Thursday, March 19, 2009

BUKU FELDA..... DULU TOLONG SEKARANG ALONG !


PAS, itulah kerja mereka, kalau tidak menghitamkan hati masyarakat berlandaskan agama, bukan PAS namanya. Apa tidaknya, pemimpin PAS tidak pernah mengajar masyarakat berterima kasih kepada orang-orang yang membantu mereka hidup harmoni, senang lenang macam Peneroka-Peneroka FELDA, dari seorang yang papa kedana, tidak bertanah, tidak berilmu bertukar kepada orang yang bermaruah, tidak meminta2 malah banyak beramal kerana mampu melakukannya.

Bila ceramah demi ceramah dalam kawasan FELDA kurang berjaya mendapat pengaruh, kini terbit pula buku bertajuk " FELDA......DULU TOLONG SELARANG ALONG ! tulisan Mazlan Aliman (gambar disebelah), bertaburanlah penyangak2 PAS nak kau untung menjual buku2 ini dikalangan masayarakat FELDA, sambil merayu ini semata-mata untuk tabung JIHAD. Siapa Mazlan Aliman ini ? Kalau dia anak peneroka FELDA, cuba tanya mak bapak dia, atau pun kalau dia sudah akil baliq masa bersama-sama masuk FELDA dulu, cuba renung semula macam mana keadaan semasa belum duduk dalam kampong FELDA, sampai dia belajar ke IPTA atau ke luar negara. Kalau mak bapak dia bukan asal Negeri Pahang, cuba tanya macam mana mak bapak dia menipu untuk dapat masuk tanah rancangan FELDA. Kalau dia bukan dari warga FELDA, tak payahlah nak buat-buat cerita tentang FELDA, lebih baik karang buku-buku agama, buku-buku rujukan sekolah atau pun tulis je buku-buku cerita lucah, kalau nak cari duit sangat........

Kalaulah FELDA tu Along, kawan nak tanya sikit kat Peneroka2 FELDA, terutama yang membuat tanam semula sawit atau getah, yang tak mahu serah pembangunan semula ladang kepada FELDA, kawan yakin, sampai sekarang masih ada lagi yang tidak melunaskan bayaran kembali pembangunan ladang dan rumah yang mereka duduk tu....., ada ke FELDA ugut, datang kacau keluarga dia orang tuntut hutang ? Macam-macam lagi lah yang Peneroka2 berhutang dengan FELDA, ada tu buat pinjaman besarkan rumah, dapat je pinjaman, dia ambil balik pengurusan ladang dari FELDA, ada ke FELDA hantar samseng tuntut hutang ? banyak-banyak lah beristifar, banyak2 lah mengucap............


SIAPA TIPU SIAPA ?

Nih, kawan nak cerita pasal siapa tipu siapa, kalau Peneroka-Peneroka masih ingat sekitar tahun 2001-2003, penyokong-penyokong PAS dalam tanah rancangan FELDA telah memperkenalkan satu pelaburan saham. Kalau tak silap kawan dia beri nama "Saham Hari Tua", saham ini dikendalikan oleh individu yang pejabat operasinya di Kelantan, tujuannya untuk membantu orang Islam menjadi kaya dengan pelaburan ini, pelaburan paling minima RM90.00, dalam tempoh 100 hari dapat pulangan RM270.00, kaedahnya dapat keuntungan dividen 300 peratus. Ngalahkan dividen ASB, KPF (Koperasi Permodalan FELDA) dan Bank Rakyat, itu pun ambik masa setahun pelaburan. Adalah seorang sahabat bangsa Cina tanya kat kawan, " apa bisnes dia bikin ? itu macam manyak dapt untung, bikin bisnes jual amoi pun tatak itu macam dapat untung ma...."

