Saturday, August 28, 2010

Siri ANAK jin - FELDA jangan hanya mahu kaji tindakan terhadap peguam saja...


Kegagalan peguam FELDA untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan penyebab utama FELDA tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3.

Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan agar FELDA membayar mereka RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit. Klik di sini

AYG ; Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, terbukti tanggapan sesetengah pihak selama ini bahawa sistem Kehakiman dan Mahkamah Malaysia bebas dari pengaruh kerajaan atau UMNO…..

Setuju juga dengan saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda perlu mengkaji serta meneliti tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman yang diberi amanah yang menjadi punca utama kekalahan kes tersebut. Klik di sini

Kerajaan sepatutnya bukan sekadar mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap firma guaman, tetapi seharusnya mengkaji lebih menyeluruh terhadap organisasi FELDA itu sendiri….

Bemula dari Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarahnya, pegawai-pegawai kanan, kakitangan sehingga ke peringkat bawah…… Kelemahan serta sikap sambil lewa dalam menangani segala pemasalahan, tuntutan masyarakat FELDA itulah punca-punca sebenar yang menjadi pengkhianat kepada kerajaan sehingga menyebabkan rakyat mudah di dakyah untuk membenci kerajaan, lebih-lebih lagi UMNO……..

Berapa ramai dari kalangan pengurusan itu sendiri termasuk yang berada di gedung FELDA menjadi musang berbulu ayam……..

Isu cara pihak pengurusan kilang sawit FELDA menilai gred buah sawit yang dihantar peneroka ke Kilang-Kilang milik FELDA sebenarnya telah berpuluh tahun dibangkitkan para peneroka…..

Mengikut tinjauan yang dibuat, pihak pentadbiran kilang sendiri seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahan peneroka sehingga berlakunya tuntutan saman ke Mahkamah.

Pernah terjadi, pihak pengurusan kilang FELDA tidak membenarkan Wakil-Wakil Rakyat kawasan datang melawat ke kawasan kilang untuk meninjau pemasalahan yang diajukan para peneroka, seolah-olah mereka lebih besar, lebih berkuasa dari kerajaan…

Mungkin dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini akan lebih membuka mata kerajaan terhadap pentadbiran FELDA, jangan hanya melihat apa yang dikemukakan di atas sahaja……. Turun-turunlah ke bawah, pantau dan tinjau sendiri apa yang sebenarnya berlaku diperingkat rancangan, lebih-lebih lagi pengurusan kilang-kilang FELDA…

Sikap tidak amanah musang-musang yang rakus mencari keuntungan sendiri dalam organisasi FELDA adalah penyebab utama sebahagian masyarakat peneroka lebih mempercayai dakyah pembangkang seterusnya menyalahkan kerajaan UMNO-BN kononnya wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang didakyah pembangkang.

Jangan anggap dengan cara menganjurkan program-program mega, karnival atau projek-projek mega sudah memadai untuk mendekati masyarakat peneroka, mengembalikan kepercayaan mereka, boleh dikatakan kebanyakan program yang dianjurkan ‘syok sendiri’ ATAU ‘melepas batuk di tangga’ dengan perbelanjaan yang besar……

Adalah lebih baik kalau pihak kerajaan mengkaji kedudukan organisai itu sendiri, apakah pemikiran mereka-mereka yang diberi tanggungjawab itu benar-benar ingin membangunkan rakyat atau sebaliknya…..

Kalau perlu, Pengerusi itu sendiri perlu ditukar…….. seterusnya pengkhianat-pengkhianat yang 'menyerupai ayam’ di dalam reban juga perlu dihapuskan……

Jangan kerana kelemahan golongan ini yang berada dalam organisasi FELDA menyebabkan rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat peneroka berterusan membenci, tiada keyakinan terhadap kerajaan BN khususnya UMNO…..



