Sunday, January 9, 2011

Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?

Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Zulkifli Noordin berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.

Karpal juga boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997. (rujuk di sini)

[Benarlah kata YB Zulkifli Noordin, agak pelik juga, manusia macam Karpal yang pernah menyatakan dia mempunyai bukti bahawa memang Anwar ada terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen dan kini si Karpal Singh juga menjadi peguam bela kepada Anwar.

Tidak salah kalau diandaikan bahwa si Karpal Singh selaku Pengerusi DAP ini bukan semata-mata untuk hendak membela Anwar, tetapi dalam masa yang sama juga untuk jadikan Anwar sebagai anjing suruhan atau boneka untuk memecahkan kekuatan Melayu sebagaimana yang diidam-idamkan puak-puak DAP selama ini.

Kalau tidak, masakan si Karpal ini bersunguh-sunguh menawarkan diri menjadi peguam membela kepada si Anwar dalam kes liwat terhadap terhadap Saiful Bukhari Azlan…..

Macam kata YB Zulkifli juga, yang paling pelik atau menghairankan tok guru, para ulama, ilmuwan, yang mendokong kepimpinan PAS seolah-olah membutakan mata, memekakkan teliga, membisu di atas segala kemungkaran Anwar sebagai raja liwat nombor satu dalam Negara.

Bukan itu sahaja, puak-puak PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Islam ini sedia menjadikan si peliwat ini Perdana Menteri jika dapat berkuasa dan sedia pula meletakkan kepimpinan DAP yang jelas dan terang telah menentang perlaksanaan sebuah Negara Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kata YB Zulkifli juga, dengan maklumat serta pertunjuk yang begitu jelas, tidakkah mereka puak-puak PAS sedar telah wujud satu ‘pakatan syaitan’ yang bakal menjahanamkan Islam, rakyat, negara sekiranya DAP berjaya menghapuskan kuasa-kuasa, hak-hak Melayu-Bumiputera serta Raja-Raja Melayu……

Amat malang orang Melayu juga umat Islam dalam Negara jika ada lebih ramai kepimpinan PAS yang secara terbuka menyatakan sanggup mati untuk mempetahankan akan Karpal Singh yang secara terbuka menyatakan, “langkah mayat dia dulu, kalau ada umat Islam di Malaysia mahukan jadikan Negara ini sebuah Negara Islam”.

Amat malang lagi, kalau ada penyokong Melayu PAS-PKR masih tidak sedar dan terus bersekongkol dengan perjuangan PAS yang terang-terang telah meninggalkan perjuangan Islam demi kuasa dan jawatan……]

Saturday, January 8, 2011

Rubingah ngaku tidak dirogol, tapi suara-suara pembangkang macam kucing jantan tak dapat mengawan

Akhbar Utusan Malaysia hari melaporkan, Rubingah telah menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh atau permerkosaan oleh bekas majikannya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim seperti mana yang digembar-gemburkan.

Penjelasan Rubingah, sepanjang itu diperolehi berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

[Nampaknya, hasrat individu tertentu untuk menjatuhkah maruah Datuk Seri Rais Yatim telah terbongkar segala pembohongannya.

Apalagi akhbar harakah yang macam telinga lintah cepat mengejar untuk menyebarkan berita-berita fitnah, lebih-lebih lagi kalau melibatkan kepimpinan UMNO-BN.

Semalam harakah melaporkan, kononnya Sebuah agensi membekalkan pembantu rumah dari Indonesia di Temerloh yang berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia (PAPA) mendakwa, pihaknya semakin sukar untuk mendapatkan tenaga kerja dari negara Indonesia ekoran isu tersebut. Kononnya, kes menteri rogol amah yang disebarkan ini, telah menjejaskan perniagaan mereka membawa amah ke Malaysia.

Seiring juga dengan cerita, ‘Migrant Care’ dari Indonesia kononnya badan itu telah memutuskan tidak akan membawa kes ini ke perundangan kerana untuk menghurmati permintaan Rubingah. (rujuk di sini)

Inilah peranan musuh-musuh politik Datuk Seri Rais Yatim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersekongkol dengan pembangkang semata-mata untuk mendapatkan upah yang lumayan.