Kawan pun ada rasa minat juga nak melabur weh, apa tak nya, labur RM1,000 dapat RM3,000, labur RM10,000 dapat RM30,000, labur RM100,000 dapat RM300,000 tunggu 100 hari je..... wow !!! berniaga orang lagi untung dari berniaga unta, dailog dalam cerita P.Ramli filem 3 Abdul. Satu malam, kawan gi lah dengar ceramah di Markas PAS kat Keratong, lepas habis semua penceramah-penceramah undangan menyampaikan maki hamun, kutuk mengutuk pemimpin UMNO/BN, puas melempar fitnah, tadah kantong kutip derma, disambut dengan takbir "Allah hu Akbar" 3, 4 kali, maka berdiri lah seorang yang berserban, berjubah hijau dari Negeri Kelantan serambi Mekah memberi penerangan pelaburan Saham "Ini lah masa kami semua nak tulung rakyat jadi senang, pemimpin2 UMNO mana nak cerita saham yang macam ni, demo nak makan sama-sama demo je" kata dia berapi2....

Lepas tu, ramailah Peneroka-Peneroka tempat kawan ni melabur melalui broker-broker yang dilantik dalam kawasan FELDA, apa taknya dah ada 2,3 orang pelabur dah dapat dividen, maka ada yang jual saham ASB, KPF dan sorang peneroka keluar simpanan Tabung Haji RM20,000 (Peneroka ni dan Isteri meninggal, tak dapat naik Haji ), sorang lagi jual balik saham ASB RM17,000 (Peneroka ni jatuh sakit kena strok), yang pajak ladang dengan broker-broker RM10,000 ramai juga lah, kawan tak masuk punnnnnn....... bini kawan marah (bukan takut bini, bini tak takut ke kawan). Pendek cerita, lepas cukup je tempoh pelaburan 100 hari, pelabur-pelabur ni gi lah Pejabat Pos (Syarat Pelabur mesti buka buku simpanan di Pejabat Pos) nak ambik keuntungan, berminggu2 lah deme ngulang ke Pejabat Pos, dividen tak masuk2, kosong je, jangan ke bunga, pokok pun tak dak.

Ada juga pelabur2 yang tak puas hati, deme pakat 4,5 orang gi pejabat operasi kat Kota Baru, apa deme dapat, pejabat tutup, tak de orang pun........, balik rumah deme beri tau lah ke gu-gu pelabur, deme kena tipu, ada yang pengsan, jatuh sakit, kena strok, yang terok lagi terus meninggal pun ada......., macam-macam ada...... kawan dapat tahu, pelabur kena tipu dari seluruh FELDA di Pahang je hampir RM6 juta lesap gitu je, tu lah duit orang2 kampong, orang2 susah, orang2 Melayu, orang2 Islam....

Mana pegi nya pemimpin-pemimpin PAS yang berapi-api menyokong pelaburan ini ? Kenapa Pelabur-Pelabur kebanyakan dari penyokong-penyokong fanatik PAS tidak pergi buat demontrasi kat Kelantan ? Tak de sorang pun yang bercakap kena tipu, macam deme selalu kata FELDA tipu, kerajaan UMNO/BN penipu...... ngapa senyap sunyi ? sampai sekarang duk menung, alasan deme apa kalau nak tau, " dah bukan rezeki kita", pulak dah........ Tidak kah deme terpikir itu bala datang dari Allah, kerana deme tidak pernah bersyukur dan berterima kasih. ....... setahu kawan lah, selama ini kawan tak pernah dengar pun pemimpin2 UMNO Pengurusan FELDA sama ada peringkat kampong mahu pun Malaysia, berkempen mengajak masyarakat ke arah untuk menyusahkan atau merugikan, apa tah lagi nak jadi ALONG.............. walau pun dividen ASB tak banyak, tapi pokok tak pernah kurang...... kawan sampai le ni amat berterima kasih pada bekas Pengurus FELDA Encik Shaari Dawam dan Encik Mohar, tunjuk ajar serta bimbingan kalian aku sampai ke tahap ini, budi mu tetap ku kenang.......

Sedarlah wahai sahabat-sahabat ku Peneroka FELDA, jangan biarkan diri kita diperbodohkan.......

Syabas kepada Dato' Ramli Ismail, Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia bersama anak2 buah ( Kawan pun bekas Pengerusi Majlis Belia FELDA Pahang Selatan - Tahun 80an bersama-sama Dato') membantah pengedaran buku ini.............

