Wednesday, June 30, 2010

“Orang dalam” bimbang Najib menguasai FELDA, siapa “orang dalam ini” ?


Menurut sumber dalaman, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

Dakwa ‘orang dalam’ lagi, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik dan hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi dan telah mengalihkan FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004.

Menurut kata ‘orang dalam’ lagi, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings, sementara 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.
(Sila rujuk di sini )

AYG ; nampak jelaslah bahwa ada ‘orang-orang dalam’ FELDA yang tidak senang hati apabila FELDA diletakkan bawah pemerhatian Jabatan Perdana Menteri, bukan lagi di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi seperti sebelumnya.

‘Orang dalam’ inilah yang sentiasa menyalurkan maklumat ke luar kerana tidak berpuas hati dengan penguasaan kerajaan di dalam FELDA, mereka tidak lagi dapat menopoli sepenuhnya segala kekayaan yang ada dalam FELDA…..

Bagi kawan (AYG), sepanjang berada dalam warga FELDA sejak ibubapa berhijrah ke tanah rancangan Felda sekitar tahun 1970, bermula tahun 2004lah dirasakan para peneroka dihargai oleh FELDA…..

Mengapa ? bermula tahun 2004 para peneroka telah mendapat pelbagai insentif sebagai warga peneroka yang sama-sama membangunkan FELDA…….

Bermula 2004, para peneroka dapat menikmati bonus tahunan dari hasil-hasil ladang yang dijual kepada kilang-kilang FELDA, berbagai-bagai infrastruktur kebajikan kepada peneroka, generasi kedua serta pembangunan masyarakat FELDA dirancang serta dilaksanakan oleh FELDA……

Sebelum ini bukan tiada, ada, tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga, apa yang jelas dilihat hanya Pegawai dan Kakitangan FELDA serta anak-anak syarikat FELDA sahaja yang mendapat habuan bonus tahunan sampai 3 ke 6 bulan gaji…….

Sebelum 2004, sejauh mana pihak pengurusan/pentadbiran FELDA menerima keluhan atau pandangan suara-suara peneroka melalui JKKR (Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan) atau badan-badan lain yang berkaitan dengan peneroka Felda……..

Tidak keterlaluan kalau dikatakan sebelum ini, kebanyakkan Pegawai Kanan Pengurusan/Pentadbiran FELDA menganggap para peneroka tidak ubah sebagai buruh di estet-estet, bukan sebagai tuan tanah ……..

Pemimpin/Wakil peneroka cukup dengan diberi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana anak syarikat FELDA sebagai menutup mulut…… sedangkan para elit termasuk ‘orang dalam’ dalam FELDA mengecap bayaran elaun melebehi gaji Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Kabinet, malah ada yang mengaut keuntungan lebih besar dari Penjawat Awam Kerajaan sendiri………

Malah kalau ada para peneroka FELDA yang hendak berjumpa Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan FELDA di Wisma FELDA terlalu banyak birokrasi melebihi daripada hendak berjumpa dengan para Menteri dalam kerajaan………

Inilah transfromasi yang telah dibuat oleh Dato’ Sri Najib terhadap FELDA yang mungkin kurang disenangi oleh sesetengah ‘orang-orang dalam’ FELDA yang selama ini berlagak lebih daripada tuan besar……..

Walau bagaiman pun, alhamdulillah……tahun ini Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah memberi dividen sebanyak 14 % dari pelaburan, mungkin ‘orang dalam’ yang lebih banyak memiliki saham dalam KPF, bertambah-tambahlah labanya…… macama mana pula dengan pelabur-pelabur saham dalam KOHILAL ?

Siapa ‘orang dalam’ FELDA ini ? inilah makhluk perosak yang perlu disingkirkan…. Penerusi FELDA perlu mencari 'orang dalam' ini.............




Tuesday, June 29, 2010

FELDA-Mazlan cabar berdebat pulak dah……….



Sudah puas mengheret warga peneroka membuat pelbagai laporan Polis, berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi FELDA serta ugutan akan membawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM supaya buat siasatan, konon Kerajaan UMNO-BN telah cuba memperbodoh-bodohkan rakyat, khususnya peneroka Felda……..

Kini, Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab tunai FELDA pula……..Klik di sini

Mazlan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat, selepas FELDA berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan yang membuat fitnah menuduh 'Felda Bankrap'.

AYG ; nak buat macam mana, kalau itu memang sudah menjadi satu tugas Mazlan Aliman untuk menghuruharakan masyarakat dalam Felda, kalau tidak masakan PAS perlu memberi peruntukan jutaan ringgit kepada Mazlan……

Kalau Mazlan rasa dia betul di atas pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Kee Kwong mengenai kemerosotan rizab tunai FELDA daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009, tunggu sajalah siasatan dibuat………perlu apa nak tunjuk lagak ajak berdebat…

Lapor Polis sudah, berdemonstrasi sudah, FELDA pun nak saman sudah…….. kalau Mazlan Aliman rasa betul, bawa saja semua dokumen-dokomen itu ke Mahkamah, tak payah nak tunjuk jagoan mencecer macam bapak ayam menjaja pelacur…….

FELDA sudah menjelaskan kemerosotan hamper RM2 bilion itu telah digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda. Apa lagi, kalau tak puas hati bawa saja ke SPRM untuk disiasat………..

Jangan hanya tahu berkokok macam ayam jantan memcabar ayam-ayam lain kerana tidk dapat mengawan ayam betina……….

Rizab tunai FELDA yang terkumpul berjumlah RM4.08 bilion tahun 2009 itu termasuk wang tabung tanam semula yang dikutip daripada 112,635 peneroka, bila telah digunakan, tentulah jadi merosot…………..tak kan bertambah kot…….

Bagimana pula dengan bantuan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 yang diberi kepada peneroka semasa ladang belum mengeluarkan hasil ? Tak mahu kira ke ?

Felda keluarkan RM603 juta atas skim pinjaman membaiki, membesarkan rumah peneroka sejak 2005 hingga sekarang, baru berapa kutipan dapat dibuat dari peneroka ? Tunggulah dalam tempoh 10 ke 15 tahun, itu pun kalau dapat…….. ada dikalangan peneroka yang tidak menjelaskan bayaran bulanan pinjaman…… FELDA tidak dapat membuat potongan kerana peneroka tidak menjual hasil melalui Felda….

Kenapa hendak dipertikaikan Felda memperuntukkan RM253 juta geran setiap tahun untuk tabung tabung kemiskinan di Sabah, bukankah hasil dana yang diperolehi dari anak-anak syarikat di bawah FELDA itu wang kerajaan, apa salahnya kerajaan memperuntukan kepada rakyat Sabah… Sabah pun ada banyak tanah-tanah rancangan Felda….

Bukan duit peneroka pun yang digunakan, berapa ramai peneroka Felda di Semenanjung menyumbang dalam tabung kemiskinan ?

Rakyat Sabah perlu ingat-ingat, inilah sikap pembangkang, mempertikaikan bantuan kemiskinan yang diberi kepada rakyat miskin di Sabah…….

Tidak perlulah hendak bertanya ke mana perginya semua wang Felda, kerajaan dan Felda sudah menjelaskannya………. Kalau dah rasa cukup bukti dedahkan ajelah…..

Kesimpulannya, barua pembangkang macam Mazlan ini sudah ditugaskan untuk mengucarkacirkan masyarakat peneroka, maka dia terpaksalah menjalankan tugas pembangkang yang telah meberi dana yang besar….

