Thursday, September 30, 2010

N.45 DUN GALAS-PAS calonkan wakil dari DHPP atau Mat Sabu ?

Harapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Harun Taib agar Ku Li memberi sokongan kepada calon PAS tidak kesampaian (rujuk di sini), bila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi PRK DUN Galas.

Dakwaan Harun Taib, kononnya Ku Li kini sudah bersama-sama dengan PAS tidak menjadi persoalan di atas keyakinan pucuk kepinpinan tertinggi UMNO, khususnya penyokong-penyokong UMNO dalam dalam kawasan DUN Galas, kerana Ku Li adalah pemimpin veteran UMNO di Gua Musang yang matang dalam politik………

Apa yang jelas, PAS sedang mencari-cari calon yang standing dengan calon UMNO-BN untuk mempertahankan kerusi DUN Galas……..

Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah menyatkan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab PAS mahu kaum Cina sebagai calon di DUN Galas.

Kata Hu juga, dalam politik semua perkara tidak mustahil boleh berlaku dan calon yang mungkin dipilih mempunyai kenalan dan pengaruh yang tidak kurang kuatnya di kalangan pengundi bukan Melayu di kawasan DUN Galas. (rujuk di sini)

Botol dah berbunyi………..dah berbunyi………….dah berbunyi……………

Tok guru Nik Aziz juga mendakwa PAS tidak menghadapi masalah dalam pemilihan calon untuk bertanding, kerana PAS sudah mempunyai sayap baru daripada kalangan masyarakat Cina, iaitu DHPP yang boleh menangani masalah itu jika diperlukan.

Tapi, kalau mengikut cerita dari artikel tulisan GHOSTWRITER dalam blognya, ada desas desus dikalangan penyokong PAS Pulau Pinang mengatakan Mat Sabu adalah calon yang paling sesuai untuk dijadikan ‘ayam tambatan’ bertanding di DUN Galas…………………..

Ada logiknya juga…….. kesian Mat Sabu……. Dah lah berkokok siang malam, ke hulu ke hilir, tetapi langsung tidak diberi jawatan didalam PAS. Dulu ‘ayam tambatan’ PAS ini pernah juga bertanding di Parlimen Kuala Trengganu, tewas berlaga…….. bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat, kalah berlaga juga…...

Persoalannya, walau siapa pun calon PAS yang bakal bertanding, Ku Li serta jentera-jentera UMNO-BN yang diberi amanah untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab dapat memastikan Calon BN merampas kembali kerusi DUN Galas…… InsyaAllah.


Wednesday, September 29, 2010

N45 Galas-Salahuddin yakin PAS menang, Takiyuddin sarankan BN berkompromi

PAS yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas jika pilihan raya kecil diadakan.

Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas. (rujuk di sini)

Dalam HarakahDaily pula, Salahuddin menganggap usaha mempertahan kerusi Dun Galas dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS kerana UMNO-BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah, DUN Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani semuanya dari UMNO.

Takiyuddin Hasan, Timbalan Setiausaha Agung PAS pula menyarankan agar BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi DUN Galas kepada PAS. demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. (rujuk di sini)

AYG ; parti PAS, dalam yakin ada juga kebimbangan tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Galas. Mana tidaknya, suasana Pilihan Raya Kecil amat berbeza dengan suasana Pilihan Raya Umum……. Kalau dulu calon PAS boleh menang dengan majority 646 undi, mungkin kali ini akan menerima kekalahan lebih dari itu……

Tertarik juga dengan saranan Takiyuddin Hasan supaya UMNO-BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS dengan alasan untuk perpaduan Melayu.

Bagus sangatlah kalau semua kepimpinan PAS sedar dan berfikiran begitu……. Berpuluh tahun pergeseran poltik telah berlaku dikalangan orang Melayu PAS dan UMNO.

Tidakkah kerana sikap keegoan sesetengah kepimpinan PAS yang menyebabkan orang-orang Melayu terus bergeseran sehingga kekuatan kuasa Melayu itu semakin lemah seterusnya bakal tunduk kepada kekuatan kaum-kaum bukan Melayu…….

Kerana keegoan itulah juga, maka PAS memperlekehkan undangan agar UMNO-PAS bergabung dan kerana keegoan itulah lahir dalil-dalil dari mulut kepimpinan PAS bahawa UMNO itu kafir….. menyokong UMNO tidak membawa ke syurga……

PAS lebih redha bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak kewujudan Negara serta undang-undang Islam, malah berterusan memperlekehkan Islam itu sendiri…..

Lihat sahajalah nanti, bila sampainya masa Pilihan Raya Kecil DUN Galas, akan terkeluarlah ungkapan-ungkapan kafir terhadap UMNO, penyokong-penyokong UMNO yang dibawa tukang-tukang kempen PAS untuk mengelirukan orang Melayu Islam, mimbar-mimbar Masjid juga tidak akan terkecuali menjadi bahan-bahan kempen oleh pihak PAS….

Sedar atau tidak, secara langsungnya PASlah punca segalanya menyebabkan orang-orang Melayu Islam terusan berpecah, pergeseran politik yang berpanjangan kerana keegoan PAS sendiri…. Baguslah kalau ada dikalangan kepimpinan PAS sedar….