Wednesday, March 18, 2009

Mohd Ali dilarang bertanding, Khairy Jamaluddin diberi amaran, Mohd Khir Toyo tidak bersalah - Politik Wang.....Wang Politik

Kawan tak tekejut dengan berita tu weh, tapi kawan nak cari juga kot-kot ada isu keputusan Jawatan Kuasa Lembaga Disiplin UMNO ni, kat kedai kupi kampong kawan. Ada satu meja tu, adalah 7, 8 orang riuh pasai ni, ada sorang tu cakap bukan main kuat lagi, macam geram je bunyinya " aku memang tak puas hati dengan keputusan ni, kalau dah dapat bukti main rasuah, ngapa tak gantung semua, ni ada kena gantung, ada kena amaran, ada lepas , kau cuba pikir betui tak betui Jk disiplin ni " macam-macam lagi lah kawan dengor, malas kawan nak tulis,nani kawan pulak kena gam.............

Lepas tu, kawan cari kedai kopi tempat lain, memeng tu lah keja kawan selama ni, PRK kat 2 bukit kawan tak kena pilih, kawan bukan orang elit, tak pe lah kat sini pun macam-macam kawan boleh dapat. Kawan negok satu warung tu penuh dengan orang minum, pe lagi.... kawan pun singgah lah, rupa-ripanya kedai orang-orang PAS, lantak le, bukan orang kenal kawan....... " Adalah sorang tukang cakap tengah sebut2 pasal pemilihan UMNO, cuba hang tengok, depa riuh rendah pasal politik wang, berebut nak jadi pemimpin parti, bukan pasai apa, nak rebut harta lah tu, cuba hang tengok PAS ada bising2 pasai nak pilih pemimpin, sampai masa jadi je ".


Kesimpulan :

Bila kawan pikir2, calon-calon tu semua tak salah pun, biarlah mereka nak betanding apa saja jawatan kalau Perwakilan dah nak undi, yang patut disalahkan adalah PERWAKILAN, sikap para perwakilan sama ada peringkat Cawangan atau Bahagian yang membuat Calon-Calon pemimpin UMNO jadi pengamal politik wang, kerana sikap Perwakilan yang tidak amanah, rakus, tamak, maka ada penyangak ambil kesempatan untuk duduk dalam kepimpinan tertinggi UMNO, yang penting duit...... Cuba awak tenung, betui ke tak betui....

Di Cawangan kat kawasan kawan, DULU - Bila ada Persidangan Cawangan, ahli-ahli UMNO bertolak-tolak bila nak dicalonkan jawatan Ketua Cawangan, lari kalau ada yang dicalonkan sebagai perwakilan ke Bahagian, apa kata deme " Kawan tak sanggup jadi perwakilan, kawan bukan pandai nak becakap nanti " SEKARANG - berebut2 weh nak jadi perwakilan cawangan, berkempen sakan, berjalan, merayau siang malam nak dapat sokongan. Lepas tepilih je jadi perwakilan Cawangan, bukan orang cari dia, dia cari orang-orang yang nak bertanding, tak kiralah bertanding jawatan apa, Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, J/Kuasa, lebih dahsyat bila ada pertandingan Ketua Bahagian..... mengalah kempen pilihan raya umum, berkempen sampai pagi, kempen pilihan raya ada had tak lebih jam 12.00 tengahmalam, kempen Bahagian sampai pagi weh.

Pagi tadi kawan cuba-cuba tanya beberapa orang perwakilan Bahagian G7 kat kawasan kawan, kawan tanya Li,Jo, Lid, Din, Sahak, Wan dan Pa, ada kat mana dia orang ?, gu-gu kawan cakap, dah dekat 2 bulan weh deme tak de kat kampong, lepas je terpilih jadi G7 deme duk Kulumpor ade, duk Melaka ada, Johor ade, apa taknya hotel, makan minum aada yang tanggung, merayau le deme tu, raya sakan cari orang-orang yang nak bertanding MT..

