Saturday, December 11, 2010

Kerajaan UMNO-BN memperuntukan RM210j untuk pembangunan kemahiran FELDA


Datuk Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

AYG ; cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……

Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

Friday, December 10, 2010

Saman balak-bila kena batang hidung sendiri, PAS banyak berdalih


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mendakwa laporan akhbar Utusan Malaysia tidak beretika apabila meletakkan kesalahan kepada Kerajaan PAS Terengganu kerana cuai sehingga disaman RM1 bilion oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd

Begitulah yang boleh diperkatakan juak-juak PAS bila terkena batang hidung sendiri…… dah puas membelasah balak, hasilnya entah ke mana, mulalah hendak menyalahkan kerajaan UMNO-BN…

Cerita ini samalah juga dengan cerita Kerajaan PAS Kelantan yang diperintah membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian oleh Mahkamah Tinggi Kota Baru awal tahun ini.

PAS juga mendakwa kes ini adalah mewarisi pentadbiran Kerajaan UMNO-BN………

Tidak ada pun juak-juak PAS mengakui mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, perlu bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman menyaman……..


Thursday, December 9, 2010

ANAK gunakan bapak tiri heret peneroka saman FELDA

Dilaporkan Anwar Ibrahim akan mengadakan himpunan peneroka-peneroka Felda di Bera, Pahang pada 17 Disember ini sebagai memulakan kempen supaya para peneroka menyaman Felda.

Mazlan Aliman-ANAK yang terasa kegiatannya tergugat dengan kewujudan ‘BAPAK’, nampaknya terpaksa menggunakan Anwar ‘pakar liwat’ sebagai pesiapan meraih sokongan para peneroka Felda dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

ANAK juga akan berganding bahu dengan ‘alumni kakitangan Felda’ yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan hasutan terhadap para peneroka supaya mengadakan saman besar-besaran ke atas Felda.

Tuntutan pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 dan perahan minyak sawit dinaikkan kepada 23 % daripada 18-19 % dijadikan isu utama dalam gerakan menghasut para peneroka untuk menyaman Felda.

Tidak dapat tanduk, teliga tetap mahu dipulas, begitulah peranan Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat untuk memenuhi cita-cita politiknya…..

Kononnya ANAK adalah sebuah pertubuhan NGO yang bukan sahaja agresif menuntut hak-hak peneroka Felda, juga kepada peserta tanah-tanah rancangan lain seperti Felcra dan Risda yang lebih kepada bermotifkan politik PAS untuk menghuruharakan rakyat.

Biasalah, inilah kerja pembangkang, kalau tidak nanti mana hendak cari penyokong……..

Hendak dikatakan para peneroka Felda hidup susah, tidak juga, ada yang lebih 30 tahun menjadi peneroka, malah semakin hari semakin menyerlah kesenangan yang mereka kecapi….. tidak ada seorang pun yang hidup merempat sampai masuk rancangan TV3 ‘Bersamamu’…..

Harga gula naik 20 sen sekilo, hebuh buat demonstrasi macam orang hilang akal, padahal dalam sebulan ada yang tidak lebih 10 kilo je membeli gula…. Tapi kenapa tidak ada yang terlalak terlolong bila harga getah lantun melambung sampai RM6-7 sekilo, harga sawit mencecah RM600 ke RM700 satu tan…….

Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampung, berapa pendapatan mereka sehari/sebulan jika hendak dibandingkan dengan kenaikan harga gula 20 sen….

Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampong, bagaimana kerajaan membantu anak-anak mereka yang bersekolah…. malah ada yang semuanya diberi percuma….

Jumud sangatlah pemikiran para peneroka Felda jika masih tidak dapat menilai apa yang telah mereka kecapi melalui Felda dan Kerajaan UMNO-BN…..

Monday, November 29, 2010

Wan Azizah & Nik Aziz-Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk hapuskan konsep ‘ketuanan Melayu’ ?


Tiada cara lagi Wan Azizah untuk mengembalikan keyakinan ahli-ahli serta penyokong PKR kepada Anwar Ibrahim, sehingga terkeluar ungkapan suaminya adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini.

Tidak ketinggalan juga Nik Aziz yang baru balik dari Mekah, turut menyifatkan Anwar, seumpama pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.” (rujuk di sini)

Wan Azizah juga berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. (rujuk di sini)

AYG ; sebab itulah agaknya Anwar sehingga sekarang tidak dimakbulkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia……

Sesungguhnya Allah juga telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia perlbagai pertunjuk segala kemungkaran Anwar, pengkhianatan Anwar kepada bangsa, agama dan tanah air…




Sampai bila Wan Azizah sanggup menipu diri sendiri, menipu masyarakat yang jumud pemikiran sehingga meletakkan martabat sebegitu tinggi terhadap Anwar ?

Wan Azizah juga sanggup bersubahat, walau pun tahu Anwar serta kuncu-kuncunya terlalu banyak melakukan kemungkaran dan korupsi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Wan Azizah tahu apa siapa sebenarnya Anwar yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi, tetapi dia tidak berani menyatakan yang benar.

