Saturday, August 8, 2009

PAS-tersungkur lagi di tapak kaki DAP


Sebelum ini kawan ada menulis bahawa Islam PAS hanya bermegah pada kibaran bendera sahaja, nampaknya telahan kawan tidak menyipi apabila dilihat PAS tidak mampu menegakkan Islam seperti yang diwar-warkan. Dua ekor (perkataan ini di pinjam dari blog saynotomunafiqeen) Melayu Islam PAS-PKR ini tidak berdaya menghindari godaan syaitan DAP-Ronnie Liu.

DAP, dengan bantuan PKR Berjaya lagi membuat PAS tersungkur meniarap menyembah tapak kakinya. Kali ini di Selangor, apabila Menteri Besar Khalid Ibarahim akur dengan kehendak Ronnie Liu.

Kerajaan pakatan rakyat Selangor menolak cadangan Pas-Hasan Ali agar kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

DAP-Ronnie Liu berjaya menawan hati PKR-Khalid Ibrahim, dengan fatwanya, arak boleh di minum oleh orang Islam kerana kandungan alkohol yang sedikit. DAP-Ronnie bebas menghalang tindakan PBT merampas penjualan arak di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu Islam.

PAS-Hasan Ali, nampaknya terpaksa tunduk dan hanya mampu bergerak melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak di Selangor.

Mampukah PAS-Hasan Ali mengambil tindakan terhadap orang-orang Islam Selangor yang meminum arak seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Pahang ?

Umat Melayu Islam di Malaysia perlu menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam serta menilai juga cara perjuangan dan pendirian Pas menangani isu ini.

Selangor, semasa dibawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak akan mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama Islam.

Tugas PAS-Hasan Ali bertambah berat apabila PAS di peringkat pusat juga tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman arak, seperti yang ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kalau dulu kita telah melihat bagaimana PAS menelapak di kaki DAP pasal kandang babi di Kedah, lepas itu PAS juga berlembut dan menelapak di kaki DAP di Pulau Pinang, bila Jeff Ooi-Parlimen Jelutung menghina Islam dengan mengatakan Islam ekstremis dan tidak layak bersama dalam pentadbiran Negeri.

Selagi PAS mengharapkan DAP dan PKR untuk berkuasa, selagi itulah PAS akan terus meniarap di bawah tapak kaki DAP, selagi itulah PAS menjadi bacul dan dayus dalam menegakkan Islam dalam Negara.

Mengapa tidak, sudah banyak kita melihat PAS tunduk dengan kerenah dan kehendak DAP, PKR pula berperanan sebagai ‘barua’ DAP yang berterusan memperdaya PAS.

Di Selangor ada Ronnie Liu, Pulau Pinang ada Jeff Ooi, Kedah ada Thomas Su, ketiga-tiga ekor terpenting DAP dalam negeri pakatan rakyat ini telah mengambil tindakan yang sama menghina dan memperlekehkan agama Islam. Niat mereka sangat jelas, tiada langsung menunjukkan rasa penyesalan, jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Melayu Islam PAS mahu pun di negara ini.

Inilah gambaran bentuk kerajaan yang diidam-idamkan oleh Pas jika pakatan rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di negara ini. Sedangkan sudah jelas Pas dilayan seperti parti serpihan yang hanya menumpang kekuatan pakatan rakyat, manakala DAP dan PKR pemegang kata putus.

DAP tidak akan berhenti mencetuskan isu memperlekehkan umat Islam dan Pas kononnya berjuang untul Islam akan mempertahankannya, maka PKR menerusi pemimpinnya Anwar Al Juburi selaku ketua pakatan rakyat memuktamadkannya.

Kesudahannya perkara-perkara yang bertentangan dengan umat Melayu Islam akan mendapat restu Pas. DAP berjaya dalam tindak-tanduknya manakala PKR yang kononnya menjadi pejuang kepada masyarakat pelbagai kaum akan tunduk kepada desakan DAP.

