Wednesday, April 22, 2009

KEANGKUHAN MOHAMMAD NIZAR


'Mohammad Nizar angkuh tolak kerjasama Umno, Pas'
Oleh Nazura Ngah nazura@bharian.com.my


NGO anggap pembangkang sanggup gadai maruah Melayu, Islam


KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam.

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, berkata kenyataan Mohammad Nizar bukan saja menggambarkan kesombongan dan keangkuhan, malah beliau rela diperkudakan oleh DAP yang sentiasa mencari jalan untuk meneruskan agenda mereka. "Mohammad Nizar menjadi mikrofon suara kepada DAP sedangkan parti itu mengamalkan pendekatan 'baling batu sembunyi tangan' namun saya sentiasa yakin jalan menyelamatkan orang Melayu adalah menerusi permuafakatan Umno dan Pas di meja rundingan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun untuk kestabilan politik di Perak, sebaliknya meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau yakin keangkuhan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu akan sampai ke peringkat rakyat benci pada Pakatan Rakyat walaupun ketika ini ada yang menyokong tindakan itu. Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, berkata beliau melihat kenyataan Mohammad Nizar itu mungkin sebagai pintu kejayaan mencari titik pertemuan antara Umno dan Pas. Katanya, semua pihak perlu duduk semeja untuk merungkai apakah alasan pemimpin Pas terbabit membuat kenyataan seumpama

Komen yanggambi :

Kepimpinan PAS, sudah masuk dalam golongan orang RIAK dan Takbur. Kalau dulu mungkin boleh dikatakan perjuangan pemimpin-pemimpin PAS demi menegakkan Islam, namun diakhir-akhir ini sudah menampak sifat-sifat keangkuhan sebenarnya. Semua aktiviti PAS bukan lagi kerana Allah semata-mata, mereka sudah terlalu jauh terpesong............... berwaspadalah wahai umat Islam akan tipu helah ini.

Bagi kawan, UMNO tidak perlu untuk mempelawa orang-orang yang angkuh ini, biarlah kita dikatakan sudah lemah, tidak mendapat sokongan orang Melayu, biar deme kata UMNO akan terkubur, sesungguhnya Allah lebih mengetahwi hasrat murni kepimpinan UMNO. Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS sudah kabur dengan kekuasaan, mereka begitu yakin mereka kuat walau pun penyokong-penyokong sebenar mereka akan membawa rebah........... Kita lihatlah nanti.......

Kerana tamak kuasa, sayangkan kereta baru beli, Nizar relah diperkudakan DAP untuk menderhaka pada Raja. Keruntuhan moral pemimpin-pemimpin mereka begitu ketara, sejak bermula dengan Mat Sabu, Anuar Ibrahim, Elezebet Wong dan banyak lagi yang timbul, mengapa NIk Aziz dan Hadi Awang membisu.... malah redha membiarkan orang kafir mengkotak katikkan ayat-ayat suci Al Quran. Untuk apa semua itu, kalau bukan semata-mata memenuhi hawa nafsu, bukan lagi kerana Allah.........

Mereka yang bergelar Tok-Tok Guru dalam PAS tahu, malah lebih dari mengetawi, bahaw Allah telah berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat yang ke 103 bermaksud :

" Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah (yang diberikanNya) kepada mu. Ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukanNya hati mu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya, dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk "

Apakah mereka tidak tahu sejarah, atau buat-buat tak tahu, bagaimana berlakunya di Baghdad, terjadi perselisihan yang amat hebat antara oarang-orang yang bermazhab Syafi'i dan Hambali, antara Syi'ah dan ahli Sunnah. Kerana mempersoalkan membaca "Bismillah" ketika sembahyang, sama ada dengan nada keras atau lembut dan disebabkan perselisihan kerna itu telah berlaku peperangan dan pertumpahan darah sesama Islam. Akhirnya rosak kaum Muslimin, jatuhnya kerajaan Islam yang agung.

Pemimpin UMNO telah cuba mengelakkan sejarah ini berulang, dengan keangkuhan mereka biarkanlah...........

Monday, April 20, 2009

WARGA PAHANG MENUNGGU LEBIH 30 TAHUN

Wajah-wajah ikhlas, penuh keriangan, kesabaran menunggu ketibaan PERDANA MENTERI KE 6 YAB DATO' SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Lebih 40 ribu di Kuantan dan lebih 20 ribu di Pekan, rakyat Pahang penuh sabar, penuh gembira, rela berpanas terik dibawah matahari menunggu ketibaan Perdana Menteri ke 6, lebih 30 tahun menunggu selepas Alayarham Tun Abdul Razak.

Kawan ada terbaca blog-blog yang menyatakan, UMNO sediakan bas berpuloh-puloh, upah juga diberi, sebab itu ramai yang datang menunggu !!!! Mengapa begitu jumud pemikiran deme hah............... Kawan sendiri pergi dengan kereta kawan, minyak sendiri, duit sendiri, kawan redha dan ikhlas menyambut ketibaan pemimpin yang kawan kasihi, yang wajib kawan taati............. Pedulikan apa orang yang jumud dan hasat ini nak kata.............

Kawan begitu gembira dan terharu dapat melihat wajah dan bersalam dengan PM dari dekat, terus menerus weh (secara live kata orang kampong kawan )..............., lebih 30 tahun kawan menunggu seorang Perdana Menteri dari rakyat Negeri Pahang. Kawan nak lihat Pahang akan terus membanun, terus maju untuk rakyat Pahang, walau pun mungkin kawan tidak sempat menikmati, tapi untuk anak cucu kawan, untuk masa depan bangsa kawan..........

Bukan kawan nak kata, PM baru ini akan mengenepikan hak-hak rakyat negeri lain, tidak weh.......... jauh sekali dari lubuk hati kawan. Tapi kawan rasalah, tak salah kalau PM baru ni menumpukan segala pembangunan pada negeri Pahang, bukan kah dalam negeri Pahang ni ramai rakyat dari seluruh Malaysia telah menjadi warga Pahang, dari Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Trengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Serawak dan Sabah pun ada, terutama di FELDA, KALAU PUN YAB Dato' Sri Najib curahkan peruntukan pembangunan di Pahang sama juga dia bagi kepada seluruh negeri di Malaysia, bukan begitu...............

Pahang sebuah negeri yang makmur, tanah subur, sebab itu Pahang membuka pintu kepada rakyat dari negeri-negri lain datang mencari rezki dan menetap di Pahang. Itulah Malaysia........ dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung kata orang-orang tua. Tapi ada juga yang tak pernah bersyukur dan berterima kasih, datang ke Pahang, dari susah jadi senang, tak sedar diri...... kutuk, caci hina pemimpin dari Pahang, datang Pahang jadi penyokong kuat pembangkang.......... Kawan cukup tak berkenan makhluk macam ini..........

Teruskan usaha dan perjuanganmu wahai Pemimpin yang dikasihi, biarlah deme caci, deme hina, kawan yakin Allah bersama dengan orang-orang yang benar........ Deme yang hanya pandai mencaci, menghina dan memfitnah, akan bertemu di akhirat kelak. InsyaAllah............

"SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Bukan macam deme-deme yang hanya tau ceramah datang malam-malam, lepas ceramah kutip duit mintak dengan rakyat, jihad konon.... Slogan deme " SEMALAYSIA, RAKYAT DIPERBODOHKAN, PENCAPAIAN NAFSU SERAKAH DIUTAMAKAN "

Teruskan perjuangan mu Pemimpin yang dikasih............

Thursday, April 16, 2009

FELDA DITUNTUT BERI KEADILAN !!!!!!!!!!

Kumpulan Peneroka-Peneroka Tanam Semula Sawit Sendiri menuntut keadilan dari Pengurusan FELDA !!!!!!!!!