Cuba gu-gu pikir, sapa yang nak disalahkan ? tidak heran kalau ada yang kata Pemimpin-Pemimpin UMNO la ni dah tak de yang berkualiti, apa tidaknya, kalau ahali-ahli UMNO, perwakilan-perwakilan sama ada di Cawangan atau pun Bahagian semua bersikap mata duitan, tidak mustahil perompak, penipu, perogol, penjenayah boleh duduk jawatan tertinggi dalam UMNO, janji duit mesti banyak untuk beli undi, sebab itu ramai dah pemimpin yang baik dan bagus terkeluar dari kepimpinan UMNO. Tidak mustahil akan datang UMNO hanya tinggal lambang sahaja untuk anak cucu tengok dalam muzium negara.

Kalau diselidik, diperhalusi, sebenarnya ramai orang Melayu dah meluat dengan karenah kepimpinan UMNO, tapi oleh kerana tak lain parti yang deme rasa baik, harap ke PAS, asyik hemtam orang, bila malam je dia mengambang, macam musang keluar malam, siang tidur, PKR lagi takboleh harap, bawah pokok pun jadi mesyuarat Dewan, nak kata Melayu bukan Melayu, nak kata Cina bukan Cina, nak kata India bukan India dan nak kata perempuan pondan, nak kata pondan berjambang, belakang juga tarok......................... Dulu, UMNO letak je sape-sape jadi Calon Pilihanraya, batu ke, kayu ke, beruk ke, ape-ape je lah, pejam mata boleh menang, la ni kalau calon tak bawak fulus, jangankan nak menang, bilik gerakan peti undi pun gelap tak berlampu. Yang penting Ahli-Ahli UMNO sendiri perlu merubah pendekatan memilih pemimpin, tak salah nak cari kesenangan, kita pun tahu jaman sekarang Pemimpin perlu juga mencari kesenangan diri, negara dah maju, jangan jadi macam pemimpin dulu-dulu, kawan pun tersedu dihati bila ada cerita Alayarham Tun Razak meninggal dunia dalam tidak ada harta, inilah Pejuang UMNO tulen...........

Kawan masih ingat sampai le ni, kalau tak silap pada tahun 2005, Tan Sri Muhamad Muhd Taib beri ceramah pada orang-orang macam kawan, dia kata : " CUBA TUAN-TUAN RENUNG BETUL-BETUL, BERAPA ORANG KAH PEJUANG-PEJUANG BANGSA YANG DUDUK DALAM KEPIMPINAN UMNO SEKARANG " kawan jawab dalam hati je : " Tanyalah Para Perwakilan Cawangan dan Bahagian, dia orang lebih tahu ".


Wahai Saudara-Saudara ku yang diamanahkan untuk sebagai PERWAKILAN, saudara semualah yang menentukan sesiapa yang layak menjadi Pemimpin UMNO, saudaralah yang bertanggung jawab kalau tersalah pilih, tangan saudara adalah amanah seluruh Ahli-Ahli UMNO. Jangan gadaikan maruah bangsa, Agama dan Bumi Melayu, jangan nanti cucu cicit kita akan kencing di batu nisan kita kerana kesilapan kita sendiri.....................



SELAMAT MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Tuesday, March 17, 2009

GOBIND DIGANTUNG 1 TAHUN, ngapa weh !!!!!

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Pucung, anak Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Gelugor. Gobind digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat setahun kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah kepada TPM serta menghina Yang DiPertua Dewan. Bapaknya pulak mencabar serta menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.......

Tidak keterlaluan kalau kawan katakan, orang dua beranak ini sememangnya tidak pernah ingin menghurmati sesiapa, termasuklah instisusi Raja dalam negara, tidak keterlaluan kalau kawan katakan mereka tidak pernah menghurmati orang Melayu, apa taknya, tatasusila di dakam Dewan Rakyat malah apa jua pun peraturan adalah berunsurkan kesusilaan budaya Melayu, adat resam Melayu. Kenapa dua beranak ini begitu tidak perihatin dengan perasaan orang-orang Melayu, kalau pun untuk Melayu-Melayu bukan dari kalangan yang penyokong mereka, sekurang-kurangnya jagalah perasaan Melayu-Melayu yang begitu setia sebagai pengikut dua beranak ini.... ( Tak taulah kawan, kut nama je Melayu, sebenarnya bukan Melayu )