Sementara itu, UMNO akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon BN bagi PRK DUN Galas, begitulah kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (rujuk di sini)

Calon yang bakal diletakkan, datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Ku Li, dan pengharapan juga Ku Li akan membantu sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Ketua Perhubungan UMNO Kelantan bagi memastikan kemenangan UMNO-BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Dibawah ini ada sedikit info yang diterima dari sahabat di Gua Musang berkenaan kawasan N45 DUN Galas, Gua Musang :

Dun Galas mempunyai 13 Peti Undi yang terdiri daripada, 6 Peti Undi majoritinya Orang Asli, 2 Peti Undi majoriti Cina dan 5 Peti Undi majoriti Melayu.

Mengikut bilangan jumlah pengundi yang tercatat semasa Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, jumlah pengundi bagi DUN Galas seramai 10,330 yang terdiri daripada 6,255 Melayu, 1,903 Cina, 172 India dan 2,000 Orang Asli.

Kawasan Dun Galas juga merupakan pusat pentadbiran dalam Parlimen Gua Musang, yang sedang berkembang pesat dari segi pembangunan yang juga dikenali sebagai bandar transit yang merupakan jalan pintu masuk dari Kuala Lipis, Negeri Pahang dan Simpang Pulai, Negeri Perak dan juga Cameron Highland, Pahang.

Pada PRU ke 11 (2004), BN memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti 1,729 undi dan pada PRU ke 12 (2008), PAS memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 646 undi, sedangkan calon dari UMNO-BN adalah orang yang sama iaitu Mohamad Saufi Deraman.

Mengapa berlaku kekalahan pada PRU ke 13 ?

Segala-galanya terletak kepada pengundi-pengundi DUN Galas, kekuatan serta kegigihan jentera UMNO-BN dan yang paling penting, adalah kewibawaan Ku Li selaku Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menawan kembali kerusi N45 DUN Galas….



Tuesday, September 28, 2010

'Samseng paria' tuduh UMNO sebar kebencian ke atas Indonesia


"UMNO telah menebar ketakutan dengan memanfaatkan isu seolah-olah Malaysia terancam oleh Indonesia yang faktanya sama sekali tidak benar. Ini dongeng baru".

Itulah pembohongan Anwar ketika menyampaikan ucapan di Hotel Four Seasons, Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan pada 26 September yang lalu. (rujuk di sini)

UMNO juga dituduh sengaja menebar kebencian ke atas Indonesia.

Media di Malaysia dikatakan lebih cenderung mengeruhkan hubungan antara Malaysia-Indonesia dengan memaparkan berita-berita yang negatif terhadap tenaga kerja Indonesia (TKI) dan berita korupsi di Indonesia, walau pun Malaysia sendiri sebenarnya jauh lebih korup.

AYG ; inilah manusia yang menjadi dalang untuk mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia-Indonesia.

Bapak dan anak sama saja, sentiasa menyampaikan perkara-perkara buruk Negara sendiri untuk mendapatkan simpati.

Anwar bukan sahaja sebagai pengkhianat bangsa dan agama malah pengkhianat Negara juga, manusia seperti ini akan menggunakan segala kepakaran putarbelitnya untuk mencapai matlamat jahatnya.

Inikah manusia yang bakal dijadikan pemimpin Negara ?

Anwar ‘si pengkhianat’ bangsa, agama dan Negara bijak memperkudakan aktivis-aktivis masyarakat di Indonesia yang tidak suka melihat hubungan baik Malaysia-Indonesia, si pengkhianat ini begitu cepat menggunakan peluang daripada insiden-insiden yang berlaku untuk mencetuskan kebencian rakyat Indonesia dengan UMNO pula…...

Begitu juga dengan kekecohan yang berlaku pada mesyuarat cabangn-cabang PKR juga dikatakan telah didalangi oleh pihak luar dan meniru budaya UMNO…...

Tetapi, kalau kita renungi betul-betul, itulah gambaran sebenar PKR, wajah sebenar Anwar ‘pengkhianat’ bersama juak-juaknya yang selama ini berperangai samseng, ganas dan liar untuk menangani atau mempertahankan segala kemungkaran yang mereka sendiri lakukan…

Tidak mustahil, kalau ahli-ahli atau penyokong-penyokong PKR juga bersikap seperti masyarakat yang tidak bertamadun…….. Anwarlah sebagai pak guru segala kegansan ini….


Monday, September 27, 2010

Eli ‘ratu separuh bogel’ Wong-nak bantah kekalahannya………


Anak emas Anwar, Azmin Ali telah mendahului dengan selesa pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi malangnya beberapa penyokong kuatnya tewas dalam pemilihan di peringkat cabang parti itu…………..

Salah seorang daripadanya adalah Exco Selangor yang panas dengan isu gambar separuh bogel, Elizabeth Wong yang tewas di cabang PKR Petaling Jaya Utara.

Begitu punya seksi berposting sampai terserlah segala lurah, bukit dan semak samun pun kalah juga….. kah… kah…kah….

Dilaporkan, Exco ‘ratu separuh bogel’ kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara semalam.

Lepas tu pulak, Eli ‘ratu separuh bogel’ ni telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan PKR, mendakwa kemenangan lawannya, Lee Chin Cheh adalah tidak sah, kerana Lee dikatakan ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan.

Eli ‘ratu separuh bogel’ yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi. (rujuklah kat sini)

AYG ; lepas ini kalau Eli nak menang besar, kenalah berposting lebih seksi lagi……. Atau jumpa je dengan tok guru minta nasihat macama mana boleh Nampak lebih seksi… biar sampai penyangak-penyangak lebai bertambah terliur……….. baru boleh menang….



