Thursday, March 19, 2009

BUKU FELDA..... DULU TOLONG SEKARANG ALONG !


PAS, itulah kerja mereka, kalau tidak menghitamkan hati masyarakat berlandaskan agama, bukan PAS namanya. Apa tidaknya, pemimpin PAS tidak pernah mengajar masyarakat berterima kasih kepada orang-orang yang membantu mereka hidup harmoni, senang lenang macam Peneroka-Peneroka FELDA, dari seorang yang papa kedana, tidak bertanah, tidak berilmu bertukar kepada orang yang bermaruah, tidak meminta2 malah banyak beramal kerana mampu melakukannya.

Bila ceramah demi ceramah dalam kawasan FELDA kurang berjaya mendapat pengaruh, kini terbit pula buku bertajuk " FELDA......DULU TOLONG SELARANG ALONG ! tulisan Mazlan Aliman (gambar disebelah), bertaburanlah penyangak2 PAS nak kau untung menjual buku2 ini dikalangan masayarakat FELDA, sambil merayu ini semata-mata untuk tabung JIHAD. Siapa Mazlan Aliman ini ? Kalau dia anak peneroka FELDA, cuba tanya mak bapak dia, atau pun kalau dia sudah akil baliq masa bersama-sama masuk FELDA dulu, cuba renung semula macam mana keadaan semasa belum duduk dalam kampong FELDA, sampai dia belajar ke IPTA atau ke luar negara. Kalau mak bapak dia bukan asal Negeri Pahang, cuba tanya macam mana mak bapak dia menipu untuk dapat masuk tanah rancangan FELDA. Kalau dia bukan dari warga FELDA, tak payahlah nak buat-buat cerita tentang FELDA, lebih baik karang buku-buku agama, buku-buku rujukan sekolah atau pun tulis je buku-buku cerita lucah, kalau nak cari duit sangat........

Kalaulah FELDA tu Along, kawan nak tanya sikit kat Peneroka2 FELDA, terutama yang membuat tanam semula sawit atau getah, yang tak mahu serah pembangunan semula ladang kepada FELDA, kawan yakin, sampai sekarang masih ada lagi yang tidak melunaskan bayaran kembali pembangunan ladang dan rumah yang mereka duduk tu....., ada ke FELDA ugut, datang kacau keluarga dia orang tuntut hutang ? Macam-macam lagi lah yang Peneroka2 berhutang dengan FELDA, ada tu buat pinjaman besarkan rumah, dapat je pinjaman, dia ambil balik pengurusan ladang dari FELDA, ada ke FELDA hantar samseng tuntut hutang ? banyak-banyak lah beristifar, banyak2 lah mengucap............


SIAPA TIPU SIAPA ?

Nih, kawan nak cerita pasal siapa tipu siapa, kalau Peneroka-Peneroka masih ingat sekitar tahun 2001-2003, penyokong-penyokong PAS dalam tanah rancangan FELDA telah memperkenalkan satu pelaburan saham. Kalau tak silap kawan dia beri nama "Saham Hari Tua", saham ini dikendalikan oleh individu yang pejabat operasinya di Kelantan, tujuannya untuk membantu orang Islam menjadi kaya dengan pelaburan ini, pelaburan paling minima RM90.00, dalam tempoh 100 hari dapat pulangan RM270.00, kaedahnya dapat keuntungan dividen 300 peratus. Ngalahkan dividen ASB, KPF (Koperasi Permodalan FELDA) dan Bank Rakyat, itu pun ambik masa setahun pelaburan. Adalah seorang sahabat bangsa Cina tanya kat kawan, " apa bisnes dia bikin ? itu macam manyak dapt untung, bikin bisnes jual amoi pun tatak itu macam dapat untung ma...."

Kawan pun ada rasa minat juga nak melabur weh, apa tak nya, labur RM1,000 dapat RM3,000, labur RM10,000 dapat RM30,000, labur RM100,000 dapat RM300,000 tunggu 100 hari je..... wow !!! berniaga orang lagi untung dari berniaga unta, dailog dalam cerita P.Ramli filem 3 Abdul. Satu malam, kawan gi lah dengar ceramah di Markas PAS kat Keratong, lepas habis semua penceramah-penceramah undangan menyampaikan maki hamun, kutuk mengutuk pemimpin UMNO/BN, puas melempar fitnah, tadah kantong kutip derma, disambut dengan takbir "Allah hu Akbar" 3, 4 kali, maka berdiri lah seorang yang berserban, berjubah hijau dari Negeri Kelantan serambi Mekah memberi penerangan pelaburan Saham "Ini lah masa kami semua nak tulung rakyat jadi senang, pemimpin2 UMNO mana nak cerita saham yang macam ni, demo nak makan sama-sama demo je" kata dia berapi2....