Pihak Felda juga perlu lebih berhati-hati dengan musang-musang berbulu ayam yang ada berkelian dalam Organisasi FELDA, bermula dari Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan sehingga ke kakitangan rendah……. Dari kalangan inilah yang banyak merosakkan segala dasar-dasar kerjaaan untuk membangunkan masyarakat Felda…… singkirkan pengkhianat yang ada…….


Sunday, June 27, 2010

Mahfuz terkejut beruk- Felda mahu saman Suara Keadilan


Tindakan kerajaan dan FELDA yang akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpian PKR, pemilik permit dan Ketua Pengarang telah mengejutkan Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Kononnya Kerajaan gagal memberi penjelasan isu dan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka. Klik

AYG ; Persoalannya, dimanakah yang dikatakan FELDA dibangunkan di atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Peneroka-peneroka Felda perlu ingat sejarah, FELDA wujud hasil dari Manifesto Pilihan Raya 1955 Negeri Pahang yang telah menjadi sandaran penubuhan Rancangan Tanah Felda. (sila rujuk di sini)

Para peneroka serta generasinya perlu tahu, kalau bukan kerana UMNO serta Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merancang untuk membangunkan rancangan tanah Felda di seluruh Negara, peneroka-peneroka Felda tidak akan dapat menikmati hidup seperti sekarang.

Para Peneroka serta generasi perlu mengimbau kembali sejarah penubuhan FELDA sebagai muhasabah diri, dengan penubuhan FELDA telah menjadi titik tolak untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu di luar bandar.

Tertubuhnya FELDA adalah untuk mengimbangkan ekonomi bangsa Melayu agar tidak wujud jurang yang berbeza di dalam masyarakat yang berbilang kaum pada waktu itu, lebih jelasnya, penubuhan organisasi FELDA telah memberi impak terhadap survival nasib bangsa Melayu dan Bumiputera dalam usaha membina status ekonomi sosial mereka.

Ekoran itu, dalam usaha memastikan kehidupan masyarakat peneroka berada dalam keadaan baik dan selesa, FELDA telah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, pusat kesihatan, masjid, pejabat pos, balai polis, dewan serbaguna, kompleks sukan, gelanggang futsal, surau, kuil, padang awam, stesen minyak, balai raya, klinik bidan dan banyak lagi.

FELDA juga tidak mengabaikan golongan generasi peneroka, kerana golongan ini juga merupakan golongan pelapis yang bakal mewarisi tanah bertuah ini. Bagi menentukan warisan ini tidak terbiar dengan arus perkembangan zaman, FELDA dan Kerajaan mengwujudkan Skim Tuisyen Felda (STF) untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.

Komitmen yang diberikan, maka ramai anak-anak peneroka Felda berjaya melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi serta memiliki kerjaya bertaraf professional seperti doktor, peguam, jurutera, tokoh korporat, malah ada juga dari kalangan mereka yang menjadi wakil rakyat.

Apa yang dilihat, PAS-pakatan pembangkang sedang berusaha keras mempengaruhi masyarakat peneroka Felda, khususnya di Pahang.

Maka, muncul individu macam Mazlan Aliman yang ditugaskan menjaja cerita yang tidak benar, memburuk-burukan UMNO-BN dan FELDA untuk menagih simpati peneroka, generasi kedua peneroka agar memihak kepada PAS-pakatan pembangkang.

Generasi kedua peneroka zaman ini perlu sedar, betapa mereka semua beruntung kerana membesar serta menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh FELDA, jauh berbeza di zaman kawan (AYG) yang membesar dalam serba kekurangan semasa mula-mula ibubapa kawan (AYG) menyertai FELDA sekitar tahun-tahun 70an……..

Justeru itu, dimanakah yang dikatakan oleh Mahfuz institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Apa yang jelas, kepimpinan UMNO yang telah berusaha dengan keringat serta tulang empat kerat mereka untuk mengwujudkan FELDA semata-mata membantu rakyat, khususnya bangsa Melayu-Bumiputera selaras dengan pendirian kerajaan UMNO-BN yang berpegang kepada gagasan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”……..


Saturday, June 26, 2010

Felda Bankrap-saman pembawa-pembawa fitnah


Wajar sangatlah kalau FELDA menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Suhaimi Said, Tan Kee Keong dan Abdul Wahid Endut, pemilik permit akhbar dan Ketua Pengarang Suara Keadilan. KLIK

Artikel berunsur fitnah terhadap FELDA dengan tuduhan Felda bankrap adalah sangat keterlaluan yang meresahkan warga peneroka Felda seluruh Negara, lebih-lebih lagi dengan tindakan Mazlan Aliman bersama kuncu-kuncunya yang telah membuat laporan Polis di IPD Temerloh mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib, Dato’ Ahmad Maslan disiasat kononnya telah berlaku penyelewengan di dalam pengurusan rizab tunai FELDA……

Sepatutnya, FELDA perlu mengheret sama Mazlan Aliman yang telah merayau keseluruh pelusuk perkampungan Felda menghasut, membawa fitnah supaya masyarakat peneroka membenci UMNO-BN dan FELDA……… inilah manusia nombor wahid yang patut diambil tindakan…….

Adalah lebih wajar sekiranya pihak FELDA mendapatkan perintah Mahkamah agar Mazlan Aliman dihalang memasuki mana-mana skim tanah rancangan FELDA untuk memberi ceramah menghasut peneroka……

Tidak keterlaluan disarankan agar pihak Polis terlebih dahulu meminta kebenaran Pengurus-Pengurus Rancangan sebelum meluluskan sebarang permit ceramah yang dibuat oleh Mazlan Aliman di kawasan perumahan peneroka yang semata-mata untuk menghasut, memecahbelahkan keharmonian masyarakat Felda……

Sudah terlalu banyak kerosakan keharmonian yang dilakukan oleh puak-puak ini……

Perlu di ingat, penempatan Felda berbeza dengan kampung-kampung, di mana Pengurus Rancangan adalah orang yang bertanggungjawab memantau segala apa yang berlaku di dalam kawasan kawalselia mereka macam Penghulu atau Ketua-Ketua Kampung juga…

Syabas dan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab kepada FELDA yang akan memfailkan saman terhadap pembawa-pembawa fitnah ini………..



Friday, June 25, 2010

FELDA - rizab tunai menurun, eset meningkat, Mazlan buat laporan Polis dakwa berlaku penyelewengan



Mengajak peneroka-peneroka Felda membuat laporan Polis memang sudah jadi kerja Mazlan Aliman, itulah saja tugas yang mampu dibuat untuk memenuhi agenda pakatan PAS-PKR-DAP.

Ekoran itu, Mazlan Aliman bersama pimpinan pakatan PAS-PKR-DAP Pahang membuat laporan Polis di IPD Temerloh terhadap Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Dato’ Ahmad Maslan kononnya ada berlaku penyelewengan berhubung isu penyusutan nilai rizab tunai Felda. Klik

Mazlan serta kuncu-kuncunya mendakwa wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati serta beranggapan Felda akan terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap. Klik

AYG ; apakah benar rizab tunai Felda yang berbilion-bilion itu semuanya milik peneroka-peneroka Felda ?

Selain daripada wang tabungan tanam semula yang hanya berberapa peratus saja, duit datang dari mana pulak peneroka-peneroka menabung dengan Felda ?

Setahu kawan, semua hasil-hasil ladang yang dijual kepada kilang-kilang Felda dibayar tunai kepada peneroka, dari mana pulak datangnya duit peneroka ?