Begitu juga dengan Nik Aziz, selaku tok guru dia sanggup berbohong kepada rakyat semata-mata hendak menjaga kepentingan politik sehingga menafikan bahwa selama ini Anwar telah menggadai kepentingan bangsa dan agama.

Nik Aziz tahu, bagaimana Anwar mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri serta strateginya untuk menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah.

Tidakkah kita semua berfikir, sejak dari sebelum dan selepas merdeka, Malaysia telah “dianugerahkan Allah” kepimpinan yang begitu bijak, bertolerasi, berkeperhatinan mengatur kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara khususnya bagi bangsa Melayu-Bumiputera yang sama-sama berganding bahu dengan kaum-kaum lain.

Kerana terlalu taksyub untuk mengembalikan sokongan masyarakat terhadap Anwar, maka Wan Azizah juga sanggup memutarbelitkan atau sengaja menyempitkan akan maksud ‘ketuanan Melayu’ sehigga menyarankan agar orang Melayu wajib meninggalkannya.

Apakah Wan Azizah memikirkan ‘konsep ketuanan Melayu’ itu hanya terletak kepada panggilan ‘tuan’ bagi setiap orang Melayu ?

Tidakkah ‘ketuanan Melayu’ itu meletakkan kepada ‘kuasa Melayu’ yang menerajui pemerintahan Negara, juga meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai penaung pemerintahan Negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apakah menjadi kesalahan atau satu dosa bagi bangsa Melayu-Bumiputera mempertahankan ‘kuasa Melayu’ untuk terus menerajui Negara untuk memertabatkan bangsa, agama serta tanah air sendiri tanpa meminggirkan hak kaum-kaum lain ?

Wan Azizah pandai berkata, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain, tetapi Wan Azizah lupa kalau ‘kuasa Melayu’ itu lenyap, di mana letaknya maruah diri bangsa Melayu itu.

Tidak hairanlah kalau Nik Aziz yang sudah sekian lama berkawan dengan syaitan juga akan memberi pandangan yang serupa dengan Wan Azizah bahwa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’, sehingga menyarankan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ itu wajib dihapuskan…

Firman Allah dalam Surah Yaa Siin ayat ke 62, yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ?”……………….




Thursday, November 25, 2010

Ulama dipenjara, lakukan hubungan seks dengan gadis 12 tahun


Mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukum empat tahun penjara terhadap seorang ulama kaya kerana kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis 12 tahun, yang dijadikan sebagai isteri tidak rasmi.

Ulama kaya Pujiono Cahyo Widiyanto, 45, dari bandar Labuan, Jawa Tengah, telah mencetuskan kontroversi apabila ia menikahi Lutfiana Ulfa yang ketika itu berumur 12 tahun dalam satu upacara pernikahan yang tidak rasmi pada bulan Ogos, 2008. (rujuk di sini)

Mengikut undang-undang pernikahan bagi umat Islam di Indonesia adalah seorang perempuan mesti berumur 16 tahun dan laki-laki 18 tahun.

AYG ; Imam Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja”.

Inilah yang dikatakan betapa bahayanya manusia kalau sudah tertipu dengan ilmu, sehingga orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya sendiri…...

Imam Ghazali berkata, “Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya”.

Inilah Ulama yang tertipu atau ingin menipu……….

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud, “Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”.

Begitulah kalau ada golongan yang mengaku ulama, menyamar ulama yang mengamalkan ilmu mereka semata-mata bukan untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama, sehingga kebanyakan masyarakat berasa kagum dengan mereka.

Golongan jahat ini sentiasa menghiaskan diri dengan penampilan ulama hanya dari segi zahir sahaja, sehingga ada yang sanggup bersahabat dengan syaitan………

Golongan ini juga sering mendakwa segala apa yang mereka lakukan kononnya untuk kepentingan agama, sedangkan mereka lebih memuliakan orang-orang kafir semata-mata untuk mendapat kelazatan dunia serta sanggup menghalalkan apa yang pernah mereka haramkan……

Golongan ini juga terlalu bongkak, takbur, riak serta amat menbenci sesama Islam…. Hati-hatilah dengan golongan macam ini….

Wednesday, November 24, 2010

FELDA-kalau ‘BAPAK’ dikatakan hanya gimik UMNO, ‘ANAK’ pula tali barut PAS…..


Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat merasakan kedudukan ANAK begitu terancam sehingga mendakwa penubuhan ‘BAPAK’ (Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan) di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) tidak lebih dari 'gimik politik' UMNO untuk menutup kelemahan FELDA. HarakahDaily

Kalau kita perhatikan, penubuhan ANAK oleh Mazlan Aliman tidak lebih dari tali barut PAS yang kononnya untuk membantu mengatasi permasalahan peneroka-peneroka FELDA, tetapi lebih merangsang kepada warga peneroka dengan hasutan-hasutan agar warga peneroka membenci FELDA, membenci Kerajaan BN dan seterusnya membenci UMNO…..

ANAK kononnya sebuah badan NGO untuk membela nasib warga peneroka yang dikatakan telah dinafikan hak-hak mereka oleh FELDA, hakikat sebenarnya ANAK yang telah menafikan segala apa yang telah diperuntukkan oleh FELDA untuk menjaga kebajikan warga peneroka.

Kerana apa ? Kerana matlamat utama PAS mewujudkan ANAK yang diberi peruntukkan jutaan ringgit, semata-mata untuk memecahbelahkan sokongan warga peneroka kepada UMNO.

PAS-pakatan rakyat tahu, FELDA adalah kubu kuat UMNO-BN yang telah menafikan mereka memerintah Negara dalam PRU ke 12 yang lalu.

Kalau tidak, masakan ANAK begitu mengaruk bukan sahaja dalam masyarakat FELDA, Felcra dan Risda juga tidak terkecuali menjadi mangsa bagi PAS-pakatan rakyat menghasut warganya…

Kalaulah ANAK benar-benar hendak membela nasib rakyat, mengapa membisu seribu bahasa bila kerajaan PAS Kelantan menipu rakyat dengan janji-janji ‘Ladang Rakyat’ ?

Kalau ‘BAPAK’ dikatakan gimik UMNO, ada juga kewajarannya, kerana UMNO selama ini yang merancang untuk mewujudkan FELDA, maka apa salahnya kalau UMNO memenopoli ‘BAPAK’ semata-mata untuk mempertingkatkan lagi kesejahteraan warga FELDA….

Wajar sangatlah kalau BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail itu dapat membantu menangani segala permasalahan warga peneroka dari segi kebajikan dan pendidikan yang lebih berkesan supaya warga peneroka tidak tersalah tempat menyalurkan maklumat.

BAPAK bakal memberikan faedah kepada semua warga FELDA bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di kalangan warga FELDA tanpa dikenakan bayaran perkhidmatan, tanpa dikenakan kutipan derma tabung jihad pun…….

Thursday, November 18, 2010

PAS tak akan naiki kapal bocor, tetapi akan tenggelam bersama DAP-PKR

UMNO macam orang yang ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’, apabila keangkuan PAS semakin menyerlah walau pun sedar kekuatan PAS sekadar membantu kekuatan DAP…….

Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dengan sombongnya menyatakan “PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam” sebagai membidas pelawaan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan agar menyertai BN. (klik di sini)

Namun Idris tanpa segan silu mengharap ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu Islam bersama-sama dengan PAS……. Macam mana Hadi Awang jugalah, sudah mula berani menyebut perkataan orang ‘Melayu Islam’……….

Sikap keangkuhan PAS itu menyebabkan mereka lupa agaknya bahawa PAS sudah berada dalam kapal PKR yang bukan sahaja bocor, tetapi sudah hampir karam dan menyebabkan kapal DAP juga senget……

PAS sebenarnya sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi…….. bukannya UMNO…….

Tetapi, kerana bongkak, angkuh, riak dan takbur adalah sifat-sifat sebahagian besar kepimpinan PAS, maka kelemahan sendiri tidak akan pernah diakui…

PKR, kononnya parti yang menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat dilihat semakin kucar kacir apabila ahli-ahli PKR sendiri merasakan tiada keadilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti… keadilan hanya ada pada nama sahaja.

PAS hanya menumpang keangkuhan DAP dengan sikap rasisnya yang menguasai kaum-kaum DAP, itu pun kerana PAS sudah sanggup melacurkan dasar-dasar perjuangan mereka, kalau tidak PAS sudah lama tenggelam begitu sahaja….

PAS sanggup melacurkan dasar-dasar perjuanag PAS semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu melalui DAP, itulah hakikatnya…..

Sedangkan DAP ternyata sebuah parti tidak akan berganjak dengan ideologi mereka untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu-Bumiputera serta penubuhan sebuah negara Islam.

Kerana kepentingan perut sebahagian kepimpinan PAS yang rakus, perjuangan mahu menubuhkan Negara Islam hari ini sudah pun digugurkan begitu sahaja……

Kalau PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, mengapa PAS sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk bersekongkol dengan DAP ?

Mengapa PAS tidak boleh terus berjuang ke arah menubuhkan Negara Islam bersama UMNO ?

Sebenarnya, sebahagian besar ulama-ulama yang ada di dalam PAS juga tidak selesa dengan sikap sesetengah kepimpinan PAS yang rakus dan sanggup mengorbankan dasar perjuangan mereka sejak bersama dengan DAP.

Melayu PAS perlu sedar, DAP adalah parti serpihan PAP Singapura yang dilihat semakin kurang ajar membangkitkan isu-isu agama dan kontrak sosial kerana mendapat sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang ada dalam PAS dan PKR.

Melayu PAS perlu sedar, bagaimana DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu melalui sokongan padu PAS. DAP terlalu mengimpikan kerusi Perdana Menteri itu menjadi hak milik mereka serta akan menggubal Perlembagaan Negara untuk menghapuskan kontrak sosial yang telah termaktub di dalamnya.

