Friday, September 24, 2010

PKR- Nurul Izah bertanding Naib Presiden, Fuziah Salleh tertiarap.......


Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim telah mengesahkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung November ini.

Ekoran pengesahan Nurul, nampaknya calon-calon PKR dari negeri Pahang mula resah dan bimbang akan mereka akan tersungkur dalam pemilihan jawatan-jawatan tertinggi dalam parti itu.

Kebimbangan mereka terserlah apabila blog PahangDaily meluahkan rasa bimbang bukan sahaja Fauziah, tetapi beberapa calon lain dari PKR Pahang.

Pemerhati PKR dari Pahang melihat keputusan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu bakal meniarapkan Fuziah Salleh kerana majoriti undi dari wanita PKR akan berpecah. Pada peringkat awalnya Fuziah adalah satu-satunya calon tunggal kaum wanita PKR bagi jawatan Naib Presiden yang dikatakan calon yang mendapat mandat dari wanita PKR.

PKR Pahang juga mempersoalkan, apakah keputusan Nurul Izah itu direstui oleh Wanita PKR atau telah menerima mandat dari bapanya Anwar Ibrahim dan ibunya Wan Azizah….

Keputusan membenarkan Nurul Izzah bertanding Naib Presiden, maka sudah pasti akan menimbulkan kontroversi terbaru buat PKR dan ramai yang berpendapat, Nurul Izzah masih terlalu muda untuk jawatan itu berbanding dengan calon lain yang lebih senior.

AYG ; Bukan hendak campor sangat dengan gelagat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR ini, tetapi agak geli hati juga apabila melihat ada pelbagai hiruk pikuk di antara calon-calon yang hendak bertanding….. macam-macam ada…..


Kalau dulu, kita melihat mereka ini macam aur dengan tebing, bersepakat, berganding bahu, tetapi bila tiba musim bertanding, habis segala keburukan tersingkap…. Buruk memburuk, tuding menuding untuk menjatuhkan antara satu sama lain…. Apa yang jelas, PKR sedang berlumba-lumba membuka "pekung di dada" sesama mereka ......


Penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng, politik wang begitu berleluasa dan terus menonjolkan wajah sebenar makhluk-makhluk yang berada dalam PKR……. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim, PKR akan menjadi sebuah parti ‘Dinasty’ keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah….. macam DAP juga punyai dynasty Lim dan Karpal Singh…..

Kalau masyarakat Malaysia sedar dan tidak mudah lupa, ini juga makhluk-makhluk perosak yang berada dalam UMNO dahulu…… makhluk-makhluk inilah yang membudayakan UMNO dengan penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng dan yang lebih dahsyat ialah politik wang sehingga kepimpinan UMNO begitu sukar membenteras budaya ini….. inilah peneraju utama budaya tidak sihat dan jika tidak disingkirkan oleh Tun Mahathir pada masa itu, sudah pasti UMNO akan terus tersungkur…..




8 comments:

  1. wahai melayu mari pakat ramai ramai bunuh hindraf dan cina yahudi.aku bnci sejak azali lagi..spesis tak reti bahasa,kafir laknat...

    ReplyDelete
  2. Salam Yang gambi..PKR..Parti kepunyaan keluarga Anwar..

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat UMNO dah semakin lemah.

    ReplyDelete
  4. Lah teropong pantai dah salah teropong dah. Orang cerita PKR, dia cerita UMNO. Balilah teropong mahal sikit, yang rm2, memang macam tu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen....

    CCZ, betul sangat tu, PKR adalah dinasty Al jub...

    Cg Pian, betul amat cakap auk tu... ni lah kalau asyik guna teropong yang dibeli kat padang MPK sebelah Masjid Kuantan..... koi rasa eloklah kalau pinjam teropong laksamana do re me.... mungkin dia lebih nampak jelas kelibutnya PKR...

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Itulah yang orang tua2 kata tunding satu jari kat orang 4 jari balik muka sendiri. Sekarang siapa nepotisme, siapa krinisazminme?

    ReplyDelete
  7. Tuhan tu Maha Adil... dah lama dah duk kata, pekung nanah, karat dan kudis ada dalam PKR. Almaklumlah ketua umumnya kaki liwat, manakala Presidennya pula pensyubhah kepada perlakuan laknat si laki, jadi para pengikut yang lain, kalau tidak teruk pun, lebih kurang jugalah dengan perangai ketua depa!!!

    ReplyDelete
  8. Dahulu PKR cakap UMNO amalkan politik kronisme, nepotisme dan macam-macam lagi. Tengok, sekarang ini keluarga Anwar Ibrahim ini mahu menguasai sepenuhnya PKR. Sebabnya, selepas ini tiada siapa yang boleh menghalangnya ke Putrajaya.

    Bagi mengekalkan kuasanya, Anwar tidak akan melepaskan jawatan Ketua Umum Keadilan yang telah disandangnya sejak sekian lama (Jawatan itu sehingga ke liang lahad). Isterinya, Wan Azizah dijangka akan kekal sebagai boneka kepada suaminya. Manakan tidak, beliau terpaksa mengikut kehendak suami tercinta walaupun hati dan perasaannya terguris dek kerana tabiat suaminya yang mahukan sesama jenis. Dan, sekarang belang yang akan ditunjukkan Nurul Izzah, iaitu anak Anwar Ibrahim. Walaupun baru setahun jagung dalam politk, demi menguatkan keluarga dalam parti, kawan akan dijadikan lawan.

    PKR - Parti Kian Rebah disebabkan keluarga Anwar

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..