Kehidupan masyarakat Orang Asli di negara ini akan lebih baik dan terbela jika pakatan PAS-PKR-DAP diberikan peluang untuk memerintah, begitulah kata-kata hikmat dari Balasubramaniam, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pahang, sebelum ini pernah mendakwa pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW………
Si Bala mendakwa rakyat yang berada di bawah pemerintahan pakatan PAS-PKR-DAP telah lama menikmati suasana kehidupan yang lebih selesa, lebih baik kerana dasar pemerintahan yang adil.
Tertarik dengan kata-kata manis si Bala itulah maka Sidek a/l Wahab, seorang daripada masyarakat Orang Asli Kampung Paya Badak, Temerloh menyerahkan borang untuk menyertai kelab penyokong PAS Pahang. KLIK
YG ; kawan rasa dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Malaysia, khusus di Pahang sudah ramai yang cerdik pandai, sudah ada yang menjadi jutawan, usahawan, berjawatan tinggi dalm kerajaan akan lebih menilai apa yang telah kerajaan UMNO-BN lakukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli.

Berpuluh tahun kerajaan UMNO-BN merancang serta melaksanakan program-program untuk mengubah cara kehidupan, adat resam, masyarakat orang Asli dalam Negara. Tidak kurang juga berusaha membangunkan sistem pendidikan anak-anak masyarakat orang Asli dengan pelbagai bantuan secara percuma sama ada dari segi pakaian seragam sekolah, alat tulis, pengangkutan, tempat kediaman, makanan percuma dan lain-lain lagi, semuanya percuma…..
Kepimpinan kerajaan UMNO-BN tahu, hanya melalui program pendidikan serta ilmu kepada generasi orang Asli sahaja dapat mengubah cara hidup, cara berfikir untuk memajukan mereka.
Tidak kurang juga dengan pembangunan Rancangan Penempatan Semula untuk membangunkan perkampungan-perkampungan orang Asli yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, semuanya secara percuma.
Dari segi ekonomi, masyarakat orang Asli juga tidak ketinggalan dibangunkan dengan tanah-tanah rancangan Felcra, Risda dan tidak kurang juga yang telah ditawarkan untuk menyertai tanah-tanah rancangan Felda di Pahang.
Masyarakat orang Asli juga tidak ketinggalan menerima bantuan memiliki saham ASB secara percuma, kalau ditempat kawan, lihat sahajalah beratus-ratus orang memenuhi bank-bank tempatan setiap awal tahun untuk menerima dividen.
Tidak dinafikan juga, kalau ada yang masih ketinggalan, kekadang kita kena berfikir juga kenapa ada yang masih tidak mahu atau malu untuk mengubah cara hidup mereka, tidak dinafikan juga ada yang lebih suka kepada cara hidup lama………..
Apa yang jelas kelihatan pendakyah-pendakyah PKR-PAS-DAP begitu mudah masuk ke perkampungan Masyarakat Orang Asli yang telah dimajukan oleh Kerajaan UMNO-BN untuk menjalankan agenda menghasut, tetapi tidak pun menjengah mereka di kawasan-kawasan pendalaman.
Apa nak kata, sudah memang itulah kerja-kerja puak-puak pembangkang……………