Sunday, July 5, 2009

Pas-anjur konsert maksiat juga untuk tarik pengundi muda di Manek Urai

Betullah orang tua-tua kata, kalau kita selalu menghina, mencemuh, memfitnah orang lain, semua ayang kita lakukan berbalik kepada kita semula.


Peribahasa Melayu juga ada menyebut, “ Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri “


PAS terlalu terdesak untuk meraih pengundi-pengundi PRK Manek Urai telah memecah tradisinya apabila Urusetia Penerangan PAS Kelantan menganjurkan Konsert hiburan alternatif yang diadakan di Padang Majlis Daerah Kuala Krai malam tadi turut menampilkan penyanyi rock, Ringgo yang juga bekas vokalis kumpulan Arrow. Turut menghiburkan penduduk setempat ialah Johan Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan dan pendikir terkenal, Megat Nordin.


Apa kata, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr. Mohamed Fadzli Hassan, “konsert itu diadakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai bahawa Islam membenarkan hiburan tetapi mesti dalam batas-batas tertentu”.


Itulah perkataan munafik dari seorang manusia yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan PAS.

Kalau sebelum ini, PAS dengan sikap tegasnya menentang sebarang bentuk hiburan, bagaimana tindakan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan membantah setiap kali ada anjuran konsert dalam Negara.

Tok Guru Nik Aziz begitu tegas mengharamkan anjuran berbentuk hiburan termasuk hiburan tradisional seperti Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit dan macam-macam lagi, sehinggakan peyertaan kaum wanita dalam musabaqah Al Quran pun Nik Aziz kata haram…………… alasannya suara wanita adalah aurat.

Pelik weh kawan...................

Kalau sudah konsert tersebut diadakan di tengah padang, pada waktu malam, bercampur pengunjung lelaki dan perempuan, konsert itu tidak jauh berbeza dengan program hiburan lain.

Apakah Tok Guru Nik Aziz yakin tidak ada berlakunya maksiat dalam konsert tersebut ?

Kalau Nik Aziz selalu melebelkan parti sekular kerana UMNO menolak Islam, UMNO suka kepada perkara-perkara berbentuk hiburaan yang melalaikan umat, mengundang ke arah kerja-kerja maksiat.


Lo ni macam mane Tok Guru ?


Begitulah kesudahannya apa agama dan Islam dijadikan tunggangan untuk kepentingan politik PAS. Memperdaya umat Melayu Islam dengan cirri-ciri agama untuk kepentingan nafsu sendiri, tidak salah kalau kawan ibaratkan pemimpin-pemimpin PAS ini lebih kurang sahaja dengan AYAH PIN, manusia yang mempergunakan agama untuk memenuhi nafsu serakah sendiri.


Tidak salah kalau kawan katakan sekali lagi PAS sama juga dengan ajaran sesat AYAH PIN………











Saturday, July 4, 2009

PAKATAN RAKYAT – bila hidup bersekedudukan

Kalau dah bersekedukkan atau kahwin mutaah, begitulah jadinya, kesefahaman hanya sekadar untuk hidup bersama, namun nikmatnya tidak berpanjangan. Pakatan Rakyat cuba mengaburi mata rakyat mengenai hubungan mereka yang kukuh tetapi sebaliknya ia mengalami keretakan sejak dari awal lagi.

Pakatan diantara DAP, PKR dn PAS di buat hanya untuk memenangi pilihan raya sahaja dan bukan kerana membela nasib rakyat, kalau betul pakatan pembangkang ini terbentuk kerana keikhlasan membantu rakyat, masa kan hubungan mereka bercelaru seperti sekarang.

Pakatan pembangkang tidak serupa dengan Barisan Nasional yang sudah diuji kemampuannya untuk menggubal dan melaksanakan dasar yang saksama untuk rakyat dan membangunkan negara sejak memerintah Negara.

Pakatan pembangkang hanya sekadar satu pakatan politik yang tidak boleh menyamai apa yang diwujudkan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah bagai satu struktur gabungan parti, yang dijadikan sebuah institusi politik yang kukuh seperti yang di lihat sekarang.

Pakatan pembangkang menjadikan PKR sebagai “barua” antara PAS dan DAP, dari segi zahirnya sahaja ada kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti ini. Sebenarnya PAS amat takut hendak bersekongkol dengan DAP, begitu juga dengan DAP yang sebenarnya tidak yakin untuk bersekongkol dengan PAS, tetapi untuk mencapai kejayaan memerintah walau pun sekadar dapat menguasi beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang dan Perak, DAP bersedia bersekongkol dengan mereka.

