Tahniah kepada Calon BN, inilah pilihan bijak yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi bagi menentukan Wakil Rakyat bagi kawasan mereka, itulah DEMOKRASI di Malaysia.
DUN BATANG AI - BN
Calon : MALCOM MASSEM LAMOH
MAJORITI : 2,789 undi
PUNCA KEMENANGAN :
- Pengundi-Pengundi di Batang Ai sedar bahawa mereka masih memerlukan pembangunan di dalam kawasan mereka yang masih ketinggalan demi masa depan genarasi mereka.
- Pengundi-Pengundi 90% dari kaum Iban, tidak terpengaruh dengan isu-isu yang ditiup oleh PKR, terutama isu tanah adat yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Pengundi-Pengundi dapat melihat bahawa tanah-tanah adat yang dimajukan kerajaan adalah untuk kepentingan rakayat.
- Yakin dengan Parti BN dapat memberi kemajuan kepada rakyat, mempunyai akal fikiran berpandangan jauh, bersikap terbuka, tidak tertumpu dan mudah menerima bulat-bulat dengan cakap-cakap berbaur fitnah yang dibawa oleh pembangkang.
- Mengenalpasti pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk membela nasib bangsa, menolak pemimpin yang hanya tahu bercakap bohong, putar belit dan gila kuasa serta sebagai boneka dipihak lain.
Kawan akui, kebanyakan kampong-kampong kawasan pendalaman Serawak masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan, tidak ada jalan raya, kebanyakan jalan menggunakan sungai. Berpegang teguh pada adat dan budaya, mengekalkan perpaduan terutama etnik Iban yang menduduki rumah-rumah panjang, paling benci dengan orang berbohong, menipu, setia kepada pemimpin, rela berkorban untk mempertahankan hak tanah air, bangsa.
Selamat menjalankan tugas YB, tunaikan semua janji-janji yang telah dibuat dengan rakyat dalam kawasan. Amanah, Jujur dan Ikhlas.
No comments:
Post a Comment
Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..