Wednesday, September 29, 2010

N45 Galas-Salahuddin yakin PAS menang, Takiyuddin sarankan BN berkompromi

PAS yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas jika pilihan raya kecil diadakan.

Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas. (rujuk di sini)

Dalam HarakahDaily pula, Salahuddin menganggap usaha mempertahan kerusi Dun Galas dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS kerana UMNO-BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah, DUN Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani semuanya dari UMNO.

Takiyuddin Hasan, Timbalan Setiausaha Agung PAS pula menyarankan agar BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi DUN Galas kepada PAS. demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. (rujuk di sini)

AYG ; parti PAS, dalam yakin ada juga kebimbangan tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Galas. Mana tidaknya, suasana Pilihan Raya Kecil amat berbeza dengan suasana Pilihan Raya Umum……. Kalau dulu calon PAS boleh menang dengan majority 646 undi, mungkin kali ini akan menerima kekalahan lebih dari itu……

Tertarik juga dengan saranan Takiyuddin Hasan supaya UMNO-BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS dengan alasan untuk perpaduan Melayu.

Bagus sangatlah kalau semua kepimpinan PAS sedar dan berfikiran begitu……. Berpuluh tahun pergeseran poltik telah berlaku dikalangan orang Melayu PAS dan UMNO.

Tidakkah kerana sikap keegoan sesetengah kepimpinan PAS yang menyebabkan orang-orang Melayu terus bergeseran sehingga kekuatan kuasa Melayu itu semakin lemah seterusnya bakal tunduk kepada kekuatan kaum-kaum bukan Melayu…….

Kerana keegoan itulah juga, maka PAS memperlekehkan undangan agar UMNO-PAS bergabung dan kerana keegoan itulah lahir dalil-dalil dari mulut kepimpinan PAS bahawa UMNO itu kafir….. menyokong UMNO tidak membawa ke syurga……

PAS lebih redha bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak kewujudan Negara serta undang-undang Islam, malah berterusan memperlekehkan Islam itu sendiri…..

Lihat sahajalah nanti, bila sampainya masa Pilihan Raya Kecil DUN Galas, akan terkeluarlah ungkapan-ungkapan kafir terhadap UMNO, penyokong-penyokong UMNO yang dibawa tukang-tukang kempen PAS untuk mengelirukan orang Melayu Islam, mimbar-mimbar Masjid juga tidak akan terkecuali menjadi bahan-bahan kempen oleh pihak PAS….

Sedar atau tidak, secara langsungnya PASlah punca segalanya menyebabkan orang-orang Melayu Islam terusan berpecah, pergeseran politik yang berpanjangan kerana keegoan PAS sendiri…. Baguslah kalau ada dikalangan kepimpinan PAS sedar….

Sementara itu, UMNO akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon BN bagi PRK DUN Galas, begitulah kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (rujuk di sini)

Calon yang bakal diletakkan, datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Ku Li, dan pengharapan juga Ku Li akan membantu sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Ketua Perhubungan UMNO Kelantan bagi memastikan kemenangan UMNO-BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Dibawah ini ada sedikit info yang diterima dari sahabat di Gua Musang berkenaan kawasan N45 DUN Galas, Gua Musang :

Dun Galas mempunyai 13 Peti Undi yang terdiri daripada, 6 Peti Undi majoritinya Orang Asli, 2 Peti Undi majoriti Cina dan 5 Peti Undi majoriti Melayu.

Mengikut bilangan jumlah pengundi yang tercatat semasa Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, jumlah pengundi bagi DUN Galas seramai 10,330 yang terdiri daripada 6,255 Melayu, 1,903 Cina, 172 India dan 2,000 Orang Asli.

Kawasan Dun Galas juga merupakan pusat pentadbiran dalam Parlimen Gua Musang, yang sedang berkembang pesat dari segi pembangunan yang juga dikenali sebagai bandar transit yang merupakan jalan pintu masuk dari Kuala Lipis, Negeri Pahang dan Simpang Pulai, Negeri Perak dan juga Cameron Highland, Pahang.

Pada PRU ke 11 (2004), BN memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti 1,729 undi dan pada PRU ke 12 (2008), PAS memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 646 undi, sedangkan calon dari UMNO-BN adalah orang yang sama iaitu Mohamad Saufi Deraman.

Mengapa berlaku kekalahan pada PRU ke 13 ?

Segala-galanya terletak kepada pengundi-pengundi DUN Galas, kekuatan serta kegigihan jentera UMNO-BN dan yang paling penting, adalah kewibawaan Ku Li selaku Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menawan kembali kerusi N45 DUN Galas….



5 comments:

  1. apa kata pas kalau terus beri kerusi galas pada umno..baru kompromi..apa macam ..

    ReplyDelete
  2. pas dah kecut sebab tu merayu unmo jangan masuk..tapi yang aku bimbang adalah si kuli ni..makin tua makin merapu..entah entah last minit dia belot pada pas pulak..tak pasal pasal umno kalah bodoh bodoh je nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan CCZ,

    Berikut luahan hati seorang reformis asal dan pejuang Keadilan Lembah Pantai tentang permainan YB Lembah Pantai.

    Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar.

    ReplyDelete
  4. Salam bro, aku setuju pandangan Takiyuddin tu, APA KATA PAS BERKOMPROMI SERAH JE KERUSI TU PADA UMNO/BN SEBAB FAKTANYA PARLIMEN TU KUBU KUAT BN BARU KOMPROMI NAMANYA IKUT MAJORITI LE AWE..... TAIK KUCING KOMPROMI, MENGENA KE AWAK KOMPROMI.

    ReplyDelete
  5. Beginilah keadaanya kalau PAS merasakan itu bukan kubu kuat mereka.... UMNO Kelantan juga harus teguh bersatu jangan terlalu banyak cahketing...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..