Friday, June 4, 2010

Serang kapal Mavi Marmara-Akhirnya tok guru PAS, Nik Aziz bersuara juga…………..


Akhirnya tok guru PAS, Nik Aziz bersuara juga berhubung dengan serangan rejim zionis Israel terhadap kapal misi bantuan Gaza yang menahan 12 sukarelawan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Tapi jelas sekali Nik Aziz tidak berani mengutuk Israel, malah menganggap usaha-usaha pemimpin dan kerajaan Malaysia membebaskan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan bahawa rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Nik Aziz mendakwa, selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide, selagi itu rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi. Klik di sini

AYG ; begitulah bila seorang tok guru atau ulama politik bila bercakap, lebih-lebih lagi bila dia sendiri tahu bahawa selama ini gerakan parti PAS yang bersekongkol dengan PKR-DAP juga mendapat dana yang besar dari agen-agen yahudi-israel melalui Anwar untuk mendapatkan kuasa memerintah, dapat melihat kuasa Melayu Islam UMNO tumbang……

Nik Aziz tidak sepatah pun mengeluarkan kata-kata mengutuk di atas tindakan ganas dan kejam tentera zionis Israel menyerang kapal-kapal misi bantuan ke Gaza, malah mengutuk kerajaan Malaysia yang kononnya menjalinkan kerjasama dengan APCO.

Mengapa Nik Aziz tidak mahu menjelaskan apakah punca-puncanya kerajaan Malaysia menggunakan khidmat nasihat APCO ?

Bukankah Anwar barua yahudi yang telah diberikan posisi di dalam Foundation Of Future, New Endownment For Democracy (NED), Felo Kehormat di John Hopkins University, dan beberapa jawatan lain yang mana latar belakang pertubuhan ini semua berkaitan dengan yahudi-israel………..

Anwar barua yahudi-israel ini telah mencanang ke seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak aman dan memiliki kerajaan yang zalim.

Anwar menggunakan kesempatan melalau pertubuhan-pertubuhan ini dalam gerakan memburukkan imej Malaysia di luar Negara melalui forum-forum demokrasi anjuran NED.

Anwar melabelkan Malaysia sebagai satu tempat yang bermasalah. Secara tidak lansung ini memberi kesan kepada kemasukan pelabur luar negara ke dalam Malaysia.

Kenapa tok guru Nik Aziz tidak memaklumkan kepada rakyat bahawa imej sesebuah Negara merupakan satu perkara penting untuk dilihat oleh pelabur luar negara yang hendak melabu dan apabila sesebuah negara itu diberikan dengan istilah dan imej yang buruk, maka para pelabur akan berasa curiga untuk menanam modal di dalam Negara...

Tok guru Nik Aziz tidak mahu cerita kepada rakyat betapa pentingnya imej Negara yang dirosakkan oleh Anwar baruan yahudi-israel ini……….

Tok guru Nik Aziz tidak mahu cerita kepada rakyat siapakah punca-punca yang menyebabkan Kerajaan Malaysia meminta bantuan APCO ? Bukankah untuk membaiki imej Negara………..

Tidak dinafikan isu APCO ini adalah isu yang hangat diperkatakan, bukan sahaja di Dewan Rakyat malahan di dewan kedai kopi sekali pun, apatah lagi dipentas-pentas ceramah PAS yang mengutuk kerajaan UMNO-BN yang menggunakan khidmat nasihat APCO.

Tetapi, mengapa Anwar barua yahudi-israel terus membisu apabila ditanya mengenai hubungannya dengan organisasi Zionis Yahudi ?Mengapa Anwar barua yahudi-israel terus membisu, mendiamkan diri tidak mahu menjawab mengenai hubungannya dengan Paul Wolfowits (Arkitek Perang Amerika Syarikat Berbangsa Yahudi) dan beberapa pertubuhan yang tidak diketahui latar belakangnya ?

Datuk Mukhriz Mahathir, AP Jerlun pernah membuat soalan ini di Dewan Parlimen mengenai hubungan Anwar barua yahudi-israel dengan kuncu-kuncu yahudi ini, tapi terus mendiamkan diri…...

Kesimpulannya, janganlah Nik Aziz hanya tahu mencanang menuduh, memburuk-burukkan UMNO sahaja, sebaliknya tok guru Nik Aziz juga kena menceritakan kepada rakyat punca-punca kerajaan Malaysia menggunakan khidmat APCO………

Seorang ulama yang bertaraf tuan guru macam Nik Aziz perlu bersifat jujur, ikhlas dalam semua perkara, janganlah menyembunyikan kebenaran semata-mata kerana kepentingan politik……. Janganlah kerana ulama dianggap sebagai pewaris Nabi, maka Nik Aziz boleh mengenepikan kebenaran, bercakap dusta kepada rakyat……

(Di rujuk dari blog Pena Minang)
Klik di sini






16 comments:

  1. PAS ni memang ejen Yahudi. Sebab tu sanggup bersatu dengan parti mata satu bernama PKR.

    Human rights does not exists for the Palestinian?.

    ReplyDelete
  2. Salam YG,

    TG nia X tipu cuma dia sembunyikan kebenaran...

    Yang merugikan parti & sekutu dia tak komen...

    ReplyDelete
  3. PaRtI PkR tu Ada LaMbAng mata satu sbb nak mengingatlan kita kejamnya ts rahim no.....norian mai

    ReplyDelete
  4. FATWA NIK NAJIS

    Yahudi tu dak pahe isle, tak po, nak buat lagu mana, bila dia pahe nanti pelan-pelan kita kutuk celako!! celako!! celako!!

    penuh dengan kepentingan dunia betul orang tua nie

    ReplyDelete
  5. kalu ikut ilmu tasauf sebenornya Nik Aziz dam ramai pemimpin PAS sudah terbelit oleh mainan sang iblis yg menghasut agar mereka pecah-belahkan ummah menggunakan agama dan politik . Iblis sedang ketawa mengilai ngilai atas kejayaan mereka . Bila fitnah dan kebencian sesama Islam sudah jadi makanan harian apa lagi yg lebih bagus bagi si iblis ...kebencian, penipuan , keeogaan , buruk sangka , keangkuhan ,dll bisa merosakkan iman dan menghapuskan amalan...habis segala amalan diganti dgn dosa2

    Maka berduyun2 lah yg akan ikut iblis ke neraka jahanam nanti .

    dalam kitab " belitan iblis" oleh Ibnu Qayyim byk kisah2 begini di selitkan dizaman dulu ..para ulamak islam hancus dimainkan iblis baik dari segi akidah mahupun kelakuan sperti jenayah dll .

    - pendamai -

    ReplyDelete
  6. NA akan ambil alih tugas2 Anwar apabila dia kantoi dan dipenjarakan. Tupasal dia tak kutuk Israel. Duit beb. Ulamak politk mesti kebas.

    ReplyDelete
  7. manusiakah nik ajis ni...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sahabat-sahabat semua dengan komen....

    Inilah gambarwajah sebenar ulama-ulama PAS ini....

    ReplyDelete
  9. Salam,

    1 Apakah Anwar agen Yahudi atau tidak, apakh Nik Aziz ulama oportunis politik pragmatik atau bukan, apakah memang Umno mentee kpd UPCO atau sebaliknya, semua tuduh-menuduh ini TIDAK lngsung mmberi apa2 makna & kesan yg dapat
    memadam kesengsaraan rakyat Palestin yg telah lebih 60 tahun dibiarkan sengsara sendiri tanpa dibela oleh mana2 satu, atau semua penguasa negeri2 umat lslam sedunia; yg juga sering tuduh-menuduh, tuding-menuding, berhelah & berdalih dlm mnghadapi musuh brsama umat lslam - Yahudi lsrael laknatullah. Kenapa? Sebab mreka smua pun tlah menelan umpan mainan intrik kufur, iaitu politk atas dasar assobiyyah negara-bangsa, yg disemai oleh kafir penjajah, khsanya ibu haram kpd lsrael - Britain, & bapa2 haramnya drp sluruh Barat, AS & PBB, agar Dunia lslam brbalah ssma sndiri sehngga isu bumi penuh karakah Palestin itu bukan isu ksepakatan & ukhuwah, tapi pemecah kkuatan ummah.