Dua beranak ni rasa mereka tak makan saman (kata orang kampong kawan), tak perlu hurmat sapa-sapa, tak perlu jaga hati sapa-sapa, ini undang-undang kita worang punya dalam, macam sesetengah parti pembangkang Melayu cakap, ini dunia punya undang-undang, bukan mengikut sunah Nabi....................... KENAPA AND MENGAPA DUA BERANAK INI BEGITU lancang mulut dan KURANG HAJAR ??????????? adanya Melayu !, Melayu yang konon berikrar memperjuangkan bangsa, Agama dan bumi Melayu, tetapi berdiri teguh dengan taat setianya dibelakang Karpal Singh dan Gobind Singh.......... Ini lah Melayu !!!!!!!!


************Karpal & Govind**************

************DAP @ PAS @PKR************


Baru-baru ini dalam 'Suara Keadilan' telah mendedahkan laporan sebuah akhbar di Perancis, kononnya penyiasatan menyeluruh oleh seorang yang bernama Dubus, wartawan akhbar Perancic tragedi pembunuhan Altantoya Saribu serta bukti-bukti terdapat bahawa YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam konsprasi pembunuhan wanita Mongolia berkenaan.

Persoalannya, mengapa 'Suara Keadilan' begitu beria-ia nak membongkarkan Najib terlibat, mengapa hanya akhbar Perancis yang dibawa untuk diterjemahkan ? siapa DUBUS ? bukankah wartawan ini yang mengekori kemana saja dalam Malaysia penasihat PKR Anwar Ibrahim untuk membuat liputan dunia.......... Ini lah pemimpin Melayu yang bakal merubah Malaysia di mataya dunia, kononnya........... sebab itu DUBUS ini sentiasa mengejar Penasihat PKR ke mana saja, bimbangkan tindakan diambil jika fitnah dibuat di akhbar Malaysia, depa suruh DUBUS buat kat akhbar Perancis, gitu........... lepas tu dedah kat Malaysia......

Hei Saudara-Saudara Melayu, cuba kita buka mata, buka telinga dan buka minda seluas-luasnya..........., Allah beri pancaindera ini pada kita untuk membuat keputusan yang baik bagi kita, buangkan fahaman politik yang fanatik dalam hati kita buat sementara, cuba kita renung sedalam-dalamnya, apakah mereka-mereka ini benar-benar memperjuangkan nasib Melayu sampai ke anak cucu cicit ? Dapatkah nanti anak cucu cicit kita dapat makan, minum semewah sekarang ? Boleh harapkah mereka-mereka ini ? Kalau inilah cara mereka untuk mendapat tempat menerajui Malaysia, awak orang fikir-fikir lah sendiri............. kalau hati yang sentiasa tidak pernah sunyi dari membuat fitnah, merosakkan pemikiran generasi Melayu akan datang dengan benda-benda begini.................... itulah pendorong Gobind Singh Deo dengan lantang memanggil Dato' Sri Najib ' PEMBUNUH' dalam Dewan Rakyat tempoh hari........

Melayu Bukit Gantang and Melayu Bukit Selambau, mari sama-sama kita renung, apakah Nizar akan jadi Menteri Besar di Perak, kalau bukan kerana Perlembagaan Tubuh Negeri mewajibkan Menteri Besar mestilah orang Melayu, apakah Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, kalau tidak ujud peraturan yang serupa !!!! apakah deme yakin nuar Ibrahin akanjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat memerintah bumi Melayu ini ? Gitu juga dengan Tok-Tok Guru Haji Hadi dan Nik Aziz, dapat ke ? hati mereka dari terjerumus menyokong orang-orang yang bakal merosakkan bangsa, Agama dan bumi Melayu ini.............Amin..


SINGAPURE dilanggar tudak !!!!!!!!!!!!! kawan tak besunat lagi nengok pilam (filem) ceta tu, melilih air mata kawan kalau awak nak tau.............. masa tu kawan nengok kat panggung wayang (le ni orang nyebut Pawagam), dindingnya zing atap tak de, bangku duduk panggar ayam je, bila hujan je mengigil kawan sejuk, nak lari sury lah, tiket dah bayar 70 sen bagi orang tua, bebudak macam kawan 35sen je.....