PAS juga akan berkubur dan tenggelam kerana sikap hipokrit kepimpinan PAS itu sendiri yang berterusan mahu bersekongkol dengan DAP untuk membantu menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera……..

Renung-renungkanlah Orang Melayu-Bumiputera, kita wajib pertahankan kuasa kita di tanahair tercinta ini………..

Tuesday, November 16, 2010

Bapa 11 anak dibuang kerja selepas dipenjara-Bersimpati, tetapi satu pengajaran buat pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia

Seorang ibu yang mempunyai 11 orang anak di Negara Singapura yang kini buntu memikirkan nasib diri dan masa depan keluarganya apabila mendapat tahu bahawa suaminya telah dibuang kerja selepas dijatuhkan hukuman penjara. (rujuk di sini)

Suami, ibu kepada 11 anak ini dikatakan telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 hari kerana gagal membayar saman sebanyak $2,500 di atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya Singapura.

Si suami ini, seorang pekerja penghantar surat, adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga tersebut, juga telah diharamkan memandu semua jenis kenderaan selama 18 bulan bermula 10 November yang lalu.

AYG ; agak-agaklah…. Macam mana kalau kisah itu berlaku di Malaysia ?

AYG rasa, paling tidak pun berduyun-duyunlah peguambela, pembela hak asasi manusia atau parti-parti politik datang membuat bantahan kepada kerajaan Malaysia… lebih-lebih lagi dari ‘pakatan rakyat’ mungkin….

Kekadang ada baiknya juga kalau ketegasan undang-undang jalan raya di Malaysia diperaktikkan sebegitu untuk memberi pengajaran kepada pemandu/penunggang kenderaan bermotor agar lebih berhati-hati, bertanggungjawab serta berdisiplin………..

Tapi, janganlah pula ada yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan politik jika Malaysia bersikap tegas macam di Negara Singapura…..

Monday, November 15, 2010

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ?

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.(klik di sini)

AYG : Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu……

PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu.

Kalau hendak dikatakan PAS memperjuangkan agama Islam, kita dapat melihat sendiri sejauh mana pernanan PAS sekarang semenjak bersekongkol dengan DAP dan PKR….

Kalau setakat hanya membuat demonstrasi membantah tanyangan filem-filem gay, persembahan muzik gay sahaja, lebih baik tak payah……

Semua orang tahu, DAP dan PKR sampai bila-bila tidak akan menerima perjuangan Islam PAS, malah PAS juga sudah tunduk dan akur apabila bersedia tidak akan mewujudkan sebuah Negara Islam tulen…..

Islam PAS hanya dilihat dari bentuk luarannya sahaja, hakikat sebenarnya PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang begitu ghairah hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan landasan perjuangan Islam sebenar.

Kita lihat sahajalah bagaimana PAS memerintah negeri Kelantan, 20 tahun sebagai pemerintah, kalau hendak dikatakan membela nasib bangsa Melayu-Bumiputera, mengapa masih ramai rakyat Kelantan masih hidup dalam keadaan daif……

Kalau hendak dikatakan PAS telah membawa ciri-ciri pemerintahan Islam, mengapa maksiat dan perbuatan keji masih berleluasa berlaku di negeri Kelantan……. Undang-undang Hudud PAS masih tergantung walau pun telah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Kelantan sejak 1993….

Kalau PAS benar-benar sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu-Bumiputera, sudah tentu nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Kelantan telah berubah dan sekiranya PAS berjaya menerapkan nilai-nilai Islam, maka maksiat juga tidak akan berleluasa di Kelantan.

Apa yang ternyata PAS sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif yang terbaik bagi orang Melayu-Bumiputera………..

Selagi maki hamun dan sumpah seranah yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS setiap kali berceramah…... tak payahlah bermimpikan untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu-Bumiputera……

Apa yang orang Melayu-Bumiputera boleh harapkan PAS sebagai parti yang boleh meneruskan perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan Negara selagi PAS berterusan tunduk serta menjadi boneka dalam pakatan DAP dan PKR.

Sebagai orang Melayu-Bumiputera yang tidak jumud serta berpendidikan wajib membuat penilaian yang terbaik untuk memilih PAS sebagai parti pilihan mereka…..

Apa yang terbaik, PAS perlu memikirkan untuk bersatu bersama-sama UMNO untuk mendapatkan sokongan padu orang-orang Melayu-Bumiputera…….

Saturday, November 13, 2010

Kerana perbezaan politik-103 mangsa banjir dihalau dari pusat penempatan banjir


Bagaimana perasaan anda bila melihat wajah-wajah anak-anak yang terlibat dengan bencana banjir dalam gambar di atas ?

Bagaimana pula perasaannya jika ibubapa atau keluarga mereka diusir keluar dari tempat perlindungan seperti yang dilaporkan dalam Kosmo semalam…….