Lebih-lebih lagi akhbar-akhbar biawak pembangkang, mahu pun blogger-blogger pro-pembangkang, pelbagai bentuk, gaya dan rupa mengolah cerita-cerita fitnah, supaya masyarakat yakin atau percaya sesuatu isu benar-benar berlaku…..

Sedangkan isu zina Ahli Dewan Undangan ADUN-PAS Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api tidak mendapat sebarang reaksi dari kalangan pembangkang mahu pun blogger-blogger mereka, malah dari pemimpin agung PAS seperti tok guru Nik Aziz juga…….

Apa yang menghairankan pulak, ADUN yang terlibat itu sendiri juga terusan membisu, tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ustaz Saidi Hussin, orang yang telah mendedahkan perlakuan zina ADUN terbabit.

Itulah yang dikatakan, perangai puak-puak pembangkang ini tidak ubah macam kucing jantan yang mengiau-mengiau garau sepanjang malam selagi tidak dapat mengawan kucing betina kalau sesuatu isu melibatkan pemimpin UMNO-BN, tetapi membisu macam tikus jatuh ke dalam tin beras bila kena batang hidung sendiri……..]

Friday, January 7, 2011

TUN MAHATHIR-lihat nasib Melayu Singapura


Tun Dr. Mahathir berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.

Meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.

Orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.

Jika Malayan Union masih kekal, sudah pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.

Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu tidak akan wujud.

Tun Dr. Mahathir melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah bangsa Meyu kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.

Begitulah kata-kata Tun Dr Mahathir semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelmarin.

AYG ; menghayati ungkapan ucapan Tun ini, kawan teringat satu artikel dari blog PISAU yang memaparkan bagaimana seorang Melayu Singapura yang bernama Othman Wok pengkhianat bangsa Melayu Singapura yang menjadi dalang kepada Lee Kuan Yew yang menentang perlaksanaan Hak-Hak Keistimewaan orang Melayu dengan mengatakan hak-hak keistemewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan UMNO.

Sama seperti yang PKR perjuangkan sekarang ini, begitulah Othman Wok berperanan membantu PAP-Lee Kuan Yew melalui penulisan-penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti Raja-Raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP, yang lebih kurang sama macam harakah jugak……(sila rujuk dari artikel ini)

Manusia seperti Othman Wok ini terlalu ramai muncul dalam parti PKR dan PAS sejak mereka terbuai mimpi-mimpi indah bersama dengan DAP……. Berhati-hatilah nak-anak bangsa ku semua……..

Thursday, January 6, 2011

Rais-tuduhan rogol sebagai fitnah jahat


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah menafikan tuduhan yang dilemparkan penulis blog dan parti pembangkanga kononnya beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada tahun 2007 adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.

Datuk Seri Dr Rais juga berkata, beliau serta ahli keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dan akan menerima serta mematuhi sebarang keputusan hasil siasatan rasmi itu, sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan.

Bagi mereka yang mengamalkan politik kotor melalui internet atau media adalah wajar menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik kerana semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku tersebut adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan semata-mata…….

[ Inilah fitnah murahan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kepimpinan Kerajaan BN... juga satu perbuatan politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan rakyat semata-mata untuk mengalih perhatian umum terhadap kes LIWAT yang membabitkan ketua umum pakatan rakyat.

Apabila puak-puak pembangkang ini tidak berjaya mengaitkan kes Altantuya dgn Dato' Seri Najib...hari ni mereka cuba pula mengaitkan Dato' Seri Utama Rais Yatim dgn isu perkosaan pembantu rumah warga Indonesia pulak.........

Bagaimana dengan kes LIWAT Anwar yang sentiasa mencari jalan untuk menangguhkan perbicaraan….. macam mana dengan kes pemimpin PAS yang berzina dengan isteri orang ?

Janganlah kerana hendak menutup pekong sendiri sanggup mengadakan cerita fitnah kepada orang lain……]

ANAK jin cuba mengaruk warga Felda dalam kempen PRK DUN Tenang


Dikhabarkan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman yang telah dilantik Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang, akan memperhebatkkan kempen membawa isu-isu Felda dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang untuk memancing undi dari kalangan warga Peneroka di Felda Tenang.

