Saturday, April 24, 2010

Penantian berakhir-tuah peneroka Felda Sg Buaya menyokong BN


Penantian 15 tahun 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya untuk menerima tunggakan pampasan tanah, berakhir semalam menerusi campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN). Klik disini

Detik-detik kegembiraan para peneroka Felda Sungai Buaya yang dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan sendiri wang pampasan berjumlah RM50,000 seorang kepada 100 peneroka yang hidup. Sebelum ini, peneroka tanah rancangan Felda itu menuntut bayaran pampasan dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an. Mereka hanya menerima RM250,000 daripada RM1 juta pampasan yang dijanjikan selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.

Peneroka Felda Sungai Buaya juga akan dibayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah yang akan dibangunkan oleh kerajaan dan kalau dihitung dengan 10 ekar yang dimiliki, mereka akan menerima pampasan RM1.6 juta setiap orang……..

Peneroka Felda jadi jutawan…………Alhamdulillah…Peneroka Sungai Buaya juga telah diberi perlindungan insurans nyawa RM10,000 berasaskan Islam.

Begitulah keperhatinan kerajaan UMNO-BN terhadap peneroka-peneroka Felda, kenapa kita sebagai warga atau generasi peneroka menafikannya ?

Dakyah-dakyah pembangkang yang datang macam musang waktu malam untuk menghasut, memfitnah para peneroka Felda wajib dihindarkan……

Ke mana puak-puak pembangkang ketika peneroka-peneroka Felda menghadapi kesusahan ? Adakah mereka datang ke rumah-rumah menghulur bantuan, sumbangan ?

Kutip duit adalah, lepas berceramah, kutuk mengutuk, caci mencaci, fitamh memfitnah, juak-juak pembangkang bawa kantung untuk kutip duit….. berjihad kata mereka, tak kiralah duit yang dikutip itu datang dari rakyat yang dalam kedaifan. Berkat ke buat kerja-kerja macam tu ?

Warga peneroka Felda, wajib menolak terus dakyah-dakyah pembangkang yang hanya tahu merosakkan keharmonian, perpaduan dikalangan masyarakat peneroka. Pastikan PKR-PAS-DAP berkubur di Hulu Selangor seterusnya pastikan juga pada PRU 13 Selangor kembali kepada pemerintahan UMNO-BN.

Tahniah kepada para peneroka serta waris di Felda Sungai Buaya………




7 comments:

  1. Dibayar untuk mengumpat, mencaci dan memfitnah?

    Rakyaat perlu hentikan ini semua. Kembali kepada sirah Rasullullah s.a.w.

    ReplyDelete
  2. 15 tahun baru UMNO-Apco nak settle benda nie!. Kalau tak ada PRK jangan harap perkara ni akan UMNO ambil tahu. Sah gula-gula pilihanraya lah tu dari UMNO-Apco.

    Nak tipu orang tua2 bolehlah...
    Kah!...3X

    ReplyDelete
  3. YG...itulah bukti jasa kerajaan...sudah pasti tidak disenangi pembangkang....tentu pembangkang anggap gula2...tapi biarlah...yang penting nasib peneroka terbela...nak harap pembangkang?entahlah....syukur...walau 15 tahun menunggu...akhirnya selesai masalah...jangan pulak lepas ni pembangkang wat ceramah kutip duit dari peneroka tersebut...

    ReplyDelete
  4. Kalau harapkan PKR selesai masalah, sampai pencen DSAI tu pun tak akan berlaku.. Rumah sendiri dah nak runtuh org kat dalam tak reti nak baiki..ada hati plak nak pi baiki rumah orang.

    ReplyDelete
  5. Isac,GengSahabat, Apai Ngelai, apa sekali pun anggapan pembangkang terhadap apa yg diperolehi para peneroka Felda Sg Buaya, ia merupakan satu rahmat dari Allah untuk mereka....

    AIB,ingatlah, kekadang kita sebagai hamba kena menerima hakikat itu Qada' dan Qadar Allah, mungkin dengan kematian bekas Ahli Parlimen itu juga adalah satu pertunjuk dari Allah, bagaimana pincangnya selama ini PKR-PAS-DAP menjanjikan kebajikan kepada rakyat Selangor dan boleh jadi juga satu rahmat dariNya kepada hamba-hambanya di Hulu Selangor..... dengan adanya PRK, rakyat menerima bermacam-macam kenikmatan yg selama ini tidak mereka perolehi..... Alhamdulilah....

    ReplyDelete
  6. Salam YG,

    SEJARAH tidak menipu dan telah membuktikan Segala-galanya..tidak ada kerajaan yang seprihatin sebagai Kerajaan Malaysia. Inilah Hakikatnya..

    Semoga BN Menang besok, InsyaALlah.

    ReplyDelete
  7. Harap2 selepas PRK Hulu Selangor ramailah lagi ADUN atau MP dari UMNO-BN akan meninggal dunia agar dapat lagi durian runtuh kawasan2 yang lain pula. Betul tak YG!...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..