Sunday, August 29, 2010

Indonesia-gunung Sinabung meletus, satu peringatan, pembalasan atau hanya kebetulan !!!


Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 tahun gunung ini tidak menunjukkan tanda-tanda aktif.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) telah mengarahkan agar Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dan Pemda Sumut bertindak cepat untuk menyelamatkan penduduk sekitar yang dianggarkan berumlah 10 ribu orang.

Gunung Sinabung yang berketinggian 2.400 meter dari aras laut terletak di Karo, Sumatera Utara, telah lama tidak menunjukkan tanda-tanda aktif ini mempunyai kemiripan dengan Gunung Kratakau di Selatan Sunda. Klik di sini

AYG ; Semoga rakyat, penghuni yang berhampiran dengan gunung Sinabung selamat serta tabah menghadapi dugaan….

Indonesia tidak henti-henti diduga dengan malapetaka alam yang hebat……..

Tahun lalu pada 30 September kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia, satu gegaran gempa bumi yang kuat telah berlaku di bahagian Padang, Sumatera, Indonesia selepas warganya sibuk menanjurkan demonstrasi ganas ‘ganyang Malasia’, membakar bendera, melempar najis oleh kumpulan buluh runcing, kumpulan bendera….

Beribu nyawa rakyat Indonesia ditelan bumi………

Adakah peringatan bagi manusia-manusia yang sudah lupa akan Tuhan yang maha kuasa?

Adakah ianya juga satu petanda yang Indonesia juga akan diberi pembalasan serupa apabila gunung Sinabung mula meletus selepas lebih 400 tahun mendiam diri….

Sedikit sebanyak kita juga harus berfikir akan kedaulatan Negara Malaysia……. Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan yang memerintah yang menjadi penaung kepada rakyatnya....

Kepada rakyat Indonesia, lupakan sebentar hasrat untuk menganyang Malaysia…… lihat akan kebesaran Allah….. menghina, membakar, melempar najis ke atas bendera 'Jalur Gemilang' Malaysia perlu dihentikan sebelum Allah membalas di atas sikap bongkak, takbur dan yang paling hina sikap 'bodoh sombong' yang telah anda lakukan terhadap negara Malaysia yang banyak menghulur untuk rakyat Indonesia.....






Saturday, August 28, 2010

Siri ANAK jin - FELDA jangan hanya mahu kaji tindakan terhadap peguam saja...


Kegagalan peguam FELDA untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan penyebab utama FELDA tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3.

Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan agar FELDA membayar mereka RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit. Klik di sini

AYG ; Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, terbukti tanggapan sesetengah pihak selama ini bahawa sistem Kehakiman dan Mahkamah Malaysia bebas dari pengaruh kerajaan atau UMNO…..

Setuju juga dengan saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda perlu mengkaji serta meneliti tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman yang diberi amanah yang menjadi punca utama kekalahan kes tersebut. Klik di sini

Kerajaan sepatutnya bukan sekadar mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap firma guaman, tetapi seharusnya mengkaji lebih menyeluruh terhadap organisasi FELDA itu sendiri….

Bemula dari Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarahnya, pegawai-pegawai kanan, kakitangan sehingga ke peringkat bawah…… Kelemahan serta sikap sambil lewa dalam menangani segala pemasalahan, tuntutan masyarakat FELDA itulah punca-punca sebenar yang menjadi pengkhianat kepada kerajaan sehingga menyebabkan rakyat mudah di dakyah untuk membenci kerajaan, lebih-lebih lagi UMNO……..

Berapa ramai dari kalangan pengurusan itu sendiri termasuk yang berada di gedung FELDA menjadi musang berbulu ayam……..

Isu cara pihak pengurusan kilang sawit FELDA menilai gred buah sawit yang dihantar peneroka ke Kilang-Kilang milik FELDA sebenarnya telah berpuluh tahun dibangkitkan para peneroka…..

Mengikut tinjauan yang dibuat, pihak pentadbiran kilang sendiri seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahan peneroka sehingga berlakunya tuntutan saman ke Mahkamah.

