Saturday, July 25, 2009

Selalunya jadi mangsa, kini gilirannya pula maut

SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam. Dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama.
Abang peragut, cedera parah selepas terperos
ok di bawah teksi dan meninggal dunia setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Adik peragut, terbabit pula terpelanting dan cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang serta badan berlumuran darah, tetapi rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kemalangan.

Begitulah hakikatnya, kalau selama ini kita sering didedahkan dengan mangsa ragut sering menjadi korban, kebanyakan mangsa juga adalah wanita. Kali ini 2 peragut telah maut, seorang wanita yang menjadi mangsa bertindak berani menghambat peragut.

Inilah bandingannya, bila kita hayati, bagaimana selama ini Kerajaan serta kepimpinan UMNO-BN sering menjadi mangsa, kecaman, fitnah, tomahan liar dari pembangkang.

UMNO-BN sentiasa menjadi korban setiap isu yang dilakukan oleh pembangkang sendiri, contohnya :

Teoh - mendiang mati selepas disoalsiasat oleh SPRM, DAP, PKR dan PAS tanpa segan silu menuduh UMNO-BN penyebab kematian.

Pakatan rakyat menghasut rakyat, terutama kaum Cina berhimpun membantah kematian Teoh seolah-olah UMNO-BN yang melakukan jenayah.

Pada hakikatnya, adalah tidak mustahil samseng-samseng pakatan rakyat yang berkepentingan telah melakukan jenayah ini untuk menghapuskan bukti kejahatan mereka.

Sikap UMNO-BN hanya menerima tuduhan, dan menyerahkan kepada siasatan pihak yang bertanggungjawab.

Anwar Al Juburi vs Saiful Bahari - UMNO-BN juga dijadikan mangsa pakatan rakyat untuk bahan ceramah menipu rakyat, UMNO-BN dituduh merancang menjatuhkan Anwar Al Juburi dalam kes liwatnya.

UMNO-BN menjadi mangsa pakatan rakyat.

Anwar Al Juburi, mengadakan road show memukau masyarakat kampung menafikan perbuatan mungkar yang dilakukannya.

ISA (Internal Security Action) – Pakatan rakyat memainkan peranan utama mempengaruhi rakyat betapa kejamnya ISA, merancang berhimpun besar-besaran untuk membantah ISA.

Nik Aziz membuat fatwa ISA lebih teruk dari haiwan.

UMNO-BN juga jadi mangsa maki hamun mereka.

Mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya ISA menjadi undang-undang Negara, dengan ISA juga Negara dalam keadaan tenteram, rakyat tidak merasa cemas.

Mungkin, andainya pakatan rakyat memerintah Negara, ISA akan dimansuhkan, tetapi untuk menjaga kuasa, mereka mungkin akan menggantikan dengan undang-undang yang lebih teruk dari ISA. Mungkin juga samseng-samseng yang ada dalam kerajaan pakatan rakyat Selangor di beri kuasa bertindak pengacau-pengacau kuasa mereka, macam komunis………

Nizar pegang lilin – Media dan UMNO-BN dipersalahkan dengan dakwan membuat fitnah, sedangkan jelas dan terang dalam gambar bahawa Nizar menyertai upacara tafakur dengan memegang lili mengikut adapt agama kristian.

UMNO kafir/ajaran sesat - PAS mendakwa UMNO kafir kerana berkawan dengan orang-orang kafir untuk memerintah Negara, yang jelasnya PAS lah lebih kafir kerana bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

UMNO dikatakan ajaran sesat apabila memperjuangakan bangsa, tetapi yang amat jelas, PAS lebih sesat kerana mempermainkan agama untuk menipu umat Islam, PAS menjadi pengkhianat kerana sanggup menghapuskan hak-hak orang Melayu Islam kerana hendak berkuasa.

Pendeknya, kesemua perbuatan yang dilakukan pembangkan, dibebankan ke atas bahu UMNO-BN. Begitulah licik, kejamnya perbuatan peragut-peragut kepada mangsa-mangsa mereka.

Dan adalah tidak mustahil penjenayah, penipu dan pembelit ini akan menerima nasib yang sama dengan 2 peragut tersebut sebagai balasan dari Allah di atas perbuatan mereka sendiri. InsyaAllah…….


Thursday, July 23, 2009

KARTIKA-"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan”

(petikan dari kosmo) -Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.”

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.”

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Komen : Itulah gambaran keikhlasan dari seorang muslimah sejati, mengakui akan kekhilafan diri, sebagai hamba Allah.

Kalau dipandang dari zahirnya, Kartika adalah seorang model sambilan, bersuamikan seoarang rakyat Singapura dan menetap di Singapura selama 15 tahun. (Singapura, tidak ada Undang-Undang/Mahkamah syariah macam di Malaysia).