Pasai ceta Singapura ni (orang kampong kawan banyak nyebut SINGAPORE), kawan ingat lagi masa Lee Kuan Yew bawak Singapura becerai dengan Malaysia jadi republik of singapore gitulah lebih kurang nyebutnya, tulah dalam taun-taun 60an, kawan dengarlah orang-orang tua kampong kawan marah-marah kat kedai kupi, puh ! bukan main semangat deme.... sampai senget-senget sungkuk di kepala, ada yang ngentak meja, ada yang nerajang kusi, pas tu jalan terincut-incut sakit tulang kering, kawan nengok je..., DEME tau tak, Lee Kuan Yew ni cekap juga menipunya, mula-mula dia lantiklah presiden singapore urang Melayu, kalau tak silap Dato Sahak namenya........... wapat je kawan tu, sampai le ni tak merasa lagi urang Melayu jadi presiden singapore, jangan arap le kalau kuasa dah dapat ke deme..............

HIDUP MELAYU !!!!!! TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA KATA TOK HANG TUAH


silap ceta, ngapa Tok Tuah tinggal sarung keris taming sari kat Indonesia ? Keris je dia bawa balik ke Melaysia........., patutlah ramai anak cucu kena gi Indon, sebab nak kena sarung keris.......

##########Pangkahlah Lambang Dacing##########

Asekar-asekar Punjab suruhan orang putih ?


Ini kawan nak cerita sikit, kisah jaman-jaman dulu, ialah orang-orang tua ada ceta kat kawan. Gini cetanya.......... masa dulu ramai pahlawan-pahlawan di Negeri Pahang macam Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan ramai-ramai lagi lah, sama juga macam Tok Janggut kat Kelantan, Perak, Serawak, sumua nak menghalau orang putih dari bumi Melayu sebab kuasa-kuasa Kesultanan Melayu negeri-negeri orang putih dah ambik alih.

Tak tahan dengan serangan serta tentangan pahlawan-pahlawan Melayu ni, orang putih terpaksa import asekar-asekar dari Punjab untuk lawan pahlawan-pahlawan Melayu, mulanya orang Melayu sangkakan pejuang-pejuang Islam dari negeri Arab datang nak tolong deme, maklum lah pakai serban, berjanggut berjambang pulak tu, cuma tak berjubah je...... Ngikut ceta asekar-asekar Punjab ni, orang putih cukup caya kesetiaan deme, masa kat India dulu, orang putih tak caya kat asekar-asekar India untuk lawan pejuang-pejuang kemerdekaan India, apa taknya peluru senapang orang putih sapu dengan minyak babi dan lembu, masa tu peluru sebelum sumbat kat senapang kena gigit dulu, macam mana asekar-asekar India ni tak berontak, mana yang agama Islam haram dengan babi, mana yang Hindu haram dengan lembu, tu lah muslihat orang putih ni..... apa lagi orang putih ni guna pakailah asekar-asekar Punjab ni, yang tak de pantang punya....... pakai tembak depan belakang........

Pendek ceta, datang je asekar-asekar Punjab ni, habislah pahlawan-pahlawan Melayu terkorban, deme cari, deme bunuh, tak de langsung rasa hurmat, tak de rasa kesian kat orang Melayu , abis dikejekan deme........... Deme lah bekuasa....... lepas je orang putih cabut dari bumi Melayu, gitulah dalam taun 1957 Merrrrrrrrdeeeeekaaaaaaa, adalah saki baki asekar-asekar Punjab ni tak nak balik India, nak netap kat bumi Melayu, pasal ada yang takut orang-orang India tuntut bela agaknya, tapi deme ni cerdik juga, dia cari tempat mana-mana bumi Melayu yang tak de Sultan........., tu lah sampai sekarang deme tak pandai nak rasa hurmat kat Melayu, budaya Melayu, agama Melayu dan Kesultanan Melayu, deme yang perangai macam ni mungkin keturunan asekar-asekar upahan orang putih dulu agaknya.......... gitulah ceta yang kawan dengar dari orang-orang tua kampong kawan.............. seleesai ya.......