Pagi tadi, 16 April 2009 jam 9.30 pagi, kawan diajak oleh seorang sahabat untuk meninjau satu majlis perjumpaan Peneroka-Peneroka yang membuat ladang sawit individu di Dewan JKKR FELDA Keratong 2. Kawan lihat adalah dalam 150 orang golongan ini yang hadir dalam dewan tersebut.

Kawan terasa pelik sikit majlis yang ada pada hari ini, mengikut ketua yang menganjurkan majlis, ini adalah majlis perjumpaan ahli-ahli Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Cawangan Bandar Tun Razak, bersama Pengurusan FELDA yang di ketuai oleh Saudara Mohd Isanuddin bin Mat Isa, seorang peneroka FELDA Keratong 2, hadir sama seorang yang diperkenalkan dengan nama Ali Yusof, dikatakan berjawatan Pengerusi Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Pahang, juga seorang peneroka di FELDA Purun.

Kawan dimaklumkan, penganjur majlis telah menjemput pegawai tertinggi FELDA Wilayah Kuantan untuk sesi dialog, pegawai berkenaan tidak dapat hadir dan diwakli Pengurus-Pengurus FELDA dari Keratog 1 hingga 10.

Sesi dialog pada mula dalam keadaan tenang, dimulakan oleh Pengerusinys Sdr Mohd Isanuddin Mat Isa, menjadi tegang dan panas apabila hadirin tidak berpuashati dengan penjelasan-penjelasan yang kurang disenangi dari salah seoarang Pengurus FELDA. Macam-macamlah perkataan-perkataan kurang baik yang terkeluar dari peserta-peserta yang hadir dapat singgah ke telinga kawan. Dalam hiruk pikuk itu, sempat juga kawan mencatat 2, 3 perkara pokok yang dituntut oleh ahli-ahli persatuan tersebut minta diberi keadilan oleh pengurusan FELDA.


KEMUSYKILAN yanggambi di atas majlis tersebut :-
  1. Setahu kawan, Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil wujud hanya dibawah kelolaan agensi RISDA yang membangunkan kebun-kebun kecil dalam kampong-kampong. Peneroka FELDA sudah ada pertubuhannya sendiri iaitu Jawatan Kuasa Kemajuan Rancanan (JKKR), mengapa peneroka yang telah bertahun-tahun dibawah naungan JKKR perlu pula menubuhkan lain persatuan yang jauh berbeza dengan yang sedia ada ? Apa keistimewaan yang diberi kepada ahli-ahlinya ? Apakah kebajikan ahli-ahlinya begitu istemewa sekali berbanding dengan JKKR ?

  2. Pengurus-Pengurus FELDA yang hadir dalam majlis itu, kawan dimaklumkan semuanya terdiri dari anak-anak peneroka juga. Adalah tidak wajar kumpulan ini terlalu kurang ajar, langsong tidak menghurmati mereka, adalah mustahil Pengurus/Pegawai ini hendak menganiaya peneroka, mereka telah diberi amanah oleh FELDA untuk membimbing demi kebaikan para peneroka. Dengar dulu penjelasan mereka, kita sebagai orang dewasa perlu bersikap lebih berfikiran, bukan menunjukkan sikap kurang sopan. Kawan juga anak peneroka, dan kawan juga lebih rela jadi peneroka sekarang ni..........

  3. Pengurusan FELDA diminta bersikap adil dengan mereka, pengagihan wang pampasan RM13,000 kalau mereka meninggal, penjualan buah sawit secara bebas tanpa ikatan dengan FELDA, bantuan baja, wang tabung tanam semula dikembalikan dan lain-lain lagi sama macam mana yang dinikmat oleh peneroka-peneroka yang bersama FELDA.

    Kawan jadi heran, kumpulan ini menuntut keadilan dari FELDA, adakah mereka bersikap adil dengan FELDA ?

    KALAU sudah mereka sendiri tidak mahu terikat dengan FELDA, KALAU satu tandan pun buah sawit tidak dihantar ke kilang-kilang FELDA, KALAU sebatang pun pokok tua tidak ditebang, KALAU diri sendiri menganggap FELDA menipu, menindas dan macam-macam lagi tuduhan ? BOLEH dikatakan keseluruhan kumpulan ini juga tidak percaya pada kerajaan, lebih percaya kepada pembangkang, APAKAH tidak malu menuntut FELDA memberi keadilan kepada mereka ? Kata orang dulu-dulu, “ orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita sama-sama merasa “ pandai-pandailah mengenang budi, jangan apabila kita dah rasa senang sikit, kita lupa kepada yang berbudi............

    Kawan sebenarnya tidak faham pemikiran makhluk-makhluk ini, sentiasa tidak pernah puas hati, sentiasa prasanga buruk kepada orang lain, nampak macam alim-alim belaka, pakai kopiah dikepala tak pernah lekang, sikap macam orang jahil................ maaflah kalau kawan terkasar, tapi itu pendapat ikhlas kawan, renung-renunglah..........

Wednesday, April 15, 2009

GESA PM UJUDKAN PERUBAHAN POLITIK ?

PRM ( Parti Rakyat Malaysia ) mahukan Perdana Menteri menwujudkan perubahan POLITIK ?

Baru-baru ini dalam sebuah akhbar SINAR, Setiausaha Agung PRM, Koh Swee Yong menyarankan agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil beberapa pendekatan bagi mewujudkan perubahan politik di dalam negara ini.

Perkara-perkara utama yang beliau sarankan SUPAYA DIBUAT:-

  1. Membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak dan mengadakan plihan raya kecil negeri.

  2. Meminda Perlembagaan Negara untuk melarang wakil-wakil rakyat daripada melompat parti.

  3. Kerajaan perlu menghentikan usaha menswastakan perubatan, hospital awam, Universiti Awam dan memansuhkan penswastaan kemudah asas seperti lebuhraya.

  4. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris (PPSMI).


    KOMEN Yang Gambi :
  1. Pembubaran DUN Perak, kawan rasa mengapa perlu Perdana Menteri bubarkan, apa yang semua telah maklum, bahawa sesebuah parti yang mempunyai lebih kerusi DUN adalah layak menubuhkan kerajaan. Mengapa DAP, PKR dan PAS tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka sudah tidak layak menjadi kerajaan Perak dan Datuk Seri Nizar perlu terima hakikat bahawa beliau tidak layak lagi menjadi Menteri Besar.

    Mengapa DAP, PKR dan PAS tidak boleh menerima hakikat ini, malah menghasut rakyat agar membuat huru hara dalam negeri, sepatutnya kepimpinan mana-mana parti mesti tahu dan mesti menerima hakikat ini, janganlah hendak meniru negara-negara luar untuk memaksa kerajaan turun dan tidak menghurmati serta sanggup menderhaka kepada institusi Raja. Bukankah perbuatan seperti ini menyusahkan rakyat ? Kalau merasakan perti kita kuat dn mendapat sokongan rakyat, tunggu je lah pilihan raya umum akan datang ¡!!!!!

  2. Datuk Seri Najib, tidak perlu tergesa-gesa meminda perlembagaan, pemimpin sesebuah parti seharusnya terlebih dahulu mengenal peribadi seseorang calon sebelum menentukan calon-calon untuk mewakili parti mereka. Jangan tangkap muat je, kawan rasa BN dan juga PAS tidak pernah bermasalah dengan calon mereka, cuba kita lihat di Kelantan, walau pun PAS cuma lebih 1 atau 2 kerusi je dari BN, tapi oleh kerana Wakil-Wakil Rakyatnya benar yang terbaik, setia, jujur dan amanah pada parti, tidak pun berlaku lompat parti sampai sekarang. Yang mengajar lompat parti ni Anuar Ibrahim sendiri, dia yang masuk perangkap sendiri, lepas tu nak buruk-burukkan orang lain, putarbelitkan fakta, itulah kerja Anuar sejak dalam UMNO lagi, kawan dah kenal lama sapa Anuar ni, cuma Tun Mahathir je masa tu yakin sangat kat Anuar ni..........