Friday, September 24, 2010

PKR- Nurul Izah bertanding Naib Presiden, Fuziah Salleh tertiarap.......


Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim telah mengesahkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung November ini.

Ekoran pengesahan Nurul, nampaknya calon-calon PKR dari negeri Pahang mula resah dan bimbang akan mereka akan tersungkur dalam pemilihan jawatan-jawatan tertinggi dalam parti itu.

Kebimbangan mereka terserlah apabila blog PahangDaily meluahkan rasa bimbang bukan sahaja Fauziah, tetapi beberapa calon lain dari PKR Pahang.

Pemerhati PKR dari Pahang melihat keputusan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu bakal meniarapkan Fuziah Salleh kerana majoriti undi dari wanita PKR akan berpecah. Pada peringkat awalnya Fuziah adalah satu-satunya calon tunggal kaum wanita PKR bagi jawatan Naib Presiden yang dikatakan calon yang mendapat mandat dari wanita PKR.

PKR Pahang juga mempersoalkan, apakah keputusan Nurul Izah itu direstui oleh Wanita PKR atau telah menerima mandat dari bapanya Anwar Ibrahim dan ibunya Wan Azizah….

Keputusan membenarkan Nurul Izzah bertanding Naib Presiden, maka sudah pasti akan menimbulkan kontroversi terbaru buat PKR dan ramai yang berpendapat, Nurul Izzah masih terlalu muda untuk jawatan itu berbanding dengan calon lain yang lebih senior.

AYG ; Bukan hendak campor sangat dengan gelagat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR ini, tetapi agak geli hati juga apabila melihat ada pelbagai hiruk pikuk di antara calon-calon yang hendak bertanding….. macam-macam ada…..


Kalau dulu, kita melihat mereka ini macam aur dengan tebing, bersepakat, berganding bahu, tetapi bila tiba musim bertanding, habis segala keburukan tersingkap…. Buruk memburuk, tuding menuding untuk menjatuhkan antara satu sama lain…. Apa yang jelas, PKR sedang berlumba-lumba membuka "pekung di dada" sesama mereka ......


Penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng, politik wang begitu berleluasa dan terus menonjolkan wajah sebenar makhluk-makhluk yang berada dalam PKR……. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim, PKR akan menjadi sebuah parti ‘Dinasty’ keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah….. macam DAP juga punyai dynasty Lim dan Karpal Singh…..

Kalau masyarakat Malaysia sedar dan tidak mudah lupa, ini juga makhluk-makhluk perosak yang berada dalam UMNO dahulu…… makhluk-makhluk inilah yang membudayakan UMNO dengan penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng dan yang lebih dahsyat ialah politik wang sehingga kepimpinan UMNO begitu sukar membenteras budaya ini….. inilah peneraju utama budaya tidak sihat dan jika tidak disingkirkan oleh Tun Mahathir pada masa itu, sudah pasti UMNO akan terus tersungkur…..




Thursday, September 23, 2010

Si Batak upahan Indonesia melakukan “sweeping” terhadap warga dan Kedutaan Malaysia


Kerana sikap sepasang majikan yang tidak bersifat serta berfikiran kemasnusiaan sehingga bertindak menyiksa, mendera serta merogol pembantu rumah Indonesia bernama Winfaidah, maka seluruh rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia diperhinakan oleh kumpulan-kumpulan anti Malaysia di Indonesia……..

Si batak upahan Mustar Bona Ventura ketua aktivis Bendera, telah mengetuai beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” serta kumpulan Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Pro Demokrasi sambil membawa bendera Indonesia serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, telah membunyikan hon motosikal melaungkan ungkapan “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia pejabat Kedutaan Besar Malaysia, di Kuningan, Jakarta Selatan.

Kumpulan batak-batak upahan ini juga melakukan tindakan “sweeping” rakyat Malaysia di kompleks beli-belah Senayan City, Gedung CIMB Niaga dan Plaza Bapindo yang didalamnya terletak pejabat Petronas.

Bagaimana pun Polis Indonesia dapat maengawal serta menghalang batak-batak upahan ini untuk melaksanakan hajat mereka kira-kira 100 meter dari pintu utama ke kompleks-kompleks tersebut. (rujuk di sini)

AYG ; ucapan terima kasih kepada anggota Polis (bapak Polisi)Indonesia kerana begitu perihatin terhadap keselamatan warga Malaysia yang berada di Indonesia dari terperangkap dalam sikap ganas kumpulan-kumpulan batak upahan yang tidak berpendidikan, juga yang sudah hilang kewarasan pemikiran……

Sikap ‘terlampau tanpa kewarasan’ layak di beri kepada kumpulan-kumpulan ‘batak upahan’ ini kerana mereka tidak lagi mahu menilai cirri-ciri keharmonian hubungan baik di antara Kerajaan Indonesia-Malaysia, hubungan baik antara pemimpin kedua-dua Negara serta hubungan baik antara warga Indonesia-Malaysia yang sebahagian besarnya wujud dari satu rumpun malah satu penganutan agama……….

Kalau si batak upahan Mustar ini berfikiran waras tanpa dipengaruhi ‘upah lumayan’ atau kepentingan politik tertentu, mungkin si batak-batak ini dapat menilai sendiri di atas sesuatu insiden yang berlaku itu, adakah ianya di atas kehendak seluruh warga atau Kerajaan Malaysia ?

