Sunday, May 17, 2009

PEMIMPIN UMNO TAKUT ADA PILIHAN RAYA ?

Ini TULISAN yang kawan salin dari blog pro pembangkang Belia Benci BN, ditulis oleh keraspedal.blogspot.com untuk kekawan blog baca dan fikir adakah penulis ni waras dan bijak.......

Tajuknya :

BUKAN SAHAJA PEMIMPIN UMNO TAKUTKAN PILIHAN RAYA, BLOGGER UMNO PUN TAKUT SAMA

Semua tahu,satu satunya jalan penyelesaian krisis di negeri Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri (Perak).Bila pilihan raya diadakan,semua orang akan puas hati(yang kalah tu mungkin tak puas la kot).
Tapi umNo secara keras menentang pilihan raya negeri Perak diadakan sekaligus membubarkan dun Perak.yang kita boleh perhatian,hanya Tengku Razaligh Hamzah yang setuju pilihan raya diadakan yakni dun Perak dibubarkan.
yang lain.....hampir semua takut,najib takut...menteri besar haram si zombie pun takut,mahathir takut,terbaru si pengemar penari bogel zahid hamidi pun takut..
ni semua pemimpin umNo,kerana apa mereka takut?kerana mereka tahu mereka pasti kalah...
selain pak pak menteri umNo yang takut,tidak ketinggalan blogger umNo....gua yakin mereka juga takut.buktinya,cuba korang periksa,dalam 10 blog pro umNo,berapa kerat yang mahukan dun perak dibubarkan?semasa dato seri nizar menang di mahkamah tinggi pun hampir tak terkata blogger umNo.nasib baik mahkamah rayuan limgam memutuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi selepas zombie membuat rayuan.kalau tak para blogger ni kena tutup muka jika bersemuka denagn orang awam..
kalau umNo kalah,apa alasan mereka nak buat,SPR diaorang kontrol,media pun sama,jadi si blogger ni hanya boleh telan tahi sendiri la..
blogger umNo ni semuanya pencacai la.korang tahu bagaimana istilah pencacai ni muncul,ia terbit dalam sebuah filem karya Tan Sri P-Pamlee.ayat sebenarnya adalah pencacai najis,tapi najis dan umNo adalah sinonim,jadi ia tidak banyak beza....
Dan pencacai umNo dan pencacai najis juga tidak banyak bezanya,bezanya cuma satu,kerja sebagai pencacai najis adalah lebih mulia berbanding jadi pencacai umNo.


Posted by keraspedal at 6:04 AM

Komen yanggambi,

Kawan rasa, penulis blog ni berfikiran dungu dan terlalu taksub sangat nak berkuasa sehingga tak dapat berfikiran waras lagi, kalau penulis BBBN nak tau ini komen kawan :-

  • UMNO/BN bukan takut nak menghadapi P-Raya di Perak, tetapi kerajaan UMNO/BN tidak mahu untuk membazirkan kos P-Raya yang menelan belanja jutaan ringgit. Malaysia baru je lepas menghadapi PRU ke 12 dan beberapa PR kecil. Bukankah lebih baik kalau peruntukkan jutaan ringgit itu disalurkan untuk pembangunan rakyat seperti yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN.

  • Bukankah lebih baik kalau ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Perak lebih bersikap rasional, menerima hakikat bahawa deme sudah tidak dapat majoriti kerusi dalam dewan, bermakna dah tak de kerajaan lagi lah...... Ini tak, lebih kepada menunjukkan sifat-sifat binatang di rimba, seolah-olah tidak dapat berfikir sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Dah tu mengajak rakyat membuat huru hara, demokrasi dah tak pakai lagi.......

  • ADUN-ADUN BN di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan P.Pinang sedia mewakili rakyat dalam dewan tanpa bersikap seperti haiwan, mereka dengan sikap kepimpinan sebenar menjadi kumpulan pembangkang yang bijak dalam dewan. Mengapa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh ?

  • Pakatan Rakyat sepatutnya lebih memikirkan pembangunan rakyat, kalau perasaan sangat deme kuat, tunggu sajalah PRU ke13 akan datang, berilah kesempatan kerajaan yang ada menyempurnakan tanggungjawab membangunkan negeri. Bukan nak tunjuk sapa takut, sapa berani atau sapa kuat. Kawan rasalah, rakyat Perak, terutama orang MELAYU dah beransur sedar akan kesilapan deme di PRU 12 yang lalu. ( ini sebenarnya yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat)

  • Ini satu lagi, penulis menganggap “Selipar buruk pun belum tentu selamat”, terlalu takbur penulis ni membuat tanggapan. Kalau dia baca akhbar, tengok berita tv, tau ke berapa ribu rakyat dari negara-negara luar yang sanggup dan redha tenggelam di Laut Cina Selatan, Selat Melaka dan Pasific semata-mata nak menjejak kaki ka bumi Malaysia ? mengapa mereka menggadai nyawa ? Kalau bukan kerana Malaysialah satu-satu negara yang boleh mereka menumpang untuk hidup senang, aman dan damai.....

    Kalau pun Malaysia dikatakan huru hara, tak selamat, mungkin kerana ada orang yang macam penulis, berfikiran singkat, tidak pandai bersyukur dan pencentus huru hara.


Cukuplah setakat ini je yang kawan komen, kawan rasa blogger-blogger yang rasional lain lebih banyak akan membuat komen.

No comments:

Post a Comment

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..