Saturday, May 16, 2009

Politik wang menular ke 1 lagi parti politik Melayu – PAS






Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Mohamad Daud Iraq mengakui menjelang Muktamar Agung PAS pada Jun ini, dalam perubutan kuasa kepimpinan tertinggi PAS sudah begitu ketara, ada individu sanggup memberi hadiah kepada perwakilan untuk mendapatkan undi.

Ahli Majlis Syura PAS menegaskan, gejala politik hadiah ( pasal PAS mendakwa sebuah parti Islam, maka politik wang disebut politik hadiah, lebih kuranglah, BABI disebut KHINZIR) langsung tidak berlaku dalam PAS, dan tidak boleh disamakan dengan amalan parti UMNO. ( puih........... UMNO juga yang kena........) katanya lagi, “Buktikan jika wujud, kalau tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti “.

Apa kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, “ saya tidak mahu komen apa-apa, sory, terima kasih “. Kot-kot dia yang dah pandai main politik wang/hadiah................

Deme semua tahu tak ngapa politik wang/hadiah ni dah menjalar dalam PAS ? Sebab Tuan Guru Politik Wang/Hadiah si Anwar Ibrahim berada bersama PAS, walau pun tak jadi ahli PAS, tapi bolehlah dikatakan bersama PASlah, sekarang PENASIHAT Pakatan Rakyat.

Dulu, sebelum Anwar Ibrahim belum masuk UMNO, UMNO tidak ada gejala politik wang, para perwakilan memilih kepimpinan parti berdasarkan keikhlasan perjuangan parti. Bila Anwar ada dalam UMNO, disitulah bermulanya gejala politik wang yang berleluasa sehingga sekarang. Penyakit ini begitu sukar dibanteras oleh kepimpinan parti kerana telah menular kepada golongan wanita, pemuda dan puteri, sehinggakan UMNO menubuhkan Lembaga Disiplin dan tahun 2009, SPRM dibenarkan bersama untuk menangani gejala ini.

Kini, gejala politik wang/hadiah mula menular dalam PAS, cuba renungkan, berapa ramai pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung pada Anwar ? Berapa ramai kuncu-kuncu setia Anwar menyerap masuk dalam PAS ?

PAS tidak sedar sebenarnya, subversif yang pernah Anwar jalarkan dalam UMNO, kini mula menampakkan belangnya di dalam PAS.......

Anwar akan lakukan apa sahaja, termasuk mengkhianati bangsa dan agama asal matlamat untuk berkuasa tercapai, UMNO telah sedar dan Tun Mahthir segera menyikirnya, dan PAS juga mesti sedar dan segera melemparkan Anwar ini jauh-jauh......... Anwar sebenarnya pengkhianat Melayu dan Islam.......

Wabak H1N1 jangan dibiar menular dalam PAS ! ! !

No comments:

Post a Comment

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..