Wednesday, March 31, 2010

NIK AZIZ SESAT DAN MENYESATKAN - Tuan Guru Abdullah dari pondok Genting Tumpat, Kelantan


Kawan tertarik dengan satu artikel di facebook dari seorang rakan yang menyiarkannya dalam wall beliau. KLIK

Mari sama-sama kita renungi akan artikel yang dikatakan ditulis oleh Tuan Guru Abdullah, dari Pondok Genting, Tumpat ini :

Bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya.

Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam.

Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP. Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang. Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

OLEH: Tuan Guru Abdullah dari pondok Genting Tumpat, di Utusan Malaysia bertarikh 21 March




Tuesday, March 30, 2010

‘Ulama Jutawan’ kekal Mursyidul Am PAS


Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu. Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat juga telah mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan Dr Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Am. KLIK

YG : Tahniahlah kepada Tok Guru Nik Aziz yang masih mendapat kepercayaan dari parti. Siapa yang berani menyinkirkan tok guru………. Maut nanti……

Kawan teringat satu kesah di kampung, orang membela atau disebut memelihara atau boleh juga disebut menggunakan khidmat anak ‘TOYOL’ untuk mendapatkan wang setiap hari.

Di antara syarat-syarat kalau hendak membela/memelihara/meminta khidmat ‘anak toyol’ ini, seseorang atau individu itu mesti sudah pergi ke Mekah menunaikan Haji.

Syarat seterusnya, individu itu mestilah bersikap warak, alim serta bersederhana dalam segala segi, pakaian pula hendaklah baju yang sama setiap hari, kalau sudah terlalu buruk atau lusuh baru boleh ditukar baju baru, begitulah seterusnya.

‘Anak Toyol’ ini pantang melihat tuannya tidak bekerja dan melihat tuannya hanya duduk bersenang lenang di rumah. Pendek cerita, tuan punya ‘anak toyol’ ini akan sentiasa bekerja, waima hanya sekadar mencabut rumput di halaman rumah.

Kesimpulannya, tuan punya ‘anak toyol’ ini akan sentiasa bersikap warak, rajin ke masjid, berpakaian sederhana tidak bergaya dan sentiasa bekerja untuk menonjolkan dirinya bukan golongan orang senang tetapi jutawan……..

Kenapa ? sebab dia ada ‘anak toyol’ yang bijak mencuri duit dari masyarakat setempat untuk kepentingan tuannya……



Monday, March 29, 2010

Ulu Tembeling maju kalau PR berkuasa di Pahang


Begitulah janji yang di buat oleh Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang kepada masyarakat kawasan Ulu Tembeling, Pahang. KLIK

Dakwa Hamzah Jaafar penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman Ulu Tembeling masih ada yang tidak dapat kemudahan asas yang sempurna. PAS dan PR ada cara bagaimana untuk menyediakan kemudahan asas termasuk pembinaan jalan raya yang sempura di Ulu Tembeling bagi kemudahan dan keselesaan rakyat jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan kuasa memerintah.

Kononnya selama lebih 50 tahun penduduk pendalaman Ulu Tembeling menjadi mangsa penipuan dan kerakusan pemimpin UMNO.

YG : mudah sungguh si munafik bila bercakap………….. semudah melepaskan kentut dari perut, baunya kohong menguasai ruang…….

Tinjauan kawan ke kawasan-kawasan pendalaman Taman Negara Kuala Tahan serta Ulu Tembeling agak berbeza dengan apa yang didakwa oleh pemimpin PAS tersebut…….

Kuala Tahan, semenjak jalanraya dibena oleh kerajaan UMNO-BN Pahang dari Jerantut ke Kuala tahan, sedikit demi sedikit kemudahan asas keperluan penduduk dipertingkatkan di kampung-kampung persisiran Sungai Pahang. Sehinggakan jalan-jalan kampong yang diwujudkan secara membuka tanah-tanah haram oleh penduduk yang kebanyakan datangnya dari Kelantan pun diberi kemudahan asas walau pun ada yang sedang dilaksanakan.

Mungkin geran tanah hak milik sahaja yang mungkin sukar di beri oleh Kerajaan Pahang kerana ada individu membuka ladang-ladang secara haram melebihi 10 ekar seorang…….. Sedangkan rakyat Pahang sendiri hanya layak 3 ekar sahaja untuk tanah pertanian……

Di Kg Bantal, Kg Pagi, Kg Mat Daling, Kg Kuala Sat dan yang paling jauh Kg Gusai Ulu Tembeling, boleh dikatakan keseluruhan kampong disediakan kemudahan asas oleh kerajaan, lebih-lebih lagi Sekolah.

