Thursday, April 15, 2010

P94 Hulu Selangor-Drunken Master calon PKR dan MIC akan pecat Mugilan kalau jadi calon BN


Akhirnya PKR telah dengan sebulat suara memilih Zaid Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding di Hulu Selangor, Zaid yang dikatakan calon terbaik bagi untuk mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor, itulah pilihan Anwar Ibrhim kerana pengalamannya yang luas juga bekas Menteri dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berpaling tadah ke PKR.

Zaid yang pernah memfail saman terhadap undang-undang Hudud PAS di Kelantan yang sekarang ini amat rapat dengan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, pernah mewakili BN di Parlimen Kota Baharu tahun 2004.Meletakkan jawatannya sebagai senator dan Menteri Kabinet penghujung tahun 2008 sebagai memprotes penahanan Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin dan Tan Hoon Cheng dan kemudiannya menyertai PKR selepas dipecat daripada UMNO.

PKR meletakkan Zaid yang terkenal kerana menolak hukum hudud secara berterus-terang, mengumpul kekayaan besar dari hasil kontrak semasa bersama kerajaan BN. Zaid calon kebangaan Anwar dan Tok Guru Nik Aziz yang pro-arak, pro-murtad, anti-hudud dan qisas, pro-judi dan pro-amalan homoseksual atas nama hak asasi manusia.

Persoalannya ;

Bagaimana dengan penyokong-penyokong PAS ? Inikah calon yang terbaik bagi pakatan rakyat yang PAS perlu sokong ?

Atau inikah tanda-tanda sifat ‘munafik’ adalah segala-galanya yang terdapat di dalam kepimpinan PAS ?

Atau, sudah tiadakah orang bijak pandai, cerdik pandai dari kalangan penyokong PKR-PAS-DAP di Hulu Selangor ?

Ooooooo, mungkin juga hanya tinggal yang bodoh dungu sahaja yang masih setia menjadi kaldai kepada PKR, kalau tidak masakan Anwar memilih orang luar macam Zaid untuk dijadikan taruhan di Hulu Selangor……..


Melepas juga si Shamsul Ketua AMK PKR ye !!!!!

Bagi pihak BN pula macam mana ?

Calon dari MIC sudah diumumkan, tapi teka tekinya siapa ?

Kalau hendak ikut selera Samy Vellu tentulah G.Palanivel sahaja yang akan dicalonkan…. Calon yang pernah ditolak oleh pengundi-pengundi BN dalam PRU12 lalu…

Dan kalau V. Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC yang menjadi pilihan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mohyiden, V Mugilan pula berkemungkinan akan dipecat dari parti MIC. KLIK

Dey tamby………………apa da……………..

Sepatutnya kepimpinan MIC lebih terbuka, lebih berfikir bagaimana pula pengorbanan pengundi-pengundi Melayu, khususnya penyokong-penyokong UMNO, kaum Cina yang bersedia memberi sokongan kepada calon MIC di atas dasar setia kawan…..

Kalau sudah penyokong-penyokong UMNO di Hulu Selangr lebih berminat kepada V. Mugilan, kenapa perlu dinafikan hak mereka ?

Tidak tindak-tanduk barisan kepimpinan MIC yang sebegini boleh mendatangkan kemudaratan kepada calon Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan di Hulu Selangor…….. Hurmatilah kepimpinan Dato’ Sri Najib serta penyokong-penyokong UMNO yang menjadi majoriti di Hulu Selangor….








3 comments:

  1. calon baru BN sekarang adalah P.Kamalanathan,ketua penerangan MIC.

    Kita lihat sama ada MIC mahu bersama BN selepas ini ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. UMNO nak Muhammad Mugilan rupanya dapat pula Mat Kamal.
    Dengar cerita blogger GAP nak jadi calon Bebas. Betul ker!?...

    ReplyDelete
  3. Hairan juga ye. Rupa-rupanya si kaya dan si miskin boleh duduk bergabung..Elit benar PKR berbanding PAS..Jurang mereka amat besar..Akan bertahankah?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..