Apakah, Pas benar-benar dapat melaksanakan undang-undang Islam jika dua sahabatnya dalam 'pakatan rakyat' secara terbuka dan terang menentangnya ?

Apakah PAS akan mencapai matlamat untuk memperjuangkan Islam jika terus kekal dalam 'pakatan rakyat' ?

Allah SWT telah memberi pertunjuk kepada kita, bahawa kepimpinan PAS sudah mula memperlihatkan wajah-wajah sebenar mereka, Islam sebagai tunjang perjuangan PAS hanya sebagai batu loncatan untuk mendapat sokongan umat Melayu Islam. Hakikat sebenarnya, PAS yang tamak kuasa ini hanya memutar belit, memecahbelah dan menipu umat Islam.

Sebab itulah kawan berani menyatakan perjuangan Islam PAS hanya sekadar bermegah pada bendera sahaja, hakikat sebenarnya tidak sebegitu. PAS tidak kurang juga dengan penganjur-penganjur ajaran sesat seperti ‘ayah pin’ untuk menyesatkan dan menghancurkan umat Islam.




Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu – mampukah PAS mempertahankannya jika memerintah ?


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Adakah PAS akan mempertahankan ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu tersebut ?

Kawan rasa tidak, kerana kepimpinan PAS tidak berminat untuk memperjuangkan bangsa Melayu, PAS hanya berminat untuk mendapatkan kuasa, PAS hanya berminat untuk melihat UMNO tumbang rebah ketanah. Itu sahaja matlamat utama PAS….

Tetapi, PAS memperjuangkan Islam, menegakkan Islam sebagai ‘addin dan mengwujudkan sebuah Negara Islam tulin di Malaysia ?

Itu semua hanya ada pada bendera PAS sahaja, semuanya itu sudah dilemparkan ke atas bendera yang berkibar seluruh pelusuk bumi. Islam yang diperjuangkan PAS hanya dapat dimegahkan pada benderanya sahaja……..

Kita lihat sahaja gelagat pemimpin-pemimpin PAS sekarang, semuanya bercawat ekor apabila berdepan dengan DAP, orang-orang Melayu yang menjadi pendokong PAS dan PKR sudah menjadi bacul, dayus tidak bersuara menentang DAP.

Bagaimana PAS menangani tindak tanduk DAP di Kedah ?

Kerana kandang babi PAS sanggup menggadai agama dan kepentingan umat Melayu. Melutut kepada DAP agar jangan keluar dari ‘pakatan rakyat’.

Bagaimana PAS dipergula-gulakan di Pulau Pinang ?

Mana hilangnya kemegahan suara wakil-wakil rakyat PAS dan segelintir wakil-wakil rakyat Melayu PKR ?

Bagaimana pemimpin PAS dan PKR menangani penghinaan Jefri Ooi, Ahli Parlimen Jelutung juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, apabila mendakwa Islam adalah ekstrem dan tidak layak digunakan dalam pentadbiran.

Bagaimana pula ketegasan suara wakil-wakil rakyat PAS menangani kebiadapan Ronnie Liu, Exco Selangor menghina umat Islam dengan mengatakan ‘beer’ tidak haram diminum oleh orang-orang Islam.

Bagaimana PAS menjadi barua DAP di Perak ?

Lihat sahaja bagaimana Nizar bersikap kurang ajar kepada Sultan Perak, Nizar lebih bersedia menderhaka kepada Sultan Perak daripada melanggar sumpah ikrar taat setia dengan DAP.

Bagaimana Nizar telah mencabul 7 wasiat Raja-Raja Melayu, dengan memberi tanah rezab Melayu kepada kaum Cina ?

Mengapa Dewan Pemuda PAS diterajui Nasharuddin Hassan tidak mahu mengumpul pemuda-pemuda Islam, atau pun upah para remaja untuk berhimpun beramai-ramai di Sekangor dan Pulau Pinang mendesak wakil-wakil rakyat DAP ini dilucutkan jawatan ?

Buatlah demonstrasi macam mana yang dibuat untuk memansuhkan ISA…..