Kalau benarlah seperti yang dilaporkan, tidak kiralah dari pihak parti mana sekali pun, tidak salah kalau dikatakan mereka yang melakukan pengusiran itu adalah dari kalangan manusia yang tidak berhati perut…..

Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir seramai 103 orang dari 27 keluarga telah dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat Alor Star.

Mangsa banjir yang malang ini dikatakan hanya diberikan tempoh lima minit untuk berpindah ke satu lagi pusat pemindahan sementara yang terdapat di Sekolah Menengah Alor Janggus melalui pembesar suara oleh salah seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat.

Salah seorang mangsa mendakwa, mereka ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor, tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa memberi pelbagai alasan.

Manusia ini juga dikatakan begitu mudah nmemberi barangan keperluan mangsa kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak persoalan….sedangkan mangsa-mangsa kezaliaman ini juga adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.

Entahlah….. dunia akhir zaman agaknya…. Masih ada juga manusia yang berfikiran tidak bertamadun dalam keadaan orang lain yang memerlukan pertolongan….

Agak-agak anda, macama mana kalau golongan ini memerintah Negara ? Sudah tentulah ramai rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka akan tertindas, teranianya….

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa meringankan sebuah kesusahan (kesedihan) seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahan-nya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang yang dalam keadaan sulit, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seseorang, Allah pun akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba tersebut menolong saudaranya”.


Friday, November 12, 2010

Jawapan untuk SU Politik Menteri Besar Kelantan, 5 perkara yang menyebabkan PAS kalah di Galas


Sebagai membalas artikel tulisan Wan Nik Wan Yusof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dalam web tranungkite.net, yang mendakwa kekalahan calon PAS adalah disebabkan taktik-taktik kotor yang dijalankan UMNO ketika berkempen dalam PRK DUN Galas.

Beginilah perangai juak-juak PAS setiap kali menerima kekalahan dalam pilihan raya, macam-macamlah tomahan dan fitnah yang dilemparkan, dan UMNO tetap menjadi sasaran, seolah-olah PAS-pakatan tiada kelemahan serta kepincangan langsung.

PAS, menjunamkan segala keburukan kepada UMNO, begitu juga PKR dan DAP lagilah pulak… semuanya menuding jari kepada UMNO.

Kenapa DAP dan PKR tidak sedikit pun menyentuh keburukan MCA dan MIC sepanjang kempen di Galas ?

Yang terbaru, tok guru Nik Aziz dikatakan curiga dengan peratusan keluar mengundi yang mencapai 83%, agak luar biasa, sedangkan kebanyakan pusat-pusat mengundi berada di kawasan pedalaman Kelantan.

Dakwaan kononnya UMNO-BN memperalatkan semua agensi-agensi kerajaan hanyalah sekadar untuk menafikan kemenangan BN sahaja tanpa menilai bahawa rakyat Galas sudah mula sedar segala penyelewengan PAS sebagai kerajaan yang memerintah di Kelantan.

Kalau benar itu penyebabnya, mengapa PAS-pakatan boleh menang di lain-lain PRK sebelum ini, mengapa tidak dipertikaikan ?

Sebenarnya, juak-juak PAS terlupa, rakyat sudah bijak menilai yang mana satu realiti dan yang mana satu penipuan, dan rakyat kini boleh mengetahui tindak-tanduk PAS yang sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan mereka.

Pada pandangan AYG, memadai dengan ‘lima’ sebab yang terselindung disebalik jubah-jubah kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi tok guru Nik Aziz sendiri sehingga menyebabkan calon PAS menerima kekalahan teruk di DUN Galas :-

Pertama : Jentera-jentera pilihan raya PAS lebih awal-awal menggerakkan kempen, malah dua minggu lebih awal dari tarikh penamaan calon. Kerajaan PAS Kelantan juga tidak melepaskan peluang menganjurkan pelbagai program bersama rakyat melalui agensi-agensi kerajaan negeri, khususnya kepada pengundi-pengundi Cina, kalau tidak masakan isteri MB Besar Kelantan juga turun ke padang menyampaikan sumbangan cek-cek dan hamper.

PAS juga secara terbuka mengistiharkan akan memberi wang RM250 seorang kepada pengundi-pengundi luar yang balik mengundi di Galas. Tindakan ini juga sedikit sebanyak mengambarkan segala kepincangan PAS yang selama ini amat membenci sogokan-sogokan seperti ini, malah amat bercanggah dengan peraturan pilihan raya yang ditetapkan SPR.

Bagaimana pula dengan tok guru Nik Aziz memberikan wang kepada penduduk Orang Asli dalam satu program di Kg Sandrop. Persoalannya apakah Nik Aziz bersedekah atau membeli undi ?

Apakah tok guru Nik Aziz terlupa bahawa perbuatan itu adalah salah dalam peraturan pilihan raya dan perbuatannya itu ibarat ‘senjata telah makan tuan’.

Mungkin, PAS tidak sedar, rakyat/pengundi yang selama ini bersimpati dengan perjuangan PAS mula merasa mual, jijik serta meluat segala tindak tanduk PAS.

