Tuesday, September 8, 2009

Jakarta-warga Indonesia mengadakan pembersihan besar-besaran terhadap rakyat Malaysia dengan buluh runcing

Sekumpulan warga Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro dan lebih 360 sukarelawan ‘ilmu kebal’ yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Angkara kebencian mereka yang memuncak sehingga kepada tahap yang serius dan menakutkan, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati serta agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian segelintir rakyat negara Indonesia itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah yang terus diapi-apikan oleh media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta". Tetapi yang hairannya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa. KLIK

Komen ;

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya membiarkan kecaman yang dibuat oleh rakyat Indonesia yang ‘tuli dan buta’ ini menggugat keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia.

Kalau perlu, ambil tindakan sewajarnya terhadap stesyen "Discovery Chanel" dan syarikat dari SINGAPURA yang membuat iklan 'visit Malaysia', yang memulakan semua kekeliruan ini.

Kalau dilihat dari cara kumpulan ‘kuno’ ini bertindak tanpa diperdulikan oleh Polis Indonesia, kita tidak menjamin bahwa rakyat Malaysia yang ada di sana berada dalam keadaan yang selamat.

Perlu diingat, rakyat Malaysia juga bermaruah, janganlah kerana kepentingan orang-orang tertentu, maka rakyat yang tidak berdosa menjadi korban kumpulan-kumpulan liar dan kuno ini.

Dato’ Sri Najib, selaku Perdana Menteri harus mengambil tindakan-tindakan yang wajarnya untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang kebanyakannya adalah pelajar-pelajar.

Mana perginya pemimpin-pemimpin Mahasiswa Malaysia yang kononnya berjuang untuk keadilan rakyat ?

Kalau di Universiti Malaya, bukan main lagi menegak keadilan sehinggakan Perdana Menteri dan isteri diperhina, berdemonstrasi kononnya akulah orang cerdik pandai yang memperjuangkan hak asasi manusia. Kenapa diam ?

Kawan bukan hendak mencabar sesiapa, tetapi kawan agak marah dengan sikap manusia-manusia hipokrit, bongkak, sombong tidak bertempat, tetapi sebenarnya bacul dan dayus………

Perlu diingat, orang Melayu bukan perempat di tempat orang dan bukan juga gulungan yang bacul dan dayus, gelagat seperti manusia tidak bertamadun ini perlu diatasi oleh kerajaan Malaysia seberapa segera sebelum terlambat.

Kerajaan juga perlu mengikis habisan-habisan pengkhianat bangsa dan Negara yang menjadi dalang dalam isu ini semua.

‘DUIT RAYA’ FELDA-ANAK menafikan datang dari duit FELDA


Baru-baru ini Dato’ Sri Najib mengumumkan FELDA akan menberi sumbangan ‘duit raya’ kepada sejumlah 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta manakala seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Pemberian sumbangan ‘duit raya’ kepada peneroka-peneroka yang telah menjadi tradisi FELDA sejak 2003 sehingga sekarang telah menjadi isu pelbagai pehak termasuk Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak) Mazlan Aliman.

Mazlan, AJK PAS Pusat, dalam kenyataannya dalam Harakahdaily hari ini mendakwa pengunaan istilah ‘bonus’ atau ‘duit raya’ itu juga adalah tidak tepat kerana ianya berasaskan gaji yang diterima oleh seseorang khususnya bagi kakitangan kerajaan ataupun swasta yang bekerja, sebaliknya bagi peneroka ianya merupakan hasil titik peluh mereka mengerjakan ladang kelapa sawit.

Malah Mazlan juga mendakwa pada kadar harga kelapa sawit sekitar RM420 satu tan, para peneroka sepatutnya boleh memperolehi jumlah antara RM3,000 ke RM5,000 seorang sebagai habuan duit raya di kala keadaan kos keperluan asas dan harga barangan yang meningkat.

Mazlan juga merupakan penulis buku 'Felda Dulu Tolong sekarang Along' serta mendakwa, FELDA memperolehi keuntungan yang banyak disebalik keringat yang diperah daripada peneroka, sedangkan kehidupan mereka masih berada dalam keadaan yang getir dan susah, kata Mazlan.

"Kerajaan hanya mempamerkan kepada masyarakat bahawa mereka prihatin kepada peneroka dengan memberi inisiatif 'duit raya'. Ini nak mengelabui mata tentang realiti, kehidupan peneroka yang cukup susah yang tidak dipedulikan," katanya.