Kerana perbuatan keji dan kejam majikan ‘non humanism’ terhadap pembantu rumah Indonesia, maka keseluruhan warga Malaysia dipersalahkan, dihina serta diperlekehkan…….

Buka mata sikit wahai ‘batak-batak upahan’……. Buka minda juga, lihat sekeliling seluas-luasnya…… jangan jadi ‘katak bawah tempurung’ yang hanya tahu membuat onar dalam Negara sendiri dengan hanya sekadar mendengar suara-suara luar dari kegelapan bawah tempurung saja……..

Sepatutnya, Kerajaan Indonesia perlu tegas dengan sikap “batak upahan’ macam si Mastur Bona Ventura ini, inilah manusia ‘batak’ yang mementingkan diri dan hanya tahu buat onar apabila mendapat upahan……. si Batak yang tidak perdulikan kepentingan keharmonian, kemakmuran hubungan masyarakat antara Negara asalkan perut sendiri berisi……


Wednesday, September 22, 2010

Suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati lantik pasukan peguambela


Dua peguam adik beradik yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain sudah melantik peguam bagi mewakili mereka.

Ravi Nekoo dari Hakemarabi & Associates berkata, anggota keluarga suspek utama berkenaan telah melantik peguam pada 12 September yang lepas. (sila rujuk di sini)

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Maklumat gambar : TIGA Peguam, V. P. Vijandran (tengah), Puspha Ratnam (kiri) dan Ravi Nekoo sebagai peguam bela kepada suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati – gambar dari Utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED

AYG ; itulah sistem Mahkamah di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua warganegara. Sama ada yang tertuduh itu bersalah atau tidak hanya Mahkamah sahaja yang menentukan, dan bagi yang kena tuduh juga perlu ada pembelaan untuk mendapat keadilan……….

Agak-agak, siapa yang akan menjadi Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Alayarhamah Datuk Sosilawati, pemandu peribadinya, Alayarham Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank CIMB cawangan Kg Baru, Kuala Lumpur, Alayarham Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Alayarham Ahmad Kamil Abd Karim.

Mungkin juga Karpal Singh dan anak beranak atau N. Surendran dari Lawyers for Liberty kot……………..




Tuesday, September 21, 2010

Bendera & Aliansi Pemuda, usir rakyat Malaysia esok…….

Mustar Bona Ventura, pemimpin kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), suku Batak Kristian di Indonesia merancang akan mengadakan pembersihan serta mengusir rakyat Malaysia yang berada di Indonesia pada hari esok, Rabu 21 September 2010. (rujuk di sini)

Bendera yang diterajui Mustar Bona Ventura, Adian Napitulupu dan Serdi Semaun merupakan pemimpin NGO Batak Kristian yang dikatakan ada kaitan dengan portal berita Malaysian Insider yang didalangi Anwar Ibrahim kali ini akan bergabung pula dengan Aliansi Pemuda di Indonesia.

Bendera dan Aliansi Pemuda akan berkonvoi dengan 1,000 buah motosikal yang akan dilengkapi 100 tin cat untuk membuat gravity dikawasan-kawasan milik Malaysia di daerah Senayan City, Bank Danamon, CIMB Niaga dan Petronas. Kawasan ini dikatakan terdapat hamper 80 peratus kakitangan atau pekerja terdiri dari rakyat Malaysia.

Menurut kata Mustar, ancaman ini dibuat kerana Malaysia sudah terlalu menghina warga Indonesia apabila seorang pembantu rumah warga Indonesia Winfaida, 26, dari Jawa Timur, yang telah didera, dirogol serta tidak dibayar gaji oleh majikannya sepasang suami isteri bangsa India sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.

Ekoran itu, aktivis Bendera, Mustar Bona ventura hanya member tempuh 48 jam supaya rakyat Malaysia yang berada di Indonesia untuk segera keluar dari Negara mereka.
Apa yang hairannya, mengapa si Mustar Batak Kristian lain-lain kumpulan NGO Indonesia tidak pula membuat perkara yang serupa terhadap rakyat Negara Arab Saudi……..

Dalam masa yang sama, seorang wanita, Hotimah Ajun, 36 tahun, warga Kampung Citanggeuleuk, Desa Karangwangi, Kecamatan Mekarmukti, Kabupaten Garut, Jawa Barat telah disiksa oleh majikannya di Aran Saudi.
Hotimah telah disiksa dan dipukul oleh majikannya dengan menggunakan kabel litrik, penyapu dan kasut selama dua tahun, sehingga hampir seluruh tubuhnya luka-luka dan kepalanya menjadi botak karena kerap dipukul. (rujuk di sini)

AYG ; inilah yang dikatakan tindak tanduk mengapi-apikan sentimen kebencian yang dijalankan oleh Mustar Bona Ventura, aktivis Bendera serta lain-lain Gerakan Anti Malaysia merupakan salah satu provokasi yang dirancang.

Agenda politik ketiga-tiga pemimpin Bendera yang berbangsa Batak Kristian ini, yang ada hubungan dengan Malaysian Insider, juga didalangi Anwar tidak akan berhenti untuk membuat provokasi agar Malaysia-Indonesia terus bermusuhan…….