Ketua Dewan Pemuda PAS, ekor telah bercawat, batu telah termasuk, berani hanya paada sesame Melayu, sesame Islam sahaja………. Dengan DAP kafir laknat tunduk menyembah bumi………… inilah Melayu bacul !!!!!!!!

Bagaimana pula dengan Tuan Guru Nik Aziz ?

Kenapa tidak mengeluarkan fatwa macam mana Nik Aziz memfatwakan UMNO sebuah parti ajaran sesat, UMNO kafir, pergi jahanam dengan UMNO, itulah ungkapan-ungkapan Nik Aziz yang bergelar tuan guru, ulama agung yang fasih berbahasa arab, mempunyai ijazah pengajian Islam, sama taraf dengan para wali.

Presiden PAS, Hadi Awang dikecam hebat oleh Nik Aziz dan erdogan-erdogan PAS kerana mengwujudkan idea ‘kerajaan perpaduan”, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa diarah meletak jawatan serta dipulau dalam kempen PRK Manek Urai kerana menjadi dalang pertemuan dengan kepimpinan UMNO, Rosalan Shahrir, Setiausha Politik, Hadi Awang dipecat, juga kerana itu.

Sebenarnya, inilah pertunjuk dari Allah kepada umat Melayu Islam bahawa PAS bukan memperjuangkan Islam, PAS hanya menggunakan Islam untuk menipu umat Melayu Islam. PAS sebenarnya tidak mampu serta tidak berniat untuk mempertahan maruah bangsa dan Islam jika memerintah bersama ‘pakatan rakyat’.

Harapkan bantuan PKR, pemimpin Melayu PKR lebih munafik dari PAS, kalau umat Melayu Islam masih berterusan mengharap PAS dan PKR untuk perjuangkan bumi Melayu ini, tunggulah akan kehancurannya……….


Thursday, August 6, 2009

TAHNIAH – Dato’ Sri Jamaluddin Jarjis, Duta Besar ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar ke Amerika Syarikat, Dato’ Sri Dr. Jamaludin Jarjis, di Istana Negara.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang telah bersara pada Jun tahun lepas.

Sekalung tahniah kepada Dato’ Sri JJ, juga Ahli Parlimen Rompin dan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Sebelum ini, Rompin telah dianugerahkan seorang Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, merangkap ADUN Muadzam Shah dan YB Dato’ Mohamad Shafri Abd Aziz, dilantik Exco Kerajaan Negeri Pahang, ADUN Bukit Ibam.

Rompin, juga tidak ketandusan tokoh kepimpinan yang berwibawa sebelum kemunculan tiga tokoh tersebut, Dato’ Hasan Arifin juga pernah dilantik jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, bekas ADUN Tioman dan Bukit Ibam yang sekarang ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin.

Di atas perlantikan Dato’ JJ sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sementara waktu ketiadaan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Rompin dibarisi Timbalan Ketua, Dato’ Hasan Arifin, Naib Ketua Dato’ Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Dato’ Mohamad Shafri.

yanggambi mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri JJ dan selamat menjalankan tugas di Amerika Syarikat bermula dari September 2009.

TAHNIAH


Wednesday, August 5, 2009

MTUC- Anti ISA, hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.

Setiausaha Agung MTUC, G Rajasekaran berkata,”kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak. Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman", katanya ketika menyentuh perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). (malaysiakini.com)

Tidak dinafikan dengan cakap Rajasekaran, bercakap memang mudah, apa lagi kalau yang bercakap itu datang dari individu yang pro pembangkang.

Tidak dinafikan juga MTUC sering mengadakan himpunan-himpunan halal dan haram untuk membela nasib pekerja-pekerja yang dirasakan tidak mendapat layanan adil dari majikan.

Tetapi, adakah Rajasekaran sedar, apa bezanya perhimpunan anjuran MTUC dengan GMI ?

Himpunan haram GMI telah didalangi ketua-ketua pakatan rompak (DAP,PKR,PAS), demonstrasi yang GMI yang didalangi pakatan rompak ini lebih berniatkan kepada menghuruharakan ketenteraman awam.