Komen ;

Siapa yang sebenarnya cuba mengelabui mata masyarakat, kerajaan atau Mazlan ?

Bukankah peneroka FELDA telah menerima pendapatan dari hasil ladang setiap bulan, ada yang lebih dari RM3,000 sebulan, dan bagi yang ladang ditanam semula yang masih belum mengeluarkan hasil, FELDA telah memberi pendahuluan wang sara hidup antara RM700 hingga RM1,500 sebulan.

Betullah hasil ladang dari titik peluh peneroka, dan peneroka menjual hasil mereka melalui FELDA, bagaimana bagi peneroka yang menjual hasil titik peluh mereka kepada pembeli-pembeli swasta, berapa ribu ‘bonus’ atau ‘duit raya’ yang puak-puak ini bayar ?

Pembeli-pembeli hasil peneroka swasta ini kebanyakannya dimiliki oleh puak-puak PAS, yang mengaut keuntungan lebih dari FELDA, apa tidaknya, kalau harga sawit di kilang-kilang FELDA RM420 satu tan metrik, pembeli swasta ini hanya membeli sekitar RM320 ke 360 sahaja bagi satu tan metrik. Siapa yang lebih mengaut keuntungan ?

Hanya peneroka yang bodoh sahaja yang mendakwa FELDA sentiasa menipu mereka, sedangkan mereka lebih dibodohi oleh penghasut-penghasut yang sentiasa ingin memecahbelahkan masyarakat peneroka, sedangkan penghasut-penghasut ini juga yang mengaut keuntungan.

Ada juga kawan terbaca, mendakwa kononnya FELDA mengamalkan dasar apateid di atas pemberian ‘duit raya’, membezakan peneroka yang bersama FELDA dengan peneroka yang tidak bersama FELDA.

Tapi cubalah pulak kita fikir, kalau sudah peneroka sendiri tidak pernah menghargai sumbangan FELDA, semua hasil-hasil ladang dijual kepada orang lain, patutkah menerima sama rata, sepatutnya pihak yang mengaut keuntunganlah yang memberi mereka ‘bonus’ atau ‘duit raya’ sebagai rebet.

Perlu diingat juga, setiap peneroka dapat memiliki ladang dan rumah hasil dari perancangan ‘Dasar Ekonomi Baru’ yang dilaksanakan kerajaan UMNO-BN. Dari pembangunan DEB ini kerajaan melalui agensi FELDA telah dapat membasmi kemiskinan lebih dari 100,000 keluarga kaum Melayu.

Cuba Mazlan beritahu masyarakat umum, selama PAS memerintah Kelantan, berapa banyak tanah-tanah yang dibangunkan serupa dengan FELDA untuk membantu rakyat termiskin ?

Atau pun PAS Kelantan akan merancang untuk membangunkan tanah semacam FELDA yang memberi pulangan lebih baik kepada peneroka, sekitar RM3,000 ke RM5,000 sebulan ?

Orang-orang tua ada berkata, kalau hati sudah berkarat hitam, buatlah apa sahaja yang baik untuk mereka, tidak ada satu yang akan dihargai melainkan dicaci, begitulah golongan manusia yang angkuh dan sombong dengan nikmat yang diberi.

Banyak lagi dakwan-dakwan Mazlan ini yang kawan hendak komen sebenarnya, cukuplah sekadar itu, bagi kawan, Mazlan ini tidak lebih dari seorang yang telah diberi dana oleh PAS untuk menjalankan kerja-kerja menghasut peneroka-peneroka FELDA.

‘KERAJAAN & FELDA TIDAK BERNIAT MENIPU PENEROKA, PENEROKA YANG BANYAK MENIPU FELDA’


Monday, September 7, 2009

DUN Bagan Pinang – Apakah gerakan melobi calon sudah bermula ? Kamilia mahu calon wanita diberi peluang


Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi BN menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim menyarankan agar calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua PRK yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

Kamilia juga berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu. KLIK

Persoalannya, apakah yakin UMNO-BN mampu mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ?

Apakah berdasarkan prestasi BN yang dilihat semakin stabil di PRK-PRK yang kebanyakannya bertanding di kawasan-kawasan kubu pemabangkang, namun sokongan pengundi kepada UMNO-BN menampakkan gambaran yang agak baik.

Kalau dilihat PRK di Manek Urai, telah ada perubahan besar di kalangan pengundi di sana untuk datang kepada BN walaupun tempat itu menjadi kubu kuat PAS, begitu juga di Permatang Pasir, mungkin kalau tidak kerana terlalu banyak isu-isu calon UMNO-BN keadaannya agak lebih menarik.

Mungkin secara tradisinya Kerusi DUN Bagan Pinang adalah kubu BN berdasarkan pada pada pilihanraya umum yang ke 12, calon BN memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan calon Pas dengan majoriti 2,333 undi. Tetapi sayugia diingatkan juga sebelum ini di PRU 11, calon BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi


Berdasarkan kepada pecahan komposisi pengundi yang terdiri 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. UMNO-BN tidak boleh mengharapkan sesuatu yang selesa kerana pengundi Melayu mungkin berpecah dua, kesetiaan pengundi-pengundi kaum Cina dan India kepada BN juga perlu di ambil kira, apatah lagi dalam Parlimen Telok Kemang, dari 5 DUN, 3 kerusi DUN milik pakatan pembangkang dan 2 kerusi termasuk Bagan Pinang milik BN.

Apakah UMNO-BN di Bagan Pinang sudah bersedia menghadapi isu-isu perkauaman yang di bawa DAP di kalangan pengundi-pengundi Cina dan India, PAS juga tidak kurang dengan isu-isu memecahbelahkan pengundi-pengundi Melayu ?

Sejauh manakah pula kepimpinan UMNO-BN di DUN Bagan Pinang menghayati ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ terhadap keseluruhan pengundi-pengundi ?

Kawan berpendapat, adalah tidak wajar Datuk Kamiliah, Naib Ketua Wanita UMNO mendahului menyuarakan siapa calon yang perlu diletakkan di DUN Bagan Pinang.

Jangan Datuk Kamiliah menganggap PRK di Bagan Pinang semudah mengatur pemilihan jawatan dalam Wanita UMNO. Datuk Kamilian begitu mudah dan bijak mencatur pergerakannya tanpa perlu menebas belukar dan melalui semak samun penuh ranjau berduri, memadai dengan satu pengumuman dari Shahrizat untuk menentang Rafidah, maka secara rasminya telah menjadikan Datuk Kamilia menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita.

Walau sesiapa pun calon yang bakal dipilih, ianya perlulah dinilai dengan sebersih-bersihnya supaya tidak menjadi isu utama oleh pembangkang kelak, yang penting bagaimana untuk mengambalikan keyakinan pengundi-pengundi kepada UMNO-BN. Waima siapa sekalipun, calon UMNO-BN perlu mendapat sokongan serta disenangi oleh rakyat.

Apa yang paling penting, kesetiaan kepimpinan UMNO-BN kepada kepada parti, tidak ada pertelagahan dan percanggahan dalam jentera parti sendiri perlu diutamakan. Itulah salah satu punca kekalahan calon UMNO-BN di Permatang Pasir, jangan biarkan ianya berulang kalau UMNO-BN tidak mahu menerima kekalahan 8-1……

Yang penting semua kepimpinan Umno-BN perlu menjadikan pengalaman dalam PRK yang lalu sebagai iktibar untuk melakukan yang terbaik dalam PRK DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan nanti.

Sunday, September 6, 2009

HINDRAF – perarakan bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain


16 ditahan, termasuk, pemimpin Hindraf S Jayathas dan bekas tahanan ISA P Uthayakumar serta isteri Uthayakumar - S Indradevi. sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam tadi.

Perarakan oleh yang disertai kira-kira 100 orang yang bermula dari Masjid Jamek yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jal
an Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula. KLIK

Persoalannya, sejauh mana keikhlasan kumpulan HINDRAF mengadakan demonstrasi sedemikian rupa yang bertujuan ‘meminta rakyat Malaysia
menghormati satu sama lain’ agak sukar juga untuk dirungkaikan. Hanya penganjur HINDRAF sahaja yang tahu niat sebenar mereka mengadakan perarakan tersebut.

Pendapat kawan, mungkin juga HINDRAF ikhlas menganjurkan perarakan yang bertujuan meminta semua kaum sebagai masyarakat majmuk di Malaysia menunjukan sikap ‘menghormati antara satu sama lain’. Kalau itu yang tersirat, kawan sebagai rakyat Malaysia menghargai saranan HINDRAF.

Tetapi, HINDRAF sepatutnya lebih perlu menghormati undang-undang serta menghormati penganut-penganut agama Islam yang sedang menjalan ibadah puasa Ramadhan.

HINDRAF akan lebih dihormati, jika menganjurkan kempen serupa jika diadakan ditempat-tempat yang tidak menganggu orang ramai dan lebih sensitive kepada kaum-kaum lain.

