Thursday, November 25, 2010

Ulama dipenjara, lakukan hubungan seks dengan gadis 12 tahun


Mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukum empat tahun penjara terhadap seorang ulama kaya kerana kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis 12 tahun, yang dijadikan sebagai isteri tidak rasmi.

Ulama kaya Pujiono Cahyo Widiyanto, 45, dari bandar Labuan, Jawa Tengah, telah mencetuskan kontroversi apabila ia menikahi Lutfiana Ulfa yang ketika itu berumur 12 tahun dalam satu upacara pernikahan yang tidak rasmi pada bulan Ogos, 2008. (rujuk di sini)

Mengikut undang-undang pernikahan bagi umat Islam di Indonesia adalah seorang perempuan mesti berumur 16 tahun dan laki-laki 18 tahun.

AYG ; Imam Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja”.

Inilah yang dikatakan betapa bahayanya manusia kalau sudah tertipu dengan ilmu, sehingga orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya sendiri…...

Imam Ghazali berkata, “Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya”.

Inilah Ulama yang tertipu atau ingin menipu……….

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud, “Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”.

Begitulah kalau ada golongan yang mengaku ulama, menyamar ulama yang mengamalkan ilmu mereka semata-mata bukan untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama, sehingga kebanyakan masyarakat berasa kagum dengan mereka.

Golongan jahat ini sentiasa menghiaskan diri dengan penampilan ulama hanya dari segi zahir sahaja, sehingga ada yang sanggup bersahabat dengan syaitan………

Golongan ini juga sering mendakwa segala apa yang mereka lakukan kononnya untuk kepentingan agama, sedangkan mereka lebih memuliakan orang-orang kafir semata-mata untuk mendapat kelazatan dunia serta sanggup menghalalkan apa yang pernah mereka haramkan……

Golongan ini juga terlalu bongkak, takbur, riak serta amat menbenci sesama Islam…. Hati-hatilah dengan golongan macam ini….

9 comments:

  1. Awas bro... yang menyamar ulama kaya macam ni banyak ada kat Malaysia....

    ReplyDelete
  2. entah2 ahli PAS jugak ni bang, perangai macam sama aje. hehehehe

    ReplyDelete
  3. YG, bila ada cerita macam ini, banyaklah yang menyamakan dengan zaman Rasulullah dulu-dulu... kononnya Rasulullah juga menikah dengan Aisah sewaktu Aisah berumur 7 tahun.. tetapi puak-puak hamPAS ni lupa bahawa Rasulullah itu maksum....semua perkara dilakukan bukan kerana nafsu semata-mata...

    ReplyDelete
  4. di kuala krai negeri di bawah tok guru pun pernah terjadi perkara sebegini di mana seorang ustaz mengahwini budak bawah umur, ikut sunnah katanya

    ReplyDelete
  5. TP WALI SLIPOR PASTI AWAL2 DAH READY DULU DGN SEGALA 'FATWA MEE SEGERA' KLU PASAL BAB NIKAH KAWIN..MCM BERBAI'AH JUGAK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  6. kat malaysia pun ada ulama macam ni hehehe

    ReplyDelete
  7. tapi kira oklah dia dengan pompuan..yang kat malaysia ni lagi haru..bontot jantan disesahnya hehehe..comel gak budak tuh hehehe

    ReplyDelete
  8. Inilah contoh ulama yang menggunakan topeng agama untuk memuaskan hawa nafsu serakah mereka.

    Sama saja seperti PAS yang menggunakan agama untuk tujuan politik sempit mereka.

    ReplyDelete
  9. Haha..Nasib baik orang tu tak jadi camni..Cuma dok tunjuk baik berpuluh tahun saja..Hebat sampai boleh tentukan syurga dan neraka..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..