Jalan raya, sebahagian penduduk pendalaman Ulu Tembeling memberi pendapat adalah wajar dengan menggunakan sungai sebagai jalan masuk, lebih-lebih lagi bagi pengusaha-usaha bot pelancungan.

Kenapa mereka berkata demikian ?

Mereka tidak mahu kampung mereka, lebih lagi di Kuala Tahan akan jadi seperti pecan kecil Kuala Tembeling, boleh dikatakan sebahagian besar gerai/kedai milik bumiputera gulung tikar kerana ketiadaan pelancung berkunjung…….. ini akibat terbenanya jalan raya dari Jerantut ke Kuala Tahan…..

Mungkin ada logiknya jika dibena jalan-jalan raya dari Kuala Tahan ke kampong-kampung Ulu Tembeling, tetapi adakah releven jika banyak perkara yang akan terhapus dari kalangan pengusaha-pengusaha Melayu-Bumiputera…..

Mungkin kerana inilah juga maka kerajaan UMNO-BN Pahang lebih banyak memikirkan yang mana perlu diutamakan……

Mungkin juga kerana pembangkang sukar untuk memasuki kawasan-kawasan Ulu Tembeling untuk menghasut penduduk kampung, maka isu kemudahan asas dijadikan modal……….. inilah hamPAS-pakatan rasuk rakyat…..




Saturday, March 27, 2010

Parti Demokratik Indonesia pimpinan Susilo sokong kongres homoseksual & lisbien ?


JAKARTA - Ahli politik dari Parti Demokratik pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyokong hak sekumpulan gay dan lesbian untuk mengadakan kongres untuk golongan itu. KLIK

Demokrat menegaskan bahawa golongan homoseksual mempunyai hak perlembagaan untuk mengadakan kongres pada bila-bila masa dan di mana saja. Kerajaan tiada alasan untuk menghalang golongan itu menganjurkan kongres.

Sebelum ini, Parti Rakyat Demokratik (PRD) menjadi parti pertama dalam sejarah Indonesia yang mencantumkan "hak hak homoseksual dan transeksual" dalam manifestonya pada tahun 1996.

YG : Indonesia paling ramai warganya yang mempunyai penganut agama Islam, munkin Negara pertama di Asia yang mengikhtiraf pasangan gaya hidup gaya dan lisbien………

Patutlah si Anwar mendapat sokongan yang menggalakkan dari warga Indonesia……..

Agaknya, kalau pakatan rakyat dapat berkuasa di Malaysia, apakah Anwar akan jadikan Malaysia juga macam tu ?




Friday, March 26, 2010

Rakyat Kelantan kena tanam semula pokok balak dalam konsep ‘1 Balak 1 Bayi’


Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar mencadangkan rakyat di negeri ini menanam semula pokok kekal (balak) dengan menjadikan konsep ‘1 Bayi 1 Balak’, ia mungkin dapat memberi kesan terhadap penanaman semula pokok balak yang rakus diterokai sekarang ini. KLIK

Dan kata Wan Ubaidah lagi, “Kelantan telah mengutip RM52 juta hasil melalui perhutanan termasuk cukai dan royalti dan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hutan di negeri ini penting, malahan rakyat turut digesa supaya tidak menerokai hutan sewenang-wenangnya bagi kepentingan diri.”

YG : Mudah sungguh ye ………….. bila hutan-hutan balak dah habis digondol oleh penyangak-penyangak kerajaan PAS Kelantan, suruh rakyat pulak tolong tanam sebatang seorang……

Agaknya inilah pemikiran yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS di serambi Mekah….. Bila semua sudah dikebas, hasil dirompak dengan rakus, duit entah ke mana, rakyat yang kena tanggung semua….

Tak pelah kan……. Rakyat Kelantan sudah dijanjikan ‘syurga’ oleh tok guru Nik Aziz…… Biarlah wang hasil-hasil balak yang dah digondol ini beri kat pemimpin-pemimpin PAS sapu sampai kenyang, biar sampai pecah perut…….

Lepas ni nak tuntut wang royalty minyak pulak……. Tengku Razalieh Hamzah pun dah dilantik wakil Kerajaan Kelantan….. habis minyak, habis balak suruh pulak rakyat Kelantan tolong selesaikan…..

Apa susah, untuk pembangunan rakyat miskin suruh je Kerajaan UMNO-BN tolong Bantu….. duit balak deme pulun…….

Itulah amanah yang Kerajaan PAS buat di atas undi rakyat Kelantan…

Inilah yang dikatakan membangun bersama Islam PAS………. ‘perut ulama didahulukan, rakyat dilaparkan’……….. ‘PAS for all’, semua harta negeri dan rakyat dipulun habis….

Patutlah ramai kita dengar pemimpin-pemimpin PAS tanam balak, cari tanah-tanah subur untuk tanam balak......... ada pulak jenis yang cari tanah-tanah bawah umur untuk tanam balak...




Wednesday, March 24, 2010

Si bacul sedia pertahankan dakwaan 1 Malaysia sama dengan ‘One Israel’


Si Anwar bacul bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia sama dengan slogan 'One Israel'. Anwar mendakwa peranan Apco Worldwide yang menghasilkan 1Malaysia dan One Israel dengan kerajaan pusat.

Kenyataan ini dibuat ekoran si Anwar diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyatannya bahawa konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1 Israel. KLIK

YG : apakah yang tersirat sehinggakan puak-puak pembangkang takut sangat dengan slogan 1 Malaysia ?

Apa pula bezanya dengan slogan ‘PAS for all’ dengan ‘Israel for all’ ?

Perlu di ingat, ‘Israel for all’ ada konsep yang digunapakai oleh ditaktor-ditaktor Israel yang lebih membawa kepada kekejaman kepada bangsa Arab Palestin, memberi tanah-tanah yang dirampas dari penduduk Islam Palestin untuk bangsa Yahudi yang datang dari luar Israel.

‘Israel for all’ yang digantikan dari konsep ‘One Israel’ yang diperkenalkan oleh Ehud Barak pada tahun 1999, yang bertujuan bagi menyatukan bangsa Yahudi dengan bangsa Palestin. Tetapi oleh kerana wujudnya konspirasi dari puak-puak pengganas Yahudi yang tidak mahu melihat umat Islam di Israel menikmati keharmonian, maka puak-puak zionis ini telah menjatuhkan Ehud Barak. Rujuk di sini

Maka wujudlah konsep ‘Israel for all’ yang ditiru oleh kepimpinan PAS dengan slogan ‘PAS for all’….

Jika kita kaji, konsep ‘1 Malaysia’ dengan ‘1 Israel’, yang didakwa ada persamaan, salahkah kalau konsep ‘1 Malaysia’ yang berpaksikan hasrat kepimpinan kerajaan UMNO-BN untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum ?

‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ itulah konsep ‘1 Malaysia’……..

Apakah menjadi kesalahan konsep ‘1 Malaysia’ menyerupai konsep ‘1 Israel’, tetapi bertujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, hidup harmoni serta menikmati kehidupan yang aman damai dalam Negara ?

Rakyat Negara ini semua sudah tahu bahawa prinsip kerajaan Malaysia yang selama ini tidak pernah mengiktiraf negara Israel. Kerajaan Malaysia sehingga kini tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara rejim Yahudi ini, malah memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat………..

Kalau ‘1 Malaysia’ dikatakan meniru konsep dari rejim zionis Israel, bagaimana pula dengan ‘PAS for all’ ? Tidakkah iannya juga meniru konsep ‘Israel for all’ ?

Bagaimana pula dengan peranan Anwar Ibrahim yang bersekutu dengan sahabat-sahabat Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel, Paul Wolfowitz , James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS).


Majikan Anwar semuanya berbangsa Yahudi dan berfahaman zionisme,(Richard Haass, Strobe talbott, Martin Indyk) iaitu mahukan kedaulatan Israel terjaga dan berhasrat melemahkan kedaulatan negara-negara Islam (Iraq, Afganistan dan Iran). KLIK

Bagaimana pula sebelum ini Anwar Ibrahim menjadi dalang kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh Konrad Adaneur Foundation (KAF), melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan ‘HISHAMMUDIN RAIS’ yang telah mendidik pengiku-pengikutnya berfikiran bebas dan liberal. Melalui IKD juga dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Anwar Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan IKD sebagai organ saraf kepada si Anwar, dan IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif di IPTA dan IPTS.

IKD juga turut bekerjasama rapat dgn MAFREL untuk menjalankan penyelidikan serta amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap untuk menyokong Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.

Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Rujuk di sini

Si Anwar sanggup bersekongkol dengan mereka ini semua semata-mata untuk menjahanamkan negara. Si Anwar sentiasa membawa agenda Yahudi dengan mempengaruhi pemikiran rakyat agar merasa kecewa serta menyampah kepada UMNO-BN…….

Persoalannya mengapa si Anwar sanggup merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu ?



Thursday, March 18, 2010

Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab di atas pembunuhan Siva ?