Pernah terjadi, pihak pengurusan kilang FELDA tidak membenarkan Wakil-Wakil Rakyat kawasan datang melawat ke kawasan kilang untuk meninjau pemasalahan yang diajukan para peneroka, seolah-olah mereka lebih besar, lebih berkuasa dari kerajaan…

Mungkin dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini akan lebih membuka mata kerajaan terhadap pentadbiran FELDA, jangan hanya melihat apa yang dikemukakan di atas sahaja……. Turun-turunlah ke bawah, pantau dan tinjau sendiri apa yang sebenarnya berlaku diperingkat rancangan, lebih-lebih lagi pengurusan kilang-kilang FELDA…

Sikap tidak amanah musang-musang yang rakus mencari keuntungan sendiri dalam organisasi FELDA adalah penyebab utama sebahagian masyarakat peneroka lebih mempercayai dakyah pembangkang seterusnya menyalahkan kerajaan UMNO-BN kononnya wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang didakyah pembangkang.

Jangan anggap dengan cara menganjurkan program-program mega, karnival atau projek-projek mega sudah memadai untuk mendekati masyarakat peneroka, mengembalikan kepercayaan mereka, boleh dikatakan kebanyakan program yang dianjurkan ‘syok sendiri’ ATAU ‘melepas batuk di tangga’ dengan perbelanjaan yang besar……

Adalah lebih baik kalau pihak kerajaan mengkaji kedudukan organisai itu sendiri, apakah pemikiran mereka-mereka yang diberi tanggungjawab itu benar-benar ingin membangunkan rakyat atau sebaliknya…..

Kalau perlu, Pengerusi itu sendiri perlu ditukar…….. seterusnya pengkhianat-pengkhianat yang 'menyerupai ayam’ di dalam reban juga perlu dihapuskan……

Jangan kerana kelemahan golongan ini yang berada dalam organisasi FELDA menyebabkan rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat peneroka berterusan membenci, tiada keyakinan terhadap kerajaan BN khususnya UMNO…..



Thursday, August 19, 2010

Siri ANAK Jin-Kumpulan Felda, KPF keluar zakat RM25.82j


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda, telah menyampaikan zakat perniagaan Kumpulan Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad kepada 14 buah Pusat Zakat Negeri (PZN).

Jumlah bayaran zakat bagi tahun 2009 bagi Kumpulan Felda dan KPF ialah berjumlah RM25.82 juta iaitu bertambah RM5.94 juta berbanding RM19.88 juta pada 2008.

Zakat Kumpulan Felda bagi 2009 adalah sebanyak RM14.92 juta iaitu bertambah RM2.15 juta manakala KPF pula berjumlah RM10.90 juta, meningkat sebanyak RM3.78 juta.

PZN Pahang adalah penerima terbesar zakat tersebut iaitu sebanyak RM9.02 juta, diikuti Johor (RM5.96 juta), Sabah (RM2.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM1.82 juta).

Bayaran zakat tersebut adalah kali yang keenam sejak 2005. Klik

AYG ; bagaimana pulak cerita geng-geng ‘ANAK jin’ yang mendakwa FELDA menuju ‘kebankrapan’, sedangkan pengeluaran zakat mampu di buat FELDA………

KPF (Koperasi Permodalan Felda) juga mampu mengeluarkan zakat sebanyak RM10.90 juta dan dividen yang dibayar kepada anggota-anggotanya pada tahun ini sebanyak 14% telah bersih dari daripada pembayaran zakat……..

Macam mana dengan koperasi KOHILAL ?

Banyak mana bayar zakat, berapa banyak anggota-anggotanya nikmati dividen ?


Tuesday, August 17, 2010

65 Tahun Merdeka-rakyat Indonesia tuntut kebebasan beragama


Beratus-ratus penunjuk perasaan sambil membawa bendera Indonesia dan melilit riben merah pada tangan masing-masing, melaungkan slogan ‘kebebasan beragama untuk semua’ dan menyanyi lagu keagamaan berhimpun di Monumen Kebangsaan Jakarta menuntut Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengambil langkah melindungi dasar kebebasan beragama.

Mereka juga mendesak kerajaan bertindak menghukum kumpulan pelampau Islam seperti Barisan Pembela Islam (FPI), kumpulan yang disyaki mempunyai hubungan dengan polis dan mengamalkan taktik peras ugut dan keganasan berhubung serangan beberapa gereja dan masjid yang digunakan oleh penganut Ahmadiyah.