Mazlan Aliman akan cuba mempengaruhi pengundi-pengundi Felda Tenang dengan isu- isu berkaitan penyalahgunaan kuasa Felda, ketidak puashati peneroka dengan pengurusan Felda serta isu generasi kedua yang kononnya dipinggirkan termasuk isu wang tanam semula, kadar perahan buah sawit dan isu Felda Plantation yang kononnya menjadi kemarahan peneroka seluruh negara.

Mazlan berjanji akan mansuhkan Felda Plantation jika pakatan rakyat diberi mandat memerintah Negara.

Begitulah seperti apa yang telah dilaporkan oleh harkah semalam….

AYG; Beitulah tugas-tugas ANAK untuk memastikan warga Felda terus berkecamuk mengikut kehendak agenda DAP-PKR dan PAS ……..

DAP tahu, Felda adalah tunggak kekuatan UMNO-BN, kerana disitulah terletaknya kubu kesetiaan orang-orang Melayu yang sukar untuk dipecahkan…

Kalau para peneroka Felda benar-benar membuka mata, Felda telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk membangunkan generasi kedua peneroka, tidak terkira jika mahu dibilang sama ada dari segi akademik, latihan kemahiran dan sebagainya…

Kalau ada yang rasa terpinggir, itu adalah satu pembohongan atau golongan generasi kedua itu sendiri yang tidak mahukan kemajuan….

Kalau hendak menyebut isu kadar perahan/gred minyak sawit, setakat ini hanya kilang-kilang sawit Felda yang dapat member harga yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan kilang-kilang swasta… carilah mana-mana kilang sawit swasta yang mampu memberi kadar perahan minyak sampai 25%.......

Janji pakatan untuk memansuhkan Felda Plantation juga adalah satu janji manis golongan haprak untuk memancing undi, kaum DAP tahu Felda telah banyak membuka ladang-ladang melalui Felda Plantation yang menjadi sumber kewangan untuk membangunkan masyarakat Felda yang terdiri daripada 95% orang Melayu-Bumiputera….

Bukalah mata sedikit wahai warga Felda, apa tujuan puak DAP menggunakan ANAK yang datang dari warga Felda sendiri untuk menjahanamkan sumber pembangunan ekonomi orang-orang Melayu-Bumiputera ini……… jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis munafik untuk kepentingan politik mereka……

Monday, January 3, 2011

Hangat-hangat ‘tahi ayam’ atau mengikut acuan DAP- itukah cara PAS menegakkan dasar Islam di Kelantan ?

Rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS di Kelantan memperkotakkatikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS Kelantan sanggup berbuat apa sahaja………

Contoh terbaru, bagaimana kerajaan PAS Kelantan membenarkan konsert berbentuk hiburan oleh kumpulan Wali Band di Kota Baharu. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Aziz, haram konon…. Menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan……..

Persoalannya, apakah persembahan yang berlaku pada malam itu tidak membabitkan percampuran antara pengunjung lelaki dan perempuan ?

Begitu juga dengan persembahan wayang kulit, mak yong, dikir barat dan sebagainya, semuanya diharamkan oleh tok guru Nik Aziz…… tapi lo ni halal belako-lako…….

Kalau dulu, suara perempuan dikatakan ‘aurat’ sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi lo ni, Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid…..

Inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja….. kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah…

Peluang bersenamrobik di Masjid bersama YB Nie Ching


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan seperti senamrobik di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dipekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat.

Menurut Nik Abdul Aziz lagi, soal Nie Ching berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan………..

AYG ; kepada penyokong-penyokong PAS yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama bersenamrobik dengan Nie Ching di Masjid Taman Cheras, mungkin akan dapat menikmati bersama jika tok guru juga akan mengundang Nie Ching mengadakan sessi senamrobik di Masjid Pulau Melaka, Kelantan……

Dapatlah bersama-sama menegangkan urat-urat yang selama ini kendur, selama ini tidak menegang…… he….he….he……

Sunday, January 2, 2011

Hindari peminat primitif-Safee wajar tolak tawaran bermain dari mana-mana kelab bola sepak Indonesia

Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali serta beberapa pemain Negara pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu yang menjadi rebutan beberapa bola sepak terkemuka Indonesia amat membanggakan sekali.

