Thursday, June 3, 2010

FELDA menggunakan Akta GSA 1960 untuk menindas para peneroka-Peguam Wan Rohaimi

Wan Rohaimi Wan Daud, kononya satu-satu peguam yang memenangi kes tuntutan 354 orang peneroka-peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memerintahkan Felda membayar gantirugi lebih RM11 juta oleh Mahkamah Tinggi, Kota Baharu telah mengadakan ceramah parti PAS pada 28 Mei 2010 lalu di Markas PAS Felda Keratong 4, Pahang.

Maka, banyaklah isu-isu yang dibangkitkan Rohaimi selain menyeru agar para peneroka Felda agar mengubah kerajaan UMNO-BN yang memerintah di Pahang kerana kerajaan yang ada tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat khususnya warga Felda.

Yang menarik perhatian apabila Rohaimi menyentuh FELDA menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas para peneroka.

Peneroka Felda telah ditekan, ditindas serta akan dibuang dari tanah rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda sebenarnya tiada kuasa berbuat demikian, selama 52 tahun Felda menggunakan Akta GSA 1060 ini untuk mengugut serta menakut-nakutkan para peneroka.

Kata Rohaimi lagi, secara sedar atau tidak, masyarakat peneroka-peneroka Felda telah disamun oleh Felda selama lebih 30 ke 40 tahun. Alayarham Tun Abdul Razak telah mengubah Akta GSA 1960 bagi memberi tanah kepada orang-orang Melayu yang tidak mempunyai tanah terutama dikawasan-kawasan luar bandar, tetapi hari ini anaknya Dato’ Sri Najib telah menjahanamkan misi tersebut.

Hampir 30 ribu peneroka yang masih tidak diberi geran tanah oleh Felda, sedangkan Felda tiada kena mengena dengan pemberian geran tanah kepada peneroka Felda.

Komen AYG ; Kenapa Peguam macam Wan Rohaimi ini tidak wujud 50 tahun dahulu, kalaulah Wan Rohaimi wujud lima puluh tahun dahulu, maka tidaklah rakyat khususnya bangsa Melayu yang menjadi peneroka-peneroka Felda tertindas, tertipu oleh agen UMNO macam FELDA sampai 50 tahun…….

Maka tidak perlulah orang Melayu yang tidak bertanah, yang merempat hidupnya, khususnya dari Kelantan, Kedah dan lain negeri datang ke Pahang untuk menyertai tanah rancangan Felda. Buat apa bersusahpayah, berebut-rebut, berduyun-duyun berhijrah ke Negeri Pahang semata-mata menghulurkan leher untuk ditindas, diugut, ditipu oleh Felda……. Bodoh sangatlah jadi manusia kalau sengaja membiarkan diri kena tipu….

Setahu kawan, tidak ada dikalangan masyarakat peneroka Felda yang hidup berterusan menderita kedaifan semenjak berhijrah ke tanah rancangan Felda di Pahang, kalau ada yang masih hidup dalam kedaifan, itu adalah salah diri sendiri tidak pandai atau tidak amanah mentadbir kehidupan keluarga…… malah tidak ada dari kalangan peneroka Felda yang layak menerima agihan wang kutipan zakat…. 100%.....

Berbalik kepada Akta GSA 1960 Tanah Berkelompok (Kawasan Penempatan Berkelompok) yang dibangkitkan peguam Rohaimi, kawan rasa sejak dari awal-awal lagi para peneroka yang ingin menyertai Felda sudah tahu akan Akta GSA 1960 ini.

Peneroka yang ditawarkan untuk menyertai tanah rancangan Felda telah diberi surat perjanjian syarat-syarat menjadi peneroka Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.

FELDA telah dilantik oleh Kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) satu-satunya agensi Kerajaan bagi menguruskan pembangunan tanah-tanah selaras dengan penubuhan Akta Tanah GSA 1960 bagi tujuan membangunkan tanah serta membasmi kemiskinan rakyat termiskin sehingga mereka boleh berdikari dari hasil-hasil tanah yang dibangunkan Felda.

Di bawah undang-undang atau Akta GSA 1960 ini, Felda adalah berhak menjadi pentadbir menggantikan Petadbir Tanah Daerah, dan ini telah digunapakai serta diseragamkan ke seluruh negeri yang terlibat dengan pembangunan tanah serta penempatan peneroka-peneroka Felda.

Kawan rasa para peneroka Felda dan lebih-lebih lagi lawyer atau bahasa Melayunya Peguam macam Wan Rohaimi lebih tahu bahawa setiap individu yang telah menyertai Felda sahaja yang layak menerima tanah kurnia dari mana-mana Kerajaan negeri di Malaysia ini sebanyak 10-15 ekar seorang.