Keseluruhan pengikut-pengikut demonstrasi GMI terdiri dari fanatic-fanatik pembangkang yang beremosi kebencian kepada kerajaan akibat hasutan dalang-dalang yang bernafsu tinggi untuk menguasai Negara dan sebahagian besarnya diperdaya serta diupah pihak-pihak tertentu untuk menyertai demonstrasi. Apa lagi dalang-dalang GMI memperdaya serta menggunakan kanak-kanak dan remaja bawah umur untuk menyertai demonstrasi.

Boleh diandaikan, himpunan GMI lebih menjurus kepada niat untuk keganasan jika pihak berkuasa seperti Polis-FRU tidak bertindak untuk mengamankannya.

Perhimpunan haram GMI juga dilihat lebih kepada himpunan politik pembangkang yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan UMNO-BN, lebih kepada meraih simpati masyarakat untuk menutup kepincangan, penyelewengan ketua-ketua pakatan rompak (DAP,PKR,PAS). Lebih-lebih lagi bagi mengalih tumpuan kemungkaran Anwar Al Juburi……….

Mengapa ISA perlu sangat dimansuhkan ?

ISA kejam kepada manusia-manusia yang berniat mengancam keselamtan negara, sebaliknya ISA perlu dikekalkan bagi rakyat yang cintakan keharmonian Negara.

Apakah ISA kejam jika hendak dibandingkan kekejaman pengganas membunuh rakyat yang tidak berdosa macam di Indonesia ?

Mengapa pakatan rompak (DAP,PKR,PAS) tidak menghimpun orang ramai mengadakan demonstrasi menentang kekejaman kumpulan Al Ma’unah merompak, merampas senjata Angkatan Tentera serta membunuh dua anggota keselamatan yang dikenakan tahanan ISA ?

Apa yang jelas, demonstrasi GMI lebih kepada himpunan politik pakatan rompak untuk melindungi kepincangan, penyelewengan jahat dalang-dalang yang merasakan rakyat mula sedar akan penipuan mereka.

Rajasekaran dan MTUC perlu melihat dari beberapa sudut sebelum mengeluarkan kenyataan………….. perjuangkan nasib pekerja-pekerja yang menjadi ahli-ahli MTUC dari tekanan majikan-majikan yang mementingkan keuntungan dari memikirkan kebajikan pekerja. Kalau di lihat dan renung, ramai majikan-majikan seperti ini yang berdiri di belakang pakatan rompak ni……..


ANTI ISA-keganasan FRU diselar

Rodziah Ismail, ADUN PKR, Naib Presiden PEKAWANIS, juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor, hari ini telah menyelar keras tindakan Polis (FRU) menyuraikan himpunan mansuh ISA yang lalu.

Tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan ganas dan tidak berperikemanusiaan dalam menangani himpunan tersebut. Beliau menyuarakan rasa kebimbangannya tentang keselamatan rakyat di negara ini terutamanya keselamatan kanak-kanak dan wanita yang tidak diambil berat oleh pihak yang sepatutnya menjaga keamanan negara.

Kawan setuju, Polis menjaga keamanan Negara, sebab itu pihak Polis terpaksa bertindak untuk mengawal keadaan. Polis mungkin bertindak dengan cara kasar apabila manusia-manusia yang menyertai demo sudah berubah kepada perangai binatang……….

Kenapa tidak ? Berapa ramai orang-orang awam yang tidak berdosa terlibat, kerugian harta benda, peniaga-peniaga kehilangan mata pencarian, pemandu-pemandu teksi yang tidak dapat mencari nafkah ?

Siapa mereka ? Bukankah mereka ini terdiri daripada rakyat yang menyara hidup dengan mencari rezki secara kecil-kecilan……

Janganlah hendak menuduh Polis bertaindak ganas, sedangkan kamu sendiri lebih ganas daripada haiwan……….

Kenapa dalang-dalang himpunan mansuh ISA ini menghilangkan diri bila Polis bertindak ? Kenapa biarkan anak-anak buah upahan ini bertempiaran lari ?

