Sunday, January 9, 2011

Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?

Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Zulkifli Noordin berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.

Karpal juga boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997. (rujuk di sini)

[Benarlah kata YB Zulkifli Noordin, agak pelik juga, manusia macam Karpal yang pernah menyatakan dia mempunyai bukti bahawa memang Anwar ada terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen dan kini si Karpal Singh juga menjadi peguam bela kepada Anwar.

Tidak salah kalau diandaikan bahwa si Karpal Singh selaku Pengerusi DAP ini bukan semata-mata untuk hendak membela Anwar, tetapi dalam masa yang sama juga untuk jadikan Anwar sebagai anjing suruhan atau boneka untuk memecahkan kekuatan Melayu sebagaimana yang diidam-idamkan puak-puak DAP selama ini.

Kalau tidak, masakan si Karpal ini bersunguh-sunguh menawarkan diri menjadi peguam membela kepada si Anwar dalam kes liwat terhadap terhadap Saiful Bukhari Azlan…..

Macam kata YB Zulkifli juga, yang paling pelik atau menghairankan tok guru, para ulama, ilmuwan, yang mendokong kepimpinan PAS seolah-olah membutakan mata, memekakkan teliga, membisu di atas segala kemungkaran Anwar sebagai raja liwat nombor satu dalam Negara.

Bukan itu sahaja, puak-puak PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Islam ini sedia menjadikan si peliwat ini Perdana Menteri jika dapat berkuasa dan sedia pula meletakkan kepimpinan DAP yang jelas dan terang telah menentang perlaksanaan sebuah Negara Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kata YB Zulkifli juga, dengan maklumat serta pertunjuk yang begitu jelas, tidakkah mereka puak-puak PAS sedar telah wujud satu ‘pakatan syaitan’ yang bakal menjahanamkan Islam, rakyat, negara sekiranya DAP berjaya menghapuskan kuasa-kuasa, hak-hak Melayu-Bumiputera serta Raja-Raja Melayu……

Amat malang orang Melayu juga umat Islam dalam Negara jika ada lebih ramai kepimpinan PAS yang secara terbuka menyatakan sanggup mati untuk mempetahankan akan Karpal Singh yang secara terbuka menyatakan, “langkah mayat dia dulu, kalau ada umat Islam di Malaysia mahukan jadikan Negara ini sebuah Negara Islam”.

Amat malang lagi, kalau ada penyokong Melayu PAS-PKR masih tidak sedar dan terus bersekongkol dengan perjuangan PAS yang terang-terang telah meninggalkan perjuangan Islam demi kuasa dan jawatan……]

Saturday, January 8, 2011

Rubingah ngaku tidak dirogol, tapi suara-suara pembangkang macam kucing jantan tak dapat mengawan

Akhbar Utusan Malaysia hari melaporkan, Rubingah telah menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh atau permerkosaan oleh bekas majikannya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim seperti mana yang digembar-gemburkan.

Penjelasan Rubingah, sepanjang itu diperolehi berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

[Nampaknya, hasrat individu tertentu untuk menjatuhkah maruah Datuk Seri Rais Yatim telah terbongkar segala pembohongannya.

Apalagi akhbar harakah yang macam telinga lintah cepat mengejar untuk menyebarkan berita-berita fitnah, lebih-lebih lagi kalau melibatkan kepimpinan UMNO-BN.

Semalam harakah melaporkan, kononnya Sebuah agensi membekalkan pembantu rumah dari Indonesia di Temerloh yang berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia (PAPA) mendakwa, pihaknya semakin sukar untuk mendapatkan tenaga kerja dari negara Indonesia ekoran isu tersebut. Kononnya, kes menteri rogol amah yang disebarkan ini, telah menjejaskan perniagaan mereka membawa amah ke Malaysia.

Seiring juga dengan cerita, ‘Migrant Care’ dari Indonesia kononnya badan itu telah memutuskan tidak akan membawa kes ini ke perundangan kerana untuk menghurmati permintaan Rubingah. (rujuk di sini)

Inilah peranan musuh-musuh politik Datuk Seri Rais Yatim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersekongkol dengan pembangkang semata-mata untuk mendapatkan upah yang lumayan.

Lebih-lebih lagi akhbar-akhbar biawak pembangkang, mahu pun blogger-blogger pro-pembangkang, pelbagai bentuk, gaya dan rupa mengolah cerita-cerita fitnah, supaya masyarakat yakin atau percaya sesuatu isu benar-benar berlaku…..