Rakyat Indonesia sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan provokasi Mustar batak kristian yang menjadi talibarut upahan pengkhianat dari Malaysia ini……. Pertahankan hubungan baik warga serumpun, sesama saudara Islam…… kalau perlu hapuskan si batak Mustar dan kuncu-kuncu mereka….

Monday, September 20, 2010

Kes Datuk Sosilawati - jangan cepat memuji POLIS


N. Surendran dari Lawyers for Liberty, amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak Polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya yang lain.

Surendran mendakwa, pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal. Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil. (rujuk di sini)

Sebelum itu, manusia sama dari puak pembangkang, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa PDRM tidak komited membuat siasatan sehingga gagal menangkap penjenayah sebenar dalam kes kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Shariibuu.

Zuraida juga mendakwa jenayah seperti ini berulang lagi akibat kegagalan rakyat memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi. (rujuk di sini)


AYG ; anti sangat puak-puak pembangkang ini dengan Polis ye…………. Macam dia orang bencikan UMNO juga… apa sahaja yang di buat Polis untuk menjaga ketenteraman awam, keamanan serta keselamatan rakyat tidak mendatangkan pemikiran rasa terima kasih dalam kepala otak mereka….

Agaknya, lebih marah dan benci lagi puak-puak ini bila dapat tahu pembunuhan kejam itu dilakukan oleh Peguam bergelar ‘Datuk’ yang bersekongkol dengan pembangkang….. lebih-lebih lagi sahabat baik N. Surendran….. jenis paria hamPAS….

Entah-entah inilah juga manusia yang bakal jadi kumpulan ‘peguambela’ kepada pembunuh kejam Datuk Sosilawati serta tuga yang lain nanti……

Siapa N. Surendran ?

Dia juga menjadi peguambela kepada Sarjan N. Tharmendran yang didakwa mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), juga pernah mendakwa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” oleh pihak tertentu apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM.

Tapi, sampai sekarang masih tidak membuktikan siapa ‘tauke’ sebenar yang mencuri enjin pesawat tersebut…….

Selepas itu si Surendran paria ini mendakwa pula bahawa FELDA tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

Paria ini kata FELDA adalah SEBUAH badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah akhbar Suara Keadilan.

Lepas itu dia nasihatkan FELDA agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

FELDA dah saman pun……… tunggu sajalah perbicaraan di mahkamah nanti…. RM200 juta tau…..

Inilah kepala manusia yang konon datang dari Lawyers for Liberty………. Dia saja yang betul…




Sunday, September 19, 2010

Hari Malaysia-Khalifah Guan Eng meletupkan Sarawak dan Sabah


Lim Guan Eng mendakwa, kedudukan istimewa bumiputera di Sarawak dan Sabah masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan setelah 47 tahun bergabung dalam Malaysia. (rujuk di sini)

Dari cara ungkapan Guan Eng, ianya beranggapan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak bersungguh-sungguh mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera di Sarawak dan Sabah dengan adil di antara suku, kaum, agama dan kedudukan geografi.

Kerajaan Pusat juga dianggap telah mengabaikan rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah untuk bersama menikmati pembangunan yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.

Di Kota Kinabalu pula, Anwar, Lim Kit Siang dan Nasharudin Mat Isa, dilihat telah berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada PRU akan datang.

Kerajaan Pusat dikatakan telah mengenepikan perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 1963.

AYG ; begitulah muslihat pakatan DAP-PKR-PAS di sebalik pengisythiran Kerajaan bahawa 16 September sebagai Hari Malaysia.

Pakatan DAP-PKR-PAS amat terkilan UMNO-BN dapat terus menubuhkan Kerajaan kerana undi yang diperolehi dari rakyat di Sabah dan Sarawak pada PRU ke 12. Malah mereka lebih terkilan sekali apabila pembohongan Anwar Al juburi, bahawa Putera Jaya akan jadi milik mereka pada 16 September juga…….

Meleleh air liur Anwar Al juburi tidak dapat jadi PM, ternganga mulut Lim Kit Siang/Guan Eng kerana DAP tidak dapat berkuasa serta membonekakan PAS…… ‘terkentut beruk’ Lee Kuan Yu, mentor Singapura tidak dapat melihat satu lagi kerajaan Melayu berkubur…..

Ekoran setuasi inilah maka Pakatan DAP-PKR-PAS merasakan mereka perlu berbuat apa sahaja untuk meracuni pemikiran pengundi-pengundi Sarawak dan Sabah untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

DAP sedar, Sabah dan Sarawak punca kegagalan mereka menumbangkan kuasa Melayu di Semenanjung. DAP perlu lebih licik menggunakan Melayu-Bumiputera yang ada dalam PKR dan PAS untuk menggugat kekuatan BN yang menjadi deposit tetap (undi tetap) UMNO-BN di Sabah dan Sarawak.

DAP melalui suara PKR-PAS dan bantu Lee Kuan Yu-PAP, mentor Singapura begitu bersemangat meniupkan isu-isu diskriminasi kaum kononnya berlaku di setiap pelusuk negara dibawah pemerintah kerajaan UMNO-BN.

Beginilah cara DAP untuk memastikan rakyat sentiasa tidak bersatu, dengki dan curiga terhadap satu sama lain khususnya dari kalangan kaum Cina. DAP nampaknya cuba memecahkan kekuatan perpaduan kaum untuk memastikan DAP di puncak kuasa memerintah dengan kaki beralaskan kepala Melayu-Bumiputera di dalam PKR dan PAS.