Lepas tu, ramailah Peneroka-Peneroka tempat kawan ni melabur melalui broker-broker yang dilantik dalam kawasan FELDA, apa taknya dah ada 2,3 orang pelabur dah dapat dividen, maka ada yang jual saham ASB, KPF dan sorang peneroka keluar simpanan Tabung Haji RM20,000 (Peneroka ni dan Isteri meninggal, tak dapat naik Haji ), sorang lagi jual balik saham ASB RM17,000 (Peneroka ni jatuh sakit kena strok), yang pajak ladang dengan broker-broker RM10,000 ramai juga lah, kawan tak masuk punnnnnn....... bini kawan marah (bukan takut bini, bini tak takut ke kawan). Pendek cerita, lepas cukup je tempoh pelaburan 100 hari, pelabur-pelabur ni gi lah Pejabat Pos (Syarat Pelabur mesti buka buku simpanan di Pejabat Pos) nak ambik keuntungan, berminggu2 lah deme ngulang ke Pejabat Pos, dividen tak masuk2, kosong je, jangan ke bunga, pokok pun tak dak.

Ada juga pelabur2 yang tak puas hati, deme pakat 4,5 orang gi pejabat operasi kat Kota Baru, apa deme dapat, pejabat tutup, tak de orang pun........, balik rumah deme beri tau lah ke gu-gu pelabur, deme kena tipu, ada yang pengsan, jatuh sakit, kena strok, yang terok lagi terus meninggal pun ada......., macam-macam ada...... kawan dapat tahu, pelabur kena tipu dari seluruh FELDA di Pahang je hampir RM6 juta lesap gitu je, tu lah duit orang2 kampong, orang2 susah, orang2 Melayu, orang2 Islam....

Mana pegi nya pemimpin-pemimpin PAS yang berapi-api menyokong pelaburan ini ? Kenapa Pelabur-Pelabur kebanyakan dari penyokong-penyokong fanatik PAS tidak pergi buat demontrasi kat Kelantan ? Tak de sorang pun yang bercakap kena tipu, macam deme selalu kata FELDA tipu, kerajaan UMNO/BN penipu...... ngapa senyap sunyi ? sampai sekarang duk menung, alasan deme apa kalau nak tau, " dah bukan rezeki kita", pulak dah........ Tidak kah deme terpikir itu bala datang dari Allah, kerana deme tidak pernah bersyukur dan berterima kasih. ....... setahu kawan lah, selama ini kawan tak pernah dengar pun pemimpin2 UMNO Pengurusan FELDA sama ada peringkat kampong mahu pun Malaysia, berkempen mengajak masyarakat ke arah untuk menyusahkan atau merugikan, apa tah lagi nak jadi ALONG.............. walau pun dividen ASB tak banyak, tapi pokok tak pernah kurang...... kawan sampai le ni amat berterima kasih pada bekas Pengurus FELDA Encik Shaari Dawam dan Encik Mohar, tunjuk ajar serta bimbingan kalian aku sampai ke tahap ini, budi mu tetap ku kenang.......

Sedarlah wahai sahabat-sahabat ku Peneroka FELDA, jangan biarkan diri kita diperbodohkan.......

Syabas kepada Dato' Ramli Ismail, Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia bersama anak2 buah ( Kawan pun bekas Pengerusi Majlis Belia FELDA Pahang Selatan - Tahun 80an bersama-sama Dato') membantah pengedaran buku ini.............

3 comments:

  1. Blog sdr Yang Gambi telah disenaraikan didalam Blog Generasi Felda, selalulah menulis hal berkaitan felda....supaya ianya boleh di manfaatkan oleh seluruh generasi felda.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam,
    teruskan usaha sdr menulis untuk seluruh masyarakat - bERANIKAN hATI

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas respon anda.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..