Bagaimana pandangan HINDRAF berhubung dengan isu kuil di seksyen 19 yang menjadi isu hangat bagi penduduk Islam di sana ?

Berpuluh tahun penghuni-penghuni beragama Islam di seksyen tersebut menghadapi ganguan dan tekanan setiap kali penganut-penganut Hindu mengadakan upacara keagamaan.

Mungkin sekiranya HINDRAF lebih peka dengan pengertian ‘menghormati antara satu sama lain’, apa yang berlaku di seksyen 19 tidak akan menjadi kecoh sehingga berlakunya tindakan-tindakan yang boleh menyinggung kesensitiviti agama.

Kawan tidak menyangkal segala usaha-usaha yang baik dilakun oleh mana-mana pihak di atas perhubungan kaum di negara ini, kita sepatutnya mencari persamaan antara kita yang hidup berbeda agama budaya dan bahasa untuk membentuk persefahaman dan tidak mengorbankan perbezaan yang terus menjadi isu sesitiviti antara kaum.

Kalau be
nar dan ikhlas HINDRAF ingin masyarakat Malaysia saling hurmat menghurmati, HINDRAF mempunyai pelbagai saluran untuk menyatakan pendapat dan pandangan profesional mereka kepada kerajaan dalam hal-hal yang sensitif, tetapi bukan dengan cara yang menjadi kontroversi.

‘ KITA PERLU MENGHORMATI ORANG LAIN KALAU KITA MINTA DIHORMATI ’


Friday, September 4, 2009

TAHNIAH – Tan Sri Musa Hassan dan Peneroka-Peneroka FELDA, terima kasih Dato’ Sri Najib

Kontrak Musa disambung setahun

Walaupun dipertikaikan oleh PAS dan PKR, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenya
taan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Mahmood Adam hari ini.

Lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang diPengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Sri Hishammuddin Hussein.

Tahniah Tan Sri, teruskan khidmat untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman rakyat serta Negara Malaysia.

Buktikan bahwa Tan Sri bersih daripada segala tomahan yang diperkatakan PAS dan PKR, dan DAP teruskan tugas-tugas menghapus kongsi gelap-kongsi gelap, along, penjenayah, pengedar dadah dan ‘pengkhianat’ dalam Negara.

Siapa Mahfuz-PAS dan Shamsul-PKR ini yang hendak mencampuri urusan perlantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara. Mereka juga tidak ubah macam penjenayah, jika hendak dinilai dari perangai dan tindak tanduk yang suka menghuruharakan rakyat. Lebih kurang juga dengan ‘etnik rimba’ yang tidak pernah menghurmati undang-undang Negara.

Siapa yang bersih dan baik dari kalangan mereka ini ? Mungkin juga agaknya Anwar Aljub, Lim Kit Siang, atau Ronnie Lee atau Ching Peng yang boleh menggantikan sebagai Ketua Polis Negara ? Atau Mahfud, atau Shamsul sendiri ?

Cermin diri sendiri dulu sebelum meletakkan fitnah kepada orang lain………….


Duit raya RM37.23 juta untuk Peneroka FELDA

Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Kadar bayar
an terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA. Seramai 101,672 peneroka bersama FELDA atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta dan seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama FELDA dan bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Hari Raya Aidilfitri di rancangan-rancangan FELDA seluruh negara.

Kawan dengan para sahabat-sahabat peneroka mengucapkan terima kasih di atas pemberian ‘duit raya’ tahun ini, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban perbelanjaan menyambut hari raya.

Ringanlah juga untuk belanja beli daging, ayam, penyediaan kuih muih dan sebagainya, pada musim-musim raya begini, di kawasan perkampungan FELDA biasanya harga daging antara RM20 ke RM22 sekilo, ayam daging proses RM7.50 sekilo.

Kadang-kadang terfikir juga kawan, sepatutnya harga daging lembu, kerbau tidak sepatutnya melambung begitu tinggi, apa tidaknya, lembu-lembu, kerbau-kerbau dibiarkan berkeliaran dalam kawasan ladang peneroka, maka tidak sepatutnya harga daging dijual sebegitu harga.

Diperkampungan FELDA, bukan daging dan ayam sahaja yang melambung, malah barangan keperluan lain juga naik dengan serta merta, ditambah pula dengan kenaikan harga minyak petrol, bertambah-tambahlah naik semua harga keperluan raya.

Kawan pernah tanya kepada penjual daging di kawasan FELDA, “ngapa harga daging lembu sampai RM22 sekilo ?”