Sebab itu Lim Guan Eng jadikan isu perkauman sebagi agenda utama, kononya berlaku diskriminasi di kalangan masyarakat Malaysia terus berleluasa walaupun Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Kononnya penganiayaan terhadap rakyat peribumi di Sabah dan Sarawak semakin hari semakin teruk dan hak asasi mereka dicabuli serta sumber harta negara pula dikuasai dan dinikmati oleh segelintir sahaja, manakala majoriti rakyat merana.

Kenapa DAP begitu bersemangat untuk menghasut rakyat Sarawak dan Sabah ?

Guan Eng tahu, Sarawak dan Sabah mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak, gas, balak dan sebagainya dan sebuah negeri yang berpotensi besar untuk dijadikan punca-punca kekayaan untuk kepentinga DAP dan pakatan jika dapat berkuasa walau pun sekejap…..

Kalau kerana dalam Perlembagaan Negara telah menetapkan Perkara 153 untuk menjaga kepentingan hak-hak orang Melayu-Bumiputera termasuk di Sarawak dan Sabah dikatakan diskriminasi kaum, bagaimana pula dengan nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Pulau Pinang ?

Apakah Guan Eng-DAP tidak melakukan diskriminasi ?

Kaum Melayu-Bumiputera masih ramai yang tidak dapat bersaing dengan kaum-kaum Cina di Malaysia, sebab itu peruntukan perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan terus dikekalkan.

Kaum lain, khususnya Cina tidak sedaif orang Melayu-Bumiputera walau pun tidak termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Negara….. di Sarawak dan Sabah contohnya, kaum siapa yang banyak menguasai ekonomi ?

Adakah kaum Cina di Sarawak dan Sabah begitu daif, miskin, tidak berharta serta menduduki kawasan-kawasan pendalaman ? Siapa sebenarnya yang lebih beruntung mengaut kekayaan hasil-hasil bumi di Sarawak dan Sabah ?

Kalau ditinjau sebenar-benarnya, sebahagian besar masyarakat luar bandar di Sarawak dan Sabah bersyukur kerana penyertaan negeri-negeri ini dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, malah ada yang menyatakan keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Adalah lebih baik Sarawak dan Sabah menjadi sebahagian dari Malaysia daripada di bawah kuasa Indonesia dan Filipina……………

Tidak dapat dinafikan masih banyak kawasan yang belum dibangunkan daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Sarawak dan Sabah terutama di kawasan-kawasan pendalaman.

Tetapi, transformasi secara umum telah banyak berlaku khususnya di luar Bandar, kawan rasa kita dapat menyaksikan, lebih-lebih lagi rakyat Sarawak dan Sabah perubahan yang telah berlaku daripada suasana luar bandar yang suram dan daif kepada suasana yang lebih ceria dan lebih membangun yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN.

Dengan susana pelbagai etnik dan kaum serta keadaan bentuk muka bumi sudah pastilah transformasi membangunkan rakyat Sarawak dan Sabah berlaku secara beransur-ansur serta memerlukan kesabaran…….

Kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun, Murut serta kumpulan-kumpulan peribumi di Sabah, adalah berstatus Bumiputera, mereka berhak mendapat hak sebagaimana orang Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan di Semenanjung Malaysia.

Oleh kerana kaum Cina dan lain yang bukan Bumiputera di Sarawak dan Sabah hanya diberi taraf kewarganegaraan sahaja, maka inilah peluang DAP untuk memanipolasi isu perkauman dan diskriminasi disamping Anwar Al juburi yang dilihat sebagai dalang untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN dengan bantuan PAS…….

Meracuni pemikiran rakyat Sarawak dan Sabah untuk membenci atau anti Semenanjung perlu dipertingkatkan demi memastikan kuasa Melayu-Bumiputera berkubur…. Itulah agenda utama DAP…… Anwar Al juburi hanya bernafsu untuk jadi Perdana Menteri, bukan untuk mempertahankan martabat bangsa Melayu-Bumiputera….




Friday, September 17, 2010

HARI MALAYSIA-nostalgia buat Che gu Mazahar Abd Wahid


Che gu Mazahar Abd Wahid (kalau tak silap), guru kelas kawan pada 1963 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pontian, Rompin, Pahang sekitar tahun 1963.

Waktu itu, pakaian seragam sekolah hanya berseluar pendek hitam dan berbaju putih, kasut putih dan berkaki ayam pun boleh bagi murid yang tidak mampu membeli kasut dengan syarat membasuh kaki sebelum masuk ke kelas.

Kawan masih ingat waktu itu, ada sebuah syarikat Jepun yang menjalankan kerja-kerja melombong bijih besi di ulu sungai Pontian, syarikat ini dengan murah hati menyumbangkan kasut sekolah, satu lori mereka hantar kasut ke sekolah, berebut-rebutlah murid-murid memilih kasut…….. nasib kawan malang sikit, terdapat kasut perempuan, saiz pulak besar, padan kaki emak kawan, mau tak mau pakai jugalah……. Bayangkan kalau sekarang ini ada murid yang pakai kasut perempuan, saiz besar pulak tu…..

Che gu Mazahar ini, selain menjadi guru kelas, beliau juga mengajar mata pelajara Bahasa Melayu, Ilmu Hisab (Matametik), Sejarah dan Sivik. Mata pelajaran Ilmu Alam oleh Che gu Wan Muhamad (Guru Besar waktu itu, sudah meninggal dunia di Kampung Nenasi) dan Bahasa Inggris oleh Che gu Abd Rahman (tak pernah jumpa lagi).