Pelbagai pihak mengkritik keputusan Mahkamah Syariah di Kuantan, Pahang mengenakan hukuman sebat ke atas Kartika, terutama dalam blog pro pembangkang PahangDaily. Kartika sebagai penganut agama Islam, beliau reda dengan hukuman sebat yang dikenakan.

Tetapi, ada seorang manusia yang berlagak warak, pandai berpidato perkara-perkara baik tentang soal agama, hukum-hukum Allah lebih teruk perangainya jika nak dibandingkan dengan Kartika…….

Perbuatan-perbuatan mungkarnya, walau pun sudah terbukti, tidak pernah hendak mengakui kekhilafan, malah menipu, memfitnah orang lain untuk menenggelamkan kemungkaran sendiri.

Macam-macam cara si liwat ni buat helah nak menanggohkan perbicaraan, peguambela pulak berpuluh-puluh yang di bawak ke Mahkamah.

Yang peliknya, ada pulak ulamak-ulamak, tok-tok guru menyokong untuka kepentingan politik….

Kalau benar Anwar Al Juburik mendakwa dia di konsprasi oleh Kerajaan UMNO-BN, mengapa Anwar Al Juburik sampai sekarang tidak berani bersumpah macam Saiful ?

Siapa saja buat kerja terkutuk seks luar tabie akan dilaknati Allah SWT dan pasti menerima pembalasanNya, kalau tidak didunia, tunggu sahaja di akhirat..

Hidup pelaku kerja terkutuk ini, tidak akan tenteram jika dia masih percayakan dan redha bahawa Allah itu Tuhannya, sama ada ianya satu ‘konspirasi’ atau tidak, hanya empunya diri itu sahaja yang tahu………




Wednesday, July 22, 2009

ASM - Sambutan luar biasa dari kaum bukan bumiputera

Kelmarin, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang telah ditawarkan untuk semua kaum.

Disebabkan jualan ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup berbaris sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu.

Pada tahun 2000 ASM dilancarkan dengan jumlah dana 2 bilion unit. Unit yang diperuntukkan kepaada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari sahaja.

Lihatlah, apabila ASM ditawarkan untuk semua kaum, bagaimana kaum bukan bumiputera tidak melepaskan peluang untuk melanggan. Kesempatan tetap diambil walaupun pembangkang terutama PAS telah mengekploitasikan ASN, ASB, ASW dan ASM sejak mula dilancarkan.

Bukan kaum bumiputera khusus Melayu tidak mampu membeli unit-unit ini, malah bagi bumiputera yang tidak mampu, kerajaan UMNO-BN telah menyediakan kemudahan-kemudahan pinjaman dari bank-bank.

Mengapa orang Melayu dari PAS tidak mahu mengambil kesempatan ini ?

Dalam permerhatian kawan, ramai orang-orang PAS lebih dari mampu untuk memiliki unit saham yang diperuntukkan, tetapi oleh kerana terlalu taksub dengan kempen fitnah pemimpin-pemimpin PAS, maka 1.6 billion unit direbut oleh kaum lain.

Kalaulah ASM, ASN, ASNB atau ASW2020 tidak mendatangkan faedah kepada rakyat, atau pun kerajaan UMNO-BN dikatakan penipu, pembelit harta rakyat, mengapa kaum-kaum lain berlumba-lumba untuk mendapatkannya ?

Apakah Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang pernah menjadi CEO PNB tidak dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat ?

Atau pun Khalid Ibrahim semasa memegang amanah dalam PNB telah melakukan penyelewengan ?

Mungkin juga betul, kalau tidak masakan Khalid memiliki harta kekayaan, tengok sahajalah rumah Khalid………..

Ringkas cerita, rakyat Malaysia, khusus Melayu, janganlah mudah terlalu taksub dengan hasutan pembangkang, tiada satu pun perancangan Kerajaan UMNO-BN untuk menipu rakyat.

Daripada tiap-tiap hari memberi derma selepas mendengar ceramah caci maki pembangkang, lebuh baik melabur kepada yang berfaedah untuk masa depan….

Cukuplah sekali sahabat-sahabat peneroka FELDA di Pahang kena tipu berjuta ringgit melabur dalam saham anjuran PAS……….



Tuesday, July 21, 2009

PAS – giliran Roslan dijadikan korban oleh kumpulan erdogan


Kumpulan erdogan dalam PAS nampaknya telah memperluaskan kuasanya apabila memutuskan Setiausaha akhbar kepada Presiden, Hadi Awang pula disinhkirkan. Sebelum ini, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa telah dipinggirkan oleh kumpulan ini sehingga Mursyidul Am PAS Nik Aziz mendesak Nasharuddin keluar dari PAS.

