
Memang sudah jadi perangai puak-puak PAS akan mempertikaikan apa sahaja projek yang dilaksanakan oleh UMNO-BN…… itu sahaja kepandaian yang ada pada kepimpinan PAS-pakatan……
Ibarat kata orang tua-tua, “gajah didepan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak pulak”………..
Apa sudah jadi dengan projek jambatan di Kg Palekbang ?
Mengikut cerita, cadangan untuk membena sebuah jambatan yang menghubung dari Kg Palekbang dan Kg Penambang sejak dari tahun 1995 lagi.
Projek jambatan tersebut juga telah dimasukkan dalam senarai ‘manifesto PAS’ pada Pilihan Raya UMUM ke 10 tahun 1999 yang akan dilaksanakan Kerajaan PAS Kelantan.
Pada tahun 2004, Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan telah merasmikan perletakan batu asas projek jambatan tersebut yang terletak di belakang Balai Polis Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan.
Inilah salah satu contoh janji-janji Kerajaan PAS Kelantan selama 20 tahun menerajui negeri, kerajaan yang dikatakan tidak mengkhianti rakyat, tetapi selalu mungkir janji serta berbohong kepada rakyat Kelantan……
Cuba kita bayangkan cara PAS melaksanakan projek jambatan tersebut, tahun 1995, Nik Aziz mengwar-warkan hendak membena sebuah jambatan di Kg Palekbang, tahun 1999, Nik Aziz melancarkannya dalam ‘manifesto PAS’ untuk menghadapi PRU ke 10 dan pada tahun 2004, Nik Aziz mengundang Sultan Kelantan merasmikan perletakan ‘batu asas’ jambatan, sampailah sekarang………….
Maka, genaplah 20 tahun Kerajaan PAS hanya sekadar merancang sahaja…. Bukan untuk melaksanakannya….. macam janji-janji hendak bagi rakyat ‘geran tanah’ juga, janji hendak bagi rakyat ‘ladang rakyat’ juga….
Janji hanya tinggal janji, rakyat Kelantan perlu tunggu musim Pilihan Raya Umum akan datang untuk mendengar janji-janji bohong Kerajaan PAS Kelantan yang baru….
Mungkin projek jambatan Kg Palekbang akan dimasukan lagi dalam ‘manifesto bohong PAS’ pada PRU ke 13……






