Jawab tuan lembu, “pasal harga minyak naik, awak tanyalah kerajaan”

Jawab kawan balik, “ Hai, lembu pun pakai minyak juga ke ?, setahu kawan, lembu kerbau kat ladang-ladang peneroka berkeliaran cari makan sendiri, tak pernah berkandang siang malam, pasal apa pulak nak tanya kerajaan ?”………..

Dalam kawasan perkampungan FELDA, tidaklah semacam di bandar-bandar, pegawai Penguatkuasa dari KPDN&HEP selalu sahaja datang memantau, kadang-kadang Menteri sendiri turun ke padang, kat kampung-kampung mana ada siapa yang datang, kenyanglah puak-puak ni hentam duit raya peneroka FELDA………

Ada juga kawan terjumpa blog-blog dari pro pembangkang, yang buat provokasi, asyik peneroka FELDA sahaja yang dapat duit raya, nelayan-nelayan macam mana ?

Kawan tak tahulah nak kata macam mana, puak-puak ni dak tak pandai nak bezakan Nelayan dengan Peneroka FELDA…….. janji dia orang dapat hasut rakyat, itulah kerja-kerja mereka……

Di sini kawan ingin menyampaikan hasrat seorang teman yang telah menghantar email kepada kawan untuk dihebahkan kepada para bloggers, sebenarnya kawan tidak pernah kenal beliau, kerana sesama saudara seagama, sebangsa yang menjalankan perniagaan, di bawah ini kawan sampaikan pesanan dari beliau ;

Vimax berkapsul biru/putih..ini adalah Vimax palsu yang boleh memudaratkan kesihatan..Sekiranya mereka memakan Vimax biru/putih berlebihan ia akan menyebabkan lemah syahwat..ia adalah bahan Kimia dan bukannya herba.

Sila lihat contoh gambar dibawah ;

Maklumat selanjutnya, boleh hubungi Sdr Nohd Nizam, HP: 0194946565 atau email; nizam@myidaman.com


Thursday, September 3, 2009

BERITA TERKINI –‘Sidang etnik rimba PERAK’ - Ganesen dan Hee ‘dihukum penjara’

‘Sidang etnik rimba Perak’ yang dipanggil oleh, Siva ‘pengerusi etnik rimba’ mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan dan ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Di ‘sidang etnik rimba’ tersebut, Siva ‘pengerusi etnik rimba’ duduk di kerusi yang ditinggikan manakala setiausaha ‘sidang etnik rimba’ yang dilantik, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya.

Manakala tempat duduk ADUN yang lain disusun dalam bentuk ladam kuda, dengan ADUN-ADUN ‘etnik rimba’ duduk di sebelah kanan Siva ‘pengerusi etnik rimba’, manakala kerusi untuk ADUN-ADUN BN kosong.


Tiada tempat duduk disediakan bagi ADUN-ADUN yang diisytiharka
n oleh Siva ‘pengerusi etnik rimba’ yang telah meletak jawatan atau digantung semasa 'sidang etnik rimba bawah pokok' 3 Mac lalu.

Siva ‘pengerusi etnik rimba’ telah mengisytiharkan penyerahkan surat letak jawat
an tanpa tarikh adalah tiga ADUN Bebas yang menyokong BN - Hee (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Manakala ADUN-ADUN yang digantung sewaktu 'sidang rimba bawah pokok' lalu ialah Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (Pangko
r), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Ramly Zahari (Manong), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Mah Hang Soon (Chenderiang).

Dalam ‘sidang rimba Perak’ itu, perbahasan menjadi panas berhubung usul tergempar mengecam tindakan Polis yang didakwa menjadi “alat BN' untuk menghalang ADUN-ADUN ‘etnik rimba’ daripada melaksanakan tugas mereka.

Nga Kor Ming ADUN ‘etnik rimba’-Pantai Remis telah memberi amaran bahawa k
esalahan Polis tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Siva ‘pengerusi etnik rimba’ berkata, ‘Sidang etnik rimba Perak’ masih kekal menggesa Sultan membubarkan DUN Perak, seperti usul yang diluluskan dalam 'sidang etnik rimba’ bawah pokok pada 3 Mac lalu. (masih mahu pakai SULTAN juga kaa tambi…… bubarlah sendiri)

Sementara itu, ‘Ketua etnik rimba’, si Nizar pula menggesa Polis supaya menghormati ‘sidang etnik rimba Perak’ dan menjalankan arahan ‘pengerusi etnik rimba’ supaya mereka yang 'dihukum' ditangkap sebaik sahaja minit ‘Sidang etnik rimba Perak’ diwartakan, ia akan dikemukakan kepada Istana. (tadi kata Polis ‘alat BN’)

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat kawan paparkan ‘persidangan etnik rimba’ yang telah berlaku semalam.