  3. Bab ini, kawan setuju sangat, Datuk Seri Najib perlu memberi perhatian seratus peratus. Ramai lagi rakyat dalam negara yang belum mampu untuk menanggung sendiri terutama dari segi pembelajaran anak-anak ke IPTA , ,perubatan dan hospital, terutamanya orang-orang Melayu. Kawan amat setuju............. Tak larat dah nak bayar hutang pinjaman anak-anak belajar ke IPTA/IPTS.....

  4. PPSMI, bab ni kawan sebenarnya setuju kalau diteruskan, tak payahlah kawan nak hujah panjang-panjang, nanti ramai pulak yang kutuk kat kawan. Cuma kawan nak sentuh sikit je, mengapa kaum Cina dan India beria-ia benar menjolok orang Melayu menentang PPSMI ni ? kalau mereka benar-benar nak mendaulatkan bahasa Melayu dalam negara, kawan nak tanya sudah ramaikah sekarang ni kaum Cina dan India fasih bercakap Melayu ¿ setahu kawan Lim Kit Siang dan Karpal Singh boleh dikatakan tak pandai cakap Melayu pun......., dalam Parlimen tu kerana terpaksa je cakap Melayu, kalau tak orang putih deme balun........

    Ada sesetengah kampong kaum Cina dan India yang pernah kawan lawati, ada yang tak tau langsung cakap Melayu...... mana dikatakan rakyat Malaysia, cuba deme gi Indonesia, Cina tak de langsung pelat cakap bahasa Indonesia, itulah yang dikatakan mendaulatkan bahasa dan negara yang mereka tinggal. Kita orang Melayu jangan terikut-ikut sangat hasutan puak-puak ni, yang rugi anak-anak kita juga nanti.......



    Kesimpulannya, kawan nak cakaplah sikit kalau ada orang-orang Melayu macam kawan nak dengar........... Ini lah akibatnya kalau undi orang-orang Melayu sudah tidak jadi penentu lagi. Orang Melayu asyik mengajak rakyat berpecah belah, buruk memburuk, fitnah memfitnah, membuka pekong sesama sendiri, lepas tu buatlah macam-macam tawaran kepada kaum lain untuk mendapat kuasa, akhirnya orang Melayu juga yang ketinggalan........... dema apa lagi lepas mintak betis, mitak peha pulak, lepas tu mintak atas lagi.......... nikmat lah deme, sendawa kesedapan................. yang terkangkang orang Melayu juga..............

Monday, April 13, 2009

MANSUHKAN ISLAM HADHARI ?

Rujukan SINAR HARIAN – Edisi Pahang, Isnin 13 April 2009
Mansuh ISLAM HADHARI : PAS

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang dilancarkan sekitar tahun 2005, sejak dari itu berbagai-bagai andaian serta tafsiran yang telah dibuat, terutama dari parti pembangkang. Selepas Pak Lah melepaskan jawatannya, isu ini ujud kembali apabila Menteri baru di Jabatan Perdana Menteri menyuarakannya seperti berikut :

Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, “ pihaknya akan mengkaji semula konsep Islam Hadhari bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya “

Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS berkata, “ tidak perlu dikaji semula, sebaliknya mansuhkan terus “ dan lagi katanya, “ tiada kesan positif sebelum dan selepas pelaksanaan, sebaliknya keadaan umat Islam dilihat masih mendatar dan lebih malang menjadi lebih keliru “ dan lagi “ konsep tersebut hanya satu usaha sia-sia yang tidak mendatangkan hasil “

Merujuk Buku yang bertajuk “ HADHARAH ISLAMIYAH BUKAN ISLAM HADHARI “, tulisan Dato’ Sri Haji Haji Awan, Presiden PAS,

rujuk muka surat 35 : Bab 3 : Para I : ‘Umno Mencipta Penyelewengan’’:

“Perkataan Islam Hadhari yang diwar-warkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak istiqamah, kabur, menyeleweng malah berisiko menyesatkan.”

Petikan ucapan Pak Lah, di Majlis Pelancaran Islam Hadhari pada tahun 2005,
“ Islam Hadhari sebenarnya bukanlah ajaran baru, tetapi ia merupakan ‘pendekatan baru’ yang ingin dibawa kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang diambil oleh kerajaan dalam membawa masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya dalam memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang syumul, berasaskan intelektual, rasional, pratikal dalam tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan keharmonian “

Pandangan :-

Kawan bukan nak mempertahankan konsep Islam Hadhari ni, kawan Cuma nak kita semua sebagai orang Melayu Islam berfikir secara meluas konsep ini, sesetengah gu kawan kata rasional sikit weh !!!!. Kawan membaca semua buku-buku berhubung dengan Islam Hadhari ini, sama ada keluaran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), JAKIM malah buku yang ditulis oleh Haji Hadi Awang pun kawan baca untuk rujukan, ( deme semua baca tak ? ke saja nak cakap je, dengar je perkataan Islam Hadhari, terus je buat andaian, bukan gitu ? ).

Kawan rasalah, antara faktor yang mendorong Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari supaya umat Islam di Malaysia menjadi pelopor tamadun baru, dapat memimpin masyarakat, membawa perubahan yang progresif dan bersifat holistik. Umat Islam bukan saja bergerak seiring dengan kaum-kaum lain, juga perlu mempertingkatkan daya usaha, komitmen dan pengorbanan untuk terus maju, dinamik progresif bagi mencapai umat terbilang. Kawan juga rasa Islam Hadhari bukanlah satu penyelewengan, ajaran baru, mazahab baru atau agama baru seperti yang didakwa sesetengah pihak, tapi ianya lebih kepada pendekatan baru.

Moh la kita rujuk dulu kepada 10 prinsip yang terdapat dalam Islam Hadhari :-

  1. KEIMANAN DAN KETAQWAN KEPADA ALLAH
  2. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH
  3. RAKYAT BERJIWA MERDEKA
  4. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
  5. PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
  6. KEHIDUPAN BERKUALITI
  7. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
  8. KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL
  9. PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
  10. KEKUATAN PERTAHANAN

Pengertian 10 prinsip itu, deme cubalah baca buku-buku yang berhubung dengan Islam Hadhari, banyak weh.......... free pulak tu, gi je lah panjat pejabat-pejabat kerajaan seperti JASA dan JAKIM banyak kalau awak nak. Jangan le asyik baca buku keluaran pembangkang, kena beli pulak tu..... jihad ye !!!!

Bagi kawan lah, takde salahnya dengan konsep Islam Hadhari tu, kalau kita benar-benar faham dan teliti betul-betul, apa salahnya kita jadikan pedoman menjalani hidup, terserahlah pada kita nak ikut ke, tak nak ke.............. Tapi kawan rasalah, hanya pada individu-individu yang takut tak dapat mengamalkan Islam Hadhari je katakan ianya macam-macam, ialah macam pemimpin-pemimpin negara, masyarakat, parti dan ketua keluarga perlu bagi saya cuba menghayati Islam Hadhari ini........

Kepada Menteri-Menteri Kabinet Baru kerajaan bawah pimpinan Datuk Sri Najib ( Dalam Harakah Edisi 13-16 April 2009, kata : KABINET IKAN BUSUK ), kawan rasa jangan mudah terikut-ikut apa yang pembangkang kata, nanti bila awak me buat keputusan mansuh je, lain pulak kata puak PAS ni...... mulalah kata tengok tu !!! kerajaan pimpinan Najib menolak Islam Hadhari, kerajaan Najib tidak berlandaskan Islam !!!!!!!!, tak caya awak me tengok le nanti......... buktikan bahwa awak me bukan barisan KABINET IKAN BUSUK..........