Dato’ Ahmad Maslan telah pun memberi penjelasan walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion tetapi dalam tempoh yang sama nilai aset semasa dan tetap FELDA antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion menjadi RM15.4 Bilion.

Penurunan rizab tunai FELDA kerana menampung pelbagai perbelanjaan untuk pembangunan sosio-ekonomi. Klik

Salahkah, peruntukan sebanyak RM2 billion yang digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sarahidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka ?

Tidak dinafikan, setiap peneroka ada menabung untuk tanam semula ladang di antara RM6,000 ke RM9,000, tetapi kalau kita fikir-fikir, adakah cukup dengan jumlah itu bagi menampung pengurusan tanam semula selama 2 ke 3 tahun sebelum pengeluaran hasil ?

Bagaimana pula dengan pendahuluan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 yang diberi kepada peneroka semasa proses tanam semula selama tempoh tersebut ?

Salahkah, peruntukan sebanyak RM603 juta yang digunakan untuk memberi pinjaman membaiki atau membesarkan rumah kepada peneroka di antara RM20 ribu ke RM40 ribu ?

Cuba kita fakir-fikir, program pinjaman membaiki atau membesar rumah baru bermula, Felda masih belum dapat mengutip keseluruhan hutang-hutang pinjaman di antara RM200 ke RM350 sebulan dari peneroka, bayangkanlah, ada dikalangan peneroka membuat perjanjian bayaran balik pinjaman selama 15 tahun dan untuk kebajikan siapa ? Lu fikirlah sendiri………

Salahkah, peruntukan sebanyak RM253 juta untuk tabung kemiskinan di Sabah ?

Bukan sahaja di Sabah, di Semenanjung pun ramai para peneroka, keluarga peneroka yang menerima pelbagai bantuan kemiskinan, walaupun kebanyakannya tidak layak bertaraf miskin……

Salahkah, peruntukan sebanyak RM662 juta untuk membina atau membeli bangunan baru sebagai eset tetap Felda ?

Tidakkah semua eset itu akan tinggi nilainya dimasa-masa akan datang ?

Bukan itu sahaja yang diberi peruntukan kepada kebajikan para peneroka dan keluarga peneroka, banyak lagi disediakan seperti pembangunan pendidikan, kemahiran, ushawan dan macam-macam lagilah……… semua untuk kebajikan peneroka…..

Berapa banyak sebulan para peneroka menyumbang kepada Felda untuk menampung semua peruntukan tersebut ?

Kalau tak ada, tak payahlah nak tuduh atau membuat fitnah kononnya duit peneroka telah dibazirkan sesuka hati oleh Felda………

Lebih baik peneroka-peneroka tanya atau buat laporan Polis ke mana perginya pelaburan saham-saham dalam KOHILAL atau ke mana perginya pelaburan berjuta-juta duit peneroka ke atas SAHAM HARI TUA anjuran juak-juak PAS yang lesap begitu saja sekitar tahun 2002-2004. Dengar khabar ada peneroka telah melabur lebih RM20 ribu….. jangankan dividen, modal pokok pun lesap……….( ada sorang dua pelabur yang sasau sampai sekarang)

Ada sesiapa dari kalangan peneroka yang buat laporan Polis ? yang banyak kena tipu penyokong-penyokong pembangkang, sebab itu senyap je……..malu nak dakwa kena bodoh begitu saja…….. itu baru betul-betul kena tipu, kena bodoh, betul tak ?

Sebenarnya puak-puak pembangkang sudah kehabisan isu hendak menghasut peneroka-peneroka Felda, lebih-lebih lagi Mazlan Aliman, apa taknya, PRU 13 tak lama lagi, nak jadi calon lagi, bertanding kat Johor langsung orang tak pakai, kat Pahang sajalah tempat yang masih boleh nak kelentong……. Kawan rasa lebih baik Mazlan jaga kebun pesaka kat Felda di Johor tu…..

Pendapat kawan, eloklah rasanya FELDA, Dato’ Sri Najib, Dato’ Ahmad Maslan mendakwa pulak Mazlan Aliman ke Mahkamah kerana suka menghasut, membawa fitnah dikalangan peneroka Felda……..


Thursday, June 24, 2010

Nasruddin Takjawi-Bagaimana parti yang menghalalkan judi mendapat tempat di hati ulama


Kata Nasruddin Hasan at-Takjawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, dalam HarakahDaily lidah syaitan PAS.

“Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih UMNO yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka”.

“Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama”.

AYG ; Kalau sebelum ini Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, mendakwa Ulama yang menyertai UMNO akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri sendiri kerana UMNO tidak akan memberi jawatan penting kepada Ulama…….

Persoalannya, mengapa puak-puak PAS bimbang dan takut sangat para ulama mendekati atau menyertai UMNO ?

Macam-macamlah kenyataan yang terkeluar dari mulut mereka lebih-lebih lagi dalam Harakah berbagai-bagai artikel ditulis untuk menghalang para ulama menyertai UMNO, kenapa ?

Apakah PAS sebuah parti Islam ? Islam pada PAS hanya sekadar pada nama yang dipergunakan untuk menarik sokongan umat Melayu Islam…… hakikat sebenarnya tidak, itulah politik PAS…………

Kalau realitinya Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama-ulama muda menyertai UMNO, apa salahnya ?

PAS lupa agaknya, penyertaan para ulama dalam UMNO bukan sesuatu yang baru, ramai golongan cediakawan agama, para ulama sejak dahulu lagi telah berada dalam UMNO.

Yang menubuhkan PAS, Haji Ahmad Fuad pun datang dari UMNO apabila kecewa tidak terpilih memegang jawatan, begitu juga dengan Nik Aziz, asalnya ahli UMNO, bila kecewa tidak dapat jawatan Penyelia KEMAS, terus masuk PAS…..

Akhirnya, Haji Ahmad Fuad keciwa juga dalam PAS, terpaksa meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn menyertai Parti Negara pada tahun 1953.

Betullah tanggapan Idris Ahmad, ulama-ulama yang menyertai UMNO kononnya tidak akan diberi jawatan penting, bila tidak dapat mereka semua masuk PAS…….jadilah ulama-ulama yang gilakan jawatan sahaja yang menyertai PAS….

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak dari kalangan orang-orang yang disingkirkan oleh UMNO menyertai PAS…. Apa tidaknya, kaki rasuah, kaki penipu, kaki arak lari menyertai PAS……..kaki liwat pun ada. Sudah puas mengumpul kekayaan dari hasil korupsi semasa dalam kerajaan UMNO-BN, sudah puas melakukan kemungkaran lari masuk PAS, jumpa Nik Aziz minta pengampunan…….terus boleh masuk syurga, macam pendosa-pendosa yang pergi jumpa Paderi Gereja Kristian pulak gayanya………

Berbalik pada kata-kata Nasruddin Takjawi, berbelit-belit lidah hendak memperdaya masyarakat kononnya UMNO sebuah parti yang menghalalkan judi.

Agaknya, telinga sudah disumbat dengan bisikan-bisikan syaitan iblis peliharaan Nik Aziz sehingga Nasaruddin Takjawi masih berterusan menuduh UMNO menghalalkan judi…….

Itulah perangai buruk yang ada pada ulama-ulama PAS, yang sentiasa memutar belit isu untuk memburuk-burukkan orang lain….

