Wednesday, April 8, 2009













PKR - BUKIT SELAMBAU
DAN
PAS - BUKIT GANTANG



CIRI-CIRI KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

  • Pakatan Rakyat berjaya meraih simpati dari kalangan pengundi-pengundi kaum Cina dan India berkaitan isu peralihan kuasa kerajaan Perak. Pengundi kaum Cina dan India merasakan pembelaan bagi mereka akan terhapus di bawah kerajaan BN.

  • Pengundi-pengundi Melayu yang telah berubah arah mengundi PR pada PRU 12 tidak dapat diyakinkan semula untuk kembali menyokong BN.

  • Pendedahan isu-isu nagatif terhadap kepimpinan PKR, DAP dan PAS tidak dapat meyakinkan pengundi-pengundi. Pengundi-pengundi kaum Cina dan India sudah telalu tebal dengan hasutan yang dibuat oleh kepimpinan DAP dan pengundi Melayu sudah terlalu fanatik sehingga tidak dapat lagi menerima setiap pendedahan yang dibuat oleh BN.

  • Tidak mendapat sokongan pengundi-pengundi muda, sebahagian besar golongan muda yang berpendidikan lebih gemar mendapat maklumat-maklumat melalui internet yang di sebarkan oleh pembangkang.

    Pelajar-pelajar IPTA/IPTS berjawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar yang memihak kepada pembangkang menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebarkan dakyah pembangkang. Terlalu kurang lawan web atau bloger-bloger yang menangkis kempen-kempen memburuk-burukan kerajaan/pemimpin.

  • Golongan muda mudah yakin serta menerima/ terpengaruh dengan bloger-bloger seperti ini, dan menyebarkan kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan sebaya. Golongan intelek seperti Pensyarah, Guru-Guru yang mirip kepada pembangkang di IPTA/IPTS juga memainkan peranan mempengaruhi golongan ini.

  • Penyokong-Penyokong PAS setempat mengadakan solat hajat setiap malam di masjid dan surau.

  • Pembangkang tahu, orang Melayu amat sensetif dengan agama, kesempatan ini diambil oleh pemimpin pembangkang mendekati pengundi-pengundi Melayu. Tidak kira apa aktiviti tetapi mesti menonjolkan Islam, termasuklah menggunakan pemimpin DAP berceramah dengan membaca dan mentafsirkan ayat Quran untuk meyakinkan pengundi-pengundi Melayu, bahawa jika mereka berkuasa, kepentingan umat Islam tidak diabaikan macam mana di Negara Singapura, Cina, Taiwan dan lain-lain.

  • Pemimpin PAS pula, menonjolkan sikap bahawa mereka tidak akan mengabaikan hak-hak agama lain dikalangan pengundi-pengundi terutama kaum Cina dan India. Buktinya mereka menyebarkan risalah dan gambar majlis-majlis perasmian yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS seperti , perasmian kuil Budha, kuil HIndu dan lain majlis keagamaan.

  • PAS telah mengubah dasar dan fakta, sebelum ini kaum Wanita, tidak boleh menjadi pemimpin dan hukumnya haram mengundi kepada orang bukan Islam. Sekarang hukum itu telah dibubarkan, pemimpin-pemimpin PAS dapat menyakinkan kepada pengundi-pengundi Melayu bahawa jika mengundi calon orang kafir sudah tidak haram lagi.

PANDANGAN IKHLAS KELEMAHAN BN/UMNO

Terlalu banyak kalau nak dituliskan, memadai dengan beberapa pekara yang mungkin perkara ini kecil bagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN, diantaranya :-

  • PEMIMPIN SETEMPAT (tidak semua) - Ketua Kampong, Ketua UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan Pengerusi Belia tidak menyeluruh mendampingi dengan mesra dengan masyarakat. Sikap perihatin kepada hal-hal kebajikan masyarakat hanya tertumpu kepada kaum keluarga, orang-orang terdekat dan kroni-kroni sahaja. Kalau ada kumpulan masyarakat yang sering memberi kritik atau teguran membina akan diketepikan, begitu juga dengan kumpulan yang kalah dalam apa-apa pertandingan, terutama UMNO, terus disingkir, menjadikan dalam penyokong UMNO sendiri berpuak-puak, kerat mengerat diantara satu sama lain.

