Wednesday, September 22, 2010

Suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati lantik pasukan peguambela


Dua peguam adik beradik yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain sudah melantik peguam bagi mewakili mereka.

Ravi Nekoo dari Hakemarabi & Associates berkata, anggota keluarga suspek utama berkenaan telah melantik peguam pada 12 September yang lepas. (sila rujuk di sini)

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Maklumat gambar : TIGA Peguam, V. P. Vijandran (tengah), Puspha Ratnam (kiri) dan Ravi Nekoo sebagai peguam bela kepada suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati – gambar dari Utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED

AYG ; itulah sistem Mahkamah di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua warganegara. Sama ada yang tertuduh itu bersalah atau tidak hanya Mahkamah sahaja yang menentukan, dan bagi yang kena tuduh juga perlu ada pembelaan untuk mendapat keadilan……….

Agak-agak, siapa yang akan menjadi Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Alayarhamah Datuk Sosilawati, pemandu peribadinya, Alayarham Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank CIMB cawangan Kg Baru, Kuala Lumpur, Alayarham Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Alayarham Ahmad Kamil Abd Karim.

Mungkin juga Karpal Singh dan anak beranak atau N. Surendran dari Lawyers for Liberty kot……………..




14 comments:

  1. AYG, kalaulah kumpulan peguambela ini dapat memenangi kes ini, tentulah syarikat guaman ini meletup ye...... gah seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam, bro aku cadangkan Karpal & Gobind and the geng patut jadi peguambela Dato Sosilawati dan lain2, baru lah dikatakan menuntut keadilan untuk semua keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  3. Iskh... kenapa nak pilih Karpal & Gobind as peguam pemerhati? Ramai lagi peguam Melayu yang outstanding cth Dato Salehuddin. Kejadian tragis Allahyarham perlu diambil iktibar bile memilih berurusan dgn peguam.

    ReplyDelete
  4. anak2 merah...
    mari kita perhatikan peguam2 ni
    saudara2 kita sudah dibunuh mereka///
    mari kita dapatkan keadilan utk saudara2 kita yg mati///

    ReplyDelete
  5. Hukuman mati paling sesuai untuk pembunuh kejam.

    ReplyDelete
  6. Kerakusan nafsu yg memijak kewarasan akal membuahkan tindakan pembunuhan ZALIM, Manusia yg bersifat begini x harus hidup kerana mereka pasti akan mengulangi nya lg jika ada ruang dan kesempatan..LAUT BOLEH DITAMBAK WALAU SELUAS MANA PUN TETAPI NAFSU SERAKAH TIDAK DPT DITAMBAK KERANA IA BERKEMBANG BIAK PANTAS TANPA HAD..

    ReplyDelete
  7. PG CADANG SI ZAID IBRAHIM LIQUIR TU. DAH DIA TERLALU PANDAI SANGAT. NAK TENGOK JUGA SEJAUH MANA PANDAINYA DI MAHKAMAH. KAH KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  8. Kawan-kawan semua, marilah kita berdoa memohon agar si penjahat yang merancang serta melakukan pembunuhan kejam terhadap Allahyarhamah Datuk Sosilawati serta Allahyarham-Allahyarham yang lain didapati bersalah oleh Mahkamah dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  9. Sahabat semua, terima kasih atas sokongan tuan-tuan dalam blog kawan..... komen-komen yang baik untuk dijadikan panduan oleh semua...

    ReplyDelete
  10. ALJUBURI
    Andai kata selepas perbicaraan , suspect2 ni lepas dari hukuman atau mahkamah mendapati mereka tak bersalah...HOW????
    Apa yang patot kita orang melayu buat pada masa tu???
    Malam tadi sembang dgn kawan2 tetiba soalan nie timbul..dan kami terdiam memikirkan nya.

    ReplyDelete
  11. Kalaulah dilepaskan 8 Jahanam tu, ketahuilah Huru hara pasti akan berlaku.

    ReplyDelete
  12. Jangan letakkan Undang-undang di tangan bangsa yang menguasai undang-undang ini. Bangkitlah wahai Umat Melayu.

    ReplyDelete
  13. salam...
    ya seandai mmg geng ni bsalah tp bole lpas ..adoiyaaa...

    ReplyDelete
  14. Tamak haloba mmg fitrah manusia sejak azali. Pengasasnya iblis azawajalla. Apa pun semua itu terletak pd iman dan taqwa. Tiap kejadian ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Sbg org Islam kita perlu adili dengan akal fikran yg waras. Dendam hanya membawa kita pada kehancuran.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..