Mengapa kawan melebelkan persidangan itu adalah ‘sidang etnik rimba’ ?

Puak-puak yang menganjurkan siding semalam sudah tidak mahu menhurmati serta mematuhi keputusan Mahkamah, tidak mahu mematuhi peraturan Perlembagaan dan tidak mematuhi titah Baginda Sultan Perak. Apa lagi yang layak dipanggil kalau bukan ‘etnik rimba’, lrbih kuranglah dengan ideologi komunis yang membuat keputusan mengikut nafsu sendiri.

Tindakan mereka hanyalah semata-mata bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat, membuat undang-undang sendiri, menjalankannya sendiri dan langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.

Apa tidaknya, semua tindakan yang dilakukan puak-puak ‘pakatan rompak’ ini hanyalah untuk mengelirukan serta mewujudkan perasaan tegang di kalangan rakyat.

Maka tidak salah kalau kawan lebelkan tindakan puak-puak ini sebagai ‘rimba’, hanya ‘etnik rimba’ sahaja yang tidak mahu menghurmati serta mematuhi undang-undang negara untuk menjamin ketenteraman dalam negara.


Wednesday, September 2, 2009

52 tahun Merdeka (siri 2) – Keduataan Besar Malaysia disita dan dilempar telor – cabaran era 1 Malaysia Najib




Negara sedang meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 52, Malaysia diperhina dengan oleh sebilangan rakyat Idonesia yang terlalu bersemangat untuk melihat Malaysia-Indonesia bermusuhan.

Hari ini dilihat, sebilangan mahasiswa Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) telah bertindak membaling telur ke pejabat Keduataan Besar Malaysia di Jakarta dan mengsita pintu masuk Kedutaan.

Kumpulan Mahasiswa ini juga mendesak agar Indonesia memutuskan hubungan diplomatic dengan Malaysia. KLIK

Sebelum ini pada 31 Ogos 2009, di Surabaya, sekumpulan warga Indonesia yang menggelarkan diri Front Kedaulatan NKRI telah mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar bendera Malaysia dengan melebelkan Malaysia sebagai “Malingsia”. KLIK

“Ganyang Malaysia” dilontarkan apabila Malaysia dikatakan telah mencuri kebudayaan Indonesia seperti tari ‘Pendet’, menyiksa tenaga kerja Indonesia dan yang paling memeranjatkan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ juga dikatakan dicuri dari lagu Negara Indonesia “terang bulan”.

Mengapa setelah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan ketika Dato’ Sri Najib Tun Razak menerajui Negara semua isu-isu ini diwar-warkan ?

Atau, adakah kerana adanya dalang dari dalam seperti ‘pengkhianat negara’ yang sengaja ingin mencabar kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak ?

Tenaga Kerja Indonesia (TKI) – Rakyat Indonesia perlu meneliti perkara ini dengan lebih terperinci, kekerasan oleh pihak penguatkuasa Malaysia terhadap TKI seperti yang digambarkan adalah tanggungjawab Polis dan Imigresen Malaysia membenteras pendatang-pendatang haram Indonesia yang bekerja tanpa permit dan masuk secara haram (illegal).

Mungkin juga, rakyat Indonesia melihat ramai ‘pembantu rumah’ yang diseksa dan dikejami oleh majikan, tetapi perlu diingat, kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan setiap perbuatan kejam seperti ini, tindakan-tindakan keji majikan kepada ‘pembantu rumah’ Indonesia bukan sahaja berlaku di Malaysia sahaja, malah di Singapura dan Arab Saudi juga.

Kalau hendak diambil kira, kebanyakan kekejaman majikan terhadap ‘pembantu rumah’ Indonesia dilakukan oleh majikan berketurun Cina, kalau keturunan Melayu mereka mempunyai pertimbangan sekurang-kurangnya di atas saudara serumpun, apakah lagi kalau se agama.


Tarian ‘pendet’ – kawan rasa, kerajaan telah berkali-kali menjelaskan bahawa iklan yang disiarkan melalui saluran Astro ‘Discovery Channel’ tersebut bukan di Malaysia, malah dibuat di Singapura.

Lagu Kebangsaan Malaysia – amat malang sekiranya irama lagu ‘Negaraku’ diciplak dari lagu rakyat ‘terang bulan’ ciptaan Syamsul Bachri dari Indonesia.

