Thursday, April 1, 2010

Ultra Malay – Presiden Perkasa beri amaran akhbar Sin Chew Jit Poh


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada akhbar Cina, terutama Sin Chew Jit Poh supaya jangan mencari pasal dengan menuduh pertubuhan itu sebagai rasis atau Ultra Malay, padahal pada masa yang sama, mereka sendiri secara konsisten memainkan isu perkauman.

“Jika nak banding dengan akhbar Melayu seperti Berita Harian dan Utusan, akhbar Cina lebih rasis. Cuba anda kumpulkan keratan artikel akhbar-akhbar Cina dan letakkan bersama akhbar Melayu, tengok siapa yang lebih banyak mainkan isu perkauman,” katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya mempunyai rakaman penuh persidangan Perkasa baru-baru ini dan ia tidak langsung menyentuh isu perkauman. Klik di sini


YG : Kalau diambil kira daripada pandangan parti PAS, perjuangan Perkasa boleh dilebelkan ‘assobiyah’, kerana Perkasa memperjuangkan bangsa, macam UMNO jugalah dikatakan ‘assobiyah’ kerana meletakkan perkataan ‘kebangsaan’ pada nama parti…..

Mungkin oleh kerana terpengaruh atau menyokong dengan dakyah PAS, maka di dada-dada akhbar berbahasa Cina juga melebelkan perkataan yang sama, walau pun tidak menyebut ‘assobiyah’ tetapi ‘rasis’ atau ultra Malay.

Mengapa sering timbul perkataan ‘rasis’ atau ‘assobiyah’ bila setiap kali ada satu-satu pertubuhan NGO atau persatuan Melayu yang menyuarakan tuntutan hak-hak bangsa Melayu ?

Dan mengapa pula ada pihak-pihak tertentu yang sengaja mengelirukan istilah ‘rasis’ ini ?

Kawan tertarik dengan satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini yang mengulas erti istilah ‘rasisme’ dan diperturunkan beberapa petikan dari artikel itu untuk kita renung dan nilai bersama.

Dalam artikel itu menyebut ada orang dengan mudah dan secara jahil sahaja menggunakan istilah- istilah tertentu yang salah dan tidak benar terhadap satu-satu kaum di negara ini, terutama terhadap orang Melayu.

Istilah seperti racist, Malay ultras, dan right-wing Malays digunakan untuk memburuk-burukkan orang Melayu atau kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba mempertahankan hak dan kepentingan bangsa mereka.


Sedangkan kaum-kaum lain dan NGO bukan Melayu yang mempertahankan hak dan kepentingan kaum mereka tidak pula dituduh dengan istila-istilah tersebut.

Istilah-istilah yang tersebut sebenarnya tidak ada dalam bahasa Melayu atau dalam budaya dan akal budi bangsa Melayu, maknanya tidak pernah wujud dalam pengalaman budaya, sosiobudaya dan politik bangsa Melayu.

Malah ada orang Melayu yang tidak tahu apa makna racist atau istilah pinjamannya dalam bahasa Melayu 'rasis', kerana makna itu memang tidak ada dalam budaya dan pemikiran Melayu.

Yang ada dalam peristilahan sosiobudaya Melayu adalah istilah 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'. Ini bukan rasisme. Rasisme bererti, kepercayaan bahawa bangsa sendiri lebih mulia, lebih beradab, maju, cerdik dan berakhlak tinggi daripada orang atau kaum lain.

Semua kaum dan bangsa mempunyai perasaan atau kesedaran ini dan kerana perasaan inilah yang menimbulkan semangat 'nasionalisme' atau 'semangat kebangsaan' di kalangan bangsa Melayu.

Dan kerana semangat inilah juga telah menyatukan bangsa Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat 'Malayan Union' British dalam tahun 1946, untuk mempertahankan 'negara' atau 'negeri' mereka, iaitu Tanah Melayu, dan raja mereka, hak warisan mereka, iaitu bahasa mereka, budaya mereka dan agama mereka daripada dijajah dan dihapuskan oleh penjajah British.

Dalam sejarah bangsa Melayu di Tanah Melayu ini, bahkan di seluruh rantau 'Dunia Melayu', tiada kejadian-kejadian tindakan rasis Melayu yang dahsyat dan berpanjangan terhadap terhadap kaum-kaum pendatang dari negeri Cina dan India khususnya sebelum mereka menjadi warga negara Malaya atau Malaysia selepas merdeka.

Dalam budaya Melayu-Islam tidak ada konsep perpecahan umat atau manusia berdasarkan kaum, warna kulit, darjat dan keturunan, pendek kata, tidak ada ideologi atau kepercayaan rasisme, tidak ada kata-kata menghina kaum lain. Tidak ada istilah 'ultra' atau 'melampau' atau 'pelampau', tidak ada istilah 'Melayu right-wing' atau 'Melayu left-wing'.

Adakah kumpulan rasis seperti kumpulan 'Swastika' dan Skinheads Melayu di Tanah Melayu hingga hari ini?