BAHAYA MELAYU TERUS BERPECAH

Petikan akhbar Utusan Malaysia : 13.4.2009


Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SUDAH tiba masanya untuk orang Melayu, walau berbeza fahaman politik, bersatu demi masa depan bangsa yang semakin kritikal ketika ini.

"Kebimbangan saya ialah orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu majoriti yang sepatutnya menjadi penentu, sudah tidak menjadi penentu."

Itulah keresahan yang dizahirkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam wawancara dengan penulis di kediamannya pada Sabtu lalu.

Sebenarnya Muhyiddin bukanlah orang pertama yang melahirkan kebimbangan mengenai kedudukan kuasa politik Melayu sekarang, malah sebelum ini sudah ramai pemimpin UMNO yang berbuat demikian.

Tetapi malangnya orang Melayu masih belum sedar malah orang Melayu yang berada dalam pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mentertawakan kenyataan sedemikian.

Mereka menganggap kenyataan hanya helah UMNO yang merasakan orang Melayu semakin tidak menyokong parti tersebut. Namun apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau jelas membuktikan bahawa orang Melayu sudah tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa penentu.

Sebaliknya, para pemimpin politik Melayu sama ada pembangkang mahu pun kerajaan terpaksa 'berbaik-baik' dengan pengundi minoriti bukan Melayu demi untuk mendapatkan undi mereka.
Mungkin bagi Pas dan Melayu dalam PKR, mereka gembira dan berasa bangga kerana bukan Melayu semakin menyokong mereka.

Malah ada pemimpin mereka dengan bangga mendabik dada dengan menganggap kejayaan di Bukit Gantang memberikan isyarat kononnya Pas dan pakatan pembangkang selangkah lagi akan menguasai negara.

Justeru atas kepentingan politik juga, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup mengatakan bahawa tidak salah pemimpin bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran.

Semua situasi ini, jelas membuktikan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada sesetengah pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR yang sanggup menghalalkan apa sahaja asalkan bukan Melayu menyokong seterusnya membantu mereka mendapat kuasa.

Akibat daripada kejumudan dan kerakusan pemimpin-pemimpin Melayu seumpama itulah yang menyebabkan kuasa politik Melayu semakin terhakis.

Kita kini berpecah kepada tiga kumpulan atau mungkin empat kumpulan. Perpecahan akibat ideologi politik itu telah memungkinkan kita langsung tidak boleh bersepakat biarpun untuk perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.

Tetapi ini berbeza dengan bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina yang bersedia bersatu jika ada isu berkaitan dengan kepentingan mereka. Akibat daripada kejahilan sesetengah pemimpin Melayu pembangkang yang tidak mahu memikirkan bahaya yang menanti, ia telah membolehkan pengundi bukan Melayu 'naik tocang'.

Mereka merasakan bahawa mereka kini adalah kelompok penentu kepada nasib politik sesuatu parti termasuklah UMNO dan Pas - dua parti yang dianggotai oleh orang Melayu. Calon kedua-dua parti itu tidak akan menang hatta jika ada hanya lima peratus sahaja pengundi Cina atau India di kawasan mereka. Kalau mereka mahukan undi maka pelbagai tuntutan harus dipenuhi dahulu.

Berikutan keadaan terdesak itu, maka berlakulah situasi di mana BN dipermainkan oleh pengundi bukan Melayu apabila tuntutan mereka dipenuhi tetapi undi tetap kepada pembangkang.

Walaupun di dalam BN ada MCA, MIC dan Gerakan tetapi ternyata mereka tidak mampu berbuat apa-apa, malah mereka turut 'terpedaya' dengan lakonan pengundi bukan Melayu itu. Bagaimanapun yang pasti kaum mereka tidak rugi apa-apa, yang rugi adalah UMNO seperti mana berlaku di Bukit Gantang.

Orang Melayu kini hanya boleh melaungkan bahawa mereka masyarakat majoriti di negara ini, justeru segala-galanya harus diutamakan. Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak fikir bahawa kuasa politik mereka semakin berkurangan. Mereka yang tidak bersetuju dengan UMNO dan kerajaan, boleh mengecam apa sahaja, bagi mereka membaca fitnah yang disebarkan dalam suara-suara rasmi parti pembangkang adalah lebih penting daripada mengetahui fakta sebenarnya kedudukan Melayu yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.

Apa yang paling mengecewakan, akibat daripada semakin lemahnya kuasa politik Melayu, pelbagai pihak semakin berani mencabar kedudukan Melayu dan orang Islam.

Kononnya atas dasar kebebasan dan keterbukaan yang dirasai oleh mereka mulai Oktober 2003, mereka berkata apa sahaja dan orang Melayu tidak berdaya melawan balik.

Jika ada orang Melayu dalam UMNO bersuara mempertahankannya ia digelar macam-macam termasuk 'celaka dan gila' serta sebagainya. Biarpun penghinaan itu adalah ke atas parti induk Melayu yang sebelum ini sudah menaburkan jasa besar dalam memartabatkan orang Melayu, tetapi tidak pemimpin Melayu pembangkang akan membelanya kerana berbeza fahaman politik.
Mungkin ada orang Melayu terutamanya dalam PKR gembira dengan perkembangan sekarang tetapi mereka harus faham bahawa apa yang berlaku amat bahaya kepada masa depan generasi Melayu akan datang.

Ketika ini mereka boleh berbangga kerana berbaik-baik dengan kelompok bukan Melayu yang cauvinis demi kuasa politik tetapi percayalah suatu hari kelak, mereka akan mengetahui betapa bahayanya tindakan mereka.

Justeru seruan Muhyiddin agar orang Melayu kembali bersatu di bawah payung UMNO bukanlah suatu seruan kosong, ia mempunyai maknanya cukup besar.

Ia bukanlah semata-mata kerana kepentingan politik UMNO tetapi demi bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO sudah berjaya membuktikan bahawa biarpun ia bekerjasama dengan parti bukan Melayu tetapi parti-parti berkenaan sentiasa patuh dan bekerjasama dengan penuh semangat persahabatan. Malah UMNO amat dihormati oleh mereka.

Tetapi apakah dalam soal ini Pas juga mendapat penghormatan yang sama daripada DAP? Apakah orang Melayu dalam PKR dibenarkan bebas bersuara mengenai soal-soal kepentingan orang Melayu dan Islam?

Bukankah pemimpin utama mereka, Anwar Ibrahim begitu rakus untuk berkuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya asalkan memperolehi kuasa politik?

Oleh itu masanya belum terlambat untuk orang Melayu memikirkan sedalam-dalamnya mengenai ancaman yang sedang menanti mereka. Jangan sampai sokongan yang diberikan kepada sesuatu parti itu kononnya atas semangat kerjasama, akhirnya menyebabkan masa depan orang Melayu tergadai.

Jadikanlah apa yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu sebagai pengajaran bahawa fenomena yang sama boleh berlaku di negeri-negeri lain, jika orang Melayu terus berpecah belah. Janganlah nanti apabila tiba masanya, akibat daripada permainan politik melampau sesetengah pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri. Menang sorak tetapi kampung tergadai.

