
UMNO macam orang yang ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’, apabila keangkuan PAS semakin menyerlah walau pun sedar kekuatan PAS sekadar membantu kekuatan DAP…….
Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dengan sombongnya menyatakan “PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam” sebagai membidas pelawaan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan agar menyertai BN. (klik di sini)
Namun Idris tanpa segan silu mengharap ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu Islam bersama-sama dengan PAS……. Macam mana Hadi Awang jugalah, sudah mula berani menyebut perkataan orang ‘Melayu Islam’……….
Sikap keangkuhan PAS itu menyebabkan mereka lupa agaknya bahawa PAS sudah berada dalam kapal PKR yang bukan sahaja bocor, tetapi sudah hampir karam dan menyebabkan kapal DAP juga senget……
PAS sebenarnya sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi…….. bukannya UMNO…….
Tetapi, kerana bongkak, angkuh, riak dan takbur adalah sifat-sifat sebahagian besar kepimpinan PAS, maka kelemahan sendiri tidak akan pernah diakui…
PKR, kononnya parti yang menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat dilihat semakin kucar kacir apabila ahli-ahli PKR sendiri merasakan tiada keadilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti… keadilan hanya ada pada nama sahaja.
PAS hanya menumpang keangkuhan DAP dengan sikap rasisnya yang menguasai kaum-kaum DAP, itu pun kerana PAS sudah sanggup melacurkan dasar-dasar perjuangan mereka, kalau tidak PAS sudah lama tenggelam begitu sahaja….
PAS sanggup melacurkan dasar-dasar perjuanag PAS semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu melalui DAP, itulah hakikatnya…..
Sedangkan DAP ternyata sebuah parti tidak akan berganjak dengan ideologi mereka untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu-Bumiputera serta penubuhan sebuah negara Islam.
Kerana kepentingan perut sebahagian kepimpinan PAS yang rakus, perjuangan mahu menubuhkan Negara Islam hari ini sudah pun digugurkan begitu sahaja……
Kalau PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, mengapa PAS sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk bersekongkol dengan DAP ?
Mengapa PAS tidak boleh terus berjuang ke arah menubuhkan Negara Islam bersama UMNO ?
Sebenarnya, sebahagian besar ulama-ulama yang ada di dalam PAS juga tidak selesa dengan sikap sesetengah kepimpinan PAS yang rakus dan sanggup mengorbankan dasar perjuangan mereka sejak bersama dengan DAP.
Melayu PAS perlu sedar, DAP adalah parti serpihan PAP Singapura yang dilihat semakin kurang ajar membangkitkan isu-isu agama dan kontrak sosial kerana mendapat sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang ada dalam PAS dan PKR.
Melayu PAS perlu sedar, bagaimana DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu melalui sokongan padu PAS. DAP terlalu mengimpikan kerusi Perdana Menteri itu menjadi hak milik mereka serta akan menggubal Perlembagaan Negara untuk menghapuskan kontrak sosial yang telah termaktub di dalamnya.
PAS juga akan berkubur dan tenggelam kerana sikap hipokrit kepimpinan PAS itu sendiri yang berterusan mahu bersekongkol dengan DAP untuk membantu menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera……..
Renung-renungkanlah Orang Melayu-Bumiputera, kita wajib pertahankan kuasa kita di tanahair tercinta ini………..

