Friday, April 16, 2010

P. Kamalanathan calon BN P.94 Hulu Selangor, penyokong Melayu-UMNO kena buang sifat tamak…..


Segala teka-teki siapa yang mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah terjawab, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon.

Kepimpinan UMNO sebagi peneraju BN bertanggungjawab bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya ini, inilah beban yang besar yang perlu digalas oleh mereka.

Apa yang jelas, Hulu Selangor telah membuka gelanggang untuk BN dan PKR-pakatan rakyat untuk menguji tahap kekuatan sokongan rakyat di Selangor seluruhnya bagi menghadapi PRU 13 selepas ini.

Bagi PKR, sudah pasti ia tidak mahu kehilangan satu lagi kerusinya, PKR telah kehilangan empat wakil rakyat yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas (Bayan Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal keluar parti dan Kulim Bandar Baharu dipecat).

BN pula mahu merampas kembali kerusi yang pernah dikuasainya sebelum ini. Walaupun Parlimen Hulu Selangor tewas pada PRU 12, namun BN menang tiga kawasan DUN dalam Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam-UMNO (majoriti 3,549 undi), Kuala Kubu Baru-MCA (majoriti 448 undi) dan Batang Kali-UMNO (majoriti 2,179 undi), manakala Parlimen Hulu Selangor-MIC kalah dengan majority 198 undi.

Penyokong-penyokong UMNO, MCA dan MIC perlu meninggalkan gelagat politik yang retorik dan syok sendiri, diatas kertas mungkin calon BN amat cerah untuk menang, tetapi perhitungannya bukan mudah, sebarang kesilapan dan kelalaian boleh memberi risiko yang amat tinggi kepada BN, lebih-lebih lagi UMNO.

Biarlah calon MIC yang bertanding, penyokong-penyokong UMNO perlu ingat, bukan pilihanraya di Hulu Selangor sahaja yang memerlukan kemenangan. UMNO mempunyai tugas yang lebih besar untuk merampas Selangor di PRU ke 13.

UMNO tidak akan menerajui kuasa BN kalau UMNO tidak mendapat sokongan dari parti-parti kaum lain dalam BN dan untuk itu, UMNO mesti bersikap setiakawan dan berkompromi dengan mereka bukannya mengkecil-kecilkan parti-parti komponen yang lain.

Walau pun calon MIC yang diturunkan, apa yang penting ianya membawa ' bendera BN '. Bukan macam PKR, walaupun mereka bergabung, bekerjasama tetapi mereka tidak boleh membawa ‘bendera pakatan pembangkang’ kerana mereka hanya bersekedudukan, belum didaftarkan secara rasmi macam BN.

Bantulah kepimpinan Dato’ Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin dengan menghormati keputusan yang dibuat mereka. Buangkan sifat-sifat tamak yang ada dalam hati, buangkan sifat-sifat chah keting sesama parti dalam BN. Jangan menambahkan lagi kekusutan dan jangan memberikan bebanan yang tidak sepatunya kepada kepimpinan parti.

Ingat-ingatlah, UMNO memerlukan sokongan kesemua parti komponen dan sokongan rakyat semua kaum dan agama untuk merampas Selangor di dalam PRU13.


Apa yang pasti, calon BN menang di Hulu Selangor, politik di Selangor akan berubah sekiranya BN menang walaupun negeri Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang.

Lupakan dulu siapa calon BN, bersama-sama dengan semangat ‘1 Malaysia’ untuk menggempur segala kemungkaran PKR-DAP-PAS di Hulu Selangor………

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL




15 comments:

  1. Yang pasti, Muhyiddin kaki pembohong. Kata dari calon tempatan rupanya import dari Rawang. Itu yang retoriknya!

    ReplyDelete
  2. Finally the Malays UMNO surrended to MIC, but they got the candidate named Kamal.. bravo!

    ReplyDelete
  3. Memang dari dulu lagi Muhyiddin suka cakap bohong.. Siakap senohong gelama ikan duri... bercakap bohong dah besar dapat jadi menteri... huhuhu

    ReplyDelete
  4. AIB, Kuda Perang, bagaimana dengan kaki arak PKR ? Bukan ke dari Kelantan..... tak payahlah buat cerita....

    ReplyDelete
  5. pkr import lagi jauh..kaki arak diambil dari negeri tok guru hahaha...baik punya ajaran tok guru hahaha

    ReplyDelete
  6. huhu. . .Rawang pun dah masuk kawasan Hulu Selangor juga la. .bukan jauh pun. . YG. .mari kita sokong calon kita! Yang penting kita menang sudah!

    ReplyDelete
  7. Warkah Melayu, Mct, terima kasih komen.... InsyaAllah BN menang di Hulu Selangor...

    ReplyDelete
  8. Salam YG,

    Saya dah agak dah walau siapa pun DS Najib pilih mesti ada yang tak kena.

    DS Najib pegang pada janji, kalau kerusi MIC beri pada MIC. Kalau mungkir janji mereka akan kata DS Najib munafik pulak.

    Kalau ambil calon dari UMNO berkokoklah semua pembangkang kata UMNO/DS Najib 'rasis'. Ini kan modal mereka??? Bertepuk tanganlah mereka dan kita boleh bayangkan apa kata Harakah, Sinar, Malaysiakini, Malaysiakena.."Najib rasis"

    Jadi BN tak perlu peduli apa pembangkang terutama penyokong tegar mereka kata, berbakti sahaja pada rakyat. Rakyat yang menilainya, InsyaAllah. Kita bukan boleh LAYAN sangat pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    cabaran 1Malaysia, penduduk HS harus sahut.

    ReplyDelete
  10. MA, itu telah menjadi lumrah puak-puak ini.... biarlah apa mereka nak kata....terima kasih dgn komen.

    JUnah, itulah apa yang dihasratkan kepimpinan UMNO-BN.....terima ksaih dgn komen tuan..

    ReplyDelete
  11. WAHAI ORANG MELAYU. JANGAN BAGI CHANCE PADA ZAID SI PELIBERAL ORANG MELAYU INJI. KITA BUNGKUS DI DI PRK HULU SELANGOR

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tuan Yang Gambi.

    Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi mendarat di blog saya...

    Mengenai apa yang Tuan Yang Gambi perkatakan, saya sudah sepatutnya MIC dan MCA bergerak bersama-sama dengan UMNO memulihkan keyakinan rakyat. Namun maaf saya katakan disini, saya lihat UMNO lebih kuat berusaha memulihkan kekuatan BN berbanding MIC dan MCA. Apa sudah jadi dengan BN? Mengapa MIC dan MCA masih tak giat berkempen mengembalikan kepercayaan bangsa mereka kepada parti mereka? Adakah pemimpin mereka tidur? Atau adakah ini satu permainan polityik India dan Cina untuk menekan bangsa Melayu??? Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  13. Calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim dicabar calon BN P Kamalanathan dan dua calon bebas, bekas Ketua Bahagian MIC Hulu Selangor V.S Chandran dan Ketua Pemuda Shah Alam Johan Md Diah.

    Setiausaha Umno Abdul Rauf Yusof mengumumkan perlucutan jawatan Johan Md Diah sebentar tadi.

    Sementara itu, seorang pemimpin tempatan J Anuradha tiba di pusat penamaan calon awal pagi, namun cubaan Anuradha mencalonkan dirinya dihalang polis atas alasan tiada pas rasmi dari SPR.

    Anuradha akhirnya dibenarkan masuk tanpa pas namun dikecewakan SPR kerana tempoh penamaan telah ditutup.

    Mangsa kemudiannya menemui pemimpin Pakatan Rakyat, dan melafazkan ikrar membantu kempen memenangkan Zaid Ibrahim.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pencalonan dari bekas pemimpin MIC Hulu Selangor V.S Chandran A/L Sellepan kira-kira jam 9.48 pagi tadi.

    Kontraktor berumur 56 tahun ini tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama 300 penyokong akar umbi MIC Hulu Selangor, lantas mengesahkan spekulasi BN telah berpecah kepada calon pilihan Umno dan calon pilihan akar umbi.

    Beliau diiring pencadang S Vithilingam Subramaniam dan penyokong S Kumaresan.

    ReplyDelete
  14. Salam Yang Gambi..CCZ setuju dengan sdra..menang tiga penjuru dan tewas Parlimen..kembalikan ia kepada BN. Mungkin faktor calon ketika itu..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen yang baik.....

    Kuda Perang, kita lihat sahaja nanti, yang penting keikhlasan dan jangan sesekali bersikap takbur....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..