PENULIS ialah Pengarang Rencana
Mingguan Malaysia
_____________________________________________________________________________________
Apa pandangan dan komen anda :


Kawan begitu teruja dengan rencana yang ditulis, memandangkan sesetengah orang Melayu, anak-anak muda sama ada terpelajar atau tidak, mungkin tidak akan membaca akhbar Utusan Melaysia, maka sebagai orang Melayu saya salinkan ke blog saya untuk sama-sama kita berfikir, membuka minda kita dan renungi sedalam-dalamnya perkara-perkara ini:-


  • "Kebimbangan saya ialah orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu majoriti yang sepatutnya menjadi penentu, sudah tidak menjadi penentu."

  • Tetapi malangnya orang Melayu masih belum sedar malah orang Melayu yang berada dalam pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mentertawakan kenyataan sedemikian. Mereka menganggap kenyataan hanya helah UMNO yang merasakan orang Melayu semakin tidak menyokong parti tersebut. Namun apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau jelas membuktikan bahawa orang Melayu sudah tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa penentu.

  • Pas dan Melayu dalam PKR, mereka gembira dan berasa bangga kerana bukan Melayu semakin menyokong mereka. Justeru atas kepentingan politik juga, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup mengatakan bahawa tidak salah pemimpin bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran.

  • Masyarakat Cina bersedia bersatu jika ada isu berkaitan dengan kepentingan mereka. Akibat daripada kejahilan sesetengah pemimpin Melayu pembangkang yang tidak mahu memikirkan bahaya yang menanti, ia telah membolehkan pengundi bukan Melayu 'naik tocang'. Mereka merasakan bahawa mereka kini adalah kelompok penentu kepada nasib politik sesuatu parti termasuklah UMNO dan Pas - dua parti yang dianggotai oleh orang Melayu. Calon kedua-dua parti itu tidak akan menang hatta jika ada hanya lima peratus sahaja pengundi Cina atau India di kawasan mereka. Kalau mereka mahukan undi maka pelbagai tuntutan harus dipenuhi dahulu.

  • Dasar kebebasan dan keterbukaan yang dirasai oleh mereka mulai Oktober 2003, mereka berkata apa sahaja dan orang Melayu tidak berdaya melawan balik. Jika ada orang Melayu dalam UMNO bersuara mempertahankannya ia digelar macam-macam termasuk 'celaka dan gila' serta sebagainya. Biarpun penghinaan itu adalah ke atas parti induk Melayu yang sebelum ini sudah menaburkan jasa besar dalam memartabatkan orang Melayu, tetapi pemimpin Melayu pembangkang tidak akan membelanya kerana berbeza fahaman politik.

  • Tetapi apakah dalam soal ini Pas juga mendapat penghormatan yang sama daripada DAP? Apakah orang Melayu dalam PKR dibenarkan bebas bersuara mengenai soal-soal kepentingan orang Melayu dan Islam?

  • Jadikanlah apa yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu sebagai pengajaran bahawa fenomena yang sama boleh berlaku di negeri-negeri lain, jika orang Melayu terus berpecah belah. Janganlah nanti apabila tiba masanya, akibat daripada permainan politik melampau sesetengah pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri. Menang sorak tetapi kampung tergadai.

Thursday, April 9, 2009

AHLI UMNO - BEROK DAN BABOON ???


















" Ini gambar yang disalin dari blog yang bernama tvbaru "

Dalam debaran rakyat Malaysia menunggu pengumuman YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia saf-saf Kabinet baru. Kawan terkilan sangat dengan perbuatan seorang maknusia di sebuah laman blog yang hanya dikenali dengan nama tvbaru, penulis blog ini terlalu amat menghina orang-orang UMNO/BN, (seperti gambar tertera diatas) kalau ia pun dia terlalu gembira dengan kemenagan PAS, PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bukan itu caranya seorang manusia menyambut kemenangan, apa tah lagi kalau dia seorang muslim yang menyanjungi peradaban.

Kawan nak tanya kepada penulis blog ini :

  • Apakah anda tidak sedikit pun merasai nikmat hasil dari perjuangan orang-orang yang anda anggap berok/baboon ini ?

  • Tidakkah anda sedar orang yang anda umpamakan berok/baboon inilah yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara, menaikkan martabat bangsa Melayu, menegakkan agama Islam.

  • Anda sedar ke, pendidikan yang ada pada anda sekarang hasil perjuangan dasar-dasar yang telah diatur dengan sempurna oleh pemimpin-pemimpin yang anda umpamakan berok/baboon ini.

  • Kalau anda seorang Muslim, apakah tidak berdosa menghina kaum lain, atau hamba Allah lain dengan gelaran dan gambaran yang tidak baik ?

  • Apakah parti serta pemimpin yang anda sokong itu benar-benar sempurna, sehingga anda lupa menggunakan pancaindera-pancaindera yang diberi Allah untuk menikmati perkara-perkara yang benar dan baik ?

  • Biasanya keburukan yang kita leparkan kepada hamba Allah yang lain mencerminkan diri kita sendiri seperti berok/baboon - itu pun kalau penulis blog ini boleh dipanggil umat manusia atau berok/baboon merupai manusia.

Pandangan saya kepada penulis yang bernama tvbaru, banyak-banyaklah beristifar, jangan keterlaluan menghina orang lain, tidak semestinya apa yang kita sokong itu benar dan tidak semestinya yang tidak kita sokong itu tidak benar. Ingatlah balasan Allah...............

Kepada Ahli-Ahli UMNO, marilah kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah agar orang seperti ini mendapat hidayah serta petunjuk kejalan yang benar. Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada pemimpin-pemimpin kita yang telah meninggal, sesungguhnya kerana mereka-mereka ini yang telah berjihad untuk dinikmati oleh genarasi terkini. AL-FATIHAH............

TAHNIAH dan SYABAS kepada saf-saf KABINET yang baru dilantik, inilah saf-saf yang bekerja untuk rakayat YAB Perdana Menteri, selamat menjalankan tugas..........

Wednesday, April 8, 2009













PKR - BUKIT SELAMBAU
DAN
PAS - BUKIT GANTANG



CIRI-CIRI KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

  • Pakatan Rakyat berjaya meraih simpati dari kalangan pengundi-pengundi kaum Cina dan India berkaitan isu peralihan kuasa kerajaan Perak. Pengundi kaum Cina dan India merasakan pembelaan bagi mereka akan terhapus di bawah kerajaan BN.

  • Pengundi-pengundi Melayu yang telah berubah arah mengundi PR pada PRU 12 tidak dapat diyakinkan semula untuk kembali menyokong BN.

  • Pendedahan isu-isu nagatif terhadap kepimpinan PKR, DAP dan PAS tidak dapat meyakinkan pengundi-pengundi. Pengundi-pengundi kaum Cina dan India sudah telalu tebal dengan hasutan yang dibuat oleh kepimpinan DAP dan pengundi Melayu sudah terlalu fanatik sehingga tidak dapat lagi menerima setiap pendedahan yang dibuat oleh BN.

  • Tidak mendapat sokongan pengundi-pengundi muda, sebahagian besar golongan muda yang berpendidikan lebih gemar mendapat maklumat-maklumat melalui internet yang di sebarkan oleh pembangkang.

    Pelajar-pelajar IPTA/IPTS berjawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar yang memihak kepada pembangkang menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebarkan dakyah pembangkang. Terlalu kurang lawan web atau bloger-bloger yang menangkis kempen-kempen memburuk-burukan kerajaan/pemimpin.

  • Golongan muda mudah yakin serta menerima/ terpengaruh dengan bloger-bloger seperti ini, dan menyebarkan kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan sebaya. Golongan intelek seperti Pensyarah, Guru-Guru yang mirip kepada pembangkang di IPTA/IPTS juga memainkan peranan mempengaruhi golongan ini.

  • Penyokong-Penyokong PAS setempat mengadakan solat hajat setiap malam di masjid dan surau.