Tidakkah, ini jelas sekali telah bercanggah dengan prinsip PAS yang kononnya bersih dengan politik sogokkan dalam pilihanraya. Apa yang diharamkan oleh Nik Aziz kepada UMNO, kini PAS nampaknya lebih advance memujuk hati pengundi-pengundi.

Ke 2 : Kerajaan PAS Kelantan terlupa bahwa rakyat di DUN Galas tidak lupa dengan janji-janji PAS untuk membagunkan ‘ladang rakyat’ untuk peningkatan ekonomi mereka, lebih-lebih lagi masyarakat Orang Asli di Galas.

Apa yang rakyat Nampak, PAS Kelantan hanya berlumba-lumba mengeluarkan kayu-kayu balak serta mengondolkan hutan oleh syarikat-syarikat besar dari Singapura.

Ada juga rakyat yang hanya diberi Sijil, kononnya akan mendapat tanah 10 ekar serta tapak rumah sebagaimana yang didakwa penduduk-penduduk di Kg Lepan Jaya, tapi sampai sekarang entah ke mana tanah dan tapak rumahnya.

Isu tanah Orang Asli sebenarnya menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. Selama ini PAS menuduh kerajaan UMNO-BN begitu rakus merompak hak rakyat, PRK Galas telah menelanjangkan segala kemungkaran PAS.

PAS rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam untuk merompak hak-hak rakyat Kelantan, perogolan tanah-tanah di Lojing yang melibatkan Husam musa, Dato Amar serta PMBK yang diketuai oleh anak menantu Nik Aziz tersembul keluar dari celah-celah jubah Nik Aziz sendiri.

Ke 3 : Tanpa menghiraukan bantahan sebahagian kepimpinan PAS Gua Musang, Nik Aziz tetap memilih calon recycle, Dr Zulkifli sebagai ayam sabung di Galas. Malah Dr Zulkifli ini juga dikatakan pernah terlibat dengan kes khalwat macam Mat Sabu juga, walau pun Dr Zulkifli menafikan sekeras-kerasnya….

Dakwaan khalwat Dr Zulkifli lebih menyerlah kebenarannya apabila beliau tidak mendakwa pemimpin UMNO Gua Musang agar membuat laporan Polis, malah Dr Zulkifli juga tidak datang ke Masjid untuk bersumpah sebagaimana yang dicabar oleh pemimpin UMNO berkenaan dua hari sebelum pengundian diadakan.

Ke 4 : PAS lupa agaknya, dulu parti yang bersekongkol dengan parti bukan Islam dikatakan kafir, tetapi kepimpinan PAS sekarang telah bersekongkol dengan DAP-PKR sehingga sanggup menolak tawaran UMNO untuk bersatu.

Disedari atau tidak, pengundi-pengundi atas pagar atau sebahagian penyokong PAS sendiri sudah berasa muak serta rimas dengan perkembangan yang berlaku antara persekongkolan PAS dengan PKR dan DAP. Lebih-lebih lagi sikap kepimpinan PAS yang dilihat sudah terlalu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP.

Pengundi dan penyokong PAS banyak yang sedar bahwa PKR dan DAP sememangnya tidak ikhlas dengan PAS dan hanya mahu memperalatkan PAS untuk menumbangkan BN, lebih-lebih kuasa Melayu UMNO.

Ini semua telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong PAS sendiri, mereka juga ragu sama ada perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PAS itu benar-benar dilaksanakan atau hanya sekadar slogan sahaja.

Ke 5 : Seperti biasa, PAS tidak ketinggalan mengajak penyokong-penyokongnya bermunajat kepada Allah dengan mengadakan solat-solat hajat, lebih-lebih lagi pada malam-malam tiga hari terakhir kempen.

Juak-juak PAS terlupa, bahawa penyokong-penyokong UMNO juga tidak mengenepikan bermunajat kepada Allah memohon agar diberi pertunjuk serta kemenangan kepada calon BN.

Apa yang nyata dan jelas, Allah telah menentukan PRK DUN Galas memihak kepada calon UMNO-BN, Abdul Aziz Yusuf dengan majority yang besar iaitu 1,190 undi……

Mengapa juak-juak PAS tidak mahu bermuhasabah diri memikirkan sejauh mana tanggungjawab dan amanah rakyat telah ditunaikan selama 20 tahun memerintah Kelantan ?

Mengapa juak-juak PAS tidak mahu menilai sejauh mana kepimpinan PAS telah melakukan kesilapan terutama pendirian PAS dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan agama dan bangsa.

Marilah kita sama-sama renungi Firman Allah dalam Surah al-Imran ayat ke 167 yang bermaksud, “Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

PAS sepatutnya wajib berhenti memperalat agama Islam semata-mata untuk mengejar matlamat politik sempit kepimpinan mereka yang boleh menyebabkan orang Melayu Islam berpecah, bermusuhan sesama sendiri.