Kebanyakkan Akta tanah dinegeri-negeri, rakyat atau anak negeri atau individu hanya layak diberi tanah kurnia dari kerajaan hanya sekadar 2-3 ekar sahaja mengikut ketetapan sesebuah kerajaan negeri.

Tetapi, bagi mana-mana rakyat yang telah menyertai Felda dibawah Akta GSA 1960, seseorang itu layak menerima tanah kurnia bergeran (surat hak milik) sebanyak 10-15 ekar seorang…… itulah bezanya…..

Peneroka Felda telah diberi tanah dan penempatan di bawah program yang telah termaktub di bawah Akta ini….. mengapa pula ada yang mendakwa meereka telah didiskriminasikan ?

Para peneroka itu sendiri telah memilih untuk menyertai tanah rancangan Felda dan sanggup dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Felda……..

Menyentuh tentang pemberian surat hak milik tanah, memangnya Felda tiada kuasa memberi surat hak milik, Felda akan mengusulkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan supaya diberi Surat Hak Milik mengikut Kanun Tanah Negara setelah peneroka-peneroka menyelesaikan bayaran kembali (BK) bagi kos pembangunan ladang dan rumah.

Bagaimanapun, syarat-syarat serta sekatan kepentingan tanah telah pun termaktub di dalam Akta Tanah GSA 1960 disamping syarat tidak boleh dipajak dan pindah milik tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Sehingga kini seramai 75,757 peneroka Felda di seluruh Malaysia telah menerima Surat Hak Milik Tanah yang telah menyelesaikan semua bayaran kembali (BK).

Mengapa para peneroka merasakan diri mereka ditindas, ditipu serta dibebankan oleh agensi Felda kalau mereka sendiri yang mahu keluar dari pengurusan Felda ? Mereka yang tidak mahu ladang-ladang mereka diuruskan oleh Felda, mereka yang sendirinya telah melanggar syarat serta perjanjian sebagai seorang peneroka Felda……

Siapa tipu siapa sekarang ? Siapa yang telah memungkiri janji ?

Tidakkah para peneroka boleh menyalurkan pelbagai masalah serta aduan melalui JKKR (Jawatankuasa Kemajuan Rancangan) yang ada…… Ketua-Ketua Blok yang dipilih oleh Ahli-Ahli Blok boleh menyuarakannya di dalam mesyuarat JKKR setiap bulan, mengapa perlu wujud lagi pertubuhan SEPAKAT yang kononnya untuk memperjuangkan nasib peneroka………..

Wakil-Wakil peneroka boleh terus mengadukan segala permasalahan dengan Kerajaan jika pihak pengurusan Felda tidak mengambil tindakan….

Janganlah kerana idelogi politik kita telah berpaling kepada pembangkang, maka segala kebajikan yang telah dibuat oleh Felda untuk kita diketepikan begitu sahaja…. Semuanya buruk belaka, renung-renunglah kembali bagaimana keadaan kita, keluarga kita sebelum diterima menjadi PENEROKA FELDA…..

Bersyukurlah….. berterima kasihlah kepada yang telah menghulurkan bantuan kepada kita…..




12 comments:

  1. jawapan kepada komen saudara pada artikel di blog saya:
    kerana jujurlah maka lahirnya luahan ini....jika x jujur maka lebih senang untuk memilih berdiam diri melihat kepincangan negara......menyediakan kemudahan itu adalah tanggungjawab pemerintah even kalau komunis yang memerintah mereka akan meyediakan menda yang sama...itu asas..tapi di sini aku membincangkan soal perim pentingnya kita menilai kembali tahap demokrasi yang hidup dalam sistem pendidikan kita..maka inilah hakikatnya yang x dapay dipertikaikan lagi.....segala yang baik kita sookong tapi yang x kita sebut agar diperbaiki...kalu x mahu kita akan ubah....

    ReplyDelete
  2. Agaknya ada tak yang sanggup saman sesuatu agensi atau jabatan kerana pembangkang yang menjadi pegawai kerajaan menganiaya rakyat..?

    ReplyDelete
  3. Ahmad Tajuddin, terima kasih... kawan dah jawab dlm blog tuan...

    CCZ, andaikata komunis Ching Peng yg menjadi pemerintah selepas merdeka, adakah puak-puak ini hendak fikirkan perancangan macam agensi Felda untuk membangunkan tarah hidup rakyat khusus bangsa Melayu ? Kawan rasa tidak mungkin...

    ReplyDelete
  4. Salam YG,

    Kalau tak menghasut tak sah mereka ni. Misi hidup dan mati nak menjahanamkan Bangsa sendiri. Yang Baik dari BN dan Najib tidak pula langsung disentuh.