Bagi ulama-ulama sebenar-benar, yang tidak mempergunakan agama dalam berpolitik, mereka tidak akan menyertai PAS, macam hasrat Dr Mohd Asri…… inilah ulama sebenar yang mahu memperjuangkan, memartabatkan Islam bersama-sama dengan UMNO……….

“Ular yang menyusup akar, tidak akan hilang bisanya”


Tuesday, June 22, 2010

Ulama masuk UMNO - mengorek kubur sendiri atau PAS yang akan berkubur


“Ulama yang menyertai UMNO, akan hanya ‘mengorek lubang untuk menguburkan’ diri sendiri kerana UMNO tidak akan memberi jawatan penting”.

Begitulah kata Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, mengulas artikel UMNO Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNO Jumaat ini.

PAS juga dikatakan tidak gentar dengan strategi UMNO untuk menarik lebih ramai ulama walaupun lebih seribu ulama menyertai UMNO.

Sementara itu, Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS, jika bekas Mufti Perlis itu menyertai atau bekerjasama dengan UMNO, mereka adalah golongan ulama yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah”. Kata Harun Taib lagi. Klik

AYG ; begitu mudah orang-orang yang mengaku ulama dalam PAS ini membuat andaian bila mendengar, melihat ada dikalangan ulama-ulama yang berhasrat atau yang sudah menyertai perjuangan UMNO.

Kalau begitu, semua ulama atau tok-tok guru yang menyertai PAS semata-mata mahukan kedudukan serta jawatan pentinglah ye ?

Ulama-ulama PAS semata-mata mahukan tempat atau jawatan penting dalam kerajaan atau parti sahaja, bukan untuk menyebarkan dakwah Islam ?

Patutlah ramai lahir ulama-ulama yang berkepentingan di dalam PAS, sanggup menghalalkan apa saja asal dapat kedudukan atau jawatan……..

PAS lupakah atau sengaja buat-buat tidak tahu berapa ramai ulama-ulama yang berada dalam perjuangan UMNO diberi kedudukan dalam Kabinet dan juga parti ?

Kalau benarlah dakwaan PAS, bahawa ulama-ulama yang menyertai atau bekerjasama dengan UMNO terdiri dari golongan ulama yang tidak bertakwa, yang tidak beriman kepada Allah, kerana UMNO telah membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka.

Bagaimana pula dengan ulama-ulama PAS yang memerintah negeri Kelantan ?

Tidak sedarkah kerajaan PAS Kelantan juga telah banyak meluluskan lesen-lesen premis penjualan arak……… begitu juga dengan pusat-pusat hiburan serta maksiat……

Macam mana pula dengan ulama-ulama PAS yang bersekongkol dengan DAP-PKR membenarkan lesen-lesen premis judi dan penjualan arak secara terbuka di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah ?

Tidak salah kalau ulama-ulama PAS yang bersekongkol dengan DAP-PKR ini dilebelkan ‘ular dalam semak’……….. kerana mereka bukan lagi dari golongan ulama-ulama yang bertaqwa kerana telah membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka.

Bagaimana pula jika ulama-ulama atau ustaz-ustaz yang akan menyertai DAP ?

Bukankah DAP juga pernah menyuarakan akan menarik lebih ramai golongan ustaz-ulama untuk dijadikan calon mereka……

Itulah PAS, yang hanya nampak keburukan orang lain, tetapi dalam jubah sendiri penuh dengan kemungkaran, penipuan untuk menipu, memecahbelahkan umat Melayu Islam dalam Negara…….

Hakikatnya, PAS bimbang mereka akan berkubur jika lebih ramai ulama-ulama menyokong perjuangan UMNO yang mereka lebih yakin dapat memartabatkan agama Islam, bangsa, agama dan Negara…..


Tuesday, June 15, 2010

Pemimpin UMNO bodoh dan dangkal, Pemuda PAS bacul dan dayus

Isu judi bola sepak-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bodoh dan dangkal apabila Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri yang meminta masyarakat tampil menyumbang idea untuk mencegah berlakunya agen-agen perjudian haram.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga mencabar negeri-negeri dibawah kuasa pakatan-DAP-PKR-PAS agar menutup semua premis judi yang sedia ada serta menganggap perhimpunan, demonstrasi yang diadakan oleh pakatan pembangkang hanya sekadar ‘mempolitikkan keadaan’.
Klik

AYG ; begitulah pendapat dari mujahid-mujahid PAS peliharaan DAP yang bacul dan dayus apabila mereka diasak atau dicabar……

Sebagai umat Islam, kita semua tahu apa yang berbentuk pertaruhan itu haram hukumnya, tetapi sikap ‘hipokrit’ kepemimpin PAS lebih-lebih lagi Nasarudin selaku Ketua Pemuda PAS yang sememangnya tidak cerdik, bacul dan dayus apabila mengungkapkan kenyataan sebegitu terhadap kepimpinan UMNO.

Kalau ia pun semua lesen-lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan, tetapi kerajaan-kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap semua premis judi di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Jangan hanya tahu menuding jari kononnya semua premis judi yang ada di bawah negeri-negeri pakatan-DAP-PKR-PAS adalah warisan UMNO saja, bertindaklah sekarang……

Kalau kerajaan PAS di Kelantan dalam sekelip mata boleh menutup semua premis judi di serambi Mekah, mengapa di negeri-negeri pakatan yang lain tidak boleh ?

Kenapa hanya tertumpu kepada lesen pertaruhan bola sepak sahaja ?

Kenapa Pemuda PAS tidak membantah atau berdemonstrasi apabila usul Pemuda PAS mendesak agar kerajaan memansuhkan apa-apa sahaja bentuk lesen perjudian ditolak bulat-bulat oleh perwakilan dalam Muktamar PAS baru-baru ini……….


Kerana apa ?

Bukankah PAS juga hendak menjaga kepentingan kaum-kaum bukan Islam, bukankah PAS juga hendak menjaga hati kaum-kaum DAP yang menjadi tuan kepada PAS…..

Kawan setuju dengan pendapat
Tun Mahathir bahawa di negara kita sebahagian besar kaum Cina memang suka berjudi….. kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam….

Bukan niat hendak menghina kaum Cina, hakikatnya itulah yang sebenar, boleh dikatakan telah menjadi budaya masyarakat Cina…… lihat sahajalah kalau tiba musim-musim perayaan Tahun Baru atau kita tinjau di kelab atau persatuan etnik Cina, boleh dikatakan semuanya menyediakan tempat berjudi ‘bacuk’……. Mungkin hanya dari kalangan kaum Cina yang menyokong PAS saja yang tidak berjudi agaknya…. haram…….

Sama ada kita sedar atau tidak, mengapa PAS hanya menumpu kepada isu judi bola sepak saja dan DAP pun kononnya ikut bantah, apakah DAP pun sudah menerima ajaran Islam ?

Tidakkah ini semua sekadar mainan politik PAS untuk memburuk-burukkan UMNO ?

DAP juga sedar, kalau semua jenis judi yang ada dalam Malaysia dimansuhkan, di mana mereka hendak mencari dana kalau ditakdirkan mereka berkuasa……. Pas juga boleh menumpang sikit……

Sebab itu Pemuda PAS hanya tahu menyalak dalam isu judi bola sepak sahaja, PAS juga hendak jaga kepentingan-kepentingan DAP sebagai tuan besar mereka….

PAS sanggup menjadi anjing salakan DAP berikutan pengeluaran lesen judi bola sepak semata-mata bermotif politik, bukan kerana memperjuangkan Islam……..