Kemarahan rakyat memuncak apabila Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo dan Ketua Polis Jakarta dikatakan telah menghadiri sambutan ulang tahun ke-12 FPI dan tindakan itu dianggap telah mengesahkan kegiatan kumpulan itu. (Sila rujuk di sini)

AYG ; begitulah kalau kurangnya toleransi yang ditunjukkan oleh warga yang suka mengamalkan tidakan keganasan sehingga membawa kepada demonstrasi oleh masyarakat yang merasakan golongan mereka tertindas…..

Boleh dikatakan 99% warga Indonesia dari satu bangsa, satu keturunan walau pun menganuti pelbagai agama, kerana Indonesia adalah negara sekular dan mengiktiraf agama Islam, Kristian, Katolik, Buddha, Hindu dan fahaman Konfusianisme.

Apa yang hendak digambarkan bukan cerita pertelingkahan agama di Indonesia, tetapi sekadar ingin mengingatkan kepada sahabat-sahabat dari kaum lain, bagaimana jadinya kalau Melayu Islam di Malaysia tidak ada sifat-sifat bertolak ansur, bertoleransi sama seperti di Indonesia……

Bagaimana agaknya kalau di Indonesia terdapat bilangan kuil, gereja atau rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada Masjid di kawasan kampung-kampung yang majoritinya orang Islam………

Macam mana pulak agaknya kalau terdapat patung Budha yang tinggi dan besar seperti yang terdapat di negeri Kelantan walau pun orang bukan Islam terlalu sedikit……

Itulah istimewanya kaum-kaum dan penganut bukan Islam yang berada di Malaysia, walau pun Islam adalah agama rasmi Negara, tetapi aktiviti keagamaan kaum lain tidak pernah disekat, malah bebas untuk diamalkan tanpa diganggu-gugat……

Bukan Melayu-Bumiputera perlu menghormati sepakatan yang sedia ada…… bacalah serta fahamilah Perlembagaan Negara, jangan jadi warga yang jahil……..

Justeru itu, kaum-kaum bukan Melayu Islam perlu insaf serta ingat, apakah keharmonian dan keamanan yang dinikmati sekarang mahu dipergugatkan dengan dakyah politik sempit sehingga tidak mampu mempunyai akal fikiran yang waras sehingga tercetusnya mala petaka yang pernah menimpa negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei….


Monday, August 16, 2010

DAP-warga emas ditawarkan RM1,000 kalau menang PRU 13


DAP, melalui Lim Guan Eng telah akan memberikan beberapa habuan sekiranya jika dapat menguasai Putrajaya dan pakatan rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Lim Guan Eng akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, menghapuskan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan serta membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia. Klik di sini.

AYG; itulah janji baru DAP kepada rakyat Malaysia jika dapat berkuasa sepenuhnya serta menjadikan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR-PAS sebagai boneka……..

Bagaimana dengan janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS dalam manisfesto pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu ?

Sudahkah semua tertunai kepada rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ?

Bagaimana pula nasib rakyat Melayu Pulau Pinang ? sudah banyakkah kebajikan yang dihulurkan kepada mereka ?


Waima apa sekali pun yang dijanjikan DAP untuk mendapat kuasa penuh memerintah Malaysia, rakyat khususnya kaum Melayu-Bumiputera wajib membuka mata seluas-luasnya dengan gula-gula manis DAP untuk meruntuhkan kuasa Melayu……

Mari kita renung, bagaimana kaum DAP telah pertikaikan hak-hak Melayu-Bumiputera, kuota 30% Bumiputera, Kutipan Wang Zakat dan banyak lagi……. Itu belum lagi mereka berkuasa sepenuhnya…..

Apakah DAP akan terus pertahankan kedudukan Melayu-Bumiputera sebagai pribumi seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu.

Walaupun kepimpinan PAS sering menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir, tetapi perlu diingat, kerana Perlembagaan inilah ruang untuk Melayu Islam-Bumiputera termasuk Melayu Islam-Bumiputera dari PAS-PKR berkembang membangun mengikut arus yang begitu besar disamping tidak menafikan hak-hak bukan bumiputera.

Oleh kerana kelebihan yang dinikmati oleh Melayu Islam-Bumiputera inilah yang telah menimbulkan rasa tidak senang, rasa dengki kaum-kaum bukan Bumiputera yang juga telah mendapat nikmat kewarganegaraan di Malaysia ini……

Mari kita renung serta bandingkan bagaimana keadaannya kaum Melayu atau orang Islam yang tinggal di negara-negara majoriti bukan Islam seperti di Selatan Thai, Filipina, Myanmar dan Kemboja.

