Friday, January 29, 2010

Nik Aziz - Ketegangan agama, UMNO juga dipersalahkan


Nik Aziz, semasa mengadakan makan tengahari bersama paderi Kristian serta 200 pemimpin lima agama utama Malaysia di sebuah hotel semalam menyatakan keteangan agama yang berlaku akibat daripadaUMNO telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya serta insiden merosakkan rumah ibadat agama lain.

Inilah akibatnya apabila sikap UMNO yang menolak dasar Islam dalam perjuangan kebangsaan mereka serta telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam.

Begitulah yang dilaporkan oleh HarakahDaily semalam.

Apa yang menghairankan, mungkin tanpa disedari Nik Aziz bahawa barisan pemuda semua parti politik di negara ini ia itu dari parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil kata sepakat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat yang disifatkan sebagai suatu perbuatan melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia. KLIK

Berikut adalah kenyataan penuh mereka:-

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.

Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.

Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Kalau mereka telah bersepakat membuat kenyataan bersama membantah di atas insiden-insiden yang berlaku tanpa mahu menuding jari kepada parti-parti lain.

Dan kalau pemimpin-pemimpin muda parti-parti politik yang berbeza ideology politik boleh berfikiran positif untuk keharmonian serta kestabilan politik Negara, mengapa golongan pemimpin-pemimpin veteran atau dewasa masih berfikiran kolot ?

Apakah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sudah merasakan diri terlalu bersih dari segala dosa-dosa politik ? Atau kerana kepentingan politik mengambil kesempatan memfitnah UMNO dihadapan ketua-ketua agama bukan Islam ?

Beginikah sifat-sifat seorang yang bergelar Tuan Guru ?

Kawan pernah menerima kritikan di dalam blog dan facebook, meminta agar tidak keterlaluan menghentam Tok Guru dan PAS, kawan disarankan agar lebih kepada sifat-sifat lembut untuk menarik mereka untuk mendekati UMNO.

Terima kasih di atas nasihat tuan-tuan, tetapi adakah mereka terutama Tok Guru Nik Aziz juga berfikir bagaimana kita berfikir ?

Lihat sahajalah apa tindak tanduk puak-puak ini apabila setiap kali kepimpinan UMNO cuba mengajak untