Nik Aziz, semasa mengadakan makan tengahari bersama paderi Kristian serta 200 pemimpin lima agama utama Malaysia di sebuah hotel semalam menyatakan keteangan agama yang berlaku akibat daripadaUMNO telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.
UMNO perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya serta insiden merosakkan rumah ibadat agama lain.
Inilah akibatnya apabila sikap UMNO yang menolak dasar Islam dalam perjuangan kebangsaan mereka serta telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.
Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam.
Begitulah yang dilaporkan oleh HarakahDaily semalam.
Apa yang menghairankan, mungkin tanpa disedari Nik Aziz bahawa barisan pemuda semua parti politik di negara ini ia itu dari parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil kata sepakat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat yang disifatkan sebagai suatu perbuatan melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia. KLIK
Berikut adalah kenyataan penuh mereka:-
KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.
Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.
Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.
Kalau mereka telah bersepakat membuat kenyataan bersama membantah di atas insiden-insiden yang berlaku tanpa mahu menuding jari kepada parti-parti lain.
Dan kalau pemimpin-pemimpin muda parti-parti politik yang berbeza ideology politik boleh berfikiran positif untuk keharmonian serta kestabilan politik Negara, mengapa golongan pemimpin-pemimpin veteran atau dewasa masih berfikiran kolot ?
Apakah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sudah merasakan diri terlalu bersih dari segala dosa-dosa politik ? Atau kerana kepentingan politik mengambil kesempatan memfitnah UMNO dihadapan ketua-ketua agama bukan Islam ?
Beginikah sifat-sifat seorang yang bergelar Tuan Guru ?

Kawan pernah menerima kritikan di dalam blog dan facebook, meminta agar tidak keterlaluan menghentam Tok Guru dan PAS, kawan disarankan agar lebih kepada sifat-sifat lembut untuk menarik mereka untuk mendekati UMNO.
Terima kasih di atas nasihat tuan-tuan, tetapi adakah mereka terutama Tok Guru Nik Aziz juga berfikir bagaimana kita berfikir ?
Lihat sahajalah apa tindak tanduk puak-puak ini apabila setiap kali kepimpinan UMNO cuba mengajak untuk bersama-sama berjuang di atas satu landasan ?
Kejian, penghinaan, sindiran dan pelbagai-bagai kata nista yang kepimpinan UMNO terima. Mereka dengan takbur dan bongkak untuk melihat UMNO berkubur……… fikirlah sendiri……..