" Ini gambar yang disalin dari blog yang bernama tvbaru "
Dalam debaran rakyat Malaysia menunggu pengumuman YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia saf-saf Kabinet baru. Kawan terkilan sangat dengan perbuatan seorang maknusia di sebuah laman blog yang hanya dikenali dengan nama tvbaru, penulis blog ini terlalu amat menghina orang-orang UMNO/BN, (seperti gambar tertera diatas) kalau ia pun dia terlalu gembira dengan kemenagan PAS, PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bukan itu caranya seorang manusia menyambut kemenangan, apa tah lagi kalau dia seorang muslim yang menyanjungi peradaban.
Kawan nak tanya kepada penulis blog ini :
- Apakah anda tidak sedikit pun merasai nikmat hasil dari perjuangan orang-orang yang anda anggap berok/baboon ini ?
- Tidakkah anda sedar orang yang anda umpamakan berok/baboon inilah yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara, menaikkan martabat bangsa Melayu, menegakkan agama Islam.
- Anda sedar ke, pendidikan yang ada pada anda sekarang hasil perjuangan dasar-dasar yang telah diatur dengan sempurna oleh pemimpin-pemimpin yang anda umpamakan berok/baboon ini.
- Kalau anda seorang Muslim, apakah tidak berdosa menghina kaum lain, atau hamba Allah lain dengan gelaran dan gambaran yang tidak baik ?
- Apakah parti serta pemimpin yang anda sokong itu benar-benar sempurna, sehingga anda lupa menggunakan pancaindera-pancaindera yang diberi Allah untuk menikmati perkara-perkara yang benar dan baik ?
- Biasanya keburukan yang kita leparkan kepada hamba Allah yang lain mencerminkan diri kita sendiri seperti berok/baboon - itu pun kalau penulis blog ini boleh dipanggil umat manusia atau berok/baboon merupai manusia.
Pandangan saya kepada penulis yang bernama tvbaru, banyak-banyaklah beristifar, jangan keterlaluan menghina orang lain, tidak semestinya apa yang kita sokong itu benar dan tidak semestinya yang tidak kita sokong itu tidak benar. Ingatlah balasan Allah...............
Kepada Ahli-Ahli UMNO, marilah kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah agar orang seperti ini mendapat hidayah serta petunjuk kejalan yang benar. Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada pemimpin-pemimpin kita yang telah meninggal, sesungguhnya kerana mereka-mereka ini yang telah berjihad untuk dinikmati oleh genarasi terkini. AL-FATIHAH............
TAHNIAH dan SYABAS kepada saf-saf KABINET yang baru dilantik, inilah saf-saf yang bekerja untuk rakayat YAB Perdana Menteri, selamat menjalankan tugas..........
Terima kasih sdr Yang Gambi kerana memperingatkan kepada sdr tvbaru, untuk berlaku adil, saya mencadangkan sdr mengunjungi blog penyokong umno iaitu Perak Bangkit.....lagi teruknya...blog dia ada ayat qur,an di tepinya...tetapi mencarut dan macam2 lagi kepada pemimpin PKR dan PAS, sdr semaklah yg lama2 dan baru2 di blognya akan jumpalah...
ReplyDeletesaya sokong pendapat Yang Gambi, bahawa kita sepatutnya menulis biarlah berhemah...walaupun nak mengkritik musuh politik kita...
tvbaru dan semua blogger,
ReplyDeletewe are all come clean and civilised. Be civilised
kita dilahirkan putih, kemudiannya kita memilih untuk menjadi sama ada hitam atau putih. ingin berubah atau mengubah? beranikanlah hati..
ReplyDelete