Bagaimana pula keadaan Melayu Islam di Singapura yang terpaksa berdiam diri walaupun hak-hak mereka semakin hari semakin dicabut, terhakis serta dihapuskan oleh kaum sekutu DAP.

Janganlah meletakkan diri dengan nilai RM1,000 seperti yang dijanjikan DAP, maka warga emas khususnya kaum Melayu Islam-Bumiputera begitu teruja sehingga sanggup membuang kuasa Melayu di bumi bertuah ini……

Jangan harapkan Anwar-PKR untuk pertahankan Melayu Islam-Bumiputera, jangan harapkan Nik Aziz-PAS untuk pertahankan Islam di bumi bertuah ini….

Anwar hanya sekadar hendak jadi Perdana Menteri, perjuangan Anwar hanya untuk membebaskan diri dari kemungkaran-kemungkaran yang dia buat, bukan untuk pertahankan maruah bangsa atau agama….

Nik Aziz-PAS, juga tidak mampu pertahankan maruah bangsa dan agama kalau dapat berkongsi kuasa dengan DAP, Islam hanya dapat dipertahankan di Kelantan sahaja…….

Nik Aziz hanya tidak mahu kuasa dia terlepas di Kelantan…………….. itu sahaja….

Fikir-fikirlah wahai bangsa ku….. jangan nilaikan maruah diri kita dengan wang sejumlah RM1,000, sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan tanah air…..


Sunday, August 15, 2010

Siri ANAK Jin-Felda tidak boleh saman Suara Keadilan pulak……


N Surendran, peguam pembangkang mendakwa FELDA tidak boleh menyaman fitnah ke atas Suara Keadilan, kononnya FELDA ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

Kata Surendran lagi, "soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.”

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah kepada Suara Keadilan. Klik di sini

Persoalannya sekarang, adakah akhbar Suara Keadilan itu rakyat ?

Suara Keadilan adalah sebuah syarikat akhbar yang mendapat kelulusan KDN dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan………

Ini bukan kritikan dari rakyat, ini adalah sebaran fitnah yang sengaja dibuat oleh akhbar Suara Keadilan untuk kepentingan politik pakatan PKR-DAP-PAS…..

Apakah undang-undang boleh menentukan FELDA tidak mengambil tindakan ke atas mana-mana individu, pertubuhan politik atau badan-badan yang keliling kampong menubur fitanh, menghasut rakyat sehingga boleh mendatangkan kekeliruan dikalangan rakyat ?

Kalau macam itu gayanya, bermaharajalela nampaknya puak-puak ‘anak jin’ yang di pelihara PAS yang menjadi anjing salakan PKR-Anwar-DAP untuk menabur fitnah….

Apa yang menghairankan, mengapa pulak peguam N Surendran awal-awal lagi telah mengeluarkan kebimbangan dengan dakwaan yang sebegitu rupa ?

Kalau rasa saman yang bakal dibuat oleh FELDA itu boleh ditangkis di Mahkamah, biarkanlah…. Tunggu saja sampai masa hari pendakwaan…… ini awal-awal sudah mengelabah apa ke hal………

Cerita Surendran ini sama juga macam kes bos besar PKR yang tidak mahu mengaku telah melakukan liwat, macam-macam alasan dibuat untuk tangguhkan perbicaraan….kena konspirasi politik konon, tapi sampai sekarang masih tidak berani bersumpah kat mana-mana Masjid pun……



Saturday, August 14, 2010

Si ANAK Jin - duit raya hanya gimik FELDA ?


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai”. (Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim).

Sabda lagi Rasulullah SAW didalam hadith lain yang bermaksud, “Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat.........”. (Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i)

Nampaknya “si anak jin” ini tidak termasuk dari kalangan syaitan-syaitan yang dirantai…….

Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib untuk memberi duit raya sebanyak RM350 seorang kepada peneroka yang bersama Felda dan RM150 seorang kepada peneroka yang tidak bersama dengan Felda telah dianggap oleh Mazlan (ANAK) sebagai satu cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka sahaja. Mazlan juga mendakwa, 'duit raya' itu adalah sememangnya duit peneroka yang diambil FELDA dan cuba pula memberi gambaran bahawa FELDA melayan peneroka dengan baik.