  • Pembangkang tahu, orang Melayu amat sensetif dengan agama, kesempatan ini diambil oleh pemimpin pembangkang mendekati pengundi-pengundi Melayu. Tidak kira apa aktiviti tetapi mesti menonjolkan Islam, termasuklah menggunakan pemimpin DAP berceramah dengan membaca dan mentafsirkan ayat Quran untuk meyakinkan pengundi-pengundi Melayu, bahawa jika mereka berkuasa, kepentingan umat Islam tidak diabaikan macam mana di Negara Singapura, Cina, Taiwan dan lain-lain.

  • Pemimpin PAS pula, menonjolkan sikap bahawa mereka tidak akan mengabaikan hak-hak agama lain dikalangan pengundi-pengundi terutama kaum Cina dan India. Buktinya mereka menyebarkan risalah dan gambar majlis-majlis perasmian yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS seperti , perasmian kuil Budha, kuil HIndu dan lain majlis keagamaan.

  • PAS telah mengubah dasar dan fakta, sebelum ini kaum Wanita, tidak boleh menjadi pemimpin dan hukumnya haram mengundi kepada orang bukan Islam. Sekarang hukum itu telah dibubarkan, pemimpin-pemimpin PAS dapat menyakinkan kepada pengundi-pengundi Melayu bahawa jika mengundi calon orang kafir sudah tidak haram lagi.

PANDANGAN IKHLAS KELEMAHAN BN/UMNO

Terlalu banyak kalau nak dituliskan, memadai dengan beberapa pekara yang mungkin perkara ini kecil bagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN, diantaranya :-

  • PEMIMPIN SETEMPAT (tidak semua) - Ketua Kampong, Ketua UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan Pengerusi Belia tidak menyeluruh mendampingi dengan mesra dengan masyarakat. Sikap perihatin kepada hal-hal kebajikan masyarakat hanya tertumpu kepada kaum keluarga, orang-orang terdekat dan kroni-kroni sahaja. Kalau ada kumpulan masyarakat yang sering memberi kritik atau teguran membina akan diketepikan, begitu juga dengan kumpulan yang kalah dalam apa-apa pertandingan, terutama UMNO, terus disingkir, menjadikan dalam penyokong UMNO sendiri berpuak-puak, kerat mengerat diantara satu sama lain.

  • MASJID & AKTIVII KEAGAMAAN – Tidak keterlaluan kalau dikatakan terlalu kurang pemimpin UMNO setempat menyertai dalam senarai Ahli Jawatan Kuasa Masjid, Badan Khairat Mati, apa lagi untuk berjemaah di masjid, surau terutama pada waktu mahgrib dan isyak, jauh sekali pada waktu subuh, kalau ada pun pada hari Jumaat sahaja. Akibatnya, Masjid dan surau dimonopoli oleh penyokong-penyokong pembangkang. Hal-Hal kematian pula, boleh dikatakan keseluruhan dilaksanakan oleh mereka, orang UMNO hanya sekadar melawat, itu pun kalau ada kesempatan, tidak ada semangat dalam hati, ini adalah fardhu Kifayah.

    Wakil-Wakil Rakyat UMNO (tidak semua), ada yang tidak pernah hadir solat Jumaat di dalam kawasan Parlimen atau DUN, walau pun seminggu sekali atau sebulan sekali, kalau hadir pun ketika dijemput oleh masyarakat setempat untuk majlis-majlis keagamaan.

  • Komponen BN (MCA, GERAKAN dan MIC) – Pemimpin-pemimpin setempat boleh dikatakan tidak dapat atau takut meyakinkan ahli-ahli setiap isu-isu yang disebar pembangkang, mungkin ada yang sekadar bermuka-muka untuk menjaga kepentingan diri. Keikhlasan sebenar amat sukar diramalkan, apabila timbul isu-isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.

  • SIKAP PETUGAS PILIHAN RAYA :-

    WANITA & PEMUDA – Terlalu menonjolkan diri, menunjukkan gaya hidup mewah dengan perhiasan, pakaian, kereta dan sebagainya ketika mendekati pengundi-pengundi dalam kawasan kampong dan desa. Pengundi-pengundi yang rasa diri kekurangan akan merasa malu dan segan untk didekati, rasa rendah diri, malah mungkin ada rasa cemburu.

    PUTERI – Ada yang seolah-olah tidak menghiraukan budaya setempat, ada yang berpakaian menjolok mata, rambut berbagai-bagai fesyen disamping tingkah laku yang kurang menyenangkan masyarakat kampong melihatnya. Perkara ini mungkin kecil, tetapi ini isu yang telah dieksploitasikan oleh pembangkang secara halus ke setiap pengundi-pengundi Melayu tanpa disedari. Pembangkang begitu bijak menyemaikan perasaan meluat dan muak dikalangan pengundi.

    KEIKHLASAN – Tiada keikhlasan sebenar dalam menjalankan tugas, Bilik Gerakan BN, Poster dan bendera tidak akan nampak meriah dan megah kalau tidak atau terlambat menyalurkan wang. UMNO/BN masih tidak dapat menyemaikan dalam hati penyokong-penyokongnya (terutama golongan muda) ini adalah satu jihad untuk bangsa dan agama, macam mana yang telah dilakunkan oleh pemimpin-pemimpin PAS tehadap golongan muda.

  • PERSIDANGAN CAWANGAN (WANITA, PEMUDA DAN PUTERI)

    KORUMUMNO perlu mengkaji semula jumlah KORUM yang ada sekarang, dengan jumlah yang begitu kecil, ada sesetengah Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mengambil kesempatan untuk memonopoli jawatan parti, kalau ada yang lebih menonjol menjadi pemimpin, awal-awal dikerat. Itulah sebenarnya berlaku dalam UMNO dikebanyakan tempat, menyebabkan ramai-ramai orang Melayu muak dan meluat dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO setempat, ianya merebak hingga ke peringkat Bahagian. Budaya kerat mengerat perlu terdahulu diketepikan.

    Sekian, satu pandangan dari saya. HIDUP UMNO !!!!!!!!!!!!!!!













Tuesday, April 7, 2009

BN - Mendapat kepercayaan Rakyat di Batang Ai

Tahniah kepada Calon BN, inilah pilihan bijak yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi bagi menentukan Wakil Rakyat bagi kawasan mereka, itulah DEMOKRASI di Malaysia.


DUN BATANG AI - BN

Calon : MALCOM MASSEM LAMOH

MAJORITI : 2,789 undi




PUNCA KEMENANGAN :


  • Pengundi-Pengundi di Batang Ai sedar bahawa mereka masih memerlukan pembangunan di dalam kawasan mereka yang masih ketinggalan demi masa depan genarasi mereka.

  • Pengundi-Pengundi 90% dari kaum Iban, tidak terpengaruh dengan isu-isu yang ditiup oleh PKR, terutama isu tanah adat yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Pengundi-Pengundi dapat melihat bahawa tanah-tanah adat yang dimajukan kerajaan adalah untuk kepentingan rakayat.

  • Yakin dengan Parti BN dapat memberi kemajuan kepada rakyat, mempunyai akal fikiran berpandangan jauh, bersikap terbuka, tidak tertumpu dan mudah menerima bulat-bulat dengan cakap-cakap berbaur fitnah yang dibawa oleh pembangkang.
  • Mengenalpasti pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk membela nasib bangsa, menolak pemimpin yang hanya tahu bercakap bohong, putar belit dan gila kuasa serta sebagai boneka dipihak lain.

Kawan akui, kebanyakan kampong-kampong kawasan pendalaman Serawak masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan, tidak ada jalan raya, kebanyakan jalan menggunakan sungai. Berpegang teguh pada adat dan budaya, mengekalkan perpaduan terutama etnik Iban yang menduduki rumah-rumah panjang, paling benci dengan orang berbohong, menipu, setia kepada pemimpin, rela berkorban untk mempertahankan hak tanah air, bangsa.