    Selagi tak hancur bangsa sendiri di tanah air sendiri mereka ni tak akan berhenti.

    Saya hairan macam mana orang busuk hati macam ni boleh tidur lena tiap malam.

    ReplyDelete
  5. Kalau DAP tadbir Malaysia, entah apa penindasan ke atas orang Melayu yang akan dibuat mereka?

    Act against Israel terrorist.

    ReplyDelete
  6. Kini peranan JKKR untuk menyelesaikan masalah peneroka tidak berapa berkesan.Banyak masalah tidak dibawa kepihak atasan Felda.Dalam mesyuarat JKKR rancangan dan wilayah pun tidak dibangkitkan. Contoh paling ketara adalah tentang peratusan perahan minyak yang rata-rata peneroka tidak menyetujuinya.
    Bolih dikatakan masalah lain juga tidak diambil perhatian olih Felda iaitu masalah generasi kedua Felda.

    ReplyDelete
  7. Melayuangkat, Wake UP, terima kasih dengan sokongan anda.....

    Lompinlai, tidak dinafikan ada sesetengah JKKR tidak memaikan peranan untuk menyelesaikan masalah.... bukankah ahli-ahli Blok boleh mengadakan mesyuarat blok bersama pengurusan Felda, ahli-ahli blok boleh menyuarakan buakan sahaja di peringkat pengurusan malah ke peringkat atasan Felda.... Kawan pernah beberapakali menyelesaikan pelbagai masalah yang berhubung dengan masyarakat bersama JKKR dan Ketua UMNO sehingga bertemu Perdana Menteri...... semua diselesaikan, tidak perlu nak berdemo atau mengambil tindakan-tindakan yang merugikan diri sendiri....

    ReplyDelete
  8. dalam menyampaikan maklumat,pada aku UMNO n adun keratong n wilayah pahang selatan pasif,pd diorang janji diaorang kenyang dah cukup.Dan diaorang yakin walau diorang tidur sekalipun,PRU akan datang takkan goncangnye la.Jadi aku harap agar anasir2 ini dibersihkan dan kembalikan maruah UMNO.

    ReplyDelete
  9. SLM BRO...BILA ADA ORG LUAR YG CUBA NAK MERACUN PEMIKIRAN WARGA FELDA DGN BERMCM2 CARA SEMATA2 NK MENGAGALKAN USAHA MURNI KERAJAAN, MMG PATUT DI HALAU JEK!. SAJE NAK TUTUP PERIUK NASI ORG LA TU...HARKK PTUIHH!

    ReplyDelete
  10. SALAM SEJAHTERA...
    AKU PUN NAK TUMPANG KOMEN SIKIT PASAL PENEROKA FELDA NI. AKU NI PUN ANAK PENEROKA,HAMPIR SEMUA ADIK BERADIK AKU BERJAYA KE MENARA GADING ATAS USAHA BAPA AKU SEBAGAI PENEROKA FELDA.
    PENEROKA FELDA YANG TERMAKAN HASUTAN PIHAK LUAR ADALAH DARI GOLONGAN YANG TIDAK JUJUR DAN PADA DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN TIDAK AMANAH YANG MEREKA SENDIRI JANJIKAN.
    1. MEREKA TIDAK SEDAR ASAL USUL DIA ORANG MULA-MULA BERSETUJU MENYERTAI FELDA SEBAGAI PENEROKA.
    2. MEREKA SENDIRI TELAH LUPA TANDATANGAN MEMPERSETUJUI SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN APABILA MENJADI PENEROKA FELDA.
    3. RAMAI YANG MENJUAL HASIL GETAH DAN KELAPA SAWIT KEPADA PIHAK LUAR TANPA RASA MALU KERANA NAK CEPAT KAYA. MALAH LEBIH SEDIH LAGI BAJA YANG DIBEKALKAN PUN SANGGUP DIJUAL KEPADA PIHAK LUAR. DAN HASIL BEGITU BOLEH DIKATA HARAM UNTUK MEMBESARKAN ANAK DAN RUMAHTANGGA.
    4. BILA HASIL DIJUAL KEPADA PIHAK LUAR, HUTANG MEREKA TIDAK DAPAT DIJELASKAN MENGIKUT PERJANJIAN. SEANDAINYA PENEROKA-PENEROKA YANG TIDAK PUAS HATI INI BERHUTANG DENGAN BANK DAN TIDAK DAPAT MELUNASKAN HUTANG-HUTANG MEREKA, APAKAH MEREKA MASIH DAPAT MENDIAMI RUMAH YANG DISEDIAKAN SERTA DAPAT MENGUTIP HASIL GETAH ATAU SAWIT DI LADANG MEREKA? FIKIR-FIKIRKANLAH!!
    5. TAMBAH MALANG LAGI MEREKA INI DARI GOLONGAN PEMALAS. APA TIDAKNYA, BARU JADI PENEROKA DAH ANGGAP DIRI MEREKA MACAM TAUKE (KATA ORANG CINA). MALAS NAK KE LADANG MEMUNGUT HASIL SAWIT HANYA 2 KALI SEBULAN. TUGAS TU SANGGUP DIBERI KEPADA ORANG LAIN YANG BUAT. MEREKA DUDUK GOYANG KAKI DI RUMAH. BILA MENGUPAH ORANG LAIN BUAT KERJA TU, TENTU HASIL TERPAKSA DIBAHAGI-BAHAGI.

    SECARA IKHLAS..YANG UNTUNG ADALAH PEGUAM YANG DILANTIK OLEH KUMPULAN MEREKA. JIKA SEORANG PENEROKA MEMBAYAR (KIRAAN MINIMA) RM100 SEORANG X 1,000 PENEROKA DAN BERAPA AGAKNYA PEGUAM TU DAPAT? SEDANGKAN PEGUAM TU TAHU MEREKA TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA KERANA PENEROKA TERIKAT DENGAN SYARAT-SYARAT YANG TELAH DIPERSETUJUI SEBELUM BERGELAR PENEROKA.
    PIHAK PENGASUT TAHU MEREKA JUGA AKAN DAPAT UNTUNG KERANA KONONNYA MEREKALAH HERO DAN JUARA PENEROKA. YANG RUGINYA PENEROKA HANYA BERANGAN-ANGAN HINGGA MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR MENUNTUT HAK MEREKA YANG DIKATAKAN DITIPU OLEH KERAJAAN.

    LIHAT AJA PULAU PINANG, BARU BEBERAPA HARI DIPERINTAH OLEH DAP. WARUNG MELAYU HABIS DITEBAS TANPA BELAS KESIAN. APA AKAN JADI JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA? SANGGUP KAH PENEROKA-PENEROKA INI MELIHAT ANAK CUCU MEREKA MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI? CUBA FIKIR-FIKIRKAN, JANGAN MUDAH MELATAH BILA KITA DIHASUT. CARILAH KEBENARAN DENGAN BERMESYUARAT DAN BERBINCANG SESAMA PENGHUNI BLOG DAN BAWA USUL KE PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.
    MAAFLAH JIKA LUAHAN INI MENYINGGUNG PERASAAN MEREKA-MEREKA BERKENAAN. AKU LUAHKAN INI PUN KERANA AKU ANAK PENEROKA DAN AKU BERBANGGA MENJADI ANAK PENEROKA DAN BERTERIMA KASIH KEPADA IBU DAN BAPA AKU YANG SANGGUP BERKORBAN TENAGA UNTUK MEMBESARKAN ANAK-ANAKNYA SEHINGGA BERJAYA.

    ReplyDelete
  11. umno tipu peneroka felda? penipu sungguh lahanat ni. tapi biasalah peguam mesti pandai putar belit.tengoklah idola mereka kapal singh.anwar meliwat tapi dipusing kes seolah anuar pula yang kena liwat.

    betul ckp yggambi, peneroka yang miskin sekarang adalah mereka yang tidak pandai mengurus kewangan keluarga. yang hanya tahu bersuka sukaan apabila mendapat duit.

    cuba lihat, berapa banyak penagih dadah dikalangan anak peneroka felda? itu tak masuk kes rogol anak sendiri, judi dan maksiat.

    masalah sebenarnya berpunca dari diri peneroka itu sendiri. bukannya dari orang lain. puak pembangkang didalam felda ini kebanyakkannya diimport dari negeri tok guru. merekalah yang membawa fahaman nazi pas kepada golongan felda.

    golongan felda perlu insaf bahawa segala kemewahan yang mereka dapat sekarang bukanlah sumbangan puak pas. malah mereka juga tidak akan dapat kesenangan sekiranya mereka sendiri MALAS.

    Ingat puak pas hanya mahu menghancurkan perpaduan ummah.

    ReplyDelete
  12. G2, Jeffry, Anak Peneroka dan YB Raz, terima kasih di atas sokongan tuan-tuan......

    Para peneroka perlu lebih banyak berfikir dan merenungi segala kebajikan yang telah dihulurkan oleh Felda... jangan keterlaluan menafikannya, konon nak lari dari mulut buaya, termasuk mulut harimau pulak...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..