Begitu kuatnya pengaruh Anwar Al Juburi melalui erdogan-erdogan ini untuk menentang sebarang bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kekuatan pengaruh erdogan ini juga sehinggakan Nik Aziz lebih lantang melebelkan UMNO sebuah parti ajaran sesat.

Hadi, selaku pencetus idea kerajaan perpaduan, sudah kehilangan taring dan kuku dengan desakan ini, mangsa pertama Nasharudin dan yang terbaru Roslan korban kedua dalam pergelutan dua aliran PAS, khususnya berhubung dengan kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan juga dikatakan, memainkan peranan di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan" menjelang muktamar tahunan PAS yang lalu. Roslan dituduh berperanan di dalam dan di luar parti, termasuk di internet, berhubung pergeseran dalaman sehingga pernah dilabelkan memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan".

Sebagai seorang pemimpin, Hadi sepatutnya berpendirian tegas mempertahankan orang-orang yang setia pada kepimpinan termasuk anak buah jagaannya. Apa tidaknya, kalau Hadi berpendirian, beliau sepatutnya lebih dulu berundur jika tidak dapat mempertahankan idea sendiri.

Inilah sikap sebenar pemimpin PAS, Hadi lebih sayangkan jawatannya daripada menegak kebenaran. Hadi lebih rela mengorbankan orang lain daripada diri terkorban.

Nik Aziz dengan kumpulan erdogannya akan bercawat ekor dengan DAP dan lebih rela meletakkan UMNO sebuah parti Melayu sebagai seteru. Lihat sahajalah bagaimana pemimpin-pemimpin PAS mencemar tatasusila agama semasa upacara pengebumian Teoh semata-mata untuk menjaga hati dan sokongan DAP.

Kalau beginilah cara dan sikap kepimpinan PAS yang tidak berperinsip, bagaimana pula PAS akan menghadapi DAP dan PKR untuk mempertahankan Islam jika memerintah Malaysia ?

Fatwa Hadi dan Nik Aziz boleh berubah mengikut kehendak politik mereka, dan adalah mustahil PAS benar-benar mengikut lunas-lunas Islam jika berpeluang memerintah.

Umat Melayu Islam akan merempat di bumi sendiri ...........



Monday, July 20, 2009

GAY – apakah Malaysia menyamai di negara-negara Eropah ?

Polis Kuala Lumpur telah membuat operasi di Jalan Yap Kwan Seng, pada hari Ahad yang lalu dan telah membuat serbuan disebuah sebuah kelab GAY yang menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis terutama di hujung minggu.

Serbuan pada pukul 1.30 pagi mendapati terdapat lebih 500 pengunjung majoritinya lelaki yang sedang asyik menari, malah ada yang bercumbu dan membuat aksi mengghairahkan, kelab itu telah menjalankan kegiatan tidak bemoralnya sejak setahun yang lalu.

Ramai juga keturunan kaum zaman Nabi Luth di Malaysia ini ya………….

Ketika Negara dalam kesibukkan dengan isu-isu hangat yang ditiupkan pembangkang, golongan GAY ini bersenang lenang melampiaskan nafsu jijik di luar tabie.

Pulak tu, kebanyakan kelab-kelab GAY ini beroperasi di bandar-bandar besar macam Kuala Lumpur, di Pulau Pinang dan Selangor. Kalau tidak silap kawan, semua tempat perlakuan jijik sejenis ini dibawah pemerintahan Kerajaan pakatan rakyat, yang mana Anwar Al Juburi dari PKR selaku Ketuanya.

Apakah pemimpin pakatan rakyat yang mendakwa diri pemimpin agung tidak nampak kemungkaran ini ? Atau pun sengaja buat tidak nampak ?

Atau pun, adakah kerana melanggar hak asasi manusia maka segala kemungkaran dan perbuatan jijik ini tidak boleh dibenteras ?

Atau pun, adanya pemimpin yang sealiran dengan golongan GAY ?

Di Negara Iraq, walau pun negaranya telah dikuasai tentera penceroboh Amerika, rakyat Iraq telah mengambil tindakan sendiri memburu golongan-golongan GAY dan dibunuh. Begitu juga di Negara Iran, golongan GAY dihukum gantung sampai mati di khalayak ramai.

Bagaimana di Malaysia ?

Yang susahnya, ada pemimpin-pemimpin parti yang menjadi pembela golongan GAY ini, demi kepentingan politik Tok-Tok Guru pembangkang pejam sebelah mata je.......

Tapi yang seorang itu susah juga nak cakap, nak kata GAY, betina pun dia balun………… depan jumpa depan balun, belakang jumpa lagi cepat dia balun,,,,,,

Agak-agak, siapakah pemimpin Malaysia yang diriwayatkan pernah mengunjungi tempat-tempat ini di Eropah sekitar tahun 199…..an ?