Selamat menjalankan tugas YB, tunaikan semua janji-janji yang telah dibuat dengan rakyat dalam kawasan. Amanah, Jujur dan Ikhlas.

Monday, April 6, 2009

KEMPEN TUN MAHATHIR DI P59 BUKIT GANTANG

Mahathir tidak lupa Anwar
di Bkt Gantang
Apr 6, 09 11:07am, petikan dari rmf7.

Tun Dr Mahathir Mohamad mencecahkan kaki di kawasan parlimen Bukit Gantang pada hari akhir kempen pilihanraya kecil di situ dengan membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya.

"Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga." Merujuk penyisihan yang dialaminya dalam era pentadbiran penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri itu bagaimanapun tidak meneruskan kecamannya.

Beliau hanya berkata "kita tahulah siapa orang yang saya cakap ini." "Bila dia (Anwar) pergi tempat ini, dia jadi orang ini. Bila dia pergi tempat lain, dia jadi orang lain. Dia sokong orang India, tapi kalau dia pergi tempat lain, jumpa orang Melayu, dia kata orang India ini jahat," katanya. "Demikian juga bila jumpa orang Cina, oh orang ini, orang itu jahat, (mereka) tidak layan langsung kehendak orang Cina. Ini tidak benar." Anwar juga ditempelak berhubung usahanya menumbangkan kerajaan persekutuan pada 16 September lalu.

Ucapan Dr Mahathir di Batu 2.5 Jalan Simpang dalam kawasan parlimen itu lebih kurang 40 minit disiarkan secara langsung melalui TV1 mulai kira-kira jam 11 pagi. Selain menggesa pengundi menyokong calon BN Ismail Saffian - yang kemudian tampil berdiri di sebelahnya dan tangannya dijulang oleh tokoh Umno itu -

Dr Mahathir turut membidas calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya "patik mohon derhaka" kepada Sultan Perak. Dengan mengakui kesilapan BN meletakkan "calon luar", Datuk Azmi Zabidi yang juga bendahari Umno, pada pilihanraya umum lalu, Dr Mahathir berkata: "bukan tidak ada bakat di sini, ada." "Saya tidak mahu mengata sangat kepada parti lawan, ... tidak payahlah, semua sudah tahu, siapa dia parti lawan, semua sudah tahu, ... ada yang derhaka pun ada," katanya, disambut jeritan para penyokongnya. "(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang.

"Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita? "Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar." Dr Mahathir juga mendakwa Mohammad Nizar, sewaktu menjadi menteri besar Perak, memperkenalkan dasar pemberian tanah kepada komuniti Cina untuk mempopularkan dirinya sendiri dan bukan jujur untuk membantu masyarakat.

Dalam perhimpunan tersebut, beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu. Dr Mahathir juga menyatakan keyakinan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baru, sambil menceritakan bagaimana bapa presiden Umno itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Bekas presiden Umno itu juga meminta rakyat menolak demonstrasi dengan alasan ia tidak membawa sebarang manfaat untuk memajukan negara.

Selepas acara pagi ini, Dr Mahathir dijadual turun berkempen kira-kira 3 petang ini di DUN Bukit Selambau yang menyaksikan persaingan calon PKR S Manikumar dan S Ganesan (BN) bersama 13 lagi calon bebas.

Komen saya :-
  • Itulah sifat sebenar Anwar, yang pandai memutarbelitkan berhujah, menipu masyarakat pelbagai kaum untuk mencapai hasrat nafsu serakahnya untuk berkuasa. Orang ini akan mengunakan apa saja termasuk mengadaikan maruah bangsa dan agama asalkan cita-citanya tercapai.

  • Mohamad Nizar Jamaludin, sanggup menjadi orang suruhan/boneka DAP untuk mempertahankan kerusi Menteri Besar. Sultan adalah melambangkan kedaulatan Melayu, Nizar sanggup menderhaka seolah-olah DAP lebih patut dimuliakan dari mendaulatkan Kebawah Duli Sultan Perak (Tuan Guru Nik Aziz pernah menasihatkan agar Nizar perlu akur dengan titah Tuanku). Membangkitkan perasaan marah orang-orang Melayu terhadap Sultan (yang bodoh je) sehingga mengadakan tunjuk perasaan dihadapan Istana Perak.

Kesimpulan :

Pengundi-Pengundi di PARLIMEN BUKIT GANTANG khususnya pengundi-pengundi Melayu harus sedar siapa mereka, bertopengkan ISLAM untuk menipu rakyat. Rakyat wajib menolak maknusia seperti ini dari menjadi pemimpin negara supaya tidak menyesal kemudian hari.

SELAMAT MENGUNDI !!!!!!!

Sunday, April 5, 2009

PENTAS MENCEMOH, MENCACI - AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM MEMBACA & TAFSIR AL-QURAN


PENTAS CEMOH DAN CACI

Dapatkah kita sama-sama berfikir - Wahai Saudara-saudara ku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Parti pembangkang menjadikan tempat-tempat ceramah untuk memaki hamun peminpin-pemimpin Kerajaan BN/UMNO, menyemaikan rasa benci dikalangan sesama Islam dan kaum. Sepatutnya pentas kempen ini untuk menjelaskan kepada rakyat apa visi parti untuk kepentingan rakyat.
Ingin saya bertanya, apakah penceramah dan pendengar yang khusuk dengan ceramah-ceramah pembangkang ini tidak sedikit pun menikmati apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN/UMNO ? Kalau ada, mengapa begitu takbur sekali menghina mereka, kalau tiada, beranikah anda menafikan nikmat Allah ini ? jauhi dari kufur nikmat !!!!!!!, jadikan diri kita insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.....

Saya jadi hairan, mengapa ada orang yang menyambut dengan takbir "Allah hu Akhbar", sedangkan hujah-hujah yang disampaikan berbentuk menghina, memfitnah, memaki hamun hamba Allah yang lain. Inikah yang dikatakan berjalan berlandaskan Islam.


Ahli Parlimen Perak (Bukan Islam) Berceramah

Saudara-saudara di Bukit Gantang sudah tahu, keghairahan Pakatan Rakyat hendak menawan hati-hati pengundi, tanpa mereka sedar membiarkan orang bukan Islam membaca dan mentafsirkan ayat Al-Quran ketika berceramah dihadapan orang-orang Islam. Apakah sudah tiada cerdik pandai Islam dari kalangan Pakatan Rakyat sehingga membiarkan orang kafir membaca dan mentafsirkan ayat Quran. Tidakkah perbuatan mereka menghina Islam ? Apakah bacaan dan tafsiran dari orang kafir patut diterima dan dipatuhi oleh umat Islam yang mendengar di Perak ? Sedangkan Ahli Parlimen berkenaan sendiri tidak percaya dengan ajaran Islam !!!!
Apa sebenarnya yang hendak dibawa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini ? Tidak nampakkah saudara-saudara ku di Bukit Gantang, bahawa mereka hanya mempergunakan Islam untuk memenuhi nafsu ghairah memerintah negara. Kalau benarlah saudara-saudara memperjuangkan hak-hak anak cucu cicit kita kehadapan demi bangsa, Agama dan Negara, mesti dan wajib saudara-saudara tolak parti ini. Berjihad menentang kebathilan ini, berjihad menentang kaum-kaum munafik ini......... Allah hu Akhbar

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL



ANUAR IBRAHIM MENIPU LAGI

Malam tadi Anuar menipu lagi terhadap pengundi2 Kedah, kononnya akan membuat satu pembongkaran penting. Hampir 6 ribu orang hadir untuk mendengar, begitu berminat ingin tahu apa lagi yang akan diwartakan oleh Anuar, tapi apa yang dikatakan Anuar hanyalah ceramah seperti biasa, menghentam, mengutuk, memfitnah dan yang paling penting menegakkan benang basah, semua pemimpin BN/UMNO tidak ada yang baik, tidak macam beliau semuanya betul, sesetengah penyokong fanatik Anwar, meletakkan Anwar setaraf dengan Para Wali, apa tidaknya Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang pun hurmat dan akur dengan beliau, kata2 yang terpancul dari mulut Anwar semua betul dan benar, tidak ada yang tidak benar. Hanya Tuan Guru Karpal Singh (Tuan Guru kaum Singh tak pakai serban) je yang masih berani sesekali mengkeritik Anwar, mungkin satu guru kot, atau mungkin mempunyai hobi yang sama...........