Sebab itu sehingga ke hari ini pakatan pembangkang tidak berani mendaftar sebagai sebuah parti politik gabungan macam Barisan Nasional di bawa satu lambang.

Suatu masa dahulu Barisan Alternatif (BA) pernah wujud, DAP dengan tongak utama Lim Kit Siang dan Karpal Sing pernah meninggalkan gabungan itu kerana sikap tidak berganjak PAS untuk melaksanakan sebuah negara Islam, tetapi tidak dinyatakan dalam manifesto BA. PAS mesti menjadi tunjang kepada BA kalau mahu merealisasikan penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia

Apa yang jelas, krisis seperti tahun 2001 akan berulang kembali, ideologi ketiga-tiga parti dalam pakatan rakyat yang tidak sehaluan telah nampak bibit-bibit kerapuhannya apabila kemelut p
olitik pakatan pembangkang di Pulau Pinang, menonjolkan sikap tidak bersefahaman DAP dan PKR, di Kedah dengan tindakan DAP negeri itu keluar daripada pakatan, ini telah membuktikan perbezaan dan ketidakmampuan mereka membina negara.

Sesungguhnya, pakatan rakyat adalah gabungan parti politik yang rapuh, gabungan parti yang tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat serta negara, rakyat perlu merenung akan muslihat musuh-musuh negara, agama dan bangsa seperti ini......

Rakyat sepatutnya sudah lam
a sedar akan hal ini, dalam sesebuah negara, untuk mencapai kestabilan politik bergantung kepada kemampuan pemimpin membentuk dasar saksama antara kaum, kemampuan membangun negara dan kemampuan hadapi cabaran.

Bagi orang-orang Melayu Islam, PAS bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS juga sebuah parti sekular yang akan memusnahkan Isam. PAS tahu, bahwa DAP dan PKR adalah sebuah parti sekular, tetapi mengapa PAS membalut kesucian parti bersekongkol dengan mereka, ini bermakna PAS juga sebuah parti sekular. Bukan UMNO...................................

Berapa ramai kumpulan pembawa sekular dalam PAS, seperti Husam, Kamaruddin dan Mahfuz, mereka ini adalah pembawa sekular moden ala Mustafa Kamal Artatuk. Mungkin Nik Aziz menangis ketiaka membaca doa dihadapan ribuan penyokongnya, tetapi tidak terharu dan menangis apabila umat Melayu Islam diganggu-gugat oleh kafir DAP dan PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. PAS menyanjungi PKR, parti sekular moden yang diketuai Anwar seorang pengikut setia YAHUDI AMERIKA.

Kalau Niz Aziz dan PAS melebelkan UMNO Nasionalis, tetapi PAS sendiri sebenarnya sekular kerana bersekongkol dengan DAP dan PKR, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar bagi umat Melayu Islam di Malaysia..........

Marilah, marilah wahai saudara-saudara Melayu Islam seluruhnya, khusus di Manek Urai, kita gempur dan tolak mereka-mereka yang munafik ini.........



Biasiswa Nasional tidak ikut prinsip keadilan - Presiden PAS

Semalam di Harakahdaily, Hadi Awang mempertikaikan pula Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, tidak mengikut prinsip keadialan yang menyeluruh.

Alasan Hadi Awang, pemberian Biasiswa Nasional adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya, iaitu kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata. Dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

Hadi juga berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar. Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira.

Kawan tidaklah hendak nafikan ada betulnya komen Hadi Awang tu, tapi Hadi tak tahu ke, sebelum ini ramai sudah cerdik pandai dalam kerajaan UMNO/BN telah memikir dan merancang perkara ini sebelum perkara itu dilaksanakan. Pemimpin UMNO dah fikir buruk baiknya……..

Hadi tidak payahlah nak cari glamor dengan isu ini pulak, lepas isu kafirkan UMNO, kerajaan perpaduan dan macam-macam isu lagi, ni nak cari glamor dengan isu Biasiswa Nasional pulak………….

