Tiada cara lagi Wan Azizah untuk mengembalikan keyakinan ahli-ahli serta penyokong PKR kepada Anwar Ibrahim, sehingga terkeluar ungkapan suaminya adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini.
Tidak ketinggalan juga Nik Aziz yang baru balik dari Mekah, turut menyifatkan Anwar, seumpama pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.” (rujuk di sini)
Wan Azizah juga berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. (rujuk di sini)
AYG ; sebab itulah agaknya Anwar sehingga sekarang tidak dimakbulkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia……
Sesungguhnya Allah juga telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia perlbagai pertunjuk segala kemungkaran Anwar, pengkhianatan Anwar kepada bangsa, agama dan tanah air…
Sampai bila Wan Azizah sanggup menipu diri sendiri, menipu masyarakat yang jumud pemikiran sehingga meletakkan martabat sebegitu tinggi terhadap Anwar ?
Wan Azizah juga sanggup bersubahat, walau pun tahu Anwar serta kuncu-kuncunya terlalu banyak melakukan kemungkaran dan korupsi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Wan Azizah tahu apa siapa sebenarnya Anwar yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi, tetapi dia tidak berani menyatakan yang benar.
Begitu juga dengan Nik Aziz, selaku tok guru dia sanggup berbohong kepada rakyat semata-mata hendak menjaga kepentingan politik sehingga menafikan bahwa selama ini Anwar telah menggadai kepentingan bangsa dan agama.
Nik Aziz tahu, bagaimana Anwar mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri serta strateginya untuk menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah.
Tidakkah kita semua berfikir, sejak dari sebelum dan selepas merdeka, Malaysia telah “dianugerahkan Allah” kepimpinan yang begitu bijak, bertolerasi, berkeperhatinan mengatur kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara khususnya bagi bangsa Melayu-Bumiputera yang sama-sama berganding bahu dengan kaum-kaum lain.
Kerana terlalu taksyub untuk mengembalikan sokongan masyarakat terhadap Anwar, maka Wan Azizah juga sanggup memutarbelitkan atau sengaja menyempitkan akan maksud ‘ketuanan Melayu’ sehigga menyarankan agar orang Melayu wajib meninggalkannya.
Apakah Wan Azizah memikirkan ‘konsep ketuanan Melayu’ itu hanya terletak kepada panggilan ‘tuan’ bagi setiap orang Melayu ?
Tidakkah ‘ketuanan Melayu’ itu meletakkan kepada ‘kuasa Melayu’ yang menerajui pemerintahan Negara, juga meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai penaung pemerintahan Negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Apakah menjadi kesalahan atau satu dosa bagi bangsa Melayu-Bumiputera mempertahankan ‘kuasa Melayu’ untuk terus menerajui Negara untuk memertabatkan bangsa, agama serta tanah air sendiri tanpa meminggirkan hak kaum-kaum lain ?
Wan Azizah pandai berkata, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain, tetapi Wan Azizah lupa kalau ‘kuasa Melayu’ itu lenyap, di mana letaknya maruah diri bangsa Melayu itu.
Tidak hairanlah kalau Nik Aziz yang sudah sekian lama berkawan dengan syaitan juga akan memberi pandangan yang serupa dengan Wan Azizah bahwa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’, sehingga menyarankan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ itu wajib dihapuskan…
Firman Allah dalam Surah Yaa Siin ayat ke 62, yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ?”……………….
Hapuskan ketuanan Melayu...
ReplyDeleteMelayu bukan tuan,tapi warga asal..
Kalau dihapuskan,merempat la kita weh...
Elok dah muafakat org dulu2 tu..
Jgn gadaikan mase depan bangsa hanya kerana nakkan kuasa..
AYG, betul tu.... anugerah Allah, tapi anugerah untuk apa ? Syaitan,iblis dan Dajjal pun anugerah Allah untuk menyesatkan kita dan terpulang pada kita sama ada nak ikut mereka atau tidak.... nak ikut Anugerah Allah yang paling mulia iaitu Nabi Muhamad SAW.... Anwar pulak adalah Anugerah Allah untuk menyesatkan umat Islam Melayu dan meruntuhkan kerajaan islam Malaysia......fikir-fikirkan lah.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteitulah ayat tak habis, anugerah tuhan utk apa? utk hapuskan ketuanan melayu...
anwar hanya anugerah "TUHAN" kepada kaum gay bukan anugerah ALLAH kepada rakyat malaysia
ReplyDeleteSALAM, TUHAN BANYAK TUHAN...TAPI KITA NAK BAGITAHU MEREKA BAHAWA DS NAJIB ADALAH ANUGERAH ALLAH S.W.T
ReplyDeleteBYK SGT SETAN BERTENGGEK DLM BDN WALI SLIPOR. TU YG ADE HINGGAP SKET DLM BDN JIJAH KEHKEHKEH
ReplyDelete" PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.
ReplyDelete" Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu."
Laporan Penuh d sini =>
http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=3276:gugat-kuasa-raja-raja-melayu-pemimpin-umno-diminta-suluh-cermin&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99
P/S :
Kalu nak BANGGA, RIAK, TAKBUR, BONGKAK dgn jadi
UMAT me LAYU, nasihat aku Jadilah me LAYU yg RAJIN CERDIK PANDAI, JGN jadi me LAYU yg BODOH BANGANG, mcm org BIJAK PANDAI cakap....
" BODOH BANGANG tak boleh d AJAR, CERDIK tak BOLEH d IKUT "...
Pernah tengok crita P Ramlee
'Masam Masam Manis'. Korang dengar dialog
Mak si Kiah suruh anaknya bawak pusing2 KL..
Supaya orang TAK BOLEH PEKONON kan nyaaaa.
LU PIKIR LAA SENDRI....
Bro Jeffry. Dah PAS berkawan dengan setan. Dia pun jadi setan jugak la.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteJika tidak keberatan pautkan blog www.yuseriyusoff.blogspot.com
Terima kasih.. salam perjuangan
tuan iaalah Umnoo bangkai!
ReplyDeleteAnuar san najis kawan syaitan ...perrrgghh
ReplyDeleteBro, jangan slow lanyak terus kah,,kah,,kah,,ramai kawan kita tutup kedai apa jadi?.
saya sokong yg
ReplyDelete