Itu taktik Anuar setiap kali datang buat ceramah, Anwar mengwar2kan akan membongkar satu rahsia besar untuk menarik minat orang untuk datang. Akhirnya bermacam2 alasan akan dibuat Anwar, bila orang ramai menunggu untuk berita sesasi tidak terkeluar sampai akhir ceramah, yang dibongkar hanyalah kantong2 kain dibawa oleh petugas2 untuk kutip duit derma.

Sampai bila kita orang2 Melayu asyik kena tipu, kenapa masyarakat Melayu begitu yakin dengan apa yang Anwar cakap. Cuba kita lihat betul2 air wajah Anwar sekarang, kalau dulu mula2 Anwar menceburi perjuangan untuk membela nasib orang2 Melayu, wajah Anwar jernih, bersih membayangkan keikhlasannya. Tidak kah diteliti amat2 rupa wajah Anwar sekarang : renunglah dengan mata hati beserta kalimah Allah, anda akan nampak wajah2 penipu, pembohong, pembawa fitnah, penyangak........ itulah wajah2 syaitan dan iblis yang telah berjanji dengan Allah untuk memperdaya keturunan Nabi Adam kearah kehancuran dengan menyerupai wajah2 begini.........

Saudara-saudara ku, mengapa kita tidak benar2 menggunakan petunjuk Allah, supaya tidak mudah terpengaruh dengan manusia2 seperti ini. Apakah kita tidak diberi petunjuk, bagaimana Anwar menjatuhkan martabat kaum Melayu ? Mengajar kaum2 lain menentang hak2 orang Melayu ? Untuk apa Anwar menanamkan sentemen kebencian, keganasan sesama Melayu dan mendesak kaum2 lain menentang hak Melayu ?

Kawan pernah bertemu orang2 Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dianggap keramat. Ramai orang2 Kelantan datang bertemu Tuan Guru untuk memohon berkat doa, malah sesetengah fanatik Tuan Guru Nik Aziz memberi gambaran, beliau mempunyai kelebihan makrifat masa hadapan. Kalau benarlah seperti yang dikatakan, adalah mustahil Tuan Guru Nik Aziz tidak tidak mengenali siapa Anwar sebenar, atau apakah kerana kepentingan politik dan kuasa Tuan Guru redha menyembunyikan sifat sebenar Anwar, bersekongkol menipu rakyat.............. malah sudah terang dan nyata Tuan Guru lebih mengutamakan untuk berganding bahu dengan pemimpin2 yang menentang penubuhan sebuah negara Islam, lebih redha berkerjasama dengan syaitan.

Esok masih ada masa lagi, dalam jarak masa 24 jam sebelum 7hb April 2009, orang2 Melayu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau mesti berfikir terbuka, renung sehalus-halusnya untuk membuang undi. Niatlah dihati anda, INI JUGA SATU JIHAD untuk memilih pemimpin yang benar-benar membela nasib Bangsa, Agama dan Negara demi masa depan anak cucu cicit kita. Pangkahlah lambang Dacing -
BARISAN NASIONAL

UNTUK MELAYU DI P59 BUKIT GANTANG

Kawan bukan nak merayu, tapi untuk sama-sama berfikir, sama-sama merenung. Kalau kita sudah redha bahawa Allah itu Tuhan kita, apa salahnya kita gunakan pancaindera2 yang telah diberi Allah dengan sempurna untuk digunakan dengan sebaik2nya, hindarkan sementara emosi, fanatik dalam diri kita.

Kita jangan terlalu asyik membandingkan Negeri Kelantan dan Kedah, PAS menerajui kerajaan. Apakah Nizar, Tuan Guru Nik Aziz atau Haji Haji dapat menerajui kerajaan di Perak ? Kawan rasa kalau bukan kerana kebijakansanaan kepimpinan terdahulu mencipta Undang-Undang Tubuh Negeri, kalau bukan termaktubnya Perlembagaan ini, kawan rasa sudah pasti, Perak dan Selangor kempunanlah Menteri Besar dapat diduduki orang Melayu. Kita semua melihat apakah Karpal Singh, Gobind dan Lim Kit Siang benar2 menghurmati orang2 Melayu ? Apakah anda yakin Karpal Singh dan Lim Kit Siang benar2 menghurmati hak-hak orang Melayu/peribumi kalau anda membenarkan mereka menerajui negara ? Sehingga sekarang pemimpin2 PAS tidak terkata apa-apa, bila Lim dan Karpal berkata mereka tidak akan membenarkan PAS mengujudkan sebuah Negara Islam di Malaysia. Apakah Anuar Ibrahim lebih rela mengorbankan PKR demi menentang cabaran Lim dan Karpal dan apakah Anuar benar2 pejuang bangsa dan Agama ?

Kawan bukan soalkan perkauman, tapi ini sudah termaktub dalam kontrak sosial Malaysia, Hak Istimewa orang Melayu perlu disedari oleh semua genarasi pelbagai kaum di Malaysia. Cuba kita imbau kembali sejarah kemerdekaan negara di Indonesia, beberapa abad dijajah Belanda, berjuta pejuang Indonesia terkorban, akhirnya Indonesia merdeka dari tangan Jepun. Apakah pengisian kemerdekaan itu benar-benar dinikmati peribumi Indonesia ? seimbang dengan pertumpahan darah pejuang-pejuangnya ? Kerana apa ? kerana pemimpin yang menyambut kemerdekaan terlupa mengujudkan kontrak sosial untuk menjamin hak peribumi. Sehingga sekarang Indonesia tidak sebuah Negara Islam, biar pun umat Islam 2/3 dibumi Indonesia, biar pun beribu para Wali dan Ulama2 lahir dari negara jiran ini.


Cuba kita renung sehalus2nya, kalau bukan kerana ujudnya DEB oleh Alayarham Tun Razak, ujudkah FELDA ? sehingga kini FELDA menampung serta mengubah taraf hidup lebih seratus ribu keluarga Melayu. Tak dapat dibilang jumlah para jutawan, doktor, peguam, pensyarah, jurutera, akitek yang lahir dari keluarga FELDA, keluarga yang asalnya tidak berilmu apatah lagi harta. Apakah ini bukan satu perjuangan dari pemimpin-pemimpin UMNO untuk kepentingan kaum Melayu ? Tapi UMNO juga tidak mengenepikan hak-hak kaum lain.
Kepada anak-anak Peneroka yang cerdik pandai, berilmu, belajar sama- ada dari dalam mahupun luar negara, anda lebih bijak menilai, jangan hanya Harakah, Suara Keadilan yang menjadi bahan-bahan rujukkan, bukalah minda sebijak yang ada pada anda. Bebaskan diri dan pemikiran anda dari dijajah oleh pengaruh-pengaruh yang merosakkan bangsa, agama dan negara dengan pelbagai cara. Jadikan diri anda seorang pengundi yang bijak kerana Allah......


Selamat mengundi BARISAN NASIONAL