Peristiwa yang tidak boleh kawan lupa, sewaktu berlakunya konfrantasi antara Melaysia dan Indonesia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. (boleh rujuk di sini)

Memandangkan sekolah kawan waktu itu berhampiran pantai laut Cina Selatan, maka semua murid dan guru-guru dikehendaki menggali lubang dihadapan sekolah untuk dijadikan kubu sebagai tempat berlindung jika berlaku serangan udara dari pihak Indonesia.

Suatu hari, maka loceng kecemasan dibunyikan, apa lagi bertaburan murid-murid lari menuju ke lubang kubu…….. bayangkanlah macam mana keadaanya waktu itu, takut dan sedih…... ada yang menangis bila teringatkan ibubapa, keluarga di rumah…

Yang kawan hairannya, mengapa murid-murid sahaja yang masuk ke dalam kubu sedangkan guru-guru tercegat berdiri di tepi kubu sambil ketawa……… rupa-rupanya hanya latihan sahaja..

Cuba bayangkan, kalau ianya benar-benar berlaku….. agaknya begitulah keadaannya kanak-kanak di Palestin ye……….

Berbalik kepada Che gu Mazahar, bagi kawan inilah guru bersama guru-guru lain bukan sahaja mendidik anak-anak bangsa di sekolah, malah di luar sekolah juga……

Apa tidaknya, Che gu Mazahar ini pada sebelah petangnya, dia kena pergi mengajar orang tua yang buta huruf, waktu itu dipanggil Sekolah Dewasa, boleh dikatakan 90% orang-orang tua, lelaki dan perempuan di kampung kawan buta huruf…….

Begitulah kesedaran pemimpin kerajaan selepas merdeka, pendidikan ilmu adalah sebagai tunggak untuk merobah nasib bangsa Melayu…….

Hobi kawan serta beberapa sahabat yang lain waktu itu suka sangat menangkap ikan ‘kekaring’ (ikan pelaga) di parit-parit tepi jalan dalam kampong. Entah apa malangnya, kawan terserempak dengan Che gu Mazahar yang ‘berbasikal’ (guru-guru waktu itu hanya memiliki basikal je… bukan macam sekarang..) sewaktu balik dari mengajar ‘Sekolah Dewasa’……

Apa lagi, kawan serta 2 sahabat terkencing-kencing dalam paya kena rotan….. balik rumah buat muka bodoh, tidak berani beritahu ibubapa, takut kena tambah lagi……. Sejak peristiwa itu, sehinggalah kawan dewasa tidak lagi merayau-rayau tidak tentu hala….

Begitulah pendidikan yang diberi oleh Che gu Mazahar, bukan sahaja di Sekolah, malah di luar sekolah juga, setiap anak muridnya dibuat macam anaknya sendiri, hukuman diberi sebagai satu pengajaran untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna……. Setahu kawan ramai anak-anak muridnya menjadi manusia berguna, berjawatan tinggi dalam kerajaan, malah ada yang menjadi ushawan terkenal…..

Terima kasih Che gu…………………….. Selamat meyambut ‘ HARI MALAYSIA’



Wednesday, September 15, 2010

Penang maju-harga ‘air suam’ RM1 segelas, sama nilai dengan gaji penasihat ekonomi Kerajaan Selangor


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan terhadap sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong, Pulau Pinang yang menjual air suam pada harga RM1 segelas setelah menerima menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan restoran berkenaan. (rujuk di sini)

AYG ; memang cekik darah pemilik restoran berkenaan…….. walaupun mungkin pihak KPNDKK tidak boleh mengambil tindakan di atas harga ‘air suam’ yang mencekik darah kerana ‘air suam’ bukan barangan kawalan tetapi wajarkah pengguna dibebankan dengan bayaran yang tidak setimpal dengan barangan…..

Dikatakan juga, pelanggan akan tetap dikenakan bayaran RM1 bagi segelas ‘air suam’ walaupun mereka memesan makanan dan minuman yang lain.

Lainlah pula dengan Anwar Ibrahim, sanggup menerima bayaran elaun RM1 sebulan apabila dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor…… sebab itu banyak kawasan tanah-tanah berlubang apabila pasir dikorek tanpa sempadan…….

Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertaraf Khalifah Omar, Lim Guan Eng tidak payahlah hendak sebu-sebuk perihatin dengan rakyat Serawak dan Sabab yang kononnya kedudukan ekonomi mereka menyedihkan setelah 47 tahun bergabung dengan Malaysia….

Guan Eng lihat dulu bagaimana majunya rakyat Pulau Pinang sehingga ‘air suam’ segelas berharga RM1………………

Jangan hanya nampak kuman berkeliaran di seberang laut, sedangakan bapak gajah depan mata buat-buat rabun pulak……….. peeeeeegiiiiiiiiiiii dahhhhhhhhhhh



Tuesday, September 14, 2010

Pembunuhan Kejam-masyarakat India mengutuk sekeras-kerasnya


Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kes pembunuhan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman namun tidak dinafikan perbuatan kejam itu begitu melampau dan satu Malaysia marah terhadap perbuatan yang kejam itu.