Suria Narayanan (gambar), Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak menyatakan rasa peliknya kerana polis dari Teluk Intan telah sampai ke lokasi pembunuhan Siva Phanthiyan tidak sampai 5 minit selepas kejadian berlaku tanpa dimaklumi atau dihubungi.
Kemunculan anggota Polis tersebut secara tiba-tiba seolah-olah mereka telah tahu lebih awal ten
tang apa yang akan berlaku ditempat tersebut.

Suria berkata, “kenapa polis dari Teluk Intan ? ( bukan polis dari Langkap ). Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut . Dan pihak polis tidak mengadakan sekatan jalanraya dimana-mana yang sepatutnya bagi mengesan penjenayah tersebut”.Suria juga menegaskan, bahawa Menteri Keselamatan dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab diatas kejadian tersebut.

Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar), Ahli Parlimen Parit Buntar, turut bersetuju dengan dakwaan Suria serta menyatakan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tindakan ganas sedemikian. KLIK

Sementara itu, Persuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata terdapat keraguan terhadap motif pembunuhan dan PAS mengesa pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu. KLIK

YG : Pertama - Begitulah andaian yang dibuat sekutu-sekutu PAS, seboleh-boleh mereka akan cuba membayangkan bahawa setiap insiden yang berlaku mesti ada kaitan dengan kerajaan UMNO-BN.

Kalau benarlah seperti dakwaan Suria, cuba kita pula menilai disebaliknya, apa sangatlah yang ada pada Siva sehingga ada perancangan untuk membunuhnya……..

Kalau benarlah kerajaan UMNO-BN kejam, zalim seperti yang sering didakwa penyangak-penyangak pembangkang, kenapa tidak dihapuskan sahaja manusia macam AnuWar Ibrahim, Karpal Singh anak beranak, Lim anak beranak atau wali terompah Nik Aziz, mengapa mesti membunuh manusia macam si Siva ?
Tapi kalau sudah jenis hati berkarat, sikap buruk sangka tetap tidak boleh dihindar walau pun serban berputar di kepala, jubah meleret ke tanah, fitnah tetap hendak ditonjolkan juga…….

Kedua – Lihat sahajalah bagaimana puak-puak PAS ini begitu menghargai nyawa si kafir lebih daripada nyawa seorang muslim.

Tidak ada satu gesaan pun yang lahir dari pemimpin-pemimpin PAS agar pihak Polis menyiasat secara terperinci di atas kematian seorang anggota tentera, Mohd Salleh Hamdan, yang maut apabila dilanggar oleh kereta yang dinaiki pemimpin PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu.

Tidak ada satu pun berita disensasikan oleh Harakah lidah rasmi PAS, tidak ada sesiapa dari kalangan PAS mengutuk sekeras-kerasnya kematian angota tentera tersebut, tiada yang berpusu-pusu berkempen mengutip derma untuk menghulurkan bantuan…….

Kenapa ? kerana Tian Chua adalah sekutu golongan khawarij…….

Beginilah juga keadaannya apabila penggnas PKM mengganas semasa zaman darurat dulu, anggota PKM Melayu hanya sekadar menonton segala kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk-penduduk kampung Melayu…….


Wednesday, March 17, 2010

Ahmad Maslan, “hentikan pecah belah dalam FELDA” – mengapa pula Mazlan Aliman mengaruk di Pahang ?


Datuk Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui masyarakat FELDA kini 'diasak' dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya dengan isu agar semua rumah dan kebun dalam FELDA Plantation diserahkan kepada generasi kedua.

Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka FELDA digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela. KLIK

Mazlan Aliman, Presiden ANAK, yang telah ditahan reman oleh IPD Raub, Pahang kerana telah menceroboh di sebuah kawasan rancangan FELDA sebelum ini telah menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM mendakwa kononnya berlaku pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan penipuan oleh FELDA.

Kononnya FELDA telah lari dari matlamat asal membantu rakyat dengan memberikan tanah untuk diusahakan dan kononnya FELDA hanya bertanggungjawab menyediakan rumah dan ladang-ladang dan apabila sudah mendapat geran hak milik, peneroka tidak perlu lagi diikat dengan FELDA.

FELDA juga kononnya menjadikan peneroka sebagai hamba jika peneroka menyerahkan ladang-ladang mereka kepada FELDA, itulah dakyah-dakyah Mazlan Aliman untuk mencapai cita-cita politik PAS dalam masyarakat FELDA.

YG : Begitulah bezanya peranan dua orang anak dari Negeri Johor ini dalam masyarakat FELDA yang terdiri daripada 112, 635 keluarga yang asalnya miskin dan tidak bertanah dari 317 buah tanah rancangan.

