Thursday, April 22, 2010

Ingatlah, para peneroka Felda di Hulu Selangor- jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah PKR-PAS-DAP


Para peneroka di Felda Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan yang majoritinya bangsa Melayu Islam perlu terus mengekalkan sokongan mereka calon Barisan Nasional.

Jangan mudah terperangkap dan terpedaya dengan dakyah pembangkang mengenai Felda, nilailah sendiri sejauh mana janji-janji serta kemampuan Kerajaan Selangor yang dikuasai PKR-DAP-PAS, anda boleh melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh mereka apabila menjadi kerajaan.

Cuba kita renung sehalus-halusnya, bagaimana kerajaan UMNO-BN melalui Felda telah berusaha membangunkan para peneroka serta generasinya. Bagaimana Felda berusaha mempelbagaikan program-program untuk meningkatkan tahap ekonomi peneroka selain dari pendapatan hasil-hasil ladang.

Kawan rasa, kalau dilihat dari segi usaha-usaha Kerajaan UMNO-BN untuk pembangunan masyarakat peneroka Felda tidak ada yang mendatangkan permasalahan atau membebankan para peneroka, malah nasib generasi kedua peneroka Felda juga tidak diabaikan.

Dakyah-dakyah pembangkang yang sering mendakwa kerajaanUMNO-BN gagal membela nasib rakyat atau kerajaan UMNO-BN itu zalim perlu dilihat dengan matahati yang tulus, apakah semua itu benar ?

Kalau benar Kerajaan UMNO-BN tidak mampu membela nasib rakyat, khususnya para peneroka Felda. Masakan Felda sanggup mengeluarkan perbelanjaan mencapai RM36.9 juta untuk membaikpulih kebun-kebun kelapa sawit yang terbiar serta kos sara hidup peneroka-peneroka di FELDA Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan, yang keluar daripada tanah rancangan itu pada tahun 1995.

Kalau benar Kerajaan UMNO-BN zalim, cuba kita lihat bagaiman Felda menyediakan keperluan rumah-rumah kediaman untuk generasi kedua Felda. Bagaimana Felda melaksanakan projek-projek pembinaan rumah yang berkonsepkan mampu milik yang dibina diseluruh gugusan Felda dalam Negara.

Tidakkah ini juga sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan UMNO-BN dalam usaha membantu para peneroka serta generasi baru Felda ?

Tidakkah ini menunjukkan bahawa kerajaan UMNO-BN sentiasa meneliti keperluan dan permintaan daripada warga Felda selaras dengan iltizam kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka Felda di seluruh negara.

Buangkan jauh-jauh semua dakyah-dakyah PKR-PAS-DAP yang hanya ingin mengaburi rakyat dengan dasar-dasar perjuangan mereka, kita boleh lihat dengan jelas serta menilai bagaimana kemungkaran, kemunafikan serta kepincangan mereka dalam mentadbir negeri-negeri yang mereka menjadi kerajaan.

Buktikan, undi seramai 6,904 orang dari pengundi-pengundi warga FELDA di Hulu Selangor terdiri daripada masyarakat yang mengenang jasa kepada kerajaan Barisan Nasional.


10 comments:

  1. tanpa umno malaysia tak akan maju...salam 1 malaysia..

    ReplyDelete
  2. Salam YG,

    Memang benar, telah terbukti selama ini keprihatinan Kerajaan kepada semua peneroka FELDA atau pun bukan warga FELDA.

    Kami bersyukur dan berbangga jadi rakyat Malaysia.

    Peneroka FELDA dan generasi sekarang janganlah termakan dakyah pembangkang yang pandai bercakap sahaja tu.

    ReplyDelete
  3. Salam YG,

    Sory Mc tak dapat bagi komen selalu sebab Mc selalu keluar kawasan untuk buat kerja peribadi dan parti. Cuma Mc respect pada YG sebab banyak mainkan isu FELDA dalam blog pun asal dari FELDA, kiranya kalau YG menjadi wakil blogger FELDA yang banyak menentang penjahat Pakatan Haram Jadah ni. . Betul YG! Mari kita tentang Pakatan Haram ni habis-habisan!

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Sokong bro, jgn beri ruang Ronnie masuk Felda.

    ReplyDelete
  5. Mr Kamikaze, Melayuangkat,Mct, dan Junah, terima kasih sokongan tuan dgn komen-komen yg baik....

    Hashim, mengundi MIC, bukan bererti kita telah menolak Melayu, bukankah UMNO menerajui BN, apakah selama 50 tahun UMNO bersama-sama MIC, MCA serta parti-parti komponen lain, orang-orang Melayu terpinggir, orang-orang Melayu hidup merempat ? Bagaiman pula dengan PKR dan PAS ? jelas dan terang mereka bersekongkol dgn DAP telah sanggup membuang hak-hak Melayu.......... Fikir-fikirlah...

    ReplyDelete
  6. ololololo! hidup melayu, hidup melayu!