Walaupun Hadi tidak sebut Melayu, tapi semua orang tahu kaum Melayu dan Bumiputera lah yang banyak tinggal di kawasan-kawasan luar bandar, yang kekurangan dari segi infrastrutur pembelajaran. Pemimpin UMNO telah memikirkan perkara ini untuk kemajuan orang Melayu dan Bumiputera, Cuma Hadi sahaja yang bongkak takbur tidak mahu mengakuinya.

Tengok sahajalah, bagaimana sesetengah pelajar-pelajar Melayu yang hipokrit, tidak sedar diri mendapat biasiswa kerajaan atas kuota Melayu, dapat masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awan pun atas kuota Melayu, apa mereka buat ?

Pelajar yang berlagak dipanggil siswa ini, bukannya hendak bersaing untuk kecemerlangan akademik bersama kaum-kaum lain, mereka lebih kepada politik untuk menjadi samseng di Universiti, lepas itu melalak mengugut kerajaan, menentang kerajaan, tapi bila tenguk keputusan peperiksaan, macam hampas, ada yang cukup-cukup makan je.............

Biasiswa Nasional diperkenalkan oleh Najib, kawan rasa bukan untuk menganiaya pelajar-pelajar Melayu, tetapi untuk mengingatkan mereka agar terus gigih, terus bersaing dengan pelajar-pelajar bangsa lain untuk mendapatkannya.

Mengapa Hadi masih hendak mengelirukan masyarakat Melayu lagi, cukup-cukuplah dengan isu-isu yang telah memecahbelahkan umat Melayu Islam di Malaysia ini. Tidak nampakkah apa yang sekutu-sekutu Pakatan Rakyat buat di Kedah, Perak dan Pulau Pinang ?

UMNO yang telah berpuluh tahun berjuang memertahankan hak-hak Melayu Islam dan Bumiputera, kerana kuasa hendak memerintah PAS rela mengkhianati bangsa dan agama bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menetang Islam, macam komunis juga............ jangan jadi Melayu yang tidak sedar diri, lupa daratan kerana di buai kata manis DAP.

Melayu-Melayu di Manek Urai, anda perlu sedar akan tipu helah dari golongan yang mempergunakan Islam untuk meruntuhkan Melayu..........







Friday, July 3, 2009

MANEK URAI (siri6)- Anak didik PAS kurang ajar di Universiti Malaya

Kawan pernah menulis bagaimana PAS mendidik, mengasuh anak-anak dari umur empat tahun melalui pusat-pusat asuhan kanak-kanakPASTI.

Kanak-kanak ini di asuh dengan sifat-sifat kebencian yang begitu kritikal kepada UMNO, Kerajaan UMNO, pemimpin UMNO dan seterus penyokong-penyokong UMNO. Boleh dikatakan tidak ada langsung kebaikan dan rasa kesaudraan yang di semai dalam jiwa kanak-kanak ini terhadap UMNO, semua digambarkan sebagai musuh-musuh Islam, lebih mudah kalau dikatakan lebih jijik daripada kandang babi.

Begitulah berjayanya PAS menjalankan dakyah bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Begitulah agaknya yang dikatakan menuju kepada ajaran sunnah dan Al Quran mengikut cara PAS.

Inilah dia hasil bimbingan PASTI kepada pelajar di Univesiti Malaya, pelajar yang telah diselewengkan pemikirannya sehingga lupa diri di mana dan memgapa dia datang untuk belajar di sebuah institusi pengajian tinggi.

Mahasiswa bernama Shazni Mohd Ithnin, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang di cari Polis bagi membantu siasatan kes dakwaan menconteng dan cubaan membakar di sebuah Dewan Unversiti Malaya.

Mahasiswa yang diharapkan menjadi aset negara begitu angkuh dan kurang ajar menentang undang-undang negara tanpa berfikir, tidak sepadan dengan kedudukkannya seorang pelajar sebuah Uiversiti.

Sikap kurang Shazni terserlah bila mempersoalkan tanggungjawab Polis bila dia berkata, "Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah ?

"Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?"

Menulis di blognya Perubah Zaman, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku "dosa-dosa besar" diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya.

"Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang," katanya.

Shazni juga cuba mengugut pihak Universiti Malaya dengan berkata, "Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," katanya.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Shazni juga mengakui menentang isteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin – mengaitkan Rosmah dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu – dan 3 klip vedio yang memburuk-burukkan wanita pertama negara.