Ahmad Maslan, menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Kerajaan UMNO-BN untuk meneruskan peranan FELDA membangunkan keluarga peneroka serta generasinya mengikut kanun tanah berkelompok seperti yang terdapat dalam Akta GSA 1960 yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Mazlan Aliman, kononnya berjuang untuk keadilan, tetapi yang jelas hanya untuk memecah belahkan masyarakat FELDA dan tidak lebih daripada untuk meraih sokongan kepada beliau sendiri serta parti PAS.

Mazlan, kalah bertanding dalam Parlimen Bera, Pahang atas tiket PAS pada PRU ke 12 yang lalu. Kenapa Mazlan tidak bertanding di mana-mana kawasan parlimen dalam negeri Johor ?

Mungkin, YG akan dilebelkan seorang generasi peneroka yang telah butahati dan minda kerana terus meletakkan diri sebagai hamba FELDA seperti yang didakwa puak-puak pendakyah pembankang yang sebenarnya lebih buta dan hitam pemikiran mereka kerana menafikan segala nikmat yang telah mereka kecapi melalui tanah rancangan FELDA.

YG tidak mahu mengulas panjang apa yang didakwa oleh ‘anak-anak musang’ berhubung dengan FELDA.

YG cuma hendak peringatkan semula, apakah para peneroka telah lupa semasa mereka mula-mula ditawarkan untuk menyertai tanah rancangan FELDA, meraka telah menandatangani surat perjanjian tanah di bawah Akta GSA 1960 ?

Para peneroka lupa, dibawah perjanjian Akta GSA 1960 ini, FELDA berterusan bertanggungjawab membangun ladang-ladang, perkampungan, masyarakat serta keluarga peneroka.

Mengapa perlunya peneroka meminta pihak lain seperti Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil RISDA atau FELCRA untuk mengambil alih pembangunan ladang dan masyarakat FELDA ?

YG bersetuju ladang-ladang dalam FELDA Plantation yang mana keuntungan hasilnya adalah untuk menampung segala kebajikan yang dinikmati oleh peneroka serta generasinya dalam perkara-perkara seperti bonus tahunan, penyediaan program ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), universiti serta skim tuisyen.

Apakah ada dikalangan generasi peneroka masih tidak sedar berapa banyak kemudahan-kemudahan kursus kemahiran yang disediakan oleh FELDA ?

Mazlan mendakwa, FELDA Plantations telah menjadikan generasi kedua FELDA sama taraf dengan buruh-buruh warga asing.

Apakah tidak wajar atau layak anak-anak peneroka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA, yang tidak ada kemahiran, yang tidak berpeluang menjadi usahawan bekerja sebagai buruh dalam ladang-ladang FELDA Plantations ?

Kalau anak-anak peneroka ini menjadi buruh atau hamba di ladang tauke-tauke Cina tidak mengapa ?

Kalaulah, Mazlan Aliman benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan nasib generasi kedua FELDA atau sesiapa sahaja, mengapa tidak mendesak kerajaan PAS-pakatan rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor membuka tanah-tanah ladang untuk diserahkan kepada FELDA atau lain-lain agensi untuk diberi kepada mereka ?

Mengapa mesti membuat kecoh menghasut masyarakat FELDA di negeri Pahang ?

Waima apa sekali pun yang di dakwa oleh Mazlan Aliman, ianya tidak lebih daripada sebagai barua kepada parti pembangkang yang bertujuan untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya serta menonjolkan diri supaya mendapat nama dan tempat dalam parti pembangkang. Itulah hakikatnya…….



Thursday, March 11, 2010

‘SYURGA’- itu janji PAS pada penyokongnya, bapa pula sanggup serah anak perempuan 10 tahun kepada rakan jemaahnya


Pasir Mas, Kelantan - Kerana terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda serta mengikut sunnah Nabi, seorang bapa bersetuju mewali dan menikahkan anak perempuannya walaupun baru berusia 10 tahun dengan rakan jemaahnya.

Si bapak ini menikahkan sendiri anak perempuannya dengan serba ringkas dalam sebuah kereta dengan si bapak bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan yang berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan si bapak mewalikan pasangan anaknya sambil memandu mendorong Ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan di Balai Polis, Pasir Mas. KLIK

YG : Beginilah sikap sebahagian dari kalangan orang Melayu Islam dalam masyarakat Malaysia, mudah sangat taksyub dengan tok-tok guru, ustaz-ustaz yang berkepentingan sehingga tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri.

Bukankah ‘syurga’ itu hak Allah ?