Sepatutnya pak-pak dalang inilah yang kedepan menghadapi Polis ?

Selepas itu bermulalah derama Rodziah Ismail, bersimpati, kononnya kanak-kanak menjadi mangsa keganasan FRU. Bukan kah Rodziah juga salah seorang penghasut agar masyarakat terutama orang Melayu berhimpun beramai-ramai ?

Jangan hendak salahkan Polis, tugas mereka adalah untuk menjaga keamanan Negara, kalau ada manusia-manusia otak mereng hendak menghuruharakan keadaan, maka mereka bertindaklah…………..

Syabas dan tahniah kepada anggota Polis dan FRU yang Berjaya mengawal keadaan dari tindakan ganas manusia-manusia yang sudah terpengaruh hasutan dalang-dalang yang mabuk kuasa………



Monday, August 3, 2009

DEMO MANSUH ISA-Pengkhianat Al Juburi, tuntut Muhyiddin minta maaf

Ketua Pembangkang, Anwar Al Juburi mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

Anwar Al Juburi berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyid
din membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Sri Gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu Muhyiddin menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Begitulah kerja Melayu murtad ini, sama jugalah dengan komunis yang sorang lagi, menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak 'membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.

Komunis ini juga mengecam Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 5,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA dan pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua Perdana Menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pengkhianat Anwar Al Juburi, tidak boleh menerima apabila Muhyiddin menganggap dia “PENGKHIANAT”, tetapi hakikatnya Anwar Al Juburi sememangnya pengkhianat bangsa, agama dan Negara.

Pengkhianat bangsa Melayu, apabila sanggup mengadai hak-hak Melayu-Bumiputera bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Pengkhianat agama, apabila mempermainkan hukum hakam agama Islam bersama PAS memutar belit agama menipu, memecahbelah perpaduan umat Melayu Islam dalam Negara.

Pengkhianat Negara apabila menghasut rakyat yang tertipu untuk menjadikan Malaysia dalam keadaan huru hara, merosakkan harta benda rakyat, menjadi dalang kepada yahudi.

ISA dikatakan zalim, tetapi menuntut kes liwat digugurkan, "Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - tahan 'tanpa bicara' yang dituduh kononnya zalim?” soal Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, dalam blognya di mohdsaifulbukhari.blogspot.

Pengkhianat Lim komunis pula menuduh Ketua Polis Negara sengaja mengambil kesempatan untuk membalas dendam kerana usul “pakatan rompak” agar KPN diganti.

Pengkhianat Lim komunis juga menuduh Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri yang lebih kejam dari Perdana Menteri yang lain. Persoalannya, kalau semua Perdana Menteri Malaysia zalim, mengapa Lim komunis anak beranak boleh hidup sampai sekarang ?

Kalau komunis yang memerintah Malaysia, kawan rasa Lim dan keluarganya hanya dapat dilihat kubur saja oleh anak cucunya.

Inilah dia cakap-cakap pengkhianat Negara, mereka yang buat huru hara, mereka yang suka main belakang orang, mereka juga yang menyalahkan orang lain, sehinggakan Mufti Perak dilebelkan sebagai "pelacur UMNO" kerana memberi nasihat agar demo mansuh ISA tidak diadakan.

Mereka yang telah menyusahkan rakyat, mereka yang mengheret rakyat untyuk mengadakan huru hara nak salahkan Polis dan Kerajaan UMNO-BN ?

Kawan setuju sangat dengan gesaan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA agar polis menahan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang serta Lim Kit Siang.dalang-dalang kepada penganjuran demonstrasi besar anti-ISA.

Mereka-mereka ini adalah pengkhianat Negara yang tidak memikirkan ketenteram dan keharmonian rakyat.

Inikah pemimpin-pemimpin yang bakal memerintah Negara ?

Amat malang sekali orang-orang Melayu yang menganggap pengkhianat-pengkhianat ini sebagai pejuang bangsa, agama dan Negara……..