Wednesday, March 18, 2009

Mohd Ali dilarang bertanding, Khairy Jamaluddin diberi amaran, Mohd Khir Toyo tidak bersalah - Politik Wang.....Wang Politik

Kawan tak tekejut dengan berita tu weh, tapi kawan nak cari juga kot-kot ada isu keputusan Jawatan Kuasa Lembaga Disiplin UMNO ni, kat kedai kupi kampong kawan. Ada satu meja tu, adalah 7, 8 orang riuh pasai ni, ada sorang tu cakap bukan main kuat lagi, macam geram je bunyinya " aku memang tak puas hati dengan keputusan ni, kalau dah dapat bukti main rasuah, ngapa tak gantung semua, ni ada kena gantung, ada kena amaran, ada lepas , kau cuba pikir betui tak betui Jk disiplin ni " macam-macam lagi lah kawan dengor, malas kawan nak tulis,nani kawan pulak kena gam.............

Lepas tu, kawan cari kedai kopi tempat lain, memeng tu lah keja kawan selama ni, PRK kat 2 bukit kawan tak kena pilih, kawan bukan orang elit, tak pe lah kat sini pun macam-macam kawan boleh dapat. Kawan negok satu warung tu penuh dengan orang minum, pe lagi.... kawan pun singgah lah, rupa-ripanya kedai orang-orang PAS, lantak le, bukan orang kenal kawan....... " Adalah sorang tukang cakap tengah sebut2 pasal pemilihan UMNO, cuba hang tengok, depa riuh rendah pasal politik wang, berebut nak jadi pemimpin parti, bukan pasai apa, nak rebut harta lah tu, cuba hang tengok PAS ada bising2 pasai nak pilih pemimpin, sampai masa jadi je ".


Kesimpulan :

Bila kawan pikir2, calon-calon tu semua tak salah pun, biarlah mereka nak betanding apa saja jawatan kalau Perwakilan dah nak undi, yang patut disalahkan adalah PERWAKILAN, sikap para perwakilan sama ada peringkat Cawangan atau Bahagian yang membuat Calon-Calon pemimpin UMNO jadi pengamal politik wang, kerana sikap Perwakilan yang tidak amanah, rakus, tamak, maka ada penyangak ambil kesempatan untuk duduk dalam kepimpinan tertinggi UMNO, yang penting duit...... Cuba awak tenung, betui ke tak betui....

Di Cawangan kat kawasan kawan, DULU - Bila ada Persidangan Cawangan, ahli-ahli UMNO bertolak-tolak bila nak dicalonkan jawatan Ketua Cawangan, lari kalau ada yang dicalonkan sebagai perwakilan ke Bahagian, apa kata deme " Kawan tak sanggup jadi perwakilan, kawan bukan pandai nak becakap nanti " SEKARANG - berebut2 weh nak jadi perwakilan cawangan, berkempen sakan, berjalan, merayau siang malam nak dapat sokongan. Lepas tepilih je jadi perwakilan Cawangan, bukan orang cari dia, dia cari orang-orang yang nak bertanding, tak kiralah bertanding jawatan apa, Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, J/Kuasa, lebih dahsyat bila ada pertandingan Ketua Bahagian..... mengalah kempen pilihan raya umum, berkempen sampai pagi, kempen pilihan raya ada had tak lebih jam 12.00 tengahmalam, kempen Bahagian sampai pagi weh.

Pagi tadi kawan cuba-cuba tanya beberapa orang perwakilan Bahagian G7 kat kawasan kawan, kawan tanya Li,Jo, Lid, Din, Sahak, Wan dan Pa, ada kat mana dia orang ?, gu-gu kawan cakap, dah dekat 2 bulan weh deme tak de kat kampong, lepas je terpilih jadi G7 deme duk Kulumpor ade, duk Melaka ada, Johor ade, apa taknya hotel, makan minum aada yang tanggung, merayau le deme tu, raya sakan cari orang-orang yang nak bertanding MT..

Cuba gu-gu pikir, sapa yang nak disalahkan ? tidak heran kalau ada yang kata Pemimpin-Pemimpin UMNO la ni dah tak de yang berkualiti, apa tidaknya, kalau ahali-ahli UMNO, perwakilan-perwakilan sama ada di Cawangan atau pun Bahagian semua bersikap mata duitan, tidak mustahil perompak, penipu, perogol, penjenayah boleh duduk jawatan tertinggi dalam UMNO, janji duit mesti banyak untuk beli undi, sebab itu ramai dah pemimpin yang baik dan bagus terkeluar dari kepimpinan UMNO. Tidak mustahil akan datang UMNO hanya tinggal lambang sahaja untuk anak cucu tengok dalam muzium negara.

Kalau diselidik, diperhalusi, sebenarnya ramai orang Melayu dah meluat dengan karenah kepimpinan UMNO, tapi oleh kerana tak lain parti yang deme rasa baik, harap ke PAS, asyik hemtam orang, bila malam je dia mengambang, macam musang keluar malam, siang tidur, PKR lagi takboleh harap, bawah pokok pun jadi mesyuarat Dewan, nak kata Melayu bukan Melayu, nak kata Cina bukan Cina, nak kata India bukan India dan nak kata perempuan pondan, nak kata pondan berjambang, belakang juga tarok......................... Dulu, UMNO letak je sape-sape jadi Calon Pilihanraya, batu ke, kayu ke, beruk ke, ape-ape je lah, pejam mata boleh menang, la ni kalau calon tak bawak fulus, jangankan nak menang, bilik gerakan peti undi pun gelap tak berlampu. Yang penting Ahli-Ahli UMNO sendiri perlu merubah pendekatan memilih pemimpin, tak salah nak cari kesenangan, kita pun tahu jaman sekarang Pemimpin perlu juga mencari kesenangan diri, negara dah maju, jangan jadi macam pemimpin dulu-dulu, kawan pun tersedu dihati bila ada cerita Alayarham Tun Razak meninggal dunia dalam tidak ada harta, inilah Pejuang UMNO tulen...........

Kawan masih ingat sampai le ni, kalau tak silap pada tahun 2005, Tan Sri Muhamad Muhd Taib beri ceramah pada orang-orang macam kawan, dia kata : " CUBA TUAN-TUAN RENUNG BETUL-BETUL, BERAPA ORANG KAH PEJUANG-PEJUANG BANGSA YANG DUDUK DALAM KEPIMPINAN UMNO SEKARANG " kawan jawab dalam hati je : " Tanyalah Para Perwakilan Cawangan dan Bahagian, dia orang lebih tahu ".


Wahai Saudara-Saudara ku yang diamanahkan untuk sebagai PERWAKILAN, saudara semualah yang menentukan sesiapa yang layak menjadi Pemimpin UMNO, saudaralah yang bertanggung jawab kalau tersalah pilih, tangan saudara adalah amanah seluruh Ahli-Ahli UMNO. Jangan gadaikan maruah bangsa, Agama dan Bumi Melayu, jangan nanti cucu cicit kita akan kencing di batu nisan kita kerana kesilapan kita sendiri.....................



SELAMAT MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

No comments:

Post a Comment

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..