Tuesday, April 27, 2010

PKR-pakatan kalah, tuduh pula BN beli undi


PKR-pakatan tidak boleh menerima hakikat kekalahan calon jutawan Zaid Ibrahim berkubur di Hulu Selangor. UMNO-BN dituduh pula telah membelanjakan lebih RM100 juta bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor.

Anwar, Ketua Umum PKR mendakwa telah membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, SPR juga dikatakan gagal menjamin pemilihan yang bersih dan adil sertai pihak Polis membuat ugutan dalam usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.UMNO-BN juga didakwa membuat serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan terhadap calon dan pakatan rakyat yang boleh membantu kemenangan BN. Klik

Dato’ Sri Najib, menafikan dakwaan kononnya pihak BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor. Segala perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan dan apa yang dilakukan ialah untuk menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk. KLIK

YG ; memang telah dijangkakan itulah dakwaan-dakwaan yang keluar dari Anwar dan kuncu-kuncu pakatan rakayat, mereka tidak akan menerima hakikat bahwa rakyat sudah mula menolak segala pembohongan yang telah mereka buat kepda rakyat selama ini.

Anwar, PKR-pakatan sengaja tidak mengakui kejayaan UMNO-BN memenangi PRK Hulu Selangor sebagai satu isyarat yang jelas bahawa rakyat telah mula menolak politik adu domba mereka yang berterusan membawa dakyah-dakyah memfitnah, tohmahan serta menghuruharakan keadaan sebagai senjata politik

Anwar, PKR-pakatan secara sedar atau tidak mengakui bahwa rakyat telah mula meyakini gagasan ‘1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' yang menjadi konsep perjuangan UMNO-BN.

Rakyat, khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor yakin dan percaya di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib selaku Perdana Menteri untuk melakukan transformasi negara serta gagasan ‘1 Malaysia’ mampu membela nasib rakyat. Rakyat yakin dan percaya bahawa kerajaan UMNO-BN akan menunaikan semua janji-janji yang telah dibuat.

Anwar, PKR-pakatan lupa kegigihan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga membantu kemenangan di Hulu Selangor. Beliau telah mengatur strategi bagi menggerakkan keseluruhan jentera BN untuk terus menanam keyakinan kepada pengundi-pengundi agar memberikan peluang kepada BN untuk membela nasib rakyat.

Apa pun tuduhan, tohmahan akan dilemparkan kepada UMNO-BN, rakyat juga memastikan UMNO-BN akan terus kembali menegakkan panji-panjinya yang bermula di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, dan kini di Hulu Selangor………

Tahniah di atas kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor



12 comments:

  1. Salam Yang gambi..agaknya nilai indi tu berapa ye untuks eorang. Anwar bagi RM1 je sama nilai gajinya sebab tu orang swing undi BN kot..hahahaha

    ReplyDelete
  2. CCZ, setiap kali ada pilihan raya kecil, rakyat setempat mendapat rahmat, segala kemudahan asas yg selama ini mungkin terabai dilaksanakan segera, waima apa saja yg dibuat adalah untuk rakyat setempat....bersyukurlah...

    Dan lagi CCZ, mengapa byk berlaku kematian atau masalah bagi kawasan ADUN/Parlimen pembangkang saja ye ?

    Farid, selamat dtang ke blog saya...terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

    Kenapa susah sangat nak bersatu????

    Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

    Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

    ReplyDelete
  4. Didalam analisis yang dilakukan oleh perbagai pihak didapati kebanyakan undi daripada bangsa asing kearah pembangkang. Perkara ini disebabkan pemimpin melayu pembangkang sanggup menggadai maruah diri bangsa dan negara demi untuk mencapai hajat untuk menjadi pemimpin dan juga disebabkan perasaan iri hati serta dengki sesama sebangsa...perasaan hasat dengki dikalangan orang melayu memang tidak dapat dinafikan..buka kembali lipatan sejarah kejatuhan kerajaan melaka disebabkan apa...

    Oleh itu..wahai pemimpin melayu..sedar lah diri dan lakukan sesautu yang boleh dibanggakan oleh anak cucu dikemudian hari. Sanggupkah kalian melihat anak cucu diperintah oleh kaum lain umpama yang terjadi di s'pore...berdamai lah dan bina kerajaan berlandaskan permaufakatan..jadikan parlimen medan untuk perbincangan untuk memartabatkan negara dan bukan dijadikan dewan parlimen umpama kandang binatang dizoo negara.

    Politik sekarang sudah menuju kepada politik perkauman..sekiranya pemimpin melayu terus bergaduh sesama sendiri dan sanggup dijadikan boneka oleh kaum lain..tak mustahil melayu akan hilang didunia ini..seharusnya melayu kena tiru cara politik kaum cina...mereka mengasingkan politik dan kaum..didalam isu politik mereka berbalah tetapi padila timbul isu kaum mereka ini bersatu...

    ReplyDelete
  5. agaknya apa yang dibuat oleh zaid sekarang dalam keadaan bersedih tu. mungkin............

    ReplyDelete
  6. "ambo kena minum arok semulaa...ambo tak syerr tidur" camni kut kata zaid pada tok ajis...kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Salam YG,

    1,725 atau 25, BN Menang, kita MENANG.

    Alhamdulillah...

    Pada sesiapa yang tidak dapat menerima hakikat ini, sorrylah SOUR GRAPES!!

    Pada BN, berbaktilah pada rakyat yang telah memilih anda. Ini Negara kita, kalau kita sendiri tidak berusaha untuk negera kita, siapa lagi???

    ReplyDelete
  8. OrangKampung, Anak Lenggong, baik sungguh cadangan tuan, tetapi setahu kawan kepimpinan UMNO sudah beberapa kali menghulur tangan utk bersatu dgn PAS di atas idea dari PAS sendiri, tetapi apa yg UMNO dapat ? mereka menghina, memperlekehkan kepimpinan UMNO, sepatutnya kepimpinan PAS perlu bangun dari mimpi dan lihat sekeliling, hindarkan ketamakan kuasa yg dijanjikan DAP...Terima kasih komen yg bernas..

    ArifOmar, Melayuangkat, terima kasih dengan komen tuan, harap-harap Wakil BN yg menang tidak mengabaikan amanah yg diberi rakyat....

    ReplyDelete
  9. puak mereka memang macam tu. sejak dari dulu mesti tak puas hati memanjang.

    ReplyDelete
  10. Biasalah kalau kaki tunggang, kalau tak menunggang botol pastinya menunggang kuda..

    he he he. .

    ReplyDelete
  11. SALAM, BRO, BN MESTI KALAH BARU SEMUA BETUL... MANAKALA PAKATAN PEMBANGKANG MESTI MENANG BARU ADIL...PHUIIIIIIIIIIIIIIIIIII HAPRAK PUNYA PARTI.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..