Thursday, September 30, 2010

N.45 DUN GALAS-PAS calonkan wakil dari DHPP atau Mat Sabu ?

Harapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Harun Taib agar Ku Li memberi sokongan kepada calon PAS tidak kesampaian (rujuk di sini), bila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi PRK DUN Galas.

Dakwaan Harun Taib, kononnya Ku Li kini sudah bersama-sama dengan PAS tidak menjadi persoalan di atas keyakinan pucuk kepinpinan tertinggi UMNO, khususnya penyokong-penyokong UMNO dalam dalam kawasan DUN Galas, kerana Ku Li adalah pemimpin veteran UMNO di Gua Musang yang matang dalam politik………

Apa yang jelas, PAS sedang mencari-cari calon yang standing dengan calon UMNO-BN untuk mempertahankan kerusi DUN Galas……..

Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah menyatkan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab PAS mahu kaum Cina sebagai calon di DUN Galas.

Kata Hu juga, dalam politik semua perkara tidak mustahil boleh berlaku dan calon yang mungkin dipilih mempunyai kenalan dan pengaruh yang tidak kurang kuatnya di kalangan pengundi bukan Melayu di kawasan DUN Galas. (rujuk di sini)

Botol dah berbunyi………..dah berbunyi………….dah berbunyi……………

Tok guru Nik Aziz juga mendakwa PAS tidak menghadapi masalah dalam pemilihan calon untuk bertanding, kerana PAS sudah mempunyai sayap baru daripada kalangan masyarakat Cina, iaitu DHPP yang boleh menangani masalah itu jika diperlukan.

Tapi, kalau mengikut cerita dari artikel tulisan GHOSTWRITER dalam blognya, ada desas desus dikalangan penyokong PAS Pulau Pinang mengatakan Mat Sabu adalah calon yang paling sesuai untuk dijadikan ‘ayam tambatan’ bertanding di DUN Galas…………………..

Ada logiknya juga…….. kesian Mat Sabu……. Dah lah berkokok siang malam, ke hulu ke hilir, tetapi langsung tidak diberi jawatan didalam PAS. Dulu ‘ayam tambatan’ PAS ini pernah juga bertanding di Parlimen Kuala Trengganu, tewas berlaga…….. bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat, kalah berlaga juga…...

Persoalannya, walau siapa pun calon PAS yang bakal bertanding, Ku Li serta jentera-jentera UMNO-BN yang diberi amanah untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab dapat memastikan Calon BN merampas kembali kerusi DUN Galas…… InsyaAllah.


3 comments:

  1. Menjawab soalan diatas tentulah dari DHPP tentu molek.Abang Mat la ni tak boleh keluar dari Pulau Pinang nanti sapa nak bantu LGE melawat kampong.nak sedekah duit kuda.susah la ni jadi juru cakap.

    ReplyDelete
  2. Salam bro, aku sokong Zaid pun boleh, Phangcaw pun boleh, Mat Sabu pun boleh, Paih 4 all.

    ReplyDelete
  3. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

    Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

    Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

    Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
    Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

    Cepat sebelum tawaran ini habis..
    - Anak jati Kelate di perantauan

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..