    2 Sbagaimana pnguasa2 Muslm sdunia brpecah & brbalah dlm isu Palestin sehngga Yahudi lsrael boleh berbuat apa saja sesukanya di bumi yg dibarkahi Allah itu, prisis itu juga yg kini sdang berlaku di bumi skangkang kera ini; Melayu brbalah, brpecah & brhntaman sesama sndiri, juga atas fahaman politk assobiyyah-pecah-belah, taksub kpd parti & wala' kpd para pemimpin yg bukan pun mnjunjung politk/ideologi lslam 'ala minhaj an-Nubuwwah [politik di atas method kenabian], sbaliknya ideologi kufur sekular-demokrasi warisan pnjajah, sehingga ditlanjangi kmuliaan & khormatan Melayu satu demi satu oleh musuh brsama mreka, iaitu 'yahudi2 kecil' yg tlah mnyusup masuk - atau bahkan dgn intrik penjajah juga - dibawa masuk olh Melayu ke dlm slimutnya. Lalu, jadilah Melayu yg berpecah & brbencian itu bak suami-isteri brbalah, lalu mnyimpan jalang di ranjangnya.

    3 Dmikian senario politik prpecahan umat lslam di sluruh Dunia lslam, sekaligus juga yg ada di sini. Hanya sja yg MASIH GAGAL disedari oleh umat ialah bahawa: malapetaka perpecahan yg mlemahkan mreka itu semata2 berakar drp menjunjung & melestarikan politik sekular-demokrasi yg tidak pernah brsumber drp kitab suci mereka - al-Quran, & tidak pernah brlaku di dalam as-Sunnah Nabi Muhamamd SAW, Rasul ikutan mreka. Walhal, itulah jalan politik & ideologi yg telah ditegakkan oleh Daulah Khilafah lslamiyyah pmpinan para khalifah yg trdahulu.

    4 Apakah umat lslam blum yakin kpd Daulah Khilafah sbgai yg disebut dlm hadits Nabi SAW, atau masih mahu mngharap kdp sistem sekular-demokrasi yg sbner2nya dicipta oleh kaum kuffr utk membunuh lslam & umatnya?

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq.

    ReplyDelete
  10. Teruknya pemimpin no wahid PAS ni.

    ReplyDelete
  11. ya allah...bukakan la pintu hati hamba-hambamu ini..

    ReplyDelete
  12. What the Israelis did was beyond the international law.

    What exactly did Hitler see in Jews back then?

    ReplyDelete
  13. Salam,

    1 Sdra Kenn, Hitler lebih jelas penglihatannya terhadap kekejian perilaku makhluk barnama Jews ini, dan kita tahu kempen Hitler utuk membasmi bangsa ini dari muka Bumi. Memang sangat ganas bunyinya. Namun, tentulah tidak demikian cara berfikir & bertindak Hitler terhadap Jews jika bangsa Yahudi ini ada perangai yg sikit hampir dgn perangai manusia waras, kerana mereka pun diberi kitab suci utk berperangai waras spt bangsa2 lain.

    2 Tapi sekarang, setelah jalan itu ditunjuki oleh Hitler, yg palng malang adalah: para pemimpin umat lslam yg diberi gambaran paling jelas tentang Yahudi/Bani lsrael oleh al-Quran mereka, tidak sebijak, malah jauh sekali dari seberaninya Hitler yang hanya bersendiraian sahaja; tak kiralah sama ada dia satu drp ranting eluminati atau bukan.

    3 Lihat sahaja bagaimana kerdil & longlainya mereka, para pemimpin umat lslam global ini, hingga kehilangan akal jernih bagaimana hendak berdepan dgn Yahudi ini, sekalipun jumlah mereka [para pemimpin umat lslam ini] sangat ramai.

    4 Mari kita peringatkan mereka [para pemimpin umat lslam ini] bahawa dgn apa yg mereka lakukan [berdiam diri], mereka sedang mengundang kehinaan & laknat drp Allah.

    Abufaiq

    ReplyDelete
  14. Terlalu sukar menyatakan kebenaran, semua yang dicakap untuk politik Pas sedarlah, buat kebenaran yang jelas dan nyata.Hidup perlu bersatu diantara umat islam di malaysia dan di dunia.

    ReplyDelete
  15. Sahabat-sahabat semua, terima kasih sangat dengan komen-komen yang penuh bererti bagi kawan serta masyarakat menilainya..... jangan biarkan diri kita terlalu mudah tersilap pandang dengan perwatakan yang warak, alim, sedangkan itulah adalah syaitan yang ingin merosakkan umat....

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..