Sunday, November 7, 2010

Banjir-orang yang tidak bersyukur, akan menyalahkan orang lain apabila mempersoalkan ‘Apa peranan Raja-Raja Melayu’


Firman Allah yang bermaksud, “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”. Surah al-Anbiya, ayat 35.

Kawan teruja juga apa membaca artikel dari salah satu blog pro pembangkang yang sentiasa berfikiran jumud dan tidak bertamadun apabila menyatakan banjir yang sedang melanda di Kedah dan Perlis adalah semata-mata bencana buatan manusia.

Penulis blog tersebut mendakwa kononnya kerana kegagalan syarikat yang mengendalikan projek keretapi laju adalah penyebab utama sebagi peyumbang banjir yang teruk di Kedah dan Perlis.

Penulis blog tersebut mempertikaikan ke mana hilangnya Menteri-Menteri Kerajaan BN, segensi-agensi kerajaan serta Badan-Badan Sukarela sehingga gagal dan lewat memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.Yang paling bodoh dalam pemikiran penulis blog tersebut, apabila mempersoalkan ‘apa peranan Raja-Raja Melayu dalam bencana seperti ini’………….

AYG ; Ke mana perginya kepimpinan Kerajaan PAS-pakatan Kedah ? Ke mana hilangnya agensi-agensi kerajaan PAS-pakatan Kedah selaku orang yang paling hampir dengan mangsa-mangsa bencana banjir……

Inilah yang dikatakan manusia yang tidak pernah bersyukur dan tidak pernah berterima kasih akan sentiasa berfikiran jumud, akan sentiasa menyalahkan orang lain bila sesuatu musibah berlaku ke atas dirinya….

Sia-sia saja meletakkan diri kononnya memperjuangkan Islam, berperwatankan Islam, berpakaian Islam, tetapi pemikiran masih lagi seperti manusia jahil…..

Kalau kita benar-benar menghayati ajaran Islam, sudah tentu kita boleh berfikir bahawa musibah banjir ini adalah peringatan Allah kepada makhlukNya…………

Peringatan-peringatan seperti ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran, contohnya dalam Surah al-Tahabun ayat ke 11, yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Dengan itu kita wajib menerima serta yakin bahawa musibah apa pun yang menimpa manusia, lebih-lebih lagi dengan bencana alam seperti banjir besar di Kedah dan Perlis adalah kehendak Allah melalui proses sebab dan akibat, sama ada secara alamiah, maupun karena perbuatan manusia itu sendiri.

Maka, kalau manusia itu berkeyakinan teguh kepada Allah akan sentiasa memohon perlindungan kepadaNya, tetapi kalau manusia itu kurang beriman akan sentiasa beranggapan, bahwa musibah itu di atas perbuatan orang lain, lebih-lebih lagi jika sentiasa mempersalahkan Kerajaan UMNO-BN…….


Friday, November 5, 2010

Galas- PAS tertiarap, inilah akibatnya kalau rasuah diniatkan zakat


Allah telah menentukan segala-galanya, kita sebagai hamba-hambaNya hanya berusaha untuk mencapainya…….. Calon BN mencapai kemenagan besar di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Kemenangan calon BN, Abdul Aziz Yusoff di DUN Galas, telah membuktikan rakyat Kelantan, khususnya di Gua Musang mahukan perubahan mengharungi kehidupan mereka yang selama ini dikhianati oleh PAS-pakatan selama 20 tahun memerintah negeri Kelantan.

Sebahagian besar masyarakat di DUN Galas, Gua Musang, telah membuka mata seluas-luasnya bagaimana PAS telah memanipulasikan agama Islam untuk kepentingan politik, sedangkan rakyat berterusan dihimpit kemiskinan.

Masih ramai rakyat, khususnya orang Melayu yang tinggal dirumah-rumah setinggan dipersisiran sungai, dipesisiran rel keretapi dan masih ramai yang tidak memiliki tanah walau sekangkang kera.

Pengondolan hutan belantara, bukit bukau untuk mengeluarkan kayu-kayu balak begitu rakus dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS, mereka berebut-rebut mencari kekayaan selagi ada kesempatan. ‘Ladang Rakyat’ yang diwar-warkan semata untuk menipu masyarakat ‘Orang Asli’ di Galas….

Allah maha besar, maha adil untuk memaparkan segala kepincangan, kemungkaran, pengkhianatan PAS kepada rakyat Kelantan selama ini. Pilihan Raya Kecil DUN Galas seolah-olah satu pertunjuk dari Allah yang membongkar segala-galanya untuk rakyat membuka mata…

PAS memaparkan semua keburukan mereka yang selama ini berselindung disebalik jubah pemimpin-pemimpin mereka, segala perbuatan yang diharamkan terhadap UMNO, kini mereka berleluasa menggalas melakukan perbuatan yang sama…

Rasuah pilihan raya yang dilakukan secara terang-terangan ditaklikkan sebagi ‘zakat’…….

Kalau benarlah ianya ‘zakat’, mengapa ianya mesti berlaku pada pilihan raya kecil DUN Galas sahaja ?