Allah telah menjanjikan ‘syurga’ kepada hamba-hambaNya yang mentaati segala suruhanNya, selagi tidak mengkufurkanNya serta mensyirikkanNya……. Itu janji-janji Allah…….

Mengapa kita tidak boleh berfikir sendiri sehingga sanggup menghadapi perpecahan dikalangan masyarakat sesama Islam, sehingga ada yang sanggup mengorbankan anak dan keluarga sendiri……

Inilah akibatnya bila ada yang bijak pandai dalam hal ehwal ilmu agama telah menyalahgunakannya untuk kepentingan nafsu sendiri.

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud , "Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya.”

Imam Ghazali juga berkata,"Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sehinggakan masyarakat mearsa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia.”

Inilah golongan ulama-ulama politik yang ada sekarang, mereka tidak takut kepada Allah, mereka telah menghiaskan diri mereka dengan sifat riak dan takbur yang amat dibenci Allah. Mereka begitu menbenci sesama saudara Islam, tidak mahu mencari jalan kebaikan walaupun ada yang menyeru untuk berbuat demikian.

Fikir-fikirlah wahai umat Melayu Islam semua, jangan kita biarkan diri kita tertipu dengan manusia-manusia seperti ini....




Tuesday, March 9, 2010

Mahkamah milik UMNO-BN, itulah anggapan pembangkang


Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ke 2 pada 2 September 1998 oleh Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu adalah sah di sisi undang-undang, begitulah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. KLIK

Tetapi apa kata peguam-peguam bela Anwar ?

“Kami tak puas hati, tetapi keputusan Mahkamah adalah muktamad,” kata Sankara Nair, peguambela Anwar Ibrahim.

Sankra Nair juga turut mempertikaikan keputusan mahkamah yang memberikan masa begitu singkat kepada pasukan peguambela Anwar untuk membuat persiapan penghujahan termasuk usaha mengenepikan Hakim tertentu daripada mendengar perbicaraan kes tersebut, kerana dilihat tidak adil sejak kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Tindakan Mahkamah Persekutuan juga dilihat sengaja mempercepatkan membuat keputusan ke atas kes pemecatan Anwar kalau untuk kepentingan mereka. KLIK

Bukan itu sahaja keputusan-keputusan Mahkamah yang dipertikaikan oleh puak-puak pembangkang ini, banyak lagi kes-kes yang mana keputusan tidak memihak kepada mereka, maka Mahkamah di Malaysia ini seolah-olah dikuasai UMNO-BN.

Kita lihat sahajalah bagaimana parti PKR melalui Setiausaha Agungnya (seperti lampiran “A”) mengeluarkan surat serta diedarkan kepada masyarakat kampung.

UMNO-BN dituduh mengerahkan Polis, Peguam Negara, Media dan Mahkamah membuat fitnah dengan meneruskan pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Media dituduh telah dikuasai UMNO-BN tanpa adab, akhlak, batas susila dan kesopanan kerana melaporkan dengan terperinci tanpa menjaga maruah, kehormatan serta kemuliaan Anwar dan keluarganya.

Beginilah bentuk dakyah yang disebarkan oleh PKR untuk meracuni pemikiran rakyat, khususnya masyarakat kampung-kampung Melayu seolah-olah UMNO-BN begitu jahat sekali.

Begitu juga dengan risalah dari peguam-peguam PAS yang diedarkan kepada masyarakat kampung. (seperti dilampiran “B”)

Bagaimana kalau risalah-risalah seperti ini dibuat atau diedarkan oleh pihak UMNO-BN ?

Kawan rasa sudahasti berpuluh, beratus malah beribu laporan Polis dibuat oleh penyangak-penyangak pembangkang, maka berjuta-jutalah tuntutan dibuat…..

Pada pandangan anda, apakah risalah-risalah hasutan seperti ini tidak menyalahi atau tidak menghina mahkamah ?

Mengapa orang-orang UMNO tidak membuat laporan Polis ?



Sunday, March 7, 2010

Jeff Ooi mahu Ahmad Husni minta maaf, dia sendiri macam mana ?


Jeff Ooi Chuan Aun, MP Jelutong, mendakwa Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Ke 2 telah membuat kenyataan berunsur perkauman semasa berucap makan malam anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

Ahmad Husni diminta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta akan mendesak Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri melucutkan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Ke 2. KLIK

Dulu-dulu, beginilah cara komunis berfikir semasa berkuasa, orang lain atau masyarakat atau rakyat jelata tidak boleh membuat silap, waima sekecil kuman sekali pun, pasti akan dihukum, diseksa kejam. Kalau bagi pihak mereka (komunis), membunuh, merogol, merompak, meliwat semua halal…..