Tetapi, bagi AYG dan mungkin juga bagi peminat-peminat bola sepak tanah air bersetuju sangat seandainya Safee Sali mahu pun mana-mana pemain kebangsaan lain agar tidak mempertimbangkan untuk bermain dengan mana-mana kelab bola sepak di Indonesia.

Disedari atau tidak, seluruh peminat bola sepak tanah air, mahu pun rakyat Malaysia sendiri amat teruja dengan perangai serta sikap peminat-peminat bola sepak Indonesia, malah media arus perdana mereka yang seolah-olah tidak bertamadun….

Tiada semangat kesukanan langsung, tidak pandai menghurmati kedaulatan Negara serumpun sehingga layanan penghinaan bukan sahaja terhadap diterima oleh pemain-pemain kebangsaan, kesensetiviti rakyat malah kedaulatan Negara Malaysia …..

Sudah sampai masanya Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat tidak lagi berlembut dalam apa sahaja bentuk dengan sikap primitif sebahagian rakyat Indonesia yang tidak pernah berterima kasih dengan segala kemurahan hati rakyat Malaysia……

Saturday, December 11, 2010

Kerajaan UMNO-BN memperuntukan RM210j untuk pembangunan kemahiran FELDA


Datuk Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

AYG ; cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……

Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

Friday, December 10, 2010

Saman balak-bila kena batang hidung sendiri, PAS banyak berdalih


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mendakwa laporan akhbar Utusan Malaysia tidak beretika apabila meletakkan kesalahan kepada Kerajaan PAS Terengganu kerana cuai sehingga disaman RM1 bilion oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd

Begitulah yang boleh diperkatakan juak-juak PAS bila terkena batang hidung sendiri…… dah puas membelasah balak, hasilnya entah ke mana, mulalah hendak menyalahkan kerajaan UMNO-BN…

Cerita ini samalah juga dengan cerita Kerajaan PAS Kelantan yang diperintah membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian oleh Mahkamah Tinggi Kota Baru awal tahun ini.

PAS juga mendakwa kes ini adalah mewarisi pentadbiran Kerajaan UMNO-BN………

Tidak ada pun juak-juak PAS mengakui mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, perlu bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman menyaman……..


Thursday, December 9, 2010

ANAK gunakan bapak tiri heret peneroka saman FELDA

Dilaporkan Anwar Ibrahim akan mengadakan himpunan peneroka-peneroka Felda di Bera, Pahang pada 17 Disember ini sebagai memulakan kempen supaya para peneroka menyaman Felda.

Mazlan Aliman-ANAK yang terasa kegiatannya tergugat dengan kewujudan ‘BAPAK’, nampaknya terpaksa menggunakan Anwar ‘pakar liwat’ sebagai pesiapan meraih sokongan para peneroka Felda dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

ANAK juga akan berganding bahu dengan ‘alumni kakitangan Felda’ yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan hasutan terhadap para peneroka supaya mengadakan saman besar-besaran ke atas Felda.

Tuntutan pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 dan perahan minyak sawit dinaikkan kepada 23 % daripada 18-19 % dijadikan isu utama dalam gerakan menghasut para peneroka untuk menyaman Felda.

Tidak dapat tanduk, teliga tetap mahu dipulas, begitulah peranan Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat untuk memenuhi cita-cita politiknya…..

Kononnya ANAK adalah sebuah pertubuhan NGO yang bukan sahaja agresif menuntut hak-hak peneroka Felda, juga kepada peserta tanah-tanah rancangan lain seperti Felcra dan Risda yang lebih kepada bermotifkan politik PAS untuk menghuruharakan rakyat.

Biasalah, inilah kerja pembangkang, kalau tidak nanti mana hendak cari penyokong……..

Hendak dikatakan para peneroka Felda hidup susah, tidak juga, ada yang lebih 30 tahun menjadi peneroka, malah semakin hari semakin menyerlah kesenangan yang mereka kecapi….. tidak ada seorang pun yang hidup merempat sampai masuk rancangan TV3 ‘Bersamamu’…..