    ReplyDelete
  7. Salam utk sdra2 Muslimin semua,

    1 Sesungguhnya agama lslam kita sangat melarang kita drp lemah, mundur & hina. Carilah kemajuan - TETAPI TETAP DI DALAM KERANGKA YG ALLAH HALALKAN & REDHAI; bukan membujur lalu, melintang patah; dgn mengingat bahawa setiap perbuatan seseorang Muslim WAJIB terikat kpd perintah2 & larangan Allah. Hal ini demikian kerana ajaran akidah kita menjanjikan bahawa setiap perbuatan ketika di dunia pasti ada persoalannya di Yaumul Mahsyar kelak.

    2 Termasuk di dlm soal pemimpin & kepimpinan [spt yg sedang dlm proses di Hulu Selangor ini] JANGAN AMBIL MUDAH peringatan & amaran Allah tentang hal ini, spt firman-Nya:

    i] 'Janganlah orang yg beriman mengambil [mengangkat] orang kafir sebagai pemimpin dgn meninggalkan orang yang beriman. Sesiapa yg melakukan [larangan] yg demikian, maka TIADAlah dia [mendapat perlindungan / pertolongan] drp Allah di dalam sesuatu apa pun....." [Surah Ali lmran, ayat 28], juga;

    ii] "Wahai orang2 yg beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan drp kalangan kamu [spt Yahudi, Nasrani, Munafik, Kafir] menjadi aulia' [teman kepercayaan]. Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yg menyusahkan kamu. Telah pun nyata [tanda/bukti] kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, sedangkan apa yg tersembunyi di dalam hati mereka lebih besar lagi [kebencian & permusuhannya terhadap kamu]. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kpd kamu ayat2 Kami, jika kamu memahamni [memikirkannya]" [Surah Ali lmran, ayat 118]

    3 Pembangunan & kemajuan apa pun TIDAK BOLEH dijadikan justifikasi bagi menolak ayat2 Allah. ltu asas berakidah kpd ajaran Muhammad SAW. Dan ini juga yg WAJIB didakwahkan oleh setiap Muslim [waima melalui blog] kpd sdra2 Muslimnya yg lain; BUKAN bahkan sebaliknya menyeret mereka untuk dijerumuskan ke dalam dosa keharaman; KECUALI MEMANG Anda TELAH NEKAD & BENAR2 SANGGUP memikul beban dosanya di Hari Hisab nanti.

    Semoga Allah membuka pintu hati setiap kita agar mudah semudahnya roh & jiwa al-Quran mengalir di dalam kalbu setiap Muslim & kekal teguh di situ sampai saat sakaratul maut menjemput pulang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Abu Faiq, terima kasih dgn komen tuan yg baik untuk sama ingat mengingati..

    Jangan kerana kepentingan politik, tuan mengambil ayat2 Quran yg ada kepentingan dgn parti yg didokong oleh tuan..... Bagaimana pula dgn tuan serta penyokong2 fanatik tuan yg bersekongkol dgn kaum kafir yg terang2 menentang sebarang bentuk Islam.... bagaimana pula tuan serta puak2 tuan memberi sokongan di kawasan2 yang mana orang Islam juga adalah jadi calonnya..... mengapa mereka memilih DAP dan calon bukan Melayu PKR ?

    Sebab itu, jgn kerana kepentingan politik di Hulu Selangor, tuan pergunakankan ayat2 Quran sebagai menafikan kepentingan politik parti lain.. Bagaimana dengan PAS sekarang yg lebih berbaik sangaka bersama DAP dan mengundi mereka ?

    Abu Fiq, janganlah menutup sebelah mata semata-mata kerana tuan menjadi baluci PAS-PKR, lihat sekeliling dengan pemikiran yang tidak jumud...jangan pergunakan agama untuk kepentingan politik..

    Mengejar pembangunan, berusaha memajukan diri bukan bererti seseorang Islam itu ditafsirkan akan menolak ayat2 Allah, bukankah setiap hamba-hamba Allah juga wajib mencari kesejahteraan di dunia juga di akhirat....

    Hentikanlah ceramah2 seperti ini yg cuba mengelirukan umat Islam kerana kepentingan politik.....

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sdra Yang Gambi,

    1 Apa yg saya tulis bukan dikhsususkan utk mana-mana perilaku parti tertentu. la untuk umat Muslim keseluruhannya. Yg tidak boleh UMNO buat, TIDAK boleh jugalah bagi PAS. Yang TIDAK boleh PAS lakukan, juga TIDAK boleh UMNO buat, kerana mereka sama-sama parti lslam.

    2 Salah jika sdra kirakan says menulis kerana mempertahankan PAS. Mana boleh saya akui PAS benar kalau hendak menegakkan syariat lslam, dia bersekongkol & berkongsi kuasa dgn parti-parti berbasis kaum kafir. Bukankah demikian juga UMNO?

    3 Moral tulisan saya ialah - semua yg berjalan sekarang [termasuk pelaksanaan/
    legalisasi pilihan raya kita untuk menegakkan pemerintahan] bukan di atas asas lslam. Kajilah lebih mendalam..!

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..