Mudah sungguh orang macam Jeff Ooi mendesak orang lain meminta maaf, dia sendiri macam mana ?

Sudahkah Jeff Ooi memohon maaf secara terbuka kepada kumpulan Jemaah Islah Malaysia ?

Jeff Ooi lupa bagaimana dia menuduh Mohd. Razali Abdullah, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai “Muslim extremist” kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi “membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Jeff Ooi juga mendakwa pihak majlis sepatutnya tidak membenarkan seorang “ekstremis agama Islam” di dalam pentadbiran MPPP dan juga mendakwa pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang “ekstrimis agama Islam” menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan. (Rujuk keratin akhbar The Star bertarikh 2 Ogos 2009).

Setelah di kecam dan di protes dari pelbagai pihak, Jeff Ooi menafikan dia membuat kenyataan-kenyataan yang menghina Islam.

Jeff Ooi hanya sekadar menarik balik kenyataannya yang melabelkan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai kumpulan pengganas, tetapi tetap tidak memohon maaf…………..

Jeff Ooi manusia bodoh-sombong tidak memperdulikan sedikit pun bahawa dia telah mengguris perasaan umat Islam lebih-lebih lagi yang sedang bersekongkol dengan DAP lebih-lebih lagi PAS.

PAS juga adalah parti yang kononnya mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam tulen, tidakkah PAS juga parti ‘ekstrimis agama Islam’ ? atau hanya sekadar slogan untuk menipu orang-orang Melayu Islam….

Sebenarnya Jeff Ooi yang berfikiran sempit serta bersikap ekstremis dan chauvinis………….. tak payahlah nak suruh orang lain minta maaf……..



Saturday, March 6, 2010

PAS terlalu takbur dan angkuh


Kalau di Pahang, YDP PAS Kawasan Temerloh, Rahim Latif dengan berselindung disebalik fakta sebenar begitu takbur mendakwa segala masalah sosial serta kepincangan yang berlaku adalah akibat daripada kedegilan pemerintah UMNO yang tidak mahu kembali kepada sistem pemerintahan berasaskan Islam.

Akibat kepimpinan UMNO yang tidak melaksanakan tanggungjawab menjaga agama dan membela rakyat segala gejala sosial semakin parah, kehidupan rakyat terancam, jenayah sukar dibendung, amalan beragama kian luntur. KLIK

Angkuhnya dakwaan pemimpin PAS ini, mudahnya menuduh UMNO tidak mahu kepada pemeritahan Islam…..

Apakah PAS mampu mengwujudkan pemerintahan Islam ?

Cuba tolong jelaskan cara mana PAS mampu mengwujudkan sisten pemerintahan Islam bersama DAP dan PKR…..

Kalau di negeri Kelantan dan Kedah untuk mengwujudkan system undang-undang syariah pun sampai sekarang tidak nampak, apa kah lagi nak wujudkan dalam satu Negara…….. Di Selangor dan Pulau Pinang saja pun sudah cukup membuktikan PAS tidak mampu mempertahankan maruah Islam, apakah lagi nak tubuh pemerintahan Islam……..

Kalau cakap hanya sekadar hendak menipu, memperdayakan orang-orang kampung, lebih baik tak payah cakap…….. munafik namanya…

Baru-baru ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan bagaimana Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang dengan bongkak berkata tidak akan bersekongkol dengan orang Islam seperti UMNO yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir DAP….

Hari Pemuda PAS Perak pula dengan angkuhnya menegaskan bahawa UMNO telah bertindak zalim terhadap rakyat dan PAS tidak akan bersekongkol dengan UMNO yang zalim serta meminta Tan Sri Harussani Zakaria menasihati UMNO terlebih dahulu. KLIK

Begitulah takburnya PAS ini seolah-olah mereka itu semua sudah terlalu Islam sangat…….

Cuba kita fakir-fikir, betulkah rakyat Malaysia telah menderita kerana kezaliman UMNO ?

Bolehkah puak-puak PAS ini jelaskan satu persatu di atas kezaliman UMNO kepada orang Melayu atau rakyat ?

Beginilah cara munafik puak-puak PAS yang sentiasa mendakyah kepada orang-orang kampung……….

UMNO sentiasa dikatakan zalim dihadapan rakyat, sedangkan penduduk kampong sehari demi sehari dipertingkatkan taraf hidup…. Termasuk puak-puak PAS, dari bodoh kepada cerdik hasil dari pembangunan rakyat oleh kerjaan UMNO yang dikatakan zalim……….