Harga gula naik 20 sen sekilo, hebuh buat demonstrasi macam orang hilang akal, padahal dalam sebulan ada yang tidak lebih 10 kilo je membeli gula…. Tapi kenapa tidak ada yang terlalak terlolong bila harga getah lantun melambung sampai RM6-7 sekilo, harga sawit mencecah RM600 ke RM700 satu tan…….

Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampung, berapa pendapatan mereka sehari/sebulan jika hendak dibandingkan dengan kenaikan harga gula 20 sen….

Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampong, bagaimana kerajaan membantu anak-anak mereka yang bersekolah…. malah ada yang semuanya diberi percuma….

Jumud sangatlah pemikiran para peneroka Felda jika masih tidak dapat menilai apa yang telah mereka kecapi melalui Felda dan Kerajaan UMNO-BN…..

Monday, November 29, 2010

Wan Azizah & Nik Aziz-Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk hapuskan konsep ‘ketuanan Melayu’ ?


Tiada cara lagi Wan Azizah untuk mengembalikan keyakinan ahli-ahli serta penyokong PKR kepada Anwar Ibrahim, sehingga terkeluar ungkapan suaminya adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini.

Tidak ketinggalan juga Nik Aziz yang baru balik dari Mekah, turut menyifatkan Anwar, seumpama pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.” (rujuk di sini)

Wan Azizah juga berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. (rujuk di sini)

AYG ; sebab itulah agaknya Anwar sehingga sekarang tidak dimakbulkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia……

Sesungguhnya Allah juga telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia perlbagai pertunjuk segala kemungkaran Anwar, pengkhianatan Anwar kepada bangsa, agama dan tanah air…




Sampai bila Wan Azizah sanggup menipu diri sendiri, menipu masyarakat yang jumud pemikiran sehingga meletakkan martabat sebegitu tinggi terhadap Anwar ?

Wan Azizah juga sanggup bersubahat, walau pun tahu Anwar serta kuncu-kuncunya terlalu banyak melakukan kemungkaran dan korupsi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Wan Azizah tahu apa siapa sebenarnya Anwar yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi, tetapi dia tidak berani menyatakan yang benar.

Begitu juga dengan Nik Aziz, selaku tok guru dia sanggup berbohong kepada rakyat semata-mata hendak menjaga kepentingan politik sehingga menafikan bahwa selama ini Anwar telah menggadai kepentingan bangsa dan agama.

Nik Aziz tahu, bagaimana Anwar mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri serta strateginya untuk menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah.

Tidakkah kita semua berfikir, sejak dari sebelum dan selepas merdeka, Malaysia telah “dianugerahkan Allah” kepimpinan yang begitu bijak, bertolerasi, berkeperhatinan mengatur kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara khususnya bagi bangsa Melayu-Bumiputera yang sama-sama berganding bahu dengan kaum-kaum lain.

Kerana terlalu taksyub untuk mengembalikan sokongan masyarakat terhadap Anwar, maka Wan Azizah juga sanggup memutarbelitkan atau sengaja menyempitkan akan maksud ‘ketuanan Melayu’ sehigga menyarankan agar orang Melayu wajib meninggalkannya.

Apakah Wan Azizah memikirkan ‘konsep ketuanan Melayu’ itu hanya terletak kepada panggilan ‘tuan’ bagi setiap orang Melayu ?

Tidakkah ‘ketuanan Melayu’ itu meletakkan kepada ‘kuasa Melayu’ yang menerajui pemerintahan Negara, juga meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai penaung pemerintahan Negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apakah menjadi kesalahan atau satu dosa bagi bangsa Melayu-Bumiputera mempertahankan ‘kuasa Melayu’ untuk terus menerajui Negara untuk memertabatkan bangsa, agama serta tanah air sendiri tanpa meminggirkan hak kaum-kaum lain ?

Wan Azizah pandai berkata, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain, tetapi Wan Azizah lupa kalau ‘kuasa Melayu’ itu lenyap, di mana letaknya maruah diri bangsa Melayu itu.