Monday, June 14, 2010

Laungkan ‘takbir’-Nik Aziz umpama Mahatma Gandhi


Ahli-ahli Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) bukan Islam bukan sahaja sekadar menjadi penyokong, tetapi sudah boleh melaungkan slogan PAS iaitu 'Allahu Akhbar' yang di sambut oleh ahli-ahli PAS di Muktamar PAS ke 56.

Kaum India yang menyokong PAS, seperti yang didakwa K. Deepakaran telah menyifatkan Nik Aziz memiliki peribadi seperti ‘Mahatma Gandhi’ yang sentiasa disenangi serta sentiasa mengamalkan sifat rendah diri bila mendekati rakyat dengan cara pemakaiaan yang masih tidak berubah sejak memerintah Kelantan. Klik

Nik Aziz dengan bongkak pula berkata, “tolong beritahu pada UMNO, bagaimana susah Nabi berjuang untuk pertahankan Islam, sampai kena potong perkataan 'Rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah”. Klik

AYG ; itulah yang dikatakan ‘PAS For All’ yang mencatatkan sejarah hari ini PAS boleh bergabung dengan kaum-kaum bukan Islam untuk mengubah senario politik negara yang kini dikuasai UMNO.

Hari ini, dengan megahnya Presiden PAS, Hadi Awang mengungkapkan bahawa umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya.

Mungkin baru sekarang Hadi Awang berjumpa dengan kitab-kitab yang menyatakan Islam membenarkan bergabung dengan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik, sebelum ini tidak boleh, haram dan UMNO menjadi kafir kerana bergabung dengan parti-parti kafir macam MCA dan MIC……

Kebongkakkan kepimpinan PAS semakin terserlah apabila sudah dapat menjilat kembali segala kahak dan ludah yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga tok guru Nik Aziz menjadi takbur dan riak…..

Tidak dinafikan, dalam perjanjian di Mekah, Nabi SAW membuang perkataan ‘Rasulullah’, tetapi bukan membuang Islam bagi membolehkan Rasulullah bersama-sama orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Nik Aziz lupa agaknya, UMNO telah mendahului lebih 50 tahun mengamalkan ‘tahaluf’ dalam berpolitik bersama parti-parti kaum bukan Islam kerana mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu sendiri.

Atau K.Deepakaran terlupa, lebih 50 tahun UMNO telah bersikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputera sehingga kaum India juga dapat hidup harmoni mengejar kekayaan, pendidikan, sehingga ada yang lebih kehadapan dari orang Melayu-Bumiputera…..

K. Deepakaran lupa, lebih 50 tahun UMNO telah membenarkan kaum atau penganut gama lain mengamalkan agama mereka dengan tenteram……. UMNO tidak pernah pun bersikap kejam kepada agama-agama lain seperti di Negara India yang meruntuhkan Masjid-Masjid untuk digantikan dengan kuil-kuil Hindu…….

Tidak dinafikan Nik Aziz sama seperti Mahatma Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dengan cara pemakaiaan tetapi Menteri Besar kelantan itu tidak juga menolak kemewahan sejak menerajui pemerintahan negeri Kelantan…..


Inilah kelicikkan kepimpinan PAS menopoli kepentingan politik mereka, banyak perkara yang pernah diharamkan kepada UMNO telah mereka jilat kembali untuk mendapatkan kuasa……

PAS bukan lagi sebuah parti Islam dan lebih layak ianya dipanggil parti ajaran sesat yang banyak memutarbelit agama semata-mata untuk memperdaya, memecahbelah orang Melayu Islam untuk kepentingan nafsu serakah pemimpin-pemimpin mereka…





Wednesday, June 9, 2010

Berbagai helah nak melindungi peliwat


Dalam artikel yang lalu, telah disebut bagaimana puak-puak pro Anwar telah menganjurkan solat-salat hajat di hadapan Ka’abah malah dalam stadium di Kota Baharu yang dipimpin tok-tok guru, ulama-ulama parti Islam palsu memohon Allah menimpakan ‘bala’ kerana kezaliman Tun Mahathir kerana mengheret Anwar ke Mahkamah atas dakwaan meliwat. Klik

Hari ini kita lihat bagaimana liciknya Anwar serta kuncu-kuncunya sama ada dalam PKR, PAS mahu pun DAP memanupulasikan pelbagai isu untuk menutup segala kemungkaran si Anwar, lebih-lebih lagi dalam kes perbicaraan liwatnya….

Kalau pembela ‘bertaubat’ Karpal Singh bermacam-macam helah di Mahkamah mencari jalan agar kes liwat Anwar ditangguh-tangguh, barua-barua murahan PKR, PAS dan DAP pulak menyalak isu UMNO-APCO, timbul pula isu kononnya UMNO menghalalkan lesen judi bola sepak…..

Maka dengan ghairahnya balaci-balaci Anwar dalam PAS berarak ke hulu ke hilir, puas di bandar di kampung, puas berceramah, berdemonstrasi, kononnya menentang amat-amat sangat dengan tindakan UMNO ‘menghalalkan judi’.

DAP pun bukan main lagi mencacak ekor tumpang menyalak menentang judi, tapi kat Pulau Pinang dan Selangor berlambak premis judi, banyak yang haram dari yang ada lesen…….. premis maksiat tak payah ceritalah, tumbuh macam cendawan sampai ke negeri serambi Mekah…….nasib baik tidak di tepi rumah tok guru…

Berbalik kepada bab melindungi sifat-sifat keji si Anwar, kawan terjumpa satu artikel dari blog balaci pembangkang kononnya Azlan, bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang ini seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina telah melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga hingga ibu Saiful memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur.

Dikatakan, Azlan, bapa si Saiful sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, bukan sekadar memaksa isteri jadi pelacur, sanggup menggunakan anaknya si Saiful memfitnah Anwar untuk mendapatkan upah lumayan.

Saiful dikatakan mengambil upah untuk mendapat maklumat dan fail-fail mengenai Ahli-Ahli Parlimen BN yang melompat dan menyertai pakatan rakyat, mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dan memastikan Anwar dipenjarakan. (artikel sepenuhnya) Klik

Jelas bukan ? Disinilah dapat kita lihat bagaimana barua-barua pembangkang ini mensensasikan isu sehingga sanggup mencemarkan maruah orang lain semata-mata hendak melindungi kemungkaran Anwar barua yahudi-israel…….

Pendapat AYG ; Peduli apa dengan isu-isu itu semua, apa yang jelas Anwar adalah seorang kaki ‘gay’ yang suka meliwat, wajarkah diangkat sebagai pemimpin Negara ?

Kalau benar Anwar difitnah, dikonspirasi, mengapa barua-barua tengik pembangkang tak mahu desak Anwar bersumpah macam si Saiful ? ada berani ka…….

Apa yang sebenarnya, bukan puak-puak PAS, DAP hendak melindungi Anwar sangat, mereka cuma hendak melindungi bantuan dana dari yahudi-israel yang disalurkan melalui Anwar je……





Monday, June 7, 2010

Tun Mahathir – air mata di Ka’abah


Tun Mahathir, semasa menerajui Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia, dikatakan telah menyempurnakan solat di dalam Ka’abah, ada kata 2 kali ada yang kata 3 kali.

Di dalam Ka’abah inilah Tun Mahathir memohon pertunjuk Allah akan kebenarannya….

