Sunday, September 19, 2010

Hari Malaysia-Khalifah Guan Eng meletupkan Sarawak dan Sabah


Lim Guan Eng mendakwa, kedudukan istimewa bumiputera di Sarawak dan Sabah masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan setelah 47 tahun bergabung dalam Malaysia. (rujuk di sini)

Dari cara ungkapan Guan Eng, ianya beranggapan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak bersungguh-sungguh mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera di Sarawak dan Sabah dengan adil di antara suku, kaum, agama dan kedudukan geografi.

Kerajaan Pusat juga dianggap telah mengabaikan rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah untuk bersama menikmati pembangunan yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.

Di Kota Kinabalu pula, Anwar, Lim Kit Siang dan Nasharudin Mat Isa, dilihat telah berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada PRU akan datang.

Kerajaan Pusat dikatakan telah mengenepikan perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 1963.

AYG ; begitulah muslihat pakatan DAP-PKR-PAS di sebalik pengisythiran Kerajaan bahawa 16 September sebagai Hari Malaysia.

Pakatan DAP-PKR-PAS amat terkilan UMNO-BN dapat terus menubuhkan Kerajaan kerana undi yang diperolehi dari rakyat di Sabah dan Sarawak pada PRU ke 12. Malah mereka lebih terkilan sekali apabila pembohongan Anwar Al juburi, bahawa Putera Jaya akan jadi milik mereka pada 16 September juga…….

Meleleh air liur Anwar Al juburi tidak dapat jadi PM, ternganga mulut Lim Kit Siang/Guan Eng kerana DAP tidak dapat berkuasa serta membonekakan PAS…… ‘terkentut beruk’ Lee Kuan Yu, mentor Singapura tidak dapat melihat satu lagi kerajaan Melayu berkubur…..

Ekoran setuasi inilah maka Pakatan DAP-PKR-PAS merasakan mereka perlu berbuat apa sahaja untuk meracuni pemikiran pengundi-pengundi Sarawak dan Sabah untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

DAP sedar, Sabah dan Sarawak punca kegagalan mereka menumbangkan kuasa Melayu di Semenanjung. DAP perlu lebih licik menggunakan Melayu-Bumiputera yang ada dalam PKR dan PAS untuk menggugat kekuatan BN yang menjadi deposit tetap (undi tetap) UMNO-BN di Sabah dan Sarawak.

DAP melalui suara PKR-PAS dan bantu Lee Kuan Yu-PAP, mentor Singapura begitu bersemangat meniupkan isu-isu diskriminasi kaum kononnya berlaku di setiap pelusuk negara dibawah pemerintah kerajaan UMNO-BN.

Beginilah cara DAP untuk memastikan rakyat sentiasa tidak bersatu, dengki dan curiga terhadap satu sama lain khususnya dari kalangan kaum Cina. DAP nampaknya cuba memecahkan kekuatan perpaduan kaum untuk memastikan DAP di puncak kuasa memerintah dengan kaki beralaskan kepala Melayu-Bumiputera di dalam PKR dan PAS.

Sebab itu Lim Guan Eng jadikan isu perkauman sebagi agenda utama, kononya berlaku diskriminasi di kalangan masyarakat Malaysia terus berleluasa walaupun Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Kononnya penganiayaan terhadap rakyat peribumi di Sabah dan Sarawak semakin hari semakin teruk dan hak asasi mereka dicabuli serta sumber harta negara pula dikuasai dan dinikmati oleh segelintir sahaja, manakala majoriti rakyat merana.

Kenapa DAP begitu bersemangat untuk menghasut rakyat Sarawak dan Sabah ?

Guan Eng tahu, Sarawak dan Sabah mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak, gas, balak dan sebagainya dan sebuah negeri yang berpotensi besar untuk dijadikan punca-punca kekayaan untuk kepentinga DAP dan pakatan jika dapat berkuasa walau pun sekejap…..

Kalau kerana dalam Perlembagaan Negara telah menetapkan Perkara 153 untuk menjaga kepentingan hak-hak orang Melayu-Bumiputera termasuk di Sarawak dan Sabah dikatakan diskriminasi kaum, bagaimana pula dengan nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Pulau Pinang ?

Apakah Guan Eng-DAP tidak melakukan diskriminasi ?