Tidak hairanlah kalau Nik Aziz yang sudah sekian lama berkawan dengan syaitan juga akan memberi pandangan yang serupa dengan Wan Azizah bahwa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’, sehingga menyarankan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ itu wajib dihapuskan…

Firman Allah dalam Surah Yaa Siin ayat ke 62, yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ?”……………….




Thursday, November 25, 2010

Ulama dipenjara, lakukan hubungan seks dengan gadis 12 tahun


Mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukum empat tahun penjara terhadap seorang ulama kaya kerana kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis 12 tahun, yang dijadikan sebagai isteri tidak rasmi.

Ulama kaya Pujiono Cahyo Widiyanto, 45, dari bandar Labuan, Jawa Tengah, telah mencetuskan kontroversi apabila ia menikahi Lutfiana Ulfa yang ketika itu berumur 12 tahun dalam satu upacara pernikahan yang tidak rasmi pada bulan Ogos, 2008. (rujuk di sini)

Mengikut undang-undang pernikahan bagi umat Islam di Indonesia adalah seorang perempuan mesti berumur 16 tahun dan laki-laki 18 tahun.

AYG ; Imam Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja”.

Inilah yang dikatakan betapa bahayanya manusia kalau sudah tertipu dengan ilmu, sehingga orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya sendiri…...

Imam Ghazali berkata, “Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya”.

Inilah Ulama yang tertipu atau ingin menipu……….

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud, “Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”.

Begitulah kalau ada golongan yang mengaku ulama, menyamar ulama yang mengamalkan ilmu mereka semata-mata bukan untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama, sehingga kebanyakan masyarakat berasa kagum dengan mereka.

Golongan jahat ini sentiasa menghiaskan diri dengan penampilan ulama hanya dari segi zahir sahaja, sehingga ada yang sanggup bersahabat dengan syaitan………

Golongan ini juga sering mendakwa segala apa yang mereka lakukan kononnya untuk kepentingan agama, sedangkan mereka lebih memuliakan orang-orang kafir semata-mata untuk mendapat kelazatan dunia serta sanggup menghalalkan apa yang pernah mereka haramkan……

Golongan ini juga terlalu bongkak, takbur, riak serta amat menbenci sesama Islam…. Hati-hatilah dengan golongan macam ini….

Wednesday, November 24, 2010

FELDA-kalau ‘BAPAK’ dikatakan hanya gimik UMNO, ‘ANAK’ pula tali barut PAS…..


Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat merasakan kedudukan ANAK begitu terancam sehingga mendakwa penubuhan ‘BAPAK’ (Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan) di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) tidak lebih dari 'gimik politik' UMNO untuk menutup kelemahan FELDA. HarakahDaily

Kalau kita perhatikan, penubuhan ANAK oleh Mazlan Aliman tidak lebih dari tali barut PAS yang kononnya untuk membantu mengatasi permasalahan peneroka-peneroka FELDA, tetapi lebih merangsang kepada warga peneroka dengan hasutan-hasutan agar warga peneroka membenci FELDA, membenci Kerajaan BN dan seterusnya membenci UMNO…..

ANAK kononnya sebuah badan NGO untuk membela nasib warga peneroka yang dikatakan telah dinafikan hak-hak mereka oleh FELDA, hakikat sebenarnya ANAK yang telah menafikan segala apa yang telah diperuntukkan oleh FELDA untuk menjaga kebajikan warga peneroka.

Kerana apa ? Kerana matlamat utama PAS mewujudkan ANAK yang diberi peruntukkan jutaan ringgit, semata-mata untuk memecahbelahkan sokongan warga peneroka kepada UMNO.

PAS-pakatan rakyat tahu, FELDA adalah kubu kuat UMNO-BN yang telah menafikan mereka memerintah Negara dalam PRU ke 12 yang lalu.

Kalau tidak, masakan ANAK begitu mengaruk bukan sahaja dalam masyarakat FELDA, Felcra dan Risda juga tidak terkecuali menjadi mangsa bagi PAS-pakatan rakyat menghasut warganya…

Kalaulah ANAK benar-benar hendak membela nasib rakyat, mengapa membisu seribu bahasa bila kerajaan PAS Kelantan menipu rakyat dengan janji-janji ‘Ladang Rakyat’ ?