Dikatakan, disinilah Tun Mahathir mengalirkan air mata ketika sebahagian besar orang Melayu Islam yang mengikuri tok-tok guru, ulama-ulama yang kononnya mengetui sebuah parti Islam melebelkan Tun Mahathir dengan gelaran mahafiraun, mahazalim apabila telah memecat, menyingkirkan, mendakwa seorang peliwat si Anwar Ibrahim.

Berpuluh ribu golongan ini menganjurkan solat hajat di hadapan Ka’abah, beratus ribu menganjurkan solat hajat di dalam stadium di Kota Baharu yang kononnya serambi Mekah yang dipimpin tok-tok guru, ulama-ulama parti Islam palsu memohon Allah menimpakan ‘bala’ kerana kezaliman Tun Mahathir….

Sama ada disedari atau tidak, apa yang jelas satu-satu persatu Allah memberi pertunjuk akan kebenaran Tun Mahathir yang berterusan membela nasib bangsa, agama di dalam Negara, malah satu persatu Allah mempertunjukkan segala kemungkaran, sifat-sifat munafik Anwar serta kepimpinan parti yang kononnya memperjuangkan Islam……

Yang jelas, Anwar adalah barua serta agen-agen yahudi-israel yang mendapatkan dana untuk menghapuskan kuasa Melayu Islam dalam Negara, pemimpin PAS yang dulunya mengkafirkan UMNO kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC, tetapi kini lebih mengagungkan serta sanggup menjadi barua kepada DAP komunis…..

Itulah sebahagian pertunjuk-pertunjuk yang Allah paparkan untuk kita sebagai umat Islam di negara Malaysia yang bertuah ini perlu menyedarinya…..

Lebih 20 tahun Tun Mahathir menerajui Negara, pelbagai dugaan dan cabaran yg beliau tempuhi untuk mengatur keamanan negara, mengukuhkan ekonomi negara, mencipta anak-anak bangsa Melayu-Bumiputera menjadi jutawan, perpendidikan tinggi, berilmu dalam pelbagai bidang tanpa mengenepikan hak-hak warga bukan Bumiputera lainnya…..

Ketegasan Tun Mahathir mengemudi negara yang diduduki rakyat pelbagai kaum sehingga Negara menikmati kemajuan, aman dan harmoni….

Tun Mahathir, bukan sahaja perihatin kepada rakyat dalam Negara, malah umat Islam diseluruh dunia juga, bagaimana Tun mahathir menangani nasib ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh para militari Serb bagaimana juga beliau memikirkan untuk membantu penderitaan rakyat Islam di Palestin……

Pernahkah kita rasa berterima kasih di atas kegigihan Tun Mahathir ? Pernahkah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan kepimpinan macam Tun Mahathir yang sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyatnya ?



Friday, June 4, 2010

Serang kapal Mavi Marmara-Akhirnya tok guru PAS, Nik Aziz bersuara juga…………..


Akhirnya tok guru PAS, Nik Aziz bersuara juga berhubung dengan serangan rejim zionis Israel terhadap kapal misi bantuan Gaza yang menahan 12 sukarelawan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Tapi jelas sekali Nik Aziz tidak berani mengutuk Israel, malah menganggap usaha-usaha pemimpin dan kerajaan Malaysia membebaskan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan bahawa rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Nik Aziz mendakwa, selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide, selagi itu rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi. Klik di sini

AYG ; begitulah bila seorang tok guru atau ulama politik bila bercakap, lebih-lebih lagi bila dia sendiri tahu bahawa selama ini gerakan parti PAS yang bersekongkol dengan PKR-DAP juga mendapat dana yang besar dari agen-agen yahudi-israel melalui Anwar untuk mendapatkan kuasa memerintah, dapat melihat kuasa Melayu Islam UMNO tumbang……

Nik Aziz tidak sepatah pun mengeluarkan kata-kata mengutuk di atas tindakan ganas dan kejam tentera zionis Israel menyerang kapal-kapal misi bantuan ke Gaza, malah mengutuk kerajaan Malaysia yang kononnya menjalinkan kerjasama dengan APCO.

Mengapa Nik Aziz tidak mahu menjelaskan apakah punca-puncanya kerajaan Malaysia menggunakan khidmat nasihat APCO ?

Bukankah Anwar barua yahudi yang telah diberikan posisi di dalam Foundation Of Future, New Endownment For Democracy (NED), Felo Kehormat di John Hopkins University, dan beberapa jawatan lain yang mana latar belakang pertubuhan ini semua berkaitan dengan yahudi-israel………..

Anwar barua yahudi-israel ini telah mencanang ke seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak aman dan memiliki kerajaan yang zalim.

Anwar menggunakan kesempatan melalau pertubuhan-pertubuhan ini dalam gerakan memburukkan imej Malaysia di luar Negara melalui forum-forum demokrasi anjuran NED.

Anwar melabelkan Malaysia sebagai satu tempat yang bermasalah. Secara tidak lansung ini memberi kesan kepada kemasukan pelabur luar negara ke dalam Malaysia.

Kenapa tok guru Nik Aziz tidak memaklumkan kepada rakyat bahawa imej sesebuah Negara merupakan satu perkara penting untuk dilihat oleh pelabur luar negara yang hendak melabu dan apabila sesebuah negara itu diberikan dengan istilah dan imej yang buruk, maka para pelabur akan berasa curiga untuk menanam modal di dalam Negara...

Tok guru Nik Aziz tidak mahu cerita kepada rakyat betapa pentingnya imej Negara yang dirosakkan oleh Anwar baruan yahudi-israel ini……….

Tok guru Nik Aziz tidak mahu cerita kepada rakyat siapakah punca-punca yang menyebabkan Kerajaan Malaysia meminta bantuan APCO ? Bukankah untuk membaiki imej Negara………..

Tidak dinafikan isu APCO ini adalah isu yang hangat diperkatakan, bukan sahaja di Dewan Rakyat malahan di dewan kedai kopi sekali pun, apatah lagi dipentas-pentas ceramah PAS yang mengutuk kerajaan UMNO-BN yang menggunakan khidmat nasihat APCO.

Tetapi, mengapa Anwar barua yahudi-israel terus membisu apabila ditanya mengenai hubungannya dengan organisasi Zionis Yahudi ?Mengapa Anwar barua yahudi-israel terus membisu, mendiamkan diri tidak mahu menjawab mengenai hubungannya dengan Paul Wolfowits (Arkitek Perang Amerika Syarikat Berbangsa Yahudi) dan beberapa pertubuhan yang tidak diketahui latar belakangnya ?

Datuk Mukhriz Mahathir, AP Jerlun pernah membuat soalan ini di Dewan Parlimen mengenai hubungan Anwar barua yahudi-israel dengan kuncu-kuncu yahudi ini, tapi terus mendiamkan diri…...

Kesimpulannya, janganlah Nik Aziz hanya tahu mencanang menuduh, memburuk-burukkan UMNO sahaja, sebaliknya tok guru Nik Aziz juga kena menceritakan kepada rakyat punca-punca kerajaan Malaysia menggunakan khidmat APCO………

Seorang ulama yang bertaraf tuan guru macam Nik Aziz perlu bersifat jujur, ikhlas dalam semua perkara, janganlah menyembunyikan kebenaran semata-mata kerana kepentingan politik……. Janganlah kerana ulama dianggap sebagai pewaris Nabi, maka Nik Aziz boleh mengenepikan kebenaran, bercakap dusta kepada rakyat……

(Di rujuk dari blog Pena Minang)
Klik di sini






Thursday, June 3, 2010

FELDA menggunakan Akta GSA 1960 untuk menindas para peneroka-Peguam Wan Rohaimi

Wan Rohaimi Wan Daud, kononya satu-satu peguam yang memenangi kes tuntutan 354 orang peneroka-peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memerintahkan Felda membayar gantirugi lebih RM11 juta oleh Mahkamah Tinggi, Kota Baharu telah mengadakan ceramah parti PAS pada 28 Mei 2010 lalu di Markas PAS Felda Keratong 4, Pahang.