Apa yang diketahui, irama lagu itu telah dicipta seorang berbangsa Perancis bernama Pierre-Jean de Béranger dan pada tahun 1957 yang diminta oleh pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu waktu itu dijadikan irama lagu ‘Negaraku’. KLIK (pada masa itu mana ada pencipta lagu dari orang Melayu)

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Bumiputera Malaysia, Melayu Malaysia, sesungguhnya amat terasa dan terkilan dengan sikap sesetengah warga Indonesia yang ekstrem, bertindak melulu tanpa meneliti terperinci sebelum mengambil tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya. (mungkin juga menerima upah kot, macam kat Malaysia…..)
Persoalannya, mengapa sekarang, mengapa di era pemerintahan Dato’ Sri Najib Tun Razak ?

Najib nampaknya menrima kecaman bukan sahaja dari dalam Negara, malah dari luar Negara. Apakah ini juga satu dugaan dari Allah serta cabaran untuk menguji kewibawaan Najib untuk melaksana 1 Malaysia ?

Alaryarham Tun Razak (waktu itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia), ayahnda Najib juga menghadapi kecaman Indonesia selepas pembentukkan Malaysia 1961, malah berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia 1962-1966.

Tun Razak, selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, juga menerima cabaran apabila mengambil alih menerajui Negara daripada Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak mengekal dan memperluaskan idea permaufakatan dengan terbentuknya Barisan Nasional (sebelum ini Perikatan) yang diwakili oleh setiap kaum, termasuk dari Sabah dan Serawak.

1969-Isu-isu perkauman menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Kempen Pilihan Raya 1969, parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu-Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Perkara ini telah menimbulkan perasaan perkauman, dan Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah mengalami kekalahan yang teruk Jumlah kerusi dalam Parlimen yang dimenangi Periatan hanya 66 kerusi daripada 89 kerusi pada tahun 1964, Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Parlimen.

Sementara Parti Gerakan (selepas itu menyertai BN), Parti DAP dan Parti PPP menang 25 buah kerusi, manakala PAS menang 12 kerusi (selepas itu menyertai BN).

Dari pemerhatian kawan, dalam era Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6, tidak jauh bezanya semasa era ayahndanya Alayarham Tun Razak menerajui Negara.

Bezanya dalam era Najib, orang Melayu sendiri menjadi dalang meniupkan perasaan perkauman dikalangan rakyat Malaysia terhadap UMNO-BN yang dibawa oleh Anwar-PKR dengan bantuan PAS.

Anwar berjaya dengan agenda pengkhianatannya meniup api kebencian dikalangan kaum Cina dan India terhadap UMNO-BN, manakala PAS dengan fatwa-fatwa tok gurunya melebelkan UMNO kafir dan assobiyah untuk menanamkan rasa benci orang Melayu PAS kepada orang Melayu UMNO.

Adalah tidak mustahil, kecaman-kecaman dari rakyat Indonesia kepada Malaysia juga didalangi Anwar ‘pengkhianat’, kerana Anwar ‘pengkhianat’ ini masih ramai sahabat-sahabat yang setia dengannya di Indonesia. Kita juga kena lihat, bagaimana Anwar ‘pengkhianat’ ini mempengaruhi Amerika dan Negara-negara Eropah lain memandang sinis dengan Malaysia, inilah kerja-kerja talibarut zionis Yahudi yang sebenarnya……

Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu-Bumiputera perlu meneliti akan perkara ini, jangan mengadaikan maruah Negara, bangsa dan agama semata-mata kerana emosi yang datang dari hasutan iblis ‘pengkhianat’ yang tamakkan kuasa. Berfikirlah dengan sewaras-warasnya sebelum terhumban ke lembah kehinaan di bumi sendiri… Renung-renungkanlah……..


Tuesday, September 1, 2009

52 Tahun Merdeka-Malaysia dikecam dari luar dan dalam





Anwar Ibrahim Minta Adhyaksa Bina Pemuda Indonesia-Malaysia
Jumat, 14 Agustus 2009 23:52 WIB Peristiwa Politik/Hankam Dibaca 416 kali

Tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim (ANTARA/Ari Prabowo)
Jakarta (ANTARA News) - Pemimpin oposisi di Malaysia, Anwar Ibrahim meminta Menpora Adhyaksa Dault meningkatkan hubungan pemuda Indonesia-Malaysia sehingga terbina saling pengertian antargenerasi muda dua negara yang kini terasa menurun.



"Menteri agar tingkatkan hubungan pemuda dengan Malaysia," kata Anwar Ibrahim saat bertemu dengan Adhyaksa di kediaman Adhyaksa di Jakarta, Jumat malam.


