Kumpulan Peneroka-Peneroka Tanam Semula Sawit Sendiri menuntut keadilan dari Pengurusan FELDA !!!!!!!!!
Pagi tadi, 16 April 2009 jam 9.30 pagi, kawan diajak oleh seorang sahabat untuk meninjau satu majlis perjumpaan Peneroka-Peneroka yang membuat ladang sawit individu di Dewan JKKR FELDA Keratong 2. Kawan lihat adalah dalam 150 orang golongan ini yang hadir dalam dewan tersebut.
Kawan terasa pelik sikit majlis yang ada pada hari ini, mengikut ketua yang menganjurkan majlis, ini adalah majlis perjumpaan ahli-ahli Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Cawangan Bandar Tun Razak, bersama Pengurusan FELDA yang di ketuai oleh Saudara Mohd Isanuddin bin Mat Isa, seorang peneroka FELDA Keratong 2, hadir sama seorang yang diperkenalkan dengan nama Ali Yusof, dikatakan berjawatan Pengerusi Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Pahang, juga seorang peneroka di FELDA Purun.
Kawan dimaklumkan, penganjur majlis telah menjemput pegawai tertinggi FELDA Wilayah Kuantan untuk sesi dialog, pegawai berkenaan tidak dapat hadir dan diwakli Pengurus-Pengurus FELDA dari Keratog 1 hingga 10.
Sesi dialog pada mula dalam keadaan tenang, dimulakan oleh Pengerusinys Sdr Mohd Isanuddin Mat Isa, menjadi tegang dan panas apabila hadirin tidak berpuashati dengan penjelasan-penjelasan yang kurang disenangi dari salah seoarang Pengurus FELDA. Macam-macamlah perkataan-perkataan kurang baik yang terkeluar dari peserta-peserta yang hadir dapat singgah ke telinga kawan. Dalam hiruk pikuk itu, sempat juga kawan mencatat 2, 3 perkara pokok yang dituntut oleh ahli-ahli persatuan tersebut minta diberi keadilan oleh pengurusan FELDA.
KEMUSYKILAN yanggambi di atas majlis tersebut :-

- Setahu kawan, Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil wujud hanya dibawah kelolaan agensi RISDA yang membangunkan kebun-kebun kecil dalam kampong-kampong. Peneroka FELDA sudah ada pertubuhannya sendiri iaitu Jawatan Kuasa Kemajuan Rancanan (JKKR), mengapa peneroka yang telah bertahun-tahun dibawah naungan JKKR perlu pula menubuhkan lain persatuan yang jauh berbeza dengan yang sedia ada ? Apa keistimewaan yang diberi kepada ahli-ahlinya ? Apakah kebajikan ahli-ahlinya begitu istemewa sekali berbanding dengan JKKR ?
- Pengurus-Pengurus FELDA yang hadir dalam majlis itu, kawan dimaklumkan semuanya terdiri dari anak-anak peneroka juga. Adalah tidak wajar kumpulan ini terlalu kurang ajar, langsong tidak menghurmati mereka, adalah mustahil Pengurus/Pegawai ini hendak menganiaya peneroka, mereka telah diberi amanah oleh FELDA untuk membimbing demi kebaikan para peneroka. Dengar dulu penjelasan mereka, kita sebagai orang dewasa perlu bersikap lebih berfikiran, bukan menunjukkan sikap kurang sopan. Kawan juga anak peneroka, dan kawan juga lebih rela jadi peneroka sekarang ni..........
- Pengurusan FELDA diminta bersikap adil dengan mereka, pengagihan wang pampasan RM13,000 kalau mereka meninggal, penjualan buah sawit secara bebas tanpa ikatan dengan FELDA, bantuan baja, wang tabung tanam semula dikembalikan dan lain-lain lagi sama macam mana yang dinikmat oleh peneroka-peneroka yang bersama FELDA.
Kawan jadi heran, kumpulan ini menuntut keadilan dari FELDA, adakah mereka bersikap adil dengan FELDA ?
KALAU sudah mereka sendiri tidak mahu terikat dengan FELDA, KALAU satu tandan pun buah sawit tidak dihantar ke kilang-kilang FELDA, KALAU sebatang pun pokok tua tidak ditebang, KALAU diri sendiri menganggap FELDA menipu, menindas dan macam-macam lagi tuduhan ? BOLEH dikatakan keseluruhan kumpulan ini juga tidak percaya pada kerajaan, lebih percaya kepada pembangkang, APAKAH tidak malu menuntut FELDA memberi keadilan kepada mereka ? Kata orang dulu-dulu, “ orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita sama-sama merasa “ pandai-pandailah mengenang budi, jangan apabila kita dah rasa senang sikit, kita lupa kepada yang berbudi............
Kawan sebenarnya tidak faham pemikiran makhluk-makhluk ini, sentiasa tidak pernah puas hati, sentiasa prasanga buruk kepada orang lain, nampak macam alim-alim belaka, pakai kopiah dikepala tak pernah lekang, sikap macam orang jahil................ maaflah kalau kawan terkasar, tapi itu pendapat ikhlas kawan, renung-renunglah..........
hmm...koi ni x fhm sgt ttg felda ni sbb koi bkn anak peneroka...tp kalu koilah anak peneroka..koi dh bersyukur sgt dh..sbb diberi peluang untuk mempunyai tanah dan dapat menyara anak dan keluarga...wahai FELDAWAN n FELDAWATI sekalian...sedarlah semua...kenanglah kembali sejarah bagaimana datuk nenek anda semua bersusah payah ingin membuka felda dulu...semuanya asal dari kepimpinan BN juga..ngapa perlu berpaling tadah?????
ReplyDeleteasslamualaikum.
ReplyDeletesebenarnya bukan di Felda disana aje yang jadik benda macam nie, jika makhluk tu menyokong pembangkang , memang macam tulah perangai diaorang. Tidak ada yang betulnya. mengarut aje melayan kerenah makhluk -makhluk macam nie. buang karan aje, memang betullah aper yang dikatan oleh saudara, dalam masa mengutuk bagai nak runtuh langit ketujuh, nye mintak pulak tolong pulak, nak minta bantuan beli baja lah, nak mintak bantuan beli anak sawitlah, nak bonus macam peneroka yang bersama felda lah, macam di sini FELDA KOTA GELANGGI 1, Jerantut, dah lama buat pembangunan tanam semula. peneroka yang bukan bersama felda, tidak pernah mengeluarkan wang dari saku mereka untuk sama sama repair jalan pertanian, sedangkan hasil dari kebun mereka dibawa keluar melalui jalan yang sama, baynagkan hasil yang dikeluarkan berpuluh tan tapi jalan yang dibaiki menggunakan wang peneroka bersama felda, mereka yang bersama felda tidak pernah menyerang mereka dengan kata-kata kesat dan keji. adakah mulia rezeki mereka itu yang tidak diredai oelh peneroka yang bersusah payah mengeluarkan wang untuk membaiki jalan tersebut untuk kesenangan mereka. dikatan felda menipu, kalau felda menipu , kenapa mereka sanggup lagi duduk difelda ini, bodoh melantun-lantun. tidak ada kesudahannye kalau kiter asyik melayan kerenah perangai macam beruk, beruk kat utan lagi pandai berterima kasih.
wasssalam
betui ckp anda bedua, cuma kawan malas nak ceta perangai orang-orang ni, nantilah kawan tulis dan siar gambar deme-deme ni, baik ke buruk perangai deme, ada yang sanggup beli baja curi dari FELDA kalau deme nak tau.....
ReplyDelete