  • MASJID & AKTIVII KEAGAMAAN – Tidak keterlaluan kalau dikatakan terlalu kurang pemimpin UMNO setempat menyertai dalam senarai Ahli Jawatan Kuasa Masjid, Badan Khairat Mati, apa lagi untuk berjemaah di masjid, surau terutama pada waktu mahgrib dan isyak, jauh sekali pada waktu subuh, kalau ada pun pada hari Jumaat sahaja. Akibatnya, Masjid dan surau dimonopoli oleh penyokong-penyokong pembangkang. Hal-Hal kematian pula, boleh dikatakan keseluruhan dilaksanakan oleh mereka, orang UMNO hanya sekadar melawat, itu pun kalau ada kesempatan, tidak ada semangat dalam hati, ini adalah fardhu Kifayah.

    Wakil-Wakil Rakyat UMNO (tidak semua), ada yang tidak pernah hadir solat Jumaat di dalam kawasan Parlimen atau DUN, walau pun seminggu sekali atau sebulan sekali, kalau hadir pun ketika dijemput oleh masyarakat setempat untuk majlis-majlis keagamaan.

  • Komponen BN (MCA, GERAKAN dan MIC) – Pemimpin-pemimpin setempat boleh dikatakan tidak dapat atau takut meyakinkan ahli-ahli setiap isu-isu yang disebar pembangkang, mungkin ada yang sekadar bermuka-muka untuk menjaga kepentingan diri. Keikhlasan sebenar amat sukar diramalkan, apabila timbul isu-isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.

  • SIKAP PETUGAS PILIHAN RAYA :-

    WANITA & PEMUDA – Terlalu menonjolkan diri, menunjukkan gaya hidup mewah dengan perhiasan, pakaian, kereta dan sebagainya ketika mendekati pengundi-pengundi dalam kawasan kampong dan desa. Pengundi-pengundi yang rasa diri kekurangan akan merasa malu dan segan untk didekati, rasa rendah diri, malah mungkin ada rasa cemburu.

    PUTERI – Ada yang seolah-olah tidak menghiraukan budaya setempat, ada yang berpakaian menjolok mata, rambut berbagai-bagai fesyen disamping tingkah laku yang kurang menyenangkan masyarakat kampong melihatnya. Perkara ini mungkin kecil, tetapi ini isu yang telah dieksploitasikan oleh pembangkang secara halus ke setiap pengundi-pengundi Melayu tanpa disedari. Pembangkang begitu bijak menyemaikan perasaan meluat dan muak dikalangan pengundi.

    KEIKHLASAN – Tiada keikhlasan sebenar dalam menjalankan tugas, Bilik Gerakan BN, Poster dan bendera tidak akan nampak meriah dan megah kalau tidak atau terlambat menyalurkan wang. UMNO/BN masih tidak dapat menyemaikan dalam hati penyokong-penyokongnya (terutama golongan muda) ini adalah satu jihad untuk bangsa dan agama, macam mana yang telah dilakunkan oleh pemimpin-pemimpin PAS tehadap golongan muda.

  • PERSIDANGAN CAWANGAN (WANITA, PEMUDA DAN PUTERI)

    KORUMUMNO perlu mengkaji semula jumlah KORUM yang ada sekarang, dengan jumlah yang begitu kecil, ada sesetengah Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mengambil kesempatan untuk memonopoli jawatan parti, kalau ada yang lebih menonjol menjadi pemimpin, awal-awal dikerat. Itulah sebenarnya berlaku dalam UMNO dikebanyakan tempat, menyebabkan ramai-ramai orang Melayu muak dan meluat dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO setempat, ianya merebak hingga ke peringkat Bahagian. Budaya kerat mengerat perlu terdahulu diketepikan.

    Sekian, satu pandangan dari saya. HIDUP UMNO !!!!!!!!!!!!!!!













2 comments:

  1. aku bukan nak ngutuk saper2.tapi aku cukup benci tgk tektik lapok org BN,time nak ngundi time tu la dr sekecik2 sampai besor pnye org turun..turun wat pe? ngempen? ceh!!! asal dtg jumpe org kampung je bawak hemper. Ape! ingat org kampung kebulur sangat ke ngan hamper tu? diorang boleh beli sendiri la...ubah la cara pendekatan lapok yang diamalkan sebelum ni.wakil rakyat patut selalu turun kawasan..jumpe orang kampung, jangan asyik nak bagi sumbangan baru nak pegi jumpe orang kampung. turun je jumpe tanye kabor, dengor masalah diorang... pikir la wahai pemimpin BN! aku cakap ni pun sebab aku sayang kat agama, negara dan bangsa aku...buang la tabiat bagi hamper tu!

    ReplyDelete
  2. terima kasih komen tuan, itulah yang patutnya difikir pemimpin2 baru dalam BN, ada yang tak sampai 1 tahun jadi ahli UMNO jadi Wakil Rakyat, itu sebabnya reti menghayati pejuangan UMNO sebenar....... Buat orang meluat pad UMNO.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..