Thursday, March 12, 2009

Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan Buat Laporan Polis ?

Kawan terkejut bila terbaca berita di akhbar baru-baru ni, kononnya ada sekumpulan orang yang mendakwa mereka mewakili Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, kawan ni lah baru dengar wujudnya persatuan berkenaan, entah bila deme tubuh, entah bila dema daftar kat Pendaftar Pertubuhan, kawan tak pernah dengar pun, kawan ni sejak bapak kawan jadi Peneroka FELDA, le ni kawan pulak jadi Peneroka FELDA, ni lah baru kawan tau adanya persatuan tersebut.
Ngikut ceritanya deme ni buat laporan polis, kononnya Agensi FELDA buat tekanan kepada Peneroka-Peneroka seluruh negara ramainya 25,000 Peneroka yang tidak menyerahkan pengendalian kebun kelapa sawit pada FELDA. Macam-macam tekanan dema tuduh FELDA buat untuk menyusahkan deme, katanya....... tapi yang kawan selalu dengar penerokawati je yang asyik kena tekan............
Gini lah, kawan cuma nak ingatkan semula kat anak-anak peneroka FELDA, kot-kot lupa sejarah, sejak tahun 1956 hingga sekarang, FELDA telah membangunkan lebih kurang 480 tanah rancangan untuk memberi penempatan 112,635 orang keluarga yang tiga sukunya orang-orang melayu yang miskin yang tidak bertanah, tujuannya untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat ini dari segi ekonomi dan sosial serta membentuk masyarakat yang tersusun.
Sebenarnya, yang layak digelar Peneroka hanya Peneroka-Peneroka di FELDA Lurah Bilot kat Pahang dan FELDA Sungai Tiang kat Kedah yang kawan pernah pergi tengok, deme ni tebang sendiri hutan, buat rumah sendiri, tanam sawit/getah sendiri, jaga sendiri kebun sampai keluar hasil, FELDA cuma bantu barang-barang keperluan je..... itulah Peneroka sebenarnya, yang lain dari tu patutnya digelar PESERTA FELDA je.......
Cuba kita fikir balik, mula-mula kita nak menyertai rancangan FELDA, kalau deme anak Peneroka, cuba tanya emak bapak deme, macam-macam cara kita buat, macam menda kita sain surat, janji dapat masuk FELDA, ingat tak, kita telah membuat perjanjian yang kita akan akur dengan syarat-syarat yang telah termaktub dengan FELDA, tujuan FELDA buat gitu bukan nak nyusahkan kita....... FELDA nak ladang kita membangun dengan sempurna, cuba kita tengok ladang-ladang yang diurustadbir oleh FELDA dengan yang deme buat sendiri jauh lebih baik dan teratur, memang tak dinafikan ada segelintir Peneroka yang urus sendiri ladang berjaya, tapi dari 25,000 orang boleh dibilang dengan jari yang benar-benar berjaya.
Kawan tau, kebanyakkan yang nak urus sendiri ladang terdiri dari orang yang menyokong parti pembangkang, kononnya FELDA menipu Peneroka, yang peliknya dah berpuluh tahun duduk rancangan, kawan tak jumpa Peneroka yang hidup amat susah, kecuali Peneroka yang sengaja cari susah sendiri, yang kawan tau Peneroka yang banyak menipu FELDA. Bagi kawan lah, kalau kita dah tau diri kita ditipu, buat apa kita tunggu lagi kat FELDA, dayuslah jadi manusia kalau membiarkan diri ditipu........
Pendek cerita, untuk anak-anak Peneroka janganlah terlalu sangat membiarkan diri dipengaruhi orang-orang yang hanya untuk mengambil kesempatan pada kelemahan kita, tanya emak bapak kita, macam mana keadaan hidup sebelum masuk rancangan FELDA dulu, jadikan diri kita masyarakat yang sentiasa bersyukur dan pandai berterima kasih. Sampai di sini dulu, nanti kalau ada kesempatan kawan akan tulis kisah-kisah masyarakat FELDA, kita sama-sama renung sapa yang tipu siapa........ macam-macam ada...........