Atau pun, perkiraan atau penilaian pemberian ‘zakat’ bagi Nik Aziz atau pemimpin-pemimpin PAS akan dikira apabila tiba musim pilihan raya sahaja ?

Itulah PAS, semuanya akan diputarbelitkan asalkan hasrat rakus kepimpinan mereka tercapai….

Syabas, kepada pengundi-pengundi DUN Galas, anda telah membuka mata, anda berani menentang segala kemungkaran PAS sehingga calon UMNO-BN menang dengan majority yang besar……….

Tahniah di atas kemenangan BN di DUN Galas dan Parlimen Bukit Sapi, “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”……….


Wednesday, November 3, 2010

Nik Aziz rasuah Orang Asli dengan ‘Sijil Penempatan Berkelompok’ tipu ?

Peristiwa tahun 2007 mungkin berulang lagi apabila Nik Aziz sekali lagi memberi harapan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sandrop, Lojing dengan peanugerahan ‘Sijil Penempatan Berkelompok’ dua hari yang lalu.

Sebelum ini, Nik Aziz juga telah menganugerahkan ‘Sijil Penempatan Ladang Rakyat, Limau Kasturi’ kepada 300 penduduk di Kampung Lepan Jaya sebelum Pilihan Raya Umum ke 12.

Sijil Penempatan Ladang Rakyat palsu yang telah dianugerahkan sendiri oleh tok guru Nik Aziz kepada penduduk Kg. Lepan Jaya pada tahun 2007 di Sekolah kebangsaan Limau Kasturi, kononnya di beri tanah seluas 10 ekar dan sebuah rumah untuk didiami keluarga peserta.

Malangnya, sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku, malah tanah 10 serta rumah tidak kelihatan……… Sijil yang dianugerahkan tok guru Nik Aziz pada tahun 2007 adalah satu penipuan semata-mata hendak memancing undi…..

Apakah masyarakat Orang Asli di Kg Sandrop juga akan menerima nasib yang sama macam penduduk-penduduk di Kg Lepan Jaya ?

Apa yang kelihatan, hutan-hutan di kawasan Lojing semakin hari semakin gondol, balak-balak semakin rancak diangkut oleh tokey-tokey syarikat besar dari Singapura.

Pengundi-pengundi DUN Galas jangan mudah terpedaya dengan segala janji-janji PAS, cukup-cukuplah membiarkan diri anda dibohongi, ditipu…….

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL


Galas-Pelancaran Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kelantan 2010


Pagi tadi, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia telah merasmikan Majlis tersebut di Kawsan Perindustrian Gua Musang.

Maznah berkata, kerajaan tidak menafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), selaras dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja sektor swasta di Malaysia.

Kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.

Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kepentingan rakyatnya, sebab itu Malaysia adalah satu-satu Negara yang mengwujudkan Program Membasmi Kemiskinan untuk memastikan rakyatnya sentiatsa di dalam kesejahteraan.

Begitulah sebahagian daripada ucapan Maznah dihadapan lebih kurang 250 orang pekerja dari kilang-kilang yang ada di kawasan tersebut.


Tuesday, November 2, 2010

Galas-Nik Aziz merasuah kepada Orang Asli supaya masuk Islam atau mengundi calon PAS ?

Semalam, berlaku pemberian rasuah besar-besaran yang telah dilakukan oleh Nik Aziz dan calon PAS Dr Zulkefli semasa ke Kampung Sandrop, Lojing dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asli.

Nik Aziz dikatakan sempat mengislamkan tiga Orang Asli di kampung tersebut dan telah memberi upah wang tunai (lihat gambar) kepada Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli kerana telah bersetuju masuk Islam…….

Dikatakan juga, Nik Aziz, calon PAS Dr Zulkefli dan beberapa kepimpinan PAS lain telah mengadakan majlis penyampaian Sijil Penempatan Berkelompok dan penyampaian Surat Perlantikan Ketua-Ketua Kampung serta memberi hadiah hamper dan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

(lagi cerita rasuah Nik Aziz di blog Papa Gomo)

AYG ; Mengapa sekarang ini baru Nik Aziz terlalu sibuk hendak membantu masyarakat Orang Asli ?

20 tahun PAS menjadi kerajaan negeri Kelantan, mengapa baru sekarang Nik Aziz, mengelabah macam lipas kudung ke hulu ke hilir dalam kawasan DUN Galas mencari pengundi untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang selama ini tidak pernah diberi perhatian.

Itu pun Cuma sekadar berjanji…… janji sebagaimana di pilihan-pilihan raya yang lalu juga, janji yang tidak pernah ditunaikan dan inilah habuan untuk rakyat Kelantan kerana terlalu taksyub dengan parti PAS yang kononnya berjuang untuk Islam……

Tidakkah perbuatan seperti itu juga satu rasuah ? kenapa Nik Aziz sekarang sudah menghalalkan segala-gala yang pernah dikatakan ‘haram’ kepada UMNO…..

Fikir-fikirlah wahai pengundi-pengundi DUN Galas……… Undilah Calon Barisan Nasional….