Saturday, August 14, 2010

Si ANAK Jin - duit raya hanya gimik FELDA ?


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai”. (Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim).

Sabda lagi Rasulullah SAW didalam hadith lain yang bermaksud, “Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat.........”. (Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i)

Nampaknya “si anak jin” ini tidak termasuk dari kalangan syaitan-syaitan yang dirantai…….

Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib untuk memberi duit raya sebanyak RM350 seorang kepada peneroka yang bersama Felda dan RM150 seorang kepada peneroka yang tidak bersama dengan Felda telah dianggap oleh Mazlan (ANAK) sebagai satu cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka sahaja. Mazlan juga mendakwa, 'duit raya' itu adalah sememangnya duit peneroka yang diambil FELDA dan cuba pula memberi gambaran bahawa FELDA melayan peneroka dengan baik.

Pemberian ‘duit raya’ yang melibatkan jumlah RM37.14 juta itu juga hanya sebagai gimik untuk menutup isu FELDA yang akan bankrap. (HarakahDaily)

Begitulah kan………kalau orang sudah merasakan tercabar dengan segala hasutan, fitnah serta dakyah untuk mendapat sokongan dari peneroka-peneroka FELDA….

Kalau direnungi sebijak-bijaknya, sememang wajar FELDA mengeluarkan belanja yang besar itu untuk meringankan beban peneroka ketika menjelangnya musim-musim Hari raya….. Bukankah ini bererti FELDA telah menjana keuntungan hasil dari pengurusan yang baik, maka sewajarlah kalau Dato’ Sri Najib selaku pemimpin kerajaan bersama FELDA memberi habuan kepada peneroka…

Maka salahlah selama ini anggapan geng-geng pembangkang bahawa FELDA telah bangkrap……..jangan pulak nanti ada kalangan para peneroka yang menerima ‘duit raya’ itu digunakan pula sebagai bayaran khidmat peguam untuk menyaman FELDA…. yang beraya sakan sudah tentulah puak-puak peguam pembangkang dan Mazlan sendiri…

Ingatlah wahai peneroka FELDA, kumpulan ‘si anak jin’ ini akan sentiasa mengaruk dan merasuk kepada mereka-mereka yang lemah iman, tamak, tidak bersukur serta takbur dengan apa yang telah diperolehi semenjak dapat berhijrah dalam tanah rancangan FELDA……

Cuba kita sama-sama tinjau sedalam-dalamnya, berapa ramai peneroka-peneroka Felda yang selama ini tidak bersama Felda telah menjual hasil ladang kepada pembeli-pembeli bukan FELDA…. apakah mereka ini menerima bayaran yang tinggi dari apa yang dibayar oleh Felda ?

Adakah setiap tahun tuan punya kilang persendirian atau pusat membeli sawit ini membayar rebet atau bonus kepada penjual dari keuntungan yang mereka perolehi ?

Jangan keterlaluan menafikan apa yang telah anda perolehi dari FELDA, jangan membutakan mata, menjumudkan pemikiran kerana dakyah serta janji-janji manis yang ditawarkan oleh kumpulan ‘si anak jin’ ini……



20 comments:

  1. SLMBRO..ANAK JIN DH BIASE 'MKN' HASIL FELDA X BACE BISMILLAH ATAU DI SUDAHI DGN ALHAMDULLILAH. TU PSL JD ANAK JIN SAMPAI KE TUA! KEHKEHKEH >|D

    ReplyDelete
  2. Anak jin dah kena liwat.

    ReplyDelete
  3. tuan..
    rasanya dh beberapa kali dh rakyat FELDA ni dpt duit raya bknnya tahun ni saja.yalah dh ada untung berkongsi le dgn peneroka.
    apa masalah anak jin tanduk tiga tu... yg dok hasut peneroka tu apa pasal dlm bulan puasa ni.klau tak nk bg peneroka ambik duit tu,dia saja le minta kat anwar suruh bg duit raya kat peneroka.lepas tu nk buat fitnah pun sedap juga. ni ckp byk dgn air liur je sambil buat fitnah buatpe. bg le bukti sahih..mcm sy kata td bg guna duit sendiri ke parti ke baru sahih nk bantu mereka, nk bg bukti kata FELDA bangkrap xde kn.
    ni le perosak2 bangsa dan negara. dulu sekolah gunaduit makbapak dia yg kaya kot tp lupa yg bapak kaya sbb kontrak kerajaan BN gak....ambik ko mazlan jawap le sikit persoalan ini...aku x sekolah tinggi...

    ReplyDelete
  4. biasalah puak ni kalau mencari salah orang cepat je..tapi tgklah diam diam anak jin ni mesti sebat juga duit tu.

    ReplyDelete
  5. Setakat awak buat kecoh dengan saman RM 200 juta atar arahan pembiayaan PKR tu jauh lagi laaa nak bangkrup felda tu. Asset felda ada berapa B dan sedang terus bertambah mengatasi kekurangan dalam simpanan tunai pun. Tak payah nak keliru kelirukan orang ramai sambil menghimpun dosa kering gitu laaaa.

    ReplyDelete
  6. Dulu ayah dia tak bersama Felda kini mak dia bersama Felda dapatlah juga RM350 tu..
    Sebenornya apa saja Felda buat tak betul belaka bagi puak-puak ni, tapi kalau Felda bagi duit dia dulu.Dah lebih 1/2 abad Felda berjaya membangunkan tanah menjadikannya Estet melayu terbesar didunia..tup..tup lahir anak jin ni mengacau..huru-hara dibuatnya...piraaah.

    ReplyDelete
  7. Apa nak heran bro, kalau tak macam mana puak-puak hamPAS ni nak kumpul duit..... inilah saja cara mereka nak kumpul duit dari orang kampung.... mereka tahu orang Melayu mudah sangat terpedaya dengan lagak gaya warak, alim, tok guru....

    ReplyDelete
  8. Salam AYG, apa yang koi nampak, puak hampAS dan peguam-peguam ni yang beraya sakan dapat kumpul duit raya dari peneroka, tenguuk je lah, sorang deme kutip RM200-500.... apa orang kata : 'raya keling' puak-puak ni.....kah..kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  9. Nabi Muhamad s.a.w bersabda, Jauhilah dari perbuatan mengumpat kerana ia lebih besar dosanya daripada zina. Lantas seorang sahabat bertanyakan baginda , 'Kenapa ya Rasulullah? Jawab Baginda , ' Kerana sesungguhnya sorang yang berzina kemudian bertaubat,maka Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya pula orang yang MENGUMPAT tidak akan diampuni dosanya selagi orang yang KENA UMPAT itu tidak mengampunkanya.

    Nabi s.a.w bersabda , Bukanlah (golongan ini) daripada orang yang beriman yang sempurna imannya: Orang yang suka MENGECAM, suka MELAKNAT, yang suka BERCAKAP KUFUR dan suka MENCARUT. ( HR AHMAD )

    Nabi s.a.w bersabda, MENGUMPAT seseorang muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuh orang muslim adalah perbuatan kufur. ( HR Bukhari )

    Nabi s.a.w bersabda, Aku diutuskan Allah sebagai rahmat dan bukan sebagai TUKANG KUTUK.
    ( HR Muslim )

    Olih itu sama-sama kita muhasabah diri di bulan puasa yang mulia ini.

    ReplyDelete
  10. Aaaaiya lompinlai,n lu balu tau ka itu punya celita..... kah..kah....kah... he....he...he... hu...hu...hu...keh...keh...keh...

    Apa macam kalau itu anak jin selalu lasuk olang, kasi cakap tipu sama olang susah.. tatak losa ka.... aiiiiiiya lu punya olang ma manyak suka teeenguuuk sedili punya saja ma.... tatak mau teeenguuuuk olang lain bikin baik maaaa.....

    ReplyDelete
  11. Kpd. Anon 14.8.10. Kalau ia pun jangan beri gelaran orang (anak jin ). Bahasa menunjukkan bangsa.

    Jangan ingat kita dah terlalu bijak dan pandai serta serba serbi tahu semua hal Felda. Orang dah bekerja dengan Felda pun tak sanggup kata orang macam tu.

    Apa macam satu hari nanti awak atau keluarga awak dihina sebegini. Kalau nak marah orang biarlah beradab sikit.

    ReplyDelete
  12. Hai ya lompinlai, cakap itu macam tatak bole ka.... tapi uwa teenguuk itu geng-geng anak jin lagi manyak kutuk, lagi manyak cakap kotor sama itu Felda, sama itu UMNO apa macam ? tatak losa ka...... haaaaiyaaaaa ini macam ada mutui ka....

    ReplyDelete
  13. ishhh... dah takde keja "anak jin" sekor nih.. tak abih2 nak tambah fitnah. sebenarnya, dia tgh promote dirinya, agar PAS atau PKR kasi kerusi selamat PRU depan kot...

    ReplyDelete
  14. bagaimana tak bengrap,tangan yang suap kapada kita gigit.konon-konon nak tunjuk kita terpelajar tetapi malangnya kita tidak menggunakan apa yang subsidi pelajaran bagi membangunkan/memajukan usaha ibu/bapak kita.cerminlah sikit diri kita dulu.

    ReplyDelete
  15. Anak jin hasut peneroka tu mungkin dapat komisen dari peguam kot? bayangkan=

    766 peneroka x RM500.00 = RM383,000.00
    10% Komisen untuk broker = RM38,300.00

    Banyak tuuu...

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  16. Rosli bin JamaludinSunday, 15 August, 2010

    Felda nak bagi duit raya terima jelah.. Itukan salah satu daripada tanggungjawab (Company Social Responsilibity) CSR dia. Kenapa nak kecoh-kecoh pulak? Negara kitakan negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berpelembagaan. Setiap rakyat bebas melakukan aktiviti yang difikirkan mendatangkan faedah kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan negaranya asalkan aktiviti tersebut tidak menyalahi undang-undang negara. Justeru, tidak perlulah kita melalak tidak tentu fasal tanpa kita terlebih dahulu mengkaji kewajaran tindakan yang akan mereka ambil. Sebaik-baiknya sebelum kita mengata atau menghukum perbuatan sesuatu kumpulan atau individu kita perlu masuk di dalam kelompok itu terlebih dahulu. Cuba kita semak dan periksa apa sebenarnya perkara yang menjadi isu yang menyebabkan golongan tersebut mengambil sesuatu tindakan yang mereka fikirkan mereka berada di pihak yang benar. Mulai dari sekarang kita kenalah berfikir di luar kotak kepompong kita (thinking outside the box).

    ReplyDelete
  17. En Rosli, betul kata tuan..... tetapi apa yg dilihat sekarang kumpulan yg mendesak serta menghasut peneroka lebih kpd kepentingan politik, lebih banyak aktiviti menghasut untuk membenci sesama peneroka, kerajaan dan UMNO... bukan selama ini sudah ada badan-badan yg mewakili peneroka sendiri utk perjuangkan hak peneroka, walau pun lambat diterima oleh pengurusan, tetapi ianya berjalan secara tersusun dan teratur tanpa menghuruharakan keadaan.....

    Generasi Pertama Felda

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. satu spesis yang sama dengan Nizar. Tak fikir panjang..

    ReplyDelete
  20. salam
    hisshhhh... mcm2 berlaku fitnah kat Felda nih
    Felda dah beri duit raya terima saja. rezeki Allah
    Felda beri angpau kerana kegigihan hasil titik peluh mereka berkebun kelapa sawit. Bukan senang mahu menjaga dan memotong buah kelapa sawit seluas 10 ekar. ada yang kena di tempat yg berbukit lg susah utk mereka menjaga.

    Rezeki Allah beri, kita terima dan bersyukur. Alhamdullilah

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..