Thursday, July 30, 2009

ISA – Kerajaan jangan tunduk desakan mansuh

Kawan menyokong penuh dengan desakan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya kerajaan tidak tunduk "kepada suara minoriti pihak tertentu yang meminta agar ISA dimansuhkan".

ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan telah terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan n
egara.

Rakyat jug
a jangan mudah terpengaruh dengan emosi hanya kerana kepentingan peribadi golongan minoriti tersebut yang cuba memancing emosi rakyat Malaysia untuk kepentingan peribadi mereka. Kita sebangai rakyat Malaysia, jangan terikut dengan budaya luar dan berjuang kerana emosi atas sebab pengaruh pihak tertentu.

Kerajaan jangan memperjudikan k
eselamatan rakyat dan negara kerana provokasi emosi golongan yang ada kepentingan peribadi.


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang didokongi pakatan rakyat, tanpa memperdulikan amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka masih berpendirian untuk meneruskan juga.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin “pakatan rompak”, bersungguh-sungguh untuk sama menyertai perhimpunan membantah ISA.

Kenapa mereka ini hendak sangat agar ISA dimansuhkan ?

Berbagai-bagai andaian yang kawan dapat dari sahabat-sahabat, macam-macam cerita, dan yang paling kawan rasa teruja bila ada sahabat memberi andai begini :

Matlamat utama puak-puak “pakatan rompak” ini nak sangat ISA dimansuhkan, supaya mereka boleh mencabar kedaulatan Raja-Raja di Malaysia.

Kawan agak terperanjat juga dengan andaian ini, tetapi logik juga, mungkin inilah perkara yang tersirat di dalam hati puak-puak “pakatan rompak” yang rakyat tidak tahu.

Apabila ISA dihapuskan, puak-puak ini akan mencabar kuasa Raja-Raja dan seterusnya menghapuskan kedaulatan Raja-Raja macam yang hendak di buat oleh Malayan Union dulu……..

Puak-puak ini akan bertindak lebih agresif lagi dengan mengistharkan Malaysia sebuah Republik, macam Singapura. Maka, tiada lagi lambang kebesaran Melayu, kedaulatan Melayu dan dengan sendirinya hak-hak orang Melayu-Bumiputera akan terhakis…….

Kalau tak, macam mana Lee Kuan Yu, Menteri mentor Singapura beriya-iya dayang melawat Malaysia ? kata sahabat kawan ni..

Puak-puak ni telah pun merancang siapa akan jadi Presiden Malaysia yang pertama, mungkin juga Tuan Guru Nik Aziz, kalau tak, masakan Nik Aziz beriya-iya tak nak berbaik-baik dengan UMNO……

Puuooh……., betui ke kata awak ni ? Tak le, kita hanya buat andaian je…..

Tetapi bagi kawan, kita sebagai rakyat Malaysia perlu juga berfikir, apakah perlu kita juga sama-sama menyokong puak-puak ini untuk menghapuskan ISA. Negara jadi aman damai, harmonis kerana adanya ISA.

Lihat sahaja di Negara-negara jiran, Thailand, huru hara dengan perbuatan pemimpin yang gila kuasa, di Indonesia, huru hara dengan gerakan pengganas membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa…..

Kesimpulannya, kawan berharap sangat, agar kerajaan tidak mudah tunduk dengan puak-puak yang ada kepentingan ini. Kawan juga rasa, sahabat-sahabat yang lain juga setuju dengan pandangan ini…..

KEKALKAN ISA, DEMI KEAMANAN NEGARA


5 comments:

  1. ISA telah terbukti menjaga keamanan Malaysioa selama ini dari ancaman pengganas. Jadi, mengapa perlu di mansuhkan..?
    Saya menyokong penuh perlaksanaan ISA di Malaysia demi menjaga keamanan dan ketenteraman.
    Apa akan jadi bila ISA tidak lagi wujud? Pembangkang bebas lakukan apa saja selain mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Masa tu, nasib orang malayu akan tertindas...

    ReplyDelete
  2. meraka nak ISA dihapuskan sebab mereka nak buat macam macam di negara kita sayangi ini.pakatan pembangkang bukan nya sayang kat negara malaysia..lagi ser pakatan pembangkang memang nak jual negara tercinta kita kepada yahudi...
    nak cari kekayaan...
    ISA tetap kekal di malaysia...
    HIDUP MELAYU
    HIDUP UMNO
    HIDUP MALAYSIA
    NEGARAKU TANAH AIRKU
    HIDUP ISA.....

    ReplyDelete
  3. apa nak jadi kalu dimansuhkan ISA?saya ingat anuar tu yang dah takut masuk ISA sebab tu dia bikin ini semua.Nasib baik malaysia dapat PM macam najib banyak bersabar walaupun pembangkang tunjuk taring,kalu negara lain yang merusuh tu kena tembak dah..amacam kalu mereka ni ditembak?tu je pengajaranya..baru sedar sikit..jangan jadi pak turut je

    ReplyDelete
  4. Kesian kat para usahawan yang menanggung kerugian yang bukan sedikit atas kerosakan dan tak boleh berniaga.Inilah budaya baru yang mengajar anak bangsa jadi kurang ajar tanpa memikirkan nasib orang lain.

    ReplyDelete
  5. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; - TAPI UMNO AGONG BAHASA PENJAJAH, ITULAH YG BOODOH NYA PENGIKUT UMNO/BN. NASIB BAIK DAH MANSUH BI DALAM MATH/SAINS...ITUPUN 2012. TERUSKAN AGENDA PENJAJAH...UMNO

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..