Pemberian ‘duit raya’ yang melibatkan jumlah RM37.14 juta itu juga hanya sebagai gimik untuk menutup isu FELDA yang akan bankrap. (HarakahDaily)

Begitulah kan………kalau orang sudah merasakan tercabar dengan segala hasutan, fitnah serta dakyah untuk mendapat sokongan dari peneroka-peneroka FELDA….

Kalau direnungi sebijak-bijaknya, sememang wajar FELDA mengeluarkan belanja yang besar itu untuk meringankan beban peneroka ketika menjelangnya musim-musim Hari raya….. Bukankah ini bererti FELDA telah menjana keuntungan hasil dari pengurusan yang baik, maka sewajarlah kalau Dato’ Sri Najib selaku pemimpin kerajaan bersama FELDA memberi habuan kepada peneroka…

Maka salahlah selama ini anggapan geng-geng pembangkang bahawa FELDA telah bangkrap……..jangan pulak nanti ada kalangan para peneroka yang menerima ‘duit raya’ itu digunakan pula sebagai bayaran khidmat peguam untuk menyaman FELDA…. yang beraya sakan sudah tentulah puak-puak peguam pembangkang dan Mazlan sendiri…

Ingatlah wahai peneroka FELDA, kumpulan ‘si anak jin’ ini akan sentiasa mengaruk dan merasuk kepada mereka-mereka yang lemah iman, tamak, tidak bersukur serta takbur dengan apa yang telah diperolehi semenjak dapat berhijrah dalam tanah rancangan FELDA……

Cuba kita sama-sama tinjau sedalam-dalamnya, berapa ramai peneroka-peneroka Felda yang selama ini tidak bersama Felda telah menjual hasil ladang kepada pembeli-pembeli bukan FELDA…. apakah mereka ini menerima bayaran yang tinggi dari apa yang dibayar oleh Felda ?

Adakah setiap tahun tuan punya kilang persendirian atau pusat membeli sawit ini membayar rebet atau bonus kepada penjual dari keuntungan yang mereka perolehi ?

Jangan keterlaluan menafikan apa yang telah anda perolehi dari FELDA, jangan membutakan mata, menjumudkan pemikiran kerana dakyah serta janji-janji manis yang ditawarkan oleh kumpulan ‘si anak jin’ ini……



Friday, August 13, 2010

“Anak jin” mengaruk lagi-FELDA di saman kerana bermotifkan politik


Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap FELDA baru-baru ini lebih ke arah bermotifkan politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu. Klik

AYG ; Benar sangatlah seperti yang diungkapkan oleh Datuk Ahmad Maslan, pakatan pembangkang telah mempergunakan persatuan ANAK yang diketuai Mazlan Aliman seorang AJK PAS Pusat untuk menghuruharakan masyarakat peneroka FELDA untuk mencapai hasrat mereka menguasai Negara…..

Puas mengaruk di Pahang, Maslan Aliman yang didalangi pembangkang mengaruk pulak di Negeri Sembilan, selepas cuba mengaruk di agensi FELCRA dan RISDA…..

Tak salah kalau dulu kawan pernah melebelkan kumpulan yang menggelarkan diri mereka ANAK ini sebagai “anak jin”……….

Bagi kawan kalau para peneroka Felda itu sendiri meneliti sepenuh fikiran serta sedar dengan apa yang mereka perolehi semenjak berada di tanah rancangan FELDA, mungkin dakyah, hasutan dari kumpulan ‘anak jin’ ini tidak merebak sebegitu rupa…

Kalau betul puak-puak ini hendak menolong nasib peneroka yang kononnya ditipu, ditindas serta dizalimi oleh Kerajaan/FELDA, masakan setiap peneroka dikenakan bayaran untuk biaya peguam di antara RM200 ke RM500 seorang……

Tidakkah peneroka-peneroka sedar selama ini setiap apa yang diperuntukan oleh Kerajaan melalui FELDA untuk kebajikan para peneroka dari segi akademik anak-anak, pinjaman perumahan, usahawan, kursus kemahiaran generasi kedua dan lain-lain tidak pernah dikenakan yuran atau bayaran……..

Buka matalah wahai para peneroka, hidup anda serta keluarga lebih baik, lebih terbela dari masyarakat yang ada di luar FELDA……..