Kawan rasa, memang pelajar ini sudah tidak dapat berfikiran waras lagi kepala otak Shazni telah dipenuhi dengan dakyah-dakyah songsang pembangkang sehingga tidak mampu mengimbangi lagi pemikirannya.

Alasan Shazni agar isteri Dato’ Sri Najib perlu diheret sama, sungguh melucukan, kalau benar Shazni yakin dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin tidakkah Shazni tefikir mengapa Raja Petra botak ini menghilangkan diri ?

Kalau Raja Petra gondol ini bersikap jujur dalam pendedahan dia, mengapa da mesti takut menghadapi kebenaran ? Begitu juga dengan Shazni, mengapa harus bersembunyi ? tegakkanlah kebenaran seperti yang di dakwa ?

Negara Malaysia ada undang-undang wahai Shzni siswa bengap, janganlah bertindak dengan undang-undang sendiri, lepas itu menghasut serta mengheret pelajar-pelajar lain untuk bersama-sama melanggar batasan. Waima, kalau hendak mengikut undang-undang Islam sekali pun memerlukan peraturan terperinci, bukan dengan cara bodoh begini.

Apa, Tok Guru Nik Aziz, tidak ajar ke bagaimana melaksanakan sesuatu hukuma kepada seseorang Muslim ?

Tak tahu lah pulak, kalau Shazni berguru dengan Anwar Ibrahim, langar depan salah, bila langgar belakang tak salah ? orang lain buat salah mesti di hukum, bila sendiri buat tak boleh di ambil tindakkan. Mengambil tindakkan cara Shazni dan kawan-kawan sama juga cara komunis semasa menguasai Malaya dulu………

Inilah habuan yang kerajaan Malaysia terpaksa tanggung dari hasil didikan PAS melalui PASTI, pelajar-pelajar yang di beri segala kemudahan untuk mencari ilmu di Univesiti, dibazirkan begitu sahaja kerana emosi yang sudah tidak terkawal.

Pengundi-Pengundi Manek Urai, jaga dan didik anak-anak melalui jalan yangbetul serta bertanggungjawab, jangan biarkan orang lain mendidik anak kita tanpa diawasi, perosak-perosak bangsa bermacam-macam cara untuk memusnahkan bangsa dan agama.

Jangan lupa undilah calon BARISAN NASIONAL



Thursday, July 2, 2009

MANEK URAI (siri 5)- PAS+PKR+DAP ujudnya Pakatan Rapuh

Mengapa kawan berani katakan Pakatan Rapuh ?

Kalau DAP, PAS dan PKR berkeyakinan dengan gabungan mereka, mengapa sampai sekarang mereka tidak didaftar di bawah satu lambang macam Barisan Nasional ?

Ini bermakna PAS, DAP dan PKR tidak benar yakin dengan keiklasan di antara satu sama lain, perasaan ikhlas, percaya serta yakin yang ada di dalam hati pemimpin-pemimpin pakatan rakyat tidak boleh dijadikan pegangan kukuh dalam perjuangannya.

Kita semua tahu bagaimana DAP memperbodohkan PKR di Pulau Pinang dan juga bagaimana PAS bagai harimau hilang kuku di Kedah. Hari ini kawan tidak mahu mengulas panjang berkenaan Pakatan Rapuh ni, cuma kawan minta sahabat-sahabat bloger komen berhubung dengan cadangan logo-logo baru pakatan rakyat.

Logo-logo ini kawan dapati dari blog-blog pro pakatan rakyat, mungkin pakatan rakyat sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo agaknya. Mari kita lihat dan memilih logo-logo mana yang amat sesuai dengan pakatan rakyat ni........

Begitulah semangatnya pro-pro pakatan rakyat inginkan sebuah lambang baru untuk pakatan rakyat. Tetapi sayangnya, PAS, DAP dan PKR masih tiada keyakinan untuk didaftarkan dibawah satu lambang.

Kalau Anwar Al Juburi menjadi panel hakim untuk memilih contoh logo di atas, kawan rasa Anwar mesti pilih logo no 7 atau 8, kawan rasa dia minat sangat logo macam tu.........

Sahabat-sahabat macam mana ?

Kepada pengundi-pengundi di Manek Urai, lebih baik sahabat-sahabat memilih lambang dacing ini, lihatlah, tiada satu pun banyangan lambang parti yang ada dalam Barisan Nasional, kerana keyakinan parti-parti komponen itu sendiri.