Rakyat Malaysia, sama-samalah kita menilai apakah Malaysia akan dijadikan syurga bagi golongan GAY……..



Sunday, July 19, 2009

MENDIANG TEOH – “Saya akan besarkan anak kami” kata bakal isteri

Sayu juga hati kawan bila terbaca ungkapan pasrah Soh Sher Wei, 28 tahun, tuning mendiang Teoh Beng Hock yang mati secara tragis semalam. Manusia hanya merancang, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan, itulah hakikatnya. Amat sukar insan seperti Soh menerima berita kematian Teoh, berbagai-bagai andaian dibuat yang menyebabkan kematiannya.

Takziah untuk keluarga mendiang Teoh dan Soh.....

Ada yang beranggapan mendiang membunuh diri, yang lebih dahsyat lagi apabila DAP telah memanipulasikan kematian Teoh adalah angkara SPRM dan Kerajaan UMNO. DAP menggunakan sepenuhnya isu ini untuk meniupkan api perkauman dikalangan kaum Cina. PKR, dengan kepimpinan penipu Anwar Al Juburi juga mengambil peluang untuk menutup isu kes liwatnya.

Pendek cerita, isu kematiaan Teoh telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Itulah motif sebenar yang hendak disembunyikan oleh pakatan rakyat……

Apek tua, Lim Kita Siang, sebenarnya amat malu dengan amalan rasuah dikalangan Wakil-Wakil Rakyat DAP, apakah lagi dengan Anwar Al Juburi (dialah bapak segala rasuah masa dalam BN). Mereka malu kerana selama ini telah menjaja ke hulu hilir memfitnah kerajaan UMNO-BN pengamal rasuah terbesar di dunia.

Nampaknya, DAP, PKR dan PAS mendapat semangat baru dengan kematian Teoh, pakatan rakyat telah mengakui bahawa rakyat telah mula menolak mereka, rakyat telah mula nampak kepincangan serta pembohongan dalam pakatan rakyat.

Tidak salah sekirannya dibuat andaian, kematian Teoh adalah satu konspirasi DAP, PKR dan PAS untuk menutup penipuan mereka. Kematian Teoh sengaja telah dirancang…….

Kawan tertarik juga dengan tulisan dari blog darulehsantoday.blogspot.com yang bertajuk:

TEOH BENG HOK TERJATUH ATAU DI BUNUH

Darulehsantodayblogspot.com

Hari ini Sec-pol aka Pegawai Khas exco kerajaan Selangor,Teo Beng Hock, 30 , terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. adakah dia benar-benar terjatuh atau ada tangan-tangan sial yang menolak dia supaya dia terjatuh?

Siapa Teo Beng Hock ni? ramai yang tahu dia ni sec-pol aka pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua, si Teo ni dah lama pemimpin DAP berbulu dengan dia. masih korang ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat "celaka" berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang memnuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal buat bodo je sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.

Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni diberikan warning oleh berberapa gangstar yang di payung oleh Ronnie Liew dan Teo di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?

Perlu di ingat, file-file kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar, mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak la, kalau aku pun jadi SPRM aku akan kumpul bukti kaw-kaw lepas tu aku borong la semua sekali. kalau korang perhati betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, depa ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya. so korang pun paham la kan ape yang dia orang rebutkan sangat kan....

Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo, perlu di ingat, kesemua adun cina di selangor menggunakan kwong-si gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka, tahu-tahu je la kalau dah pakai kwong-si gelap dan Ah Long, ade je la permintaan mereka yang mengarut yang nak tak nak adun-adun cina ni kena penuhi.

Tapi bukan setakat adun-adun cina ni je yang SPRM nak angkut, masih ada lagi berberapa adun PKR melayu dan India yang akan SPRM angkut, antara adun-adun dalam permerhatian SPRM ialah Adun Batu Tiga, Adun Kota Damansara, Adun Seri Muda, Adun Kota Anggrik dan Adun Seri Setia, so pesan det korang standby je la....

So aku tak heran kalau tengok berita tv3 malam tadi yang ronnie meracau-racau dalam pejabat SPRM pasal dia tahu dia akan kantoi tak lama lagi.

Kalau benarlah seperti yang ditulis oleh DET, kawan yakin pakatan rakyat ini sebenar-benarnya sudah terlalu jauh penyelewengan mereka. Tidak salah kalau kawan andaikan pakatan rakyat ini samalah pergerakan MAFIA yang berkembang di Eropah.

Beginilah cara kumpulan MAFIA menjalankan aktivti untuk mempertahankan kawasan jajahan mereka. Pakatan rakyat juga serupa dengan kumpulan MAFIA yang ingin menguasai Negara…………….

Rakyat Malaysia mesti sedar dan bersama-sama menyingkirkan MAFIA Malaysia ini……