan yang menghubung dari Kg Palekbang dan Kg Penambang sejak dari tahun 1995 lagi.

Projek jambatan tersebut juga telah dimasukkan dalam senarai ‘manifesto PAS’ pada Pilihan Raya UMUM ke 10 tahun 1999 yang akan dilaksanakan Kerajaan PAS Kelantan.

Pada tahun 2004, Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan telah merasmikan perletakan batu asas projek jambatan tersebut yang terletak di belakang Balai Polis Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan.

Inilah salah satu contoh janji-janji Kerajaan PAS Kelantan selama 20 tahun menerajui negeri, kerajaan yang dikatakan tidak mengkhianti rakyat, tetapi selalu mungkir janji serta berbohong kepada rakyat Kelantan……

Cuba kita bayangkan cara PAS melaksanakan projek jambatan tersebut, tahun 1995, Nik Aziz mengwar-warkan hendak membena sebuah jambatan di Kg Palekbang, tahun 1999, Nik Aziz melancarkannya dalam ‘manifesto PAS’ untuk menghadapi PRU ke 10 dan pada tahun 2004, Nik Aziz mengundang Sultan Kelantan merasmikan perletakan ‘batu asas’ jambatan, sampailah sekarang………….

Maka, genaplah 20 tahun Kerajaan PAS hanya sekadar merancang sahaja…. Bukan untuk melaksanakannya….. macam janji-janji hendak bagi rakyat ‘geran tanah’ juga, janji hendak bagi rakyat ‘ladang rakyat’ juga….

Janji hanya tinggal janji, rakyat Kelantan perlu tunggu musim Pilihan Raya Umum akan datang untuk mendengar janji-janji bohong Kerajaan PAS Kelantan yang baru….

Mungkin projek jambatan Kg Palekbang akan dimasukan lagi dalam ‘manifesto bohong PAS’ pada PRU ke 13……

7 comments:

  1. Salam Bro.Pas kelantan tidak berbohong kepada
    rakyat tentang jambatan tu.Mereka cuma menipu aje.Kalau Pas menipu tak apa.halal.Boleh juga masuk surga apa.

    ReplyDelete
  2. Salam, ni yang dikatakan, huma di seberang laut terang benderang dia nampak, sekandang bapak2 gajah depan mata dia, dia tak nampak yang dia nampak pitisssssssss.

    ReplyDelete
  3. Salam Bro...Batu asas tu kena ganti dengan BATU NISAN...baru ngam...

    ReplyDelete
  4. Kalau pusat bagi royalti mcm Trengganu lebih dari jambatan Palekbang boleh buat. Jambatan M.Urai tu baru dok peringkat design tp dh siap letak papan tanda projek sbb tak lain tak bukan PRK Galas. Kalau nak tahu projek tu wujud ke tak carilah sesiapa yg ada kawan kerja dgn JKR, tengoklah sistem SKALA wujud @ tak projek tu.

    ReplyDelete
  5. Aku dh tengok SKALA memang belum wujud lagi...

    Kantoi...

    ReplyDelete
  6. salam, bukan PAS namanya kalau tak bohong. Kebanyakan wakil mereka semua pakar dalam putar belit, yakni orang politik yang bijak mempolitikkan isu. Bukan orang politik yang bijak dalam bidang pengurusan, pentadbiran, ekonomi dan sebagainya..

    ReplyDelete
  7. Anonymous 2 & 3, janganlah hendak salahkan kerjaan BN bila dah tak berjaya.... bukankah kontraktor sudah pun dilantik oleh kerajaan PAS..... UMNO Kelantan ada yang nak menolong, tapi kamu tak mahu pertolongan, bimbang kontrak tak dapat ke puak-puak PAS....

    Tak payahlah nak provok kerajaan BN tentang jambatan Manek Urai, Kerajaan BN tidak pernah mungkir janji, walau pun lambat dilaksanakan... bukan macam PAS, konon ramai golongan ulama, tapi belit sama besar dengan serban....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..