Wednesday, July 1, 2009

MANEK URAI (siri 4)-PAS jadikan DAP, PKR model dicontohi ?

Hari ini Pressiden PAS Hadi Awang, mula menempelak UMNO dengan mendakwa UMNO gagal untuk dijadikan model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat Negara ini.

Itulah cakap-cakap Hadi Awang selepas idea mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ditolak olek pakatan pembangkang.

Kalau itulah alasan Hadi Awang menolak kerajaan perpaduan, mengapa isu kerajaan perpaduan masih belum reda dalam PAS dan masih tercetus pergeseran di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantah.

Maklumat terbaru, satu artikel Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang bertertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang juga menguasai sidang pengarang Harakah.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan menerima nasib yang sama dan ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya. Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk dalam blog-blog pro pembangkang.

Kenapa begitu ?

Ada kumpulan dalam PAS yang diketuai Tok Guru Nik Aziz takut pada ugutan DAP, dan Hadi Awang sendiri juga takut kepada desakan-desakan kumpulan ini. Manakah motif perjuangan Hadi Awang yang sering melaungkan slogan menegak kebenaran dan menentang kebatilan.

Kalau sudah ada di kalangan kepimpinan PAS sendiri mengakui kebenaran idea kerajaan perpaduan, mengapa Hadi Awang takut menegak kebenaran ?

Apakah disebabkan takut hilang kedudukan dan kuasa, Hadi Awang lebih rela memasukkan diri ditengah-tengah golongan orang-orang MUNAFIK. Jadinya, sudah hilang prinsip Hadi Awang yang berjuangan serta berjihad ke jalan Allah.

Dek kerana kuasa dan kedudukan, Hadi Awang tunduk dengan kehendak-kehendak golongan yang menentang kerajaan perpaduan.

Kasihan Nasharudin Mat Isa, hasrat suci murni serta mengharapkan sokongan Presiden, nampaknya sokong membawa rebah………………

DAP ke yang layak jadi model Hadi Awang ?

Mari kita tengok cara DAP melayani parti-parti kesepakatan mereka :

Ahli PKR dipecat dalam MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai), kerajaan Pulau Pinang memecatperkhidmatan Johari susulan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait awal bulan ini.

DAP langsung tidak menghurmati parti-parti yang bersekutu untuk mengambil sesuatu tindakan, Ketua Penasihat PKR Anwar juga terus membisu, apa lagi dengan kepimpinan PAS, lagi kecut hendak membantah tindak tanduk yang dibuat DAP bila sudah diberi kuasa.

Apa DAP buat kepada kaum India di Pulau Pinang…….

Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.

Sebuah perkampungan yang juga dikenali dengan nama High Chappral berusia lebih 100 tahun, penduduknya tidak dapat pembelaan yang sewajarnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kemana perginya slogan dan manefisto DAP yang dilaung-laungkan dalam PRU 12 ?

Sudah 100 tahun dan lebih 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN, penduduk di kampong tersebut tidak pernah diusir…………. Kerajaan DAP yang baru setahun memerintah telah merobohkan tapak Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang kini dimajukan untuk membina 490 unit kondominium ‘The Oasis’.

Kemana perginya pejuan
g-pejuang nasib rakyat dari PKR ?

Baru sebentar tadi, Pengerusi DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star oleh Majlis Bandaraya Alor Star.

Tengoklah tu, bila terkena pada tempat kepentingan DAP, tanpa rasa segan dan hurmat pada Kerajaan PAS Kedah, terus sahaja istihar keluar dari kerajaan pakatan rakyat.

Dapat kah PAS mempertahankan tindakan yang telah di buat ?

Inikah model yang dijadikan contoh oleh Hadi Awang dan PAS ?

Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, mari kita perhatikan bagaimana kerajaan PAS Kelantan telah tunduk dan akur dengan kehendak-kehendak DAP.

Apa jawapan Kerajaan PAS Kelantan di dalam Dewan Negeri, di atas pertanyaan Datuk Abd Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) mengenai “ kenapa kerajaan negeri membenarkan penduduk luar Kelantan bukan Melayu memiliki tanah dalam kawasan Melayu tetap “.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan diberitahu, penduduk luar Kelantan bukan Melayu dibenarkan memiliki tanah di kawasan penduduk Melayu tetapi berdasarkan beberapa syarat yang dibenarkan kerajaan negeri.