(Rujukan dari artikel Utusan Malaysia)

Kesimpulannya, adalah wajar kalau Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa memperingatkan kepada akhbar-akhbar berbahasa Cina agar tidak berterusan menyiarkan tulisan-tulisan yang boleh membakar semangat kaum Cina atau India atau apa-apa bangsa untuk membenci bangsa Melayu kerana mengikut agenda parti-parti politik tertentu.







13 comments:

  1. Bila nak datang ke Hulu Selangor. Mai kita pakat ramai-ramai tengok 'projek mee segera' yang bakal disajikan disini. Sian UMNO... MIC nak jugak kuota dia

    ReplyDelete
  2. ahhh cara terbaik nak settle masalah ini adalah dengan membuat tak layan je pada sebarang kenyataan yang dikeluarkan akhbar cina.

    pergi matilah dengan akhbar cina. lantaklah mereka panggil kita rasis. bukannya berkudispun pada kita kalau dipanggil rasis.

    Harap lepas ini tak payahlah sesiapa nak melatah atau menjawap mana mana tuduhan yang dilemparkan pada kita.

    Mereka ini semua sama spesis yahudi. Hanya merasakan diri mereka saja yang bagus. Pergilah mana mana seluruh dunia. Dah memang macam tu perangai cina. Kalau tak, takkan wujud china town di mana mana negara yang ada kaum mereka.

    ReplyDelete
  3. teman sokong malaysiaheaven tang lantak la depa nak label melayu ni apa pun..

    tapi tang ultra malay.. harap UMNO sedar diri..
    mengapa UMNO terima Jus Soli?

    ReplyDelete
  4. pergi mampus ngan cina ni...saya sokong mmg tak berkudis pun pada kita...INI NEGARA KITA TANAH MELAYU....yang penting kita buat apa yang patut bagi AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU....cina babi=babi cina.....kalau diletakkan dua ekor ni jadi sama je....

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kalau lah dato ibrahim ali ni jadi menteri dalam negeri...rasa-rasanya kena buat tempat baru untuk tahanan ISA.Tetapi kita melayu memang memerlukan pemimpim macam ni..ada keras sikit cakap dan tindakan..Jgn peduli kan pada orang lain kerana untuk anak cucu kita juga.

    ReplyDelete
  6. AIB, baguslah kalau banyak projek2 yg dtg ke Hulu Selangor, penduduk setempat juga yg menikmatinya, bukan untuk org lain pun....tapi itukan bawah kerajaan pakatan.... ngapa selama ini mereka tak banngunkan Hulu Selangor sebelum PRK......

    YB Raz, itulah yg sepatutnya difikirkan orang2 Melayu.....

    Budakbalun, kita sama kena sedar akan pemainan mereka ini....mereka walau pun berlainan ideologi politik tetapi dari segi bangsa mereka lebih rasis dari Melayu.... perlu diingat juga, CSL bukan dipilih oleh ahli-ahli UMNO....ahali2 mereka yg lebih yakin dgn kepimpinan CSL dari yg lain... UMNO menerima kerana itulah pilihan kaum mereka... kalau PAS sekali pun akan buat perkara yg sama....

    kamarul, Juwahir, selamat dtg ke blog kawan dan terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Sebagai orang melayu kita sepatutnya perlu pertahankan apa yang ada pada orang melayu, jangan nanti kampung tergadai kepada orang lain.

    ReplyDelete
  8. Salam YG,

    Memang betul biar MAMPUS akhbar Cina tu semua dan peduli apa dia kata. Selama ini orang Melayu baik pun mereka tak hargai dan mengaku pun.

    Saya sayang Melayu, saya memang Ultra Melayu..PERKASA patut buat kenyataan begini..PERKARA SAYANG MELAYU dan ULTRA MELAYU..kenapa nak Takut dengan sesiapa???? Ini negera kita..tanah air kita..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    berapa bnyk kerusi melayu diberi kepada MCA dan MIC masih tak cukup2 menuduh kta rasis. Dasar tak tahu berterima kasih.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Ultra-Malay penyanyi rap, I..I..I..I..I REPEAT....

    ReplyDelete
  12. PERKASA memang rasis Melayu...Pejuang Melayu...Bukan pejuang Islam...
    Mereka berjuang untuk bangsa....
    Bukan berjuang untuk agama Allah...
    Itulah PERKASA...
    Sebab tu lah mereka se'jenis' dengan dasar UMNO...
    Aduhai.....
    Wahai Dato Paduka.....
    Keliru lah dengan pendirian anda...
    Lompatlah selagi larat...
    http://neskopip.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Mujur ada orang macam Tok Him yang masih tegar memperjuangkan islam, raja dan melayu.. disaat parti-parti politik melayu yang berpecah belah.. SYABAS TOK HIM dan PERKASA!!, lompatan Tok Him semakin hari semakin tinggi dengan lonjakan 'luar biasa' untuk menyedarkan melayu seluruhnya.., Melayu Tidak Rasis.. Melayu dilandasan yang betul meperjuangkan hak mereka!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..