Kalaulah UMNO itu zalim, macam mana puak-puak PAS sekarang dari pakai kereta buruk bertukar ke kereta-kereta mewah, dari bini seorang dah bertambah 2, 3, 4 malah ada spare lagi 2-3 orang, ada yang mampu membayar tuntutan bekas isteri sampai RM3 juta…….

Ada juga yang mampu bayar berpuluh ribu ringgit semata-mata nak Sodom buntut lelaki muda…….

Ini yang dikatakan UMNO itu zalim ?

Tapi apa nak dikatakan, memang dah perangai puak-puak PAS yang tidak pernah bersyukur dan dididik untuk berterima kasih…….. nak buat macam mana ye…….





Thursday, March 4, 2010

Kambing hitam AnuWar dakwa UMNO membeli Ahli Parlimen PKR


Si kambing hitam AnuWar, Raja Petra mendakwa, UMNO sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga. UMNO memerlukan kuasa dua pertiga di Parlimen ini untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 akan datang.

Menurut Raja Petra, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

UMNO dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, UMNO tidak akan berjaya dan usaha-usaha membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat sedang dijalankan.

Menurut Raja Petra, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak, begitu juga dengan Tan Tee Beng, AP PKR Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta. KLIK

YG : Kalau begitu berapa pula UMNO bayar kepada Mohsin Fadzli Samsuri, AP bagan Serai ?

Tak kan RPK kambing hitam AnuWar tak tahu ?

Kalau begitu AP-AP dan ADUN-ADUN yang dijangka akan keluar dari PKR itu sedang tawar menawarlah untuk dibeli ?

Agaknya, kerana percaya dengan cerita si bacul RPK inilah maka Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana kononnya telah mengkhianati perjuangan pakatan rakyat.

Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah. KLIK

Nak tergelak kawan dengan cerita karut si kambing hitam RPK ini, kononnya UMNO berjaya ‘membeli’ Ahli-Ahli Parlimen PKR macam dalam pasaran terbuka sungguh laris dengan tawaran harga yang menarik seolah-olah UMNO tidak demokrasi lansung.

Kawan rasa UMNO bukan terdesak sangat dan janganlah gambakan UMNO terlalu buruk dan jahat dalam susana politik yang melihat ramai AP-AP dan ADUN PKR bertali arus keluar kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR.

Ke mana hilangnya sikap angkuh kepimpinan PKR ?

Kalau dulu AnuWar begitu angkuh mendabik dada dengan bongkak kononnya pada 19 September yang lalu akan menumbangkan kerajaan UMNO-BN kerana dapat membeli AP-AP UMNO-BN………

Sedarlah diri wahai pemimpin-pemimpin PKR-pakatan rakyat, cuba bangkit dari mimpi dan terima kenyataan bahawa rakyat sudah sedar akan hala tuju perjuangan pakatan rakyat…… cakap tak serupa bikin……

Kerana tidak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah…..



Monday, March 1, 2010

Misi PAS tawan Pahang PRU13 – Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang bermimpi jumpa Rasulullah


Hebat weh…………… Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man pun belum dapat bermimpin jumpa Rasulullah macam Balakirsnan, Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang……

Balakirsna memberitahu Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai ‘serban’ dan ‘berjubah’ dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. serta memberikan satu nama muslim kepadanya. Klik

Patutlah semasa berceramah di Ekspo Penerangan PAS negeri Pahang bertempat di Kerdau, Temerloh baru-baru ini, si Balakirsnan begitu bersemangat mentafsirkan ayat-ayat Quran dan Hadis….. macam biasalah puak-puak PAS sambut dengan ‘take beer’ berulang kali……

Presiden PAS, Hadi Awang disambut dengan persembahan tarian singa dari kaum Tionghua dan taburan bunga kaum India yang kononnya mengambarkan ‘PAS For All’ semasa merasmikan ekspo tersebut serta melancarkan laman web baru Pahangkini.Net.

Nampaknya, tok guru Hadi, Tuan Ibrahim, Nik Aziz pun masih belum berpeluang bermimpi jumpa Rasulullah……

Tuan Ibrahim, Pesurujaya PAS Pahang dalam ceramahnya berkata, “Masya Allah, non-muslim pun boleh jumpa Nabi, kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Dengar cerita, sampai sekarang si Bala ni tidak lagi terbuka hendak menganut agama Islam…….. kalau tak dah tentu boleh jadi Pesuruhjaya PAS Pahang menggantikan Tuan Ibrahim Tuan Man…… “PAS for all”, tak jadi masalah kan ?