Sedangkan isu zina Ahli Dewan Undangan ADUN-PAS Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api tidak mendapat sebarang reaksi dari kalangan pembangkang mahu pun blogger-blogger mereka, malah dari pemimpin agung PAS seperti tok guru Nik Aziz juga…….

Apa yang menghairankan pulak, ADUN yang terlibat itu sendiri juga terusan membisu, tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ustaz Saidi Hussin, orang yang telah mendedahkan perlakuan zina ADUN terbabit.

Itulah yang dikatakan, perangai puak-puak pembangkang ini tidak ubah macam kucing jantan yang mengiau-mengiau garau sepanjang malam selagi tidak dapat mengawan kucing betina kalau sesuatu isu melibatkan pemimpin UMNO-BN, tetapi membisu macam tikus jatuh ke dalam tin beras bila kena batang hidung sendiri……..]

Friday, January 7, 2011

TUN MAHATHIR-lihat nasib Melayu Singapura


Tun Dr. Mahathir berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.

Meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.

Orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.

Jika Malayan Union masih kekal, sudah pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.

Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu tidak akan wujud.

Tun Dr. Mahathir melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah bangsa Meyu kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.

Begitulah kata-kata Tun Dr Mahathir semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelmarin.

AYG ; menghayati ungkapan ucapan Tun ini, kawan teringat satu artikel dari blog PISAU yang memaparkan bagaimana seorang Melayu Singapura yang bernama Othman Wok pengkhianat bangsa Melayu Singapura yang menjadi dalang kepada Lee Kuan Yew yang menentang perlaksanaan Hak-Hak Keistimewaan orang Melayu dengan mengatakan hak-hak keistemewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan UMNO.

Sama seperti yang PKR perjuangkan sekarang ini, begitulah Othman Wok berperanan membantu PAP-Lee Kuan Yew melalui penulisan-penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti Raja-Raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP, yang lebih kurang sama macam harakah jugak……(sila rujuk dari artikel ini)

Manusia seperti Othman Wok ini terlalu ramai muncul dalam parti PKR dan PAS sejak mereka terbuai mimpi-mimpi indah bersama dengan DAP……. Berhati-hatilah nak-anak bangsa ku semua……..

Thursday, January 6, 2011

Rais-tuduhan rogol sebagai fitnah jahat


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah menafikan tuduhan yang dilemparkan penulis blog dan parti pembangkanga kononnya beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada tahun 2007 adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.

Datuk Seri Dr Rais juga berkata, beliau serta ahli keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dan akan menerima serta mematuhi sebarang keputusan hasil siasatan rasmi itu, sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan.

Bagi mereka yang mengamalkan politik kotor melalui internet atau media adalah wajar menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik kerana semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku tersebut adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan semata-mata…….

[ Inilah fitnah murahan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kepimpinan Kerajaan BN... juga satu perbuatan politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan rakyat semata-mata untuk mengalih perhatian umum terhadap kes LIWAT yang membabitkan ketua umum pakatan rakyat.

Apabila puak-puak pembangkang ini tidak berjaya mengaitkan kes Altantuya dgn Dato' Seri Najib...hari ni mereka cuba pula mengaitkan Dato' Seri Utama Rais Yatim dgn isu perkosaan pembantu rumah warga Indonesia pulak.........

Bagaimana dengan kes LIWAT Anwar yang sentiasa mencari jalan untuk menangguhkan perbicaraan….. macam mana dengan kes pemimpin PAS yang berzina dengan isteri orang ?

Janganlah kerana hendak menutup pekong sendiri sanggup mengadakan cerita fitnah kepada orang lain……]

ANAK jin cuba mengaruk warga Felda dalam kempen PRK DUN Tenang


Dikhabarkan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman yang telah dilantik Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang, akan memperhebatkkan kempen membawa isu-isu Felda dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang untuk memancing undi dari kalangan warga Peneroka di Felda Tenang.

Mazlan Aliman akan cuba mempengaruhi pengundi-pengundi Felda Tenang dengan isu- isu berkaitan penyalahgunaan kuasa Felda, ketidak puashati peneroka dengan pengurusan Felda serta isu generasi kedua yang kononnya dipinggirkan termasuk isu wang tanam semula, kadar perahan buah sawit dan isu Felda Plantation yang kononnya menjadi kemarahan peneroka seluruh negara.

Mazlan berjanji akan mansuhkan Felda Plantation jika pakatan rakyat diberi mandat memerintah Negara.

Begitulah seperti apa yang telah dilaporkan oleh harkah semalam….

AYG; Beitulah tugas-tugas ANAK untuk memastikan warga Felda terus berkecamuk mengikut kehendak agenda DAP-PKR dan PAS ……..