11 comments:

  1. Salam...Sokong,Kerajaan dipersalahkan kerana tindakan pegawai kerajaan yang korup,menyeleweng dan rakus.Mereka telah mendapat tempat yang bagus dan gaji yang lumayan tetapi khidmat yang diberi tak setimpal malah menyusahkan banyak pihak.Terkadang mereka pun tak sokong kerajaan.
    Kilang Felda perlu lebih berintergriti dalam hubungan dua hala dengan peneroka bukan menekan menyebabkan ada ruang untuk peneroka menyaman semula....

    ReplyDelete
  2. JGN LUPE BRO. ADE PIHAK2 DLM FELDA SENDIRI SEPERTI NK SABOTAJ DAN MENCEMARKAN NAMA BAIK INSTITUSI FELDA. GITU LAH JADINYE!

    ReplyDelete
  3. Setuju YG, inilah masanya Dato' sri Najib lebih membuka mata menilai manusia-manusia yang menerajui Felda..... jangan lihat sekadar cantik di atas saja tetapi di bawah penuh dengan ranjau yang mencucuk...

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak nak saman saja peguam tersebut kerana gagal mematuhi kontrak? Jangan bagi muka!

    Aku Yang Bingai
    Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)

    ReplyDelete
  5. Salam Yang gambi..dalam mana-mana pentadbiran Kerajaan ni politik adalah minor tetapi yang menjadi satu bala untuk Kerajaan adalah kakitangan dan pegawai-pegawai yang tak amanah dalam melaksanakan tugas..

    ReplyDelete
  6. Tak sangka Felda sanggup tipu peneroka Kemahang 3 untuk dapat untung berganda. Jangan jadikan alasan peguam tak hadir perbicaraan. Kalau peguam hadir pun kalah juga.

    Mungkin Felda nak tipu pun tengok tempat. Mungkin Felda tak tipu peneroka Gugusan Keratong. Sebab itu peneroka Keratong semua senang-senang belaka.

    Walau apa pun nama baik Felda dah hancur...
    YB nak masuk kilang pun tak bolih, mesti ada yang tak kena.

    ReplyDelete
  7. Sdr Yang Gambi sering menyalahkan pembangkang, menuduh penghasutlah dan sebagainya, tetapi saya rasa peneroka tidaklah bodoh sangat, jikalau tiada asas merekka tidak akan mempercayainya.

    Persoalannya apa yang berlaku diKemahang 3 adalah satu perkara yang benar2 berlaku, malah di peringkat awal permasaalahan ini diketengahkan, pengurus felda dan ahli parlimen BN kawasan tersebut iaitu Mustafa Mohamad turut mengugut akan menyingkirkan peneroka jika perkara ini di bawa ketengah.

    Mereka bukan nak tolong peneroka, tetapi mengugut pulak peneroka, polis pulak bekerjasama dengan kacang hantu ini.

    Umno disana usahkan nak tolong mereka ini malah memusuhi para peneroka ini.

    Didalam keadaan seperti ini kemana lagi para peneroka ini nak minta tolong kecuali sesiapa sahaja yang nak menolong mereka terima.

    Kebetulan yang mahu menolong ialah pembangkang, munkin benar kalau nak dikata bahawa pembangkang hanya mahu mengambil kesempatan, tetapi itulah perangai pembangkang, termasuk pembangkang Umno diSelangor dan P.Pinang.

    ReplyDelete
  8. Sdra LKTP 1436 saya setuju 100 %. YB BN memang nak jaga kawasan dia betul-betul takut jatuh kepada pembangkang. Ini pun dah tak bolih tidor sekarang , apa yang cakap kalau peneroka kawasan dia tanya tentang hal Felda.

    Dah jadi macam ini pun masih ramai lagi peneroka tak percaya dan kata Felda tidak bersalah.

    Bukan semua peneroka bolih dicucuk hidung. Mereka dah sedar.. Dulu bolih lah, gempar nak buang rancangan sikit dah nak terkencing.

    Wahai Felda, Tunggulah ramai lagi peneroka akan ambil tindakan mengenai perkara yang sama.

    ReplyDelete
  9. LKTP1436, lompinlai, cuba kita lihat bersama, di mana sebenarnya kesilapan itu... jgn hanya meletakkan keburukan kepada kerajaan atau kewujudan Felda.... kelemahan itu dtang dari pentadbiran kilang sawit setempat... janganlah kerana sesikat pisang yang rosak, kita perlu membuang setandan... Tuduhan keseluruhan organisasi Felda atau kerajaan UMNO-BN menipu adalah satu perkara yang tidak berasas.....

    Lompinlai, selama para peneroka berada di tanah rancangan tidak pernah merasakan dicucuk hidung macam lembu atau kerbau...banyak yang baik dari keburukan yang diperolehi peneroka dan banyak juga peneroka yang berterima kasih dengan kerajaan di atas apa yang mereka perolehi...

    ReplyDelete
  10. Sdra Yang Gambi, masalah perahan minyak sawit ini telah berpuluh tahun dibangkit olih peneroka tetapi tidak diendahkan olih Pengurusan Atasan Felda.

    Macam-macam cara-cara telah mereka buat tapi hampa.Masuk mesyuarat JKKR rancangan pun masuk angin keluar asap.

    Apa guna pihak kilang adakan grading buah sawit di loading ramp.Maknanya kilang hanya ambil buah yang benar-benar masak saja. Buah muda dan buah relai (over ripe) ditolak.

    Jadi soal perahan sawit rendah tak akan timbul. Kilang mungkin akan dapat 20 % - 21 %. Tetapi Felda beri 17 % kepada peneroka. Harga nya tentu jadi rendah. Ini lah yang peneroka bising. Hantar buah masak pun dapat tak lebih 17 %.

    Sebab itu harga dikilang Felda lebih rendah jika dibandingkan dengan harga kilang luar. Jadi Felda perlu lah bertimbang rasa dengan peneroka.Jangan asyik nak kaut untung saja.

    Sudahlah kena bayar balik bermacam hutang Felda.
    Campur tolak lain-lain hutang tinggallah beberapa ringgit saja dalam poket setiap bulan. Itulah hidup peneroka FELDA ( Faedah Encik Lambat Dalam Angan-angan ).

    ReplyDelete
  11. Lompinlai, saya rasa ada yg tak betul sikit dengan dakwaan awak ni... awak dah pergi tengok ke kat kilang sawit Felda sekarang... kalau buah sawit yg baik setelah digredkan peneroka dapat 19% ke 20%......

    Peneroka yang jual buat sawit di pusat-pusat timbang swasta, sudahlah harganya berbeza antara rm30 ke rm60 dari apa yang kilang Felda bayar, malah timbangan juga mereka curi sampai 250kg ke 500kg bagi satu trip... cuma pembeli-pembeli swasta ini bayar secara tunai..

    Kebanyakan peneroka yang selalu mendakwa kilang Felda menipu dulunya telah kembali menjual hasil ke kilang Felda, kerana penyangak di luar lebih penyangak dari Felda.... yang peliknya, tidak ada seorang pun dari kalangan peneroka berkenaan buat report atau saman pada pembeli-pembeli swasta ini..

    Seburuk-buruk Felda, ada juga habuan 'duit raya' dan bonus dihujung tahun bagi peneroka-peneroka yang menghantar hasil ladang ke kilang Felda.... sebaik-baik kilang/pembeli swasta, ada ke hendak bagi ?

    Kita tidak nafikan, ada kelemahan dari segi pengurusan/pentadbiran kilang Felda yang lebih penyangak untuk menyusahkan peneroka... sikap mereka inilah yang menyebabkan peneroka marah kepada kerajaan.... sebab itu disarankan agar kepimpinan kerajaan lebih-lebih lagi Dato' sri Najib lebih menumpukan kepada pengurusan itu sendiri, berkemungkinan banyak musang-musang yang menjadi pengkhianat....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..