Katanya lagi, masyarakat India di seluruh negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dan kaum India tidak pernah menyokong perlakuan jenayah seperti itu walaupun dilakukan di kalangan kaum India sendiri.

Datuk T. Murugiah menegaskan, tindakan penjenayah-penjenayah itu wajar mendapat hukuman setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan dn berharap pihak Polis melakukan siasatan secara terperinci tanpa memberikan sebarang ruang sedikit pun kepada mereka yang terlibat. (Rujuk di sini)

Datuk T. Murugiah juga menceritakan bagaimana suspek seorang Peguam yang bergelar Datuk itu bercadang untuk menyertai parti MIC ketika bertemu dalam satu program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

Dan pada peringkat awalnya Datuk T. Murugiah menganggap hasrat suspek itu tiada masalah menyertai MIC kerana dia seorang peguam yang berpendidikan tinggi serta seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya.

AYG ; itulah Datuk, jangan mudah terpedaya dengan rupa paras luaran sahaja…… siapa sangka seorang yang berpendidikan serta berkedudukan tinggi menyimpan peragai macam haiwan…..

Lepas ini, Datuk Murugiah bolehlah menasihatkan mana-mana Peguam, khusus dari kaum India supaya berfikir dengan sewaras-warasnya untuk menjadi Peguambela kepada suspek jika dibicarakan kelak……. Nasihatkan mereka jangan kerana wang sanggup menjadi pembela kepada penjenayah tidak berhati perut ini, kembalikan maruah kaum India........


Monday, September 13, 2010

Pembunuhan kejam jutawan – Apakah suspek hanya sebagai ‘ kambing hitam ‘ ?

Kita dikejutkan dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki, malah naluri kita juga tersisip perasaan marah, sedih dengan tragedi yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita sebagai seorang manusia, bahawa ada juga manusia yang sanggup bertindak sekejam itu semata-mata untuk harta. Apa tah lagi kalau si pelaku itu dari kalangan manusia-manusia yang berpendidikan, berstatus tinggi………

Dalam kesibukan pihak Polis menyiasat, menyelesaikan kes, ada juga pihak-pihak tertentu mencari kesempatan mempolitikkan kes pembunuhan kejam ini mengikut selera otak pembangkang mereka….

Bila kita meninjau blog-blog pro pembangkang, kebanyakan menjadikan kes ini sebagai isu politik. Contohnya blog PahangDaily yang terkenal pro PKR cuba mengaitkan isu mengikut selera politik sonsang mereka.

PahangDaily kononnya terkejut di atas kecekapan Polis Malayisa menjalankan tugas siasatan begitu cepat serta berjaya membongkarnya. Sedangkan banyak kes-kes lain yang masih tertangguh sehingga kini dan penjenayah masih bebas.

PahangDaily cuba menganggap pihak Polis bersikap diskriminasi dalam menyelesaikan kes sebegini seperti kes pembunuhan kejam adik ‘Sharlinie’, oleh kerana ‘adik Sharlinie anak pemandu teksi maka kesnya sengaja dilambat-lambatkan. Berbeza dengan kes Datuk Sosilawati seorang jutawan terkenal maka kesnya dipercepatkan…………….

Apa yang dikesali, PahangDaily cuba menyamakan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain dengan tragedy pembunuhan Altantoya Sharribu dengan mendakwa suspek pembunuhan Datuk Sosilawati juga akan ‘dikambinghitamkan’ sama seperti Sirul dan Azilah……

Begitu buruknya pemikiran dalam kepala otak puak-puak pembangkang ini, kalau boleh semua perkara buruk yang berlaku dalam Negara hendak dikaitkan dengan kerajaan BN, lebih-lebih lagi kepimpinan UMNO………. Waima salah laku liwat Anwar juga dikaitan dengan UMNO….

Mudah sangatlah kalau begitu, buat jenayah, buat kemungkaran, Sodom belakang orang boleh letakkan kesalahan kepada UMNO…… hamPAS punya manusia…..





Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sahabat semua........Maafkanlah kalau kawan terlanjur kata, tersalah sindir, terkasar mengata dalam kita berbicara.... semoga amalan kita disepanjang Ramadhan yang mulia ini diberkatiNya.......InsyaAllah.



Friday, September 3, 2010

Warga Indon anti Malaysia-ada pengkhianat dari Malaysia ?


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq dikatakan ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

Mungkin kerana hubungan itu ada sangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia sehingga Mustar Bona Ventura Manurung mendesak agar Jakarta segera membawa pulang tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia kononnya demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dan mendesak Jakarta memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

AYG ; Apakah Indonesia sahaja yang ada kehormatan dan kedaulatan ? Malaysia dan rakyatnya tiada ?

Bezanya, rakyat Malaysia yang lebih bermaruah kerana tidak mudah menerima upah wang yang sedikit serta sebungkus nasi untuk menghina Negara lain…….. melainkan ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bermaruah sanggup menjadi pengkhianat Negara sendiri….

Negara Malaysia juga berdaulat dan bermaruah kerana membangun dengan begitu harmoni sehingga dapat menampung berjuta-juta warga dari Negara lain, lebih-lebih lagi umat Islam dari Indonesia untuk menumpang mencari nafkah tanpa halangan…..

Cuma Negara Malaysia agak malang mempunyai rakyat yang begitu ghairah hendak berkuasa, sehingga sanggup menjadi pengkhianat dengan memburuk-burukkan Negara sendiri di luar Negara……….