Sunday, April 18, 2010

PAS dibidas kerana menyokong Zaid sebagai calon Hulu Selangor



Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas PAS kerana turut menyokong Zaid Ibrahim dari PKR sebagai calon pakatan DAP-PKR-PAS dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Tindakan PAS yang amat memalukan walaupun mengetahui personaliti Zahid serta tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO. PAS tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar perlaksanaan Undang-Undang Hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang serta berkempen kekuatan Mahkamah Syariah dalam Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

(Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipinda)

Zaid semasa berkhimat dalam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai agenda-agenda tersembunyi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Islam seperti terlibat dengan penerbitan buku-buku sekularis, liberalis dan anti hadis melalui sebuah syarikat penerbitannya. Zaid juga adalah seorang yang berjiwa ‘pluralisme’ berdasarkan tulisannya dalam bukunya berjudul ‘In Good Faith’.

Rujukan dari SinarHarian

YG ; Apa sudah jadi dengan kepimpinan ulama PAS ?

Apakah orang seperti Zaid sesuai menjadi pemimpin Islam ?

Adakah dengan menyokong Zaid sebagai calon Hulu Selangor telah melambangkan kemurnian perjuangan umat Islam ?

Jelas sudah bahawa PAS akan mengenepikan dasar-dasar perjuangannya apabila bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Mampukah PAS meningkatkan martabat bangsa dan agama serta berupayakah PAS membela nasib rakyat jika berterusan tunduk dengan kehendak-kehendak nafsu Anwar, PKR dan DAP ?

Kalau inilah gambaran yang telah dipertontonkan oleh kepimpinan PAS dan kalau PAS berterusan bersepakat dengan PKR-DAP, tidak silap kalau dikatakan PAS telah menjatuhkan maruah serta martabat perjuangan parti yang selama ini mengwar-warkan untuk memperjuangkan martabat Islam……

Mampukah PAS dengan cita-citanya untuk mengwujudkan sebuah Negara Islam tulen ?

Laungan-laungan takbir hanya sekadar retorik PAS……..



12 comments:

  1. takbir sudah bertukar ke TAKEBEER!!!

    ReplyDelete
  2. Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka.Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini.

    Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya.

    Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya.Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah.

    ReplyDelete
  3. Salam Yang Gambi,

    Ini satu lagi contoh terbaik bagaimana perjuangan Pas dikompromikan akibat bersekongkol dalam PR. Memalukan !

    ReplyDelete
  4. MC, menarik isi-isi komen anda, inilah yg sepatutnya direnungi oleh penyokong-penyokong PAS terhadap Zaid.... Terima kasih

    Dinturtle, benar sangat pendapat tuan... terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Dah memang PAS begitu. Ayat Kur'an dipergunekan kafir pun takpe. Dalam surau dan masjid pulak tu. Kononnya sebahagian dari dakwah. Berapa ramai pemimpin DAP dah didakwah PAS? Ustaz Bala dah masuk Islam ke? Nga koe Meng dah pegi umrah ke sekarang?
    Sokong Anwar, sokong Zaid.....dakwah jugak le tu.

    ReplyDelete
  6. pas dah berjaya melantik seorang khalifah di pulau pinang. dulu aku sokong pas tapi bila dah tau pas bersengkokol dgn parti dap terus hilang kepercayaan pada pas. pas depan melayu takbir belakang cakap lain. patut orang cakap politik kotor.
    yang jadi mangsa rakyat jelata,
    ada tilam tidur tgh jalan raya,
    dok halang raja dah macam org gila,
    dalam kawasan masjid pun buat huru hara,
    harap je lebai putih kat kepala,
    otak tak tau taruk kat mana,
    apalah nak jadi dgn bangsa kita,
    jadi mangsa untuk diperkuda,
    oleh puak yang dok gila kuasa,
    kat mulut penuh caci cerca,
    fitnah sini sana,
    dah tak ingat dosa pahala,
    sebab pas dah dijanjikan syurga,
    jadi tepuk dada tanya selera,

    ReplyDelete
  7. Mungkin bagi Pas setidak-tidaknya Zaid mengucap 9 kali sehari.... Kamal memang sah tak mengucap....

    Bab minum arak, kalau benar2 Zaid minum, Kamal pasti minum juga kerana tiada halangan nagi beliau.

    Cuma setakat Islam "yang derhaka" belum tentu baik berbandingkan seorang Hindu yang penuh dengan sifat2 kemanusiaan.....

    Apa punalasannya yang jelas dalam Pakatan pun ada ramai Hindraf dan DAP yang anti Islam dan Melayu....

    ReplyDelete
  8. Salam YG,

    Apa yang kita nak HERAN dengan PAS sokong Zaid? Ini BUKTI yang PAS adalah sebuah PARTI POLITIK bukan PARTI ISLAM.

    Tapi orang ramai masih tak faham faham dan keliru memikirkan yang PAS itu ISLAM. INilah silapnya dan pemimpin PAS pun pura pura buat buat tak tahu dan tak mahu memperbetulkan presepsi ini.

    Biarlah rakyat terutama di Kelantan dan di Pantai Timur khasnya berterusan fikir yang PAS adalah ISLAM.

    Kalau PAS boleh pikul jenazah Hindu yang kononnya dari kelab penyokong PAS dari bukan Islam dan bersekongkol dengan DAP semata-mata kerana kertas undi inikan pula Zaid. PAS amat terdesak, tak kiralah kalau Orang Utan boleh mengundi pun tentu mereka akan pelihara Orang Utan. Jadi kita pun tak perlu heran dengan taktik ini.

    Apa yang kita perlu buat adalah sama-sama fikirkan apa yang terbaik yang patut BN ketengahkan untuk rakyat bukan setakat di Ulu Selangor tetapi seluruh Malaysia.

    Rakyat mesti faham, kita tidak boleh biarkan DS Najib sahaja dan juga isteri memperomosi Malaysia untuk mencari pelabur dsb, kita juga ada peranan masing masing untuk Negara tercinta. Kita buat apa yang terdaya walaupu setakat beri idea.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    apa nk heran, klu sanggup trima pertolongan syaitan, pertolongan peminum air kencing setan tu kecil.

    ReplyDelete
  10. Cuba tengok ini http://rasakusut.blogspot.com/2010/04/gambar-hari-ni.html

    ReplyDelete
  11. Adf, Siti, Isac, Melayuangkat, Junah, terima kasih dgn komen tuan-tuan.....

    Kuda Perang, tak payahlah nak promosi segala fitnah pauk2 kamu.... lihat sahajalah bagaimana rakyat sudah mula membuka mata segala kemunafikan PAS-PKR semenjak bersama DAP..........

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..