DAP tahu, Felda adalah tunggak kekuatan UMNO-BN, kerana disitulah terletaknya kubu kesetiaan orang-orang Melayu yang sukar untuk dipecahkan…

Kalau para peneroka Felda benar-benar membuka mata, Felda telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk membangunkan generasi kedua peneroka, tidak terkira jika mahu dibilang sama ada dari segi akademik, latihan kemahiran dan sebagainya…

Kalau ada yang rasa terpinggir, itu adalah satu pembohongan atau golongan generasi kedua itu sendiri yang tidak mahukan kemajuan….

Kalau hendak menyebut isu kadar perahan/gred minyak sawit, setakat ini hanya kilang-kilang sawit Felda yang dapat member harga yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan kilang-kilang swasta… carilah mana-mana kilang sawit swasta yang mampu memberi kadar perahan minyak sampai 25%.......

Janji pakatan untuk memansuhkan Felda Plantation juga adalah satu janji manis golongan haprak untuk memancing undi, kaum DAP tahu Felda telah banyak membuka ladang-ladang melalui Felda Plantation yang menjadi sumber kewangan untuk membangunkan masyarakat Felda yang terdiri daripada 95% orang Melayu-Bumiputera….

Bukalah mata sedikit wahai warga Felda, apa tujuan puak DAP menggunakan ANAK yang datang dari warga Felda sendiri untuk menjahanamkan sumber pembangunan ekonomi orang-orang Melayu-Bumiputera ini……… jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis munafik untuk kepentingan politik mereka……

Monday, January 3, 2011

Hangat-hangat ‘tahi ayam’ atau mengikut acuan DAP- itukah cara PAS menegakkan dasar Islam di Kelantan ?

Rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS di Kelantan memperkotakkatikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS Kelantan sanggup berbuat apa sahaja………

Contoh terbaru, bagaimana kerajaan PAS Kelantan membenarkan konsert berbentuk hiburan oleh kumpulan Wali Band di Kota Baharu. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Aziz, haram konon…. Menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan……..

Persoalannya, apakah persembahan yang berlaku pada malam itu tidak membabitkan percampuran antara pengunjung lelaki dan perempuan ?

Begitu juga dengan persembahan wayang kulit, mak yong, dikir barat dan sebagainya, semuanya diharamkan oleh tok guru Nik Aziz…… tapi lo ni halal belako-lako…….

Kalau dulu, suara perempuan dikatakan ‘aurat’ sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi lo ni, Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid…..

Inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja….. kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah…

Peluang bersenamrobik di Masjid bersama YB Nie Ching


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan seperti senamrobik di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dipekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat.

Menurut Nik Abdul Aziz lagi, soal Nie Ching berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan………..

AYG ; kepada penyokong-penyokong PAS yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama bersenamrobik dengan Nie Ching di Masjid Taman Cheras, mungkin akan dapat menikmati bersama jika tok guru juga akan mengundang Nie Ching mengadakan sessi senamrobik di Masjid Pulau Melaka, Kelantan……

Dapatlah bersama-sama menegangkan urat-urat yang selama ini kendur, selama ini tidak menegang…… he….he….he……

Sunday, January 2, 2011

Hindari peminat primitif-Safee wajar tolak tawaran bermain dari mana-mana kelab bola sepak Indonesia

Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali serta beberapa pemain Negara pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu yang menjadi rebutan beberapa bola sepak terkemuka Indonesia amat membanggakan sekali.

Tetapi, bagi AYG dan mungkin juga bagi peminat-peminat bola sepak tanah air bersetuju sangat seandainya Safee Sali mahu pun mana-mana pemain kebangsaan lain agar tidak mempertimbangkan untuk bermain dengan mana-mana kelab bola sepak di Indonesia.

Disedari atau tidak, seluruh peminat bola sepak tanah air, mahu pun rakyat Malaysia sendiri amat teruja dengan perangai serta sikap peminat-peminat bola sepak Indonesia, malah media arus perdana mereka yang seolah-olah tidak bertamadun….

Tiada semangat kesukanan langsung, tidak pandai menghurmati kedaulatan Negara serumpun sehingga layanan penghinaan bukan sahaja terhadap diterima oleh pemain-pemain kebangsaan, kesensetiviti rakyat malah kedaulatan Negara Malaysia …..

Sudah sampai masanya Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat tidak lagi berlembut dalam apa sahaja bentuk dengan sikap primitif sebahagian rakyat Indonesia yang tidak pernah berterima kasih dengan segala kemurahan hati rakyat Malaysia……