Kalau ‘BAPAK’ dikatakan gimik UMNO, ada juga kewajarannya, kerana UMNO selama ini yang merancang untuk mewujudkan FELDA, maka apa salahnya kalau UMNO memenopoli ‘BAPAK’ semata-mata untuk mempertingkatkan lagi kesejahteraan warga FELDA….

Wajar sangatlah kalau BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail itu dapat membantu menangani segala permasalahan warga peneroka dari segi kebajikan dan pendidikan yang lebih berkesan supaya warga peneroka tidak tersalah tempat menyalurkan maklumat.

BAPAK bakal memberikan faedah kepada semua warga FELDA bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di kalangan warga FELDA tanpa dikenakan bayaran perkhidmatan, tanpa dikenakan kutipan derma tabung jihad pun…….

Thursday, November 18, 2010

PAS tak akan naiki kapal bocor, tetapi akan tenggelam bersama DAP-PKR

UMNO macam orang yang ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’, apabila keangkuan PAS semakin menyerlah walau pun sedar kekuatan PAS sekadar membantu kekuatan DAP…….

Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dengan sombongnya menyatakan “PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam” sebagai membidas pelawaan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan agar menyertai BN. (klik di sini)

Namun Idris tanpa segan silu mengharap ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu Islam bersama-sama dengan PAS……. Macam mana Hadi Awang jugalah, sudah mula berani menyebut perkataan orang ‘Melayu Islam’……….

Sikap keangkuhan PAS itu menyebabkan mereka lupa agaknya bahawa PAS sudah berada dalam kapal PKR yang bukan sahaja bocor, tetapi sudah hampir karam dan menyebabkan kapal DAP juga senget……

PAS sebenarnya sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi…….. bukannya UMNO…….

Tetapi, kerana bongkak, angkuh, riak dan takbur adalah sifat-sifat sebahagian besar kepimpinan PAS, maka kelemahan sendiri tidak akan pernah diakui…

PKR, kononnya parti yang menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat dilihat semakin kucar kacir apabila ahli-ahli PKR sendiri merasakan tiada keadilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti… keadilan hanya ada pada nama sahaja.

PAS hanya menumpang keangkuhan DAP dengan sikap rasisnya yang menguasai kaum-kaum DAP, itu pun kerana PAS sudah sanggup melacurkan dasar-dasar perjuangan mereka, kalau tidak PAS sudah lama tenggelam begitu sahaja….

PAS sanggup melacurkan dasar-dasar perjuanag PAS semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu melalui DAP, itulah hakikatnya…..

Sedangkan DAP ternyata sebuah parti tidak akan berganjak dengan ideologi mereka untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu-Bumiputera serta penubuhan sebuah negara Islam.

Kerana kepentingan perut sebahagian kepimpinan PAS yang rakus, perjuangan mahu menubuhkan Negara Islam hari ini sudah pun digugurkan begitu sahaja……

Kalau PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, mengapa PAS sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk bersekongkol dengan DAP ?

Mengapa PAS tidak boleh terus berjuang ke arah menubuhkan Negara Islam bersama UMNO ?

Sebenarnya, sebahagian besar ulama-ulama yang ada di dalam PAS juga tidak selesa dengan sikap sesetengah kepimpinan PAS yang rakus dan sanggup mengorbankan dasar perjuangan mereka sejak bersama dengan DAP.

Melayu PAS perlu sedar, DAP adalah parti serpihan PAP Singapura yang dilihat semakin kurang ajar membangkitkan isu-isu agama dan kontrak sosial kerana mendapat sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang ada dalam PAS dan PKR.

Melayu PAS perlu sedar, bagaimana DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu melalui sokongan padu PAS. DAP terlalu mengimpikan kerusi Perdana Menteri itu menjadi hak milik mereka serta akan menggubal Perlembagaan Negara untuk menghapuskan kontrak sosial yang telah termaktub di dalamnya.

PAS juga akan berkubur dan tenggelam kerana sikap hipokrit kepimpinan PAS itu sendiri yang berterusan mahu bersekongkol dengan DAP untuk membantu menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera……..

