Thursday, January 6, 2011

ANAK jin cuba mengaruk warga Felda dalam kempen PRK DUN Tenang


Dikhabarkan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman yang telah dilantik Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang, akan memperhebatkkan kempen membawa isu-isu Felda dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang untuk memancing undi dari kalangan warga Peneroka di Felda Tenang.

Mazlan Aliman akan cuba mempengaruhi pengundi-pengundi Felda Tenang dengan isu- isu berkaitan penyalahgunaan kuasa Felda, ketidak puashati peneroka dengan pengurusan Felda serta isu generasi kedua yang kononnya dipinggirkan termasuk isu wang tanam semula, kadar perahan buah sawit dan isu Felda Plantation yang kononnya menjadi kemarahan peneroka seluruh negara.

Mazlan berjanji akan mansuhkan Felda Plantation jika pakatan rakyat diberi mandat memerintah Negara.

Begitulah seperti apa yang telah dilaporkan oleh harkah semalam….

AYG; Beitulah tugas-tugas ANAK untuk memastikan warga Felda terus berkecamuk mengikut kehendak agenda DAP-PKR dan PAS ……..

DAP tahu, Felda adalah tunggak kekuatan UMNO-BN, kerana disitulah terletaknya kubu kesetiaan orang-orang Melayu yang sukar untuk dipecahkan…

Kalau para peneroka Felda benar-benar membuka mata, Felda telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk membangunkan generasi kedua peneroka, tidak terkira jika mahu dibilang sama ada dari segi akademik, latihan kemahiran dan sebagainya…

Kalau ada yang rasa terpinggir, itu adalah satu pembohongan atau golongan generasi kedua itu sendiri yang tidak mahukan kemajuan….

Kalau hendak menyebut isu kadar perahan/gred minyak sawit, setakat ini hanya kilang-kilang sawit Felda yang dapat member harga yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan kilang-kilang swasta… carilah mana-mana kilang sawit swasta yang mampu memberi kadar perahan minyak sampai 25%.......

Janji pakatan untuk memansuhkan Felda Plantation juga adalah satu janji manis golongan haprak untuk memancing undi, kaum DAP tahu Felda telah banyak membuka ladang-ladang melalui Felda Plantation yang menjadi sumber kewangan untuk membangunkan masyarakat Felda yang terdiri daripada 95% orang Melayu-Bumiputera….

Bukalah mata sedikit wahai warga Felda, apa tujuan puak DAP menggunakan ANAK yang datang dari warga Felda sendiri untuk menjahanamkan sumber pembangunan ekonomi orang-orang Melayu-Bumiputera ini……… jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis munafik untuk kepentingan politik mereka……

4 comments:

  1. Kalau dah tak berotak, senanglah ditipu dan ditindas macam orang yang dah undi DAP dalam PRU lepas di Pulau Pinang.

    Lain kali silakan undi DAP lagi ya.

    ReplyDelete
  2. Si Mazlan tahu, yg menjadi peneroka Felda sebahagian besar datang dari Melayu-Melayu yang daif tidak berpelajaran.... mudah bagi Aank Jin ini untuk memesongkan mereka, lepas itu kutip duit dari peneroka untuk mengisi kantong mereka....

    ReplyDelete
  3. salam.. semoga allah beri petunjuk... segala ketetapan telah allah tetapkan yg terbaik untuk semua mahluk ciptaanNya.. apa yg terjadi adalah ketentuanNya walaupun bukan seperti kita idamkan... kita sebagai hamba sewajarnya meminta izin, meminta petunjuk dari allah mana yg terbaik untuk kita... semoga kita dirahmati dan diberkati oleh Allah... berkorbanlah bercintalah kepada allah... semoga allah terus meredhai kita sebagai hambanya... kita punya panduan al-quran dan sunnah... semestinya kita yakin pada janji allah... kerana allah tidak memungkiri janjinya...

    ReplyDelete
  4. xperlula "peneroka Felda sebahagian besar datang dari Melayu-Melayu yang daif tidak berpelajaran"

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..