Maka, banyaklah isu-isu yang dibangkitkan Rohaimi selain menyeru agar para peneroka Felda agar mengubah kerajaan UMNO-BN yang memerintah di Pahang kerana kerajaan yang ada tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat khususnya warga Felda.

Yang menarik perhatian apabila Rohaimi menyentuh FELDA menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas para peneroka.

Peneroka Felda telah ditekan, ditindas serta akan dibuang dari tanah rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda sebenarnya tiada kuasa berbuat demikian, selama 52 tahun Felda menggunakan Akta GSA 1060 ini untuk mengugut serta menakut-nakutkan para peneroka.

Kata Rohaimi lagi, secara sedar atau tidak, masyarakat peneroka-peneroka Felda telah disamun oleh Felda selama lebih 30 ke 40 tahun. Alayarham Tun Abdul Razak telah mengubah Akta GSA 1960 bagi memberi tanah kepada orang-orang Melayu yang tidak mempunyai tanah terutama dikawasan-kawasan luar bandar, tetapi hari ini anaknya Dato’ Sri Najib telah menjahanamkan misi tersebut.

Hampir 30 ribu peneroka yang masih tidak diberi geran tanah oleh Felda, sedangkan Felda tiada kena mengena dengan pemberian geran tanah kepada peneroka Felda.

Komen AYG ; Kenapa Peguam macam Wan Rohaimi ini tidak wujud 50 tahun dahulu, kalaulah Wan Rohaimi wujud lima puluh tahun dahulu, maka tidaklah rakyat khususnya bangsa Melayu yang menjadi peneroka-peneroka Felda tertindas, tertipu oleh agen UMNO macam FELDA sampai 50 tahun…….

Maka tidak perlulah orang Melayu yang tidak bertanah, yang merempat hidupnya, khususnya dari Kelantan, Kedah dan lain negeri datang ke Pahang untuk menyertai tanah rancangan Felda. Buat apa bersusahpayah, berebut-rebut, berduyun-duyun berhijrah ke Negeri Pahang semata-mata menghulurkan leher untuk ditindas, diugut, ditipu oleh Felda……. Bodoh sangatlah jadi manusia kalau sengaja membiarkan diri kena tipu….

Setahu kawan, tidak ada dikalangan masyarakat peneroka Felda yang hidup berterusan menderita kedaifan semenjak berhijrah ke tanah rancangan Felda di Pahang, kalau ada yang masih hidup dalam kedaifan, itu adalah salah diri sendiri tidak pandai atau tidak amanah mentadbir kehidupan keluarga…… malah tidak ada dari kalangan peneroka Felda yang layak menerima agihan wang kutipan zakat…. 100%.....

Berbalik kepada Akta GSA 1960 Tanah Berkelompok (Kawasan Penempatan Berkelompok) yang dibangkitkan peguam Rohaimi, kawan rasa sejak dari awal-awal lagi para peneroka yang ingin menyertai Felda sudah tahu akan Akta GSA 1960 ini.

Peneroka yang ditawarkan untuk menyertai tanah rancangan Felda telah diberi surat perjanjian syarat-syarat menjadi peneroka Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.

FELDA telah dilantik oleh Kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) satu-satunya agensi Kerajaan bagi menguruskan pembangunan tanah-tanah selaras dengan penubuhan Akta Tanah GSA 1960 bagi tujuan membangunkan tanah serta membasmi kemiskinan rakyat termiskin sehingga mereka boleh berdikari dari hasil-hasil tanah yang dibangunkan Felda.

Di bawah undang-undang atau Akta GSA 1960 ini, Felda adalah berhak menjadi pentadbir menggantikan Petadbir Tanah Daerah, dan ini telah digunapakai serta diseragamkan ke seluruh negeri yang terlibat dengan pembangunan tanah serta penempatan peneroka-peneroka Felda.

Kawan rasa para peneroka Felda dan lebih-lebih lagi lawyer atau bahasa Melayunya Peguam macam Wan Rohaimi lebih tahu bahawa setiap individu yang telah menyertai Felda sahaja yang layak menerima tanah kurnia dari mana-mana Kerajaan negeri di Malaysia ini sebanyak 10-15 ekar seorang.

Kebanyakkan Akta tanah dinegeri-negeri, rakyat atau anak negeri atau individu hanya layak diberi tanah kurnia dari kerajaan hanya sekadar 2-3 ekar sahaja mengikut ketetapan sesebuah kerajaan negeri.

Tetapi, bagi mana-mana rakyat yang telah menyertai Felda dibawah Akta GSA 1960, seseorang itu layak menerima tanah kurnia bergeran (surat hak milik) sebanyak 10-15 ekar seorang…… itulah bezanya…..

Peneroka Felda telah diberi tanah dan penempatan di bawah program yang telah termaktub di bawah Akta ini….. mengapa pula ada yang mendakwa meereka telah didiskriminasikan ?

Para peneroka itu sendiri telah memilih untuk menyertai tanah rancangan Felda dan sanggup dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Felda……..

Menyentuh tentang pemberian surat hak milik tanah, memangnya Felda tiada kuasa memberi surat hak milik, Felda akan mengusulkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan supaya diberi Surat Hak Milik mengikut Kanun Tanah Negara setelah peneroka-peneroka menyelesaikan bayaran kembali (BK) bagi kos pembangunan ladang dan rumah.

Bagaimanapun, syarat-syarat serta sekatan kepentingan tanah telah pun termaktub di dalam Akta Tanah GSA 1960 disamping syarat tidak boleh dipajak dan pindah milik tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Sehingga kini seramai 75,757 peneroka Felda di seluruh Malaysia telah menerima Surat Hak Milik Tanah yang telah menyelesaikan semua bayaran kembali (BK).

Mengapa para peneroka merasakan diri mereka ditindas, ditipu serta dibebankan oleh agensi Felda kalau mereka sendiri yang mahu keluar dari pengurusan Felda ? Mereka yang tidak mahu ladang-ladang mereka diuruskan oleh Felda, mereka yang sendirinya telah melanggar syarat serta perjanjian sebagai seorang peneroka Felda……

Siapa tipu siapa sekarang ? Siapa yang telah memungkiri janji ?

Tidakkah para peneroka boleh menyalurkan pelbagai masalah serta aduan melalui JKKR (Jawatankuasa Kemajuan Rancangan) yang ada…… Ketua-Ketua Blok yang dipilih oleh Ahli-Ahli Blok boleh menyuarakannya di dalam mesyuarat JKKR setiap bulan, mengapa perlu wujud lagi pertubuhan SEPAKAT yang kononnya untuk memperjuangkan nasib peneroka………..

Wakil-Wakil peneroka boleh terus mengadukan segala permasalahan dengan Kerajaan jika pihak pengurusan Felda tidak mengambil tindakan….

Janganlah kerana idelogi politik kita telah berpaling kepada pembangkang, maka segala kebajikan yang telah dibuat oleh Felda untuk kita diketepikan begitu sahaja…. Semuanya buruk belaka, renung-renunglah kembali bagaimana keadaan kita, keluarga kita sebelum diterima menjadi PENEROKA FELDA…..