Renung-renungkanlah Orang Melayu-Bumiputera, kita wajib pertahankan kuasa kita di tanahair tercinta ini………..

Tuesday, November 16, 2010

Bapa 11 anak dibuang kerja selepas dipenjara-Bersimpati, tetapi satu pengajaran buat pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia

Seorang ibu yang mempunyai 11 orang anak di Negara Singapura yang kini buntu memikirkan nasib diri dan masa depan keluarganya apabila mendapat tahu bahawa suaminya telah dibuang kerja selepas dijatuhkan hukuman penjara. (rujuk di sini)

Suami, ibu kepada 11 anak ini dikatakan telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 hari kerana gagal membayar saman sebanyak $2,500 di atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya Singapura.

Si suami ini, seorang pekerja penghantar surat, adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga tersebut, juga telah diharamkan memandu semua jenis kenderaan selama 18 bulan bermula 10 November yang lalu.

AYG ; agak-agaklah…. Macam mana kalau kisah itu berlaku di Malaysia ?

AYG rasa, paling tidak pun berduyun-duyunlah peguambela, pembela hak asasi manusia atau parti-parti politik datang membuat bantahan kepada kerajaan Malaysia… lebih-lebih lagi dari ‘pakatan rakyat’ mungkin….

Kekadang ada baiknya juga kalau ketegasan undang-undang jalan raya di Malaysia diperaktikkan sebegitu untuk memberi pengajaran kepada pemandu/penunggang kenderaan bermotor agar lebih berhati-hati, bertanggungjawab serta berdisiplin………..

Tapi, janganlah pula ada yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan politik jika Malaysia bersikap tegas macam di Negara Singapura…..

Monday, November 15, 2010

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ?

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.(klik di sini)

AYG : Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu……

PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu.

Kalau hendak dikatakan PAS memperjuangkan agama Islam, kita dapat melihat sendiri sejauh mana pernanan PAS sekarang semenjak bersekongkol dengan DAP dan PKR….

Kalau setakat hanya membuat demonstrasi membantah tanyangan filem-filem gay, persembahan muzik gay sahaja, lebih baik tak payah……

Semua orang tahu, DAP dan PKR sampai bila-bila tidak akan menerima perjuangan Islam PAS, malah PAS juga sudah tunduk dan akur apabila bersedia tidak akan mewujudkan sebuah Negara Islam tulen…..

Islam PAS hanya dilihat dari bentuk luarannya sahaja, hakikat sebenarnya PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang begitu ghairah hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan landasan perjuangan Islam sebenar.

Kita lihat sahajalah bagaimana PAS memerintah negeri Kelantan, 20 tahun sebagai pemerintah, kalau hendak dikatakan membela nasib bangsa Melayu-Bumiputera, mengapa masih ramai rakyat Kelantan masih hidup dalam keadaan daif……

Kalau hendak dikatakan PAS telah membawa ciri-ciri pemerintahan Islam, mengapa maksiat dan perbuatan keji masih berleluasa berlaku di negeri Kelantan……. Undang-undang Hudud PAS masih tergantung walau pun telah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Kelantan sejak 1993….

Kalau PAS benar-benar sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu-Bumiputera, sudah tentu nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Kelantan telah berubah dan sekiranya PAS berjaya menerapkan nilai-nilai Islam, maka maksiat juga tidak akan berleluasa di Kelantan.

Apa yang ternyata PAS sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif yang terbaik bagi orang Melayu-Bumiputera………..

Selagi maki hamun dan sumpah seranah yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS setiap kali berceramah…... tak payahlah bermimpikan untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu-Bumiputera……

Apa yang orang Melayu-Bumiputera boleh harapkan PAS sebagai parti yang boleh meneruskan perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan Negara selagi PAS berterusan tunduk serta menjadi boneka dalam pakatan DAP dan PKR.

Sebagai orang Melayu-Bumiputera yang tidak jumud serta berpendidikan wajib membuat penilaian yang terbaik untuk memilih PAS sebagai parti pilihan mereka…..

Apa yang terbaik, PAS perlu memikirkan untuk bersatu bersama-sama UMNO untuk mendapatkan sokongan padu orang-orang Melayu-Bumiputera…….