“Namun dalam satu-satu projek tertentu anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan yang difikir perlu atau penting oleh kerajaan berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu, kerajaan negeri boleh memberi pertimbangan khusus.

“Pindah milik bagi tanah luar rizab Melayu kepada bukan Melayu yang bukan anak Kelantan tidak boleh dipertimbangkan, tetapi bagi kes dan sebab tertentu permohonan boleh dipertimbangkan khusus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anu
ar Tan.

Di sini sudah jelas dan nyata bahawa PAS akan mengadaikan tanah rezab Melayu untuk menjaga kepentingan DAP dengan alasan tanah-tanah rezab Melayu untuk pembangunan projek anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan.

Betul ke ?

Tidak kah projek yang dinamakan atas pembangunan kerajaan beransur-ansur berpindahmilik kepada pihak bukan bumiputera ?

Begitulah putar belit PAS yang kononnya berjuang atas nama Islam, menggadaikan bangsa. Penduduk Manek Urai wajib menolak PAS demi maruah bangsa dan agama……..



MANEK URAI (siri 3)-'Bini puaka', 2 siswa UM ke mahkamah, 3 lagi sedang di cari Polis

Berita dari Malaysiakini melaporkan, gara-gara menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini dan Polis masih menjejaki tiga lagi suspek juga dari Universiti berkenaan.

Dua orang siswa yan didakwa ialah Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Polis juga dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin serta dua lagi iaitu Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak. Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Rabu lalu, wanita pertama negara akan ke Majlis penutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Apa hendak di kata ?


Pro-pro pembangkang akan medakwa, pihak Polis, Mahkamah dan Kerajaan UMNO/BN kejam, zalim terhadap pelajar atau siswa, bertindak semborono tanpa memikirkan masa depan mereka-mereka yang terlibat.

Begitu ?

Sepatutnya, si dalang kepada pelajar-pelajar ini patut juga lebih berfikir, patutkah pelajar-pelajar yang sedang menuju untuk mencapai puncak gedung ilmu dididik dengan gejala-gejala liar seperti itu ?

Adalah lebih malang lagi pelajar-pelajar yang terlibat dikatakan dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bukan mudah bagi seseorang pelajar untuk menjejak kaki ke situ, kalau bukan mereka-mereka ini dari golongan pelajar yang bijak, cemerlang (kalau kurang cemerlng pun, di atas kuota Bumiputera) dalam peperiksaan.

Budaya liar dan ganas ini, bukan budaya orang Melayu atau pun Islam, mereka ini bukan sahaja cemerlang dari segi akademi, malah juga dari segi pendidikan Islam.

Apakah ini yang diajarkan atau diperturunkan oleh Tok-Tok Guru mereka ?

Adakah ini contoh model sebuah Kerajaan Islam tulin yang hendak dipertunjukan kepada rakyat Malaysia oleh PAS ?

Kalau benar sekali pun seperti yang didakwa oleh pelajar-pelajar terlibat, adalah tidak sepatutnya mereka bertindak seperti pengganas untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Bertindak seolah-olah Negara tidak mempunyai undang-undang lansung, dalam Islam juga ada batas-batas kemanusian dalam melaksanakan undang-undang.

Hanya peraturan dan undang-undang komunis sahaja yang bertindak seperti itu, komunis mengambil tindakan memadai dengan hanya mendengar dan disyaki sahaja sudah cukup untuk diambil tindakan dan terus dijatuhkan hukum tanpa perlu dibicarakan.

Kalau begitulah cara yang hendak dibawa oleh pelajar-pelajar ini, kenapa Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan kesalahan liwat dan Anwar tidak mahu mengaku, begitu juga dengan Mat Sabu yang pernah didakwa berkhalwat dengan isteri orang, juga tidak mahu mengaku, dan banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Mengapa mereka tidak mahu mengambil tindakan ?

Kesimpulanya, janganlah kita bertindak bodoh, dungu tanpa berfikiran waras kononnya untuk menegakkan kebenaran, mengorbankan masa depan diri di atas seruan jihad konon…………

Ibu bapa, janganlah biarkan anak-anak dijajah serta dipengaruhi pemikiran-pemikiran sebegini, jangan biarkan anak-anak dipergunakan oleh manusia-manusia yang hanya tahu untuk mendapatkan kuasa…….

Pengundi-pengundi di Manek Urai, perlu bijak untuk menolak manusia-manusia seperti ini….