Bersyukurlah….. berterima kasihlah kepada yang telah menghulurkan bantuan kepada kita…..




Wednesday, June 2, 2010

Serangan Israel ke atas kapal flotilla - Husam & Mahfuz mengigau dalam pelukan Anwar dan DAP

“Kerajaan Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco,” kata Husam.

Kononnya Husam apa kesal tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia, khususnya UMNO mengenai serangan Israel itu. Klik di sini

Kononnya juga Kerajaan UMNO-BN tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini, tidak risaukan tentang keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat, tidak marahkan Israel yang bertindak kejam dalam perairan antarabangsa untuk menghalang bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Mahfuz, “dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat,"

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia". Klik disini

AYG ; begitulah perangai puak-puak pembangkang. Ada saja jalan untuk memburuk-burukan UMNO di mata rakyat…. Apa nak kata, memang itulah kerja mereka….

Lambat sikit pemimpin kerajaan buat kenyataan, timbullah fitnah, kata nista yang terkeluar, sehingga Husam dan Mahfuz sendiri lupa sehingga kini pemimpin-pemimpin PAS macam Nik Aziz tidak sepatah pun mengeluarkan kata-kata mengutuk kekejaman Israel terhadap kapal-kapal misi bantuan tersebut…..

Mana perginya hujah-hujah berapi Anwar ? Mana pergi hujah-hujah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh ?

Berapa ramai mujahid-mujahid pemuda PAS yang ada dalam misi tersebut ?

Tak payahlah keterlaluan sangat kalau hendak membuat isu untuk memburuk-burukkan UMNO, cuba fakir-fikir sendiri macam mana perjuangan PAS menegakkan martabat bangsa Melayu dan Islam dibawah telunjuk DAP…..

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat Palestin, bukan hanya sekadar mengutuk, berdemonstrasi di atas kekejaman Israel…..

Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia perlu bertindak bijak, bagi membantu menyelamatkan aktivis yang ditahan dari kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, bukan hanya sekadar mengutuk sahaja…..

Difahamkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Berita terbaru menyatakan kesemua 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan komando rejim Israel tersebut sudah dibebaskan dan kini berada di sempadan Jordan. Pembebasan mereka itu dibuat awal hari ini, menurut laporan langsung dari wartawan Astro Awani yang turut ditahan. Klik di sini

Itulah yang dikatakan kebijaksanaan dalam menangani permasalahan…….

PAS nak suruh Malaysia menyerang Israel ? itu PAS kena tanya Anwar dan DAP dulu….. jangan hanya tahu membuat fitnah terhadap UMNO, tanyalah diri sendiri dulu…

Jangan mudah menuduh UMNO kononnya di atas tindakan kejam rejim Israel tersebut kerana Malaysia bersikap pak turut dengan sekutu-sekutu Israel….. tanya pada Anwar dulu, siapa barua sebenarnya dengan yahudi dan sekutu-sekutunya….


Lepas ni apa pula kata juak-juak PAS bila pemimpin kerajaan UMNO-BN berjaya membebaskan 12 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel tersebut....




Tuesday, June 1, 2010

PKR-pakatan, jangan hanya bergantung pada sentimen anti UMNO saja


Sesekali setuju juga dengan pendapat dengan pendapat Naib Presiden PKR, Lee Boon Chye bahawa PKR tidak boleh sekadar bergantung kepada sentimen anti-UMNO semata-mata untuk mengekalkan kemenangan yang diraih Pakatan Rakyat pada Mac 2008, apatah lagi untuk menguasai Putrajaya.

Pakatan PKR-DAP-PAS sebaliknya perlu mengemukakan dasar-dasar yang lebih 'superior' daripada BN bagi memenangi hati rakyat, kepemimpin parti yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri juga perlu menunjukkan urus tadbir yang baik, kalau hilang faktor ini, pakatan PKR-DAP-PAS akan hilang sokongan. Klik di sini

AYG ; setuju…….setuju……..setuju……… bukan kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS saja yang perlu menunjukkan urus tadbir yang baik, malah kerajaan UMNO-BN juga wajib mengurus tadbir Negara dengan baik untuk mendapat kepercayaan rakyat……

Kawan juga amat setuju bahawa PKR-pakatan tidak boleh sekadar bergantung kepada sentimen anti-UMNO semata-mata untuk meraih sokongan.

Apakah kerajaan PKR-pakatan tidak mengamal rasuah? Apakah PKR-pakatan tidak melakukan penyelewengan ? Apakah PKR-pakatan tidak melakukan salahguna kuasa ?

Bersihkan dulu PKR-pakatan daripada para pengkhianat bangsa, Negara dan agama macam Anwar….. tak ubah bagai pelacur kepada yahudi-israel….. jangan hanya tahu hendak melalak menuduh UMNO bersubahat dengan APCO….

Jangan hanya tahu melalak keliling kampung membawa fitnah kononnya UMNO menghalalkan judi…… padahal pada masa yang sama tidak mahu memansuhkan lesen-lesen judi yang berlambak di Selangor dan Penang….

Pemuda PAS begitu gagah dan lantang mengadakan demontrasi dibeberapa buah negeri, membantah terhadap tindakan kerajaan kononnya UMNO menghalakan lesen judi bolasepak.


Lim Guan Eng-DAP dengan megah mengumumkan kononnya negeri pakatan DAP-PAS-PKR yang pertama mengharamkan perjudian sukan di Pulau Pinang.

Khalid Ibrahim-PKR dengan megah kononnya telah memberi arahan semua PBT di Selangor supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak serta menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram.

Khalid mendakwa kononnya keputusan Kerajaan UMNO-BN mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.


Kerana apa ? inilah peluang pakatan PKR-PAS-DAP untuk menambahkan kemarahan rakyat khususnya masyarakat Melayu kepada UMNO…..

Apa yang menghairankan, mengapa pemuda PAS, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak pun menyebut untuk mengharamkan atau menghapuskan lesen premis-premis judi sport toto, magnum, kuda, mengapa ?

Mengapa pemuda PAS tidak mahu berdemonstrasi dihadapan premis-premis judi yang ada ? Bukankah itu juga kerajaan Pusat yang mengeluarkan lesen ?

Mansuhkan lesen-lesen premis judi, arak dan maksiat yang berlambak di Selangor, yang berlambak di Pulau Pinang…… kenapa pemuda PAS takut ? kenapa PKR takut ? kenapa DAP membisu ?




Kalau kerajaan PAS Kelantan boleh menutup serta memansuhkan semua lesen-lesen premis judi di Kelantan, mengapa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah PAS bercawat ekor untuk menghapuskannya ? ada berani ka.........

Sebagai umat Islam yang berada dalam kelompok UMNO juga membantah sekeras-keras sebarang bentuk perjudian, bukan bererti menghalalkan judi……

Kalau PAS sebuah parti yang kononnya berlandaskan Islam boleh mengambil kira kepentingan kaum-kaum bukan Islam, mengapa kerajaan BN tidak boleh berfikiran sedemikian ?

Jangan kerana terlalu bernafsu untuk menumbangkan kuasa UMNO, terlalu anti dengan UMNO maka semua keburukkan, kejahatan, kezaliman ditonjolkan ke atas bahu UMNO……… Cerminlah diri dalam pakatan PKR-PAS dulu…… jangan jadi kaldai tunggangan DAP…..