Kaum Melayu-Bumiputera masih ramai yang tidak dapat bersaing dengan kaum-kaum Cina di Malaysia, sebab itu peruntukan perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan terus dikekalkan.

Kaum lain, khususnya Cina tidak sedaif orang Melayu-Bumiputera walau pun tidak termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Negara….. di Sarawak dan Sabah contohnya, kaum siapa yang banyak menguasai ekonomi ?

Adakah kaum Cina di Sarawak dan Sabah begitu daif, miskin, tidak berharta serta menduduki kawasan-kawasan pendalaman ? Siapa sebenarnya yang lebih beruntung mengaut kekayaan hasil-hasil bumi di Sarawak dan Sabah ?

Kalau ditinjau sebenar-benarnya, sebahagian besar masyarakat luar bandar di Sarawak dan Sabah bersyukur kerana penyertaan negeri-negeri ini dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, malah ada yang menyatakan keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Adalah lebih baik Sarawak dan Sabah menjadi sebahagian dari Malaysia daripada di bawah kuasa Indonesia dan Filipina……………

Tidak dapat dinafikan masih banyak kawasan yang belum dibangunkan daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Sarawak dan Sabah terutama di kawasan-kawasan pendalaman.

Tetapi, transformasi secara umum telah banyak berlaku khususnya di luar Bandar, kawan rasa kita dapat menyaksikan, lebih-lebih lagi rakyat Sarawak dan Sabah perubahan yang telah berlaku daripada suasana luar bandar yang suram dan daif kepada suasana yang lebih ceria dan lebih membangun yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN.

Dengan susana pelbagai etnik dan kaum serta keadaan bentuk muka bumi sudah pastilah transformasi membangunkan rakyat Sarawak dan Sabah berlaku secara beransur-ansur serta memerlukan kesabaran…….

Kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun, Murut serta kumpulan-kumpulan peribumi di Sabah, adalah berstatus Bumiputera, mereka berhak mendapat hak sebagaimana orang Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan di Semenanjung Malaysia.

Oleh kerana kaum Cina dan lain yang bukan Bumiputera di Sarawak dan Sabah hanya diberi taraf kewarganegaraan sahaja, maka inilah peluang DAP untuk memanipolasi isu perkauman dan diskriminasi disamping Anwar Al juburi yang dilihat sebagai dalang untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN dengan bantuan PAS…….

Meracuni pemikiran rakyat Sarawak dan Sabah untuk membenci atau anti Semenanjung perlu dipertingkatkan demi memastikan kuasa Melayu-Bumiputera berkubur…. Itulah agenda utama DAP…… Anwar Al juburi hanya bernafsu untuk jadi Perdana Menteri, bukan untuk mempertahankan martabat bangsa Melayu-Bumiputera….




5 comments:

  1. anuar tu kuat berjanji ja...sedangkan masalah PKR sabah pun takda kesudahanya

    ReplyDelete
  2. Semoga rakyat Sabah/Serawak lebih matang dan tak terpengaruh dengan mainan politik DAP,PKR dan PAS..

    ReplyDelete
  3. masa bila pulak dap prihatin kepada bumniputra sabah dan serawak ini.

    jangan tertipulah dengan beruk cina ini. cakap aje lebih

    ReplyDelete
  4. Salam Yang Gambi..jaga-jaga..jarum kalau dicucuk selalu pada span akan berlaku juga lubang atau kerosakan yang mencacatkan permukaan..Macam tu lah jugak strategi DAP nih..usaha mereka kalau tak diimbangi dengan strategi BN, UMNO pasti susah..

    ReplyDelete
  5. Semasa berkunjung sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Sabah, aku didatangi oleh seorang "Dr" dr negara selatan Malaysia, Mungkin muka dan bahasa aku seakan etnik kaum di Sabah setelah lama menetap disini, dia cuba meracuni pemikiran aku dengan semangat anti Kerajaan Melayu Semenanjung dan cuba memperlekehkan kehidupan daif rakyat Sabah Sarawak serta menonjolkan kemewahannya. Tak sangka ada orang luar yang sanggup berbuat begitu utk menghancurkan negara lain. Tak perlulah tahu apa yg terjadi selepas itu.
    Semoga Allah melindungi Malaysia dari pengkhianat2 bangsa dan Negara.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..