Anwar juga mengeluhkan hubungan kebudayaan dan sastra di kalangan pemuda kedua negara yang mulai menghilang.


Ia mengatakan hubungan Indonesia dan Malaysia cukup rumit dan banyak masalah. Namun dengan adanya hubungan yang baik antara kedua generasi muda yang merupakan calon pemimpin di masa datang maka diharapkan tercipta hubungan yang lebih baik.


Sementara itu Adhyaksa Dault, mengatakan Anwar Ibrahim banyak memberikan masukan kepada dirinya. Anwar Ibrahim, kata Adhyaksa, juga pernah menjadi tokoh pemuda di Malaysia dan banyak pengalaman.


Adhyaksa mengatakan dalam meningkatkan hubungan pemuda kedua negara, selain dapat dilakukan secara "government to government" (antar-pemerintah) juga dapat dilakukan "people to people" (antar-masyarakat).


Selama ini, katanya, upaya meningkatkan hubungan pemuda kedua negara terus dilakukan seperti pertukaran pemuda. "Baru-baru ini kita mengirim pemuda ke Malaysia," kata Menpora.


Selain itu, Adhyaksa megatakan kantornya mempunyai program sarjana penggerak pedesaan. Ia mengatakan bisa saja mereka juga dikirim ke Malaysia untuk mencari pengalaman dan belajar. KLIK

Komen:

Apakah maksud kata-kata Anwar kepada Menpora Adhyaksa Dault, “hubungan kebudayaan dan sastra di kalangan pemuda kedua negara yang mulai menghilang serta hubungan Indonesia dan Malaysia cukup rumit dan banyak masalah”.

Apakah maksud kata-kata Menpora Adhyaksa Dault, “Selama ini, upaya meningkatkan hubungan pemuda kedua negara terus dilakukan seperti pertukaran pemuda. "Baru-baru ini kita mengirim pemuda ke Malaysia".

Apakah selepas pertemuan antara Anwar - Menpora Adhyaksa Dault di Jakarta, Malaysia telah ditimbulkan pelabagai kecaman dari warga Indonesia yang bermula dari iklan ‘tarian pendet’ yang menjadi latar belakang pada iklan melawat Malaysia yang disiarkan melalui ‘Discovery Chanel’ salah satu saluran ‘Astro’ yang didakwa telah dibuat di Singapura ?

Apakah selepas pertemuan itu juga rangkaian iklan-iklan “DIGI” menyerupai slogan ‘satu Malaysia’ yang mencurigakan ?

Apakah selepas 52 tahun merdeka, lagu ‘NEGARA KU’ juga dikatakan diciplak dari Indonesia ?

Apakah selepas 52 tahun merdeka, budaya pemuda-pemuda menjadi lebih kurang ajar, tidak menghurmati Negara dan pemimpin, budaya datang dari mana ?

Budaya membakar bendera Negara, memijak gambar pemimpin Negara telah menjadi satu lumrah di Malaysia, siapakah yang mendidiknya ?

52 tahun pemimpin-pemimpin Negara berusaha membangunkan kesejahteran rakyat dari segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan, perpaduan kaum telah menjadi lenyap apabila ada ‘pengkhianat negara’ yang terlalu berusaha ingin melihat Malaysia huru hara dan berkecamuk dengan demonstrasi.

Apa tidaknya, kalau tidak ada ‘pengkhianat’ yang melatih sejak dari kanak-kanak membenci pemimpin, membenci Negara, membenci antara kaum, masakan golongan ini nekad bertindak liar dan ganas.

Kawan setuju benar, kalau Kmenterian Dalam Negeri memberi perhatian sepenuhnya dengan agenda-agenda ‘pengkhianat negara’ ini, gunakan peruntukan yang ada untuk membenteras gejala yang memudaratkan keamanan Negara.

Sudahlah Malaysia dibanjiri dengan pendatang-pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan masalah sosial yang ketara, malah Malaysia dikecam hebat dari Negara jiran.

Kalau bukan kerana Malaysia sebuah Negara yang aman damai, kalau bukan tempat lubuk mencari kekayaan, mengapa berjuta-juta pendatang asing tanpa izin ini menjadikan Malaysia tempat mencari rezeki ?

Oleh kerana adanya ‘pengkhianat negara’ yang tamak untuk berkuasa, yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama, mereka mencipta agenda-agenda yang merosakkan apa yang telah dibena oleh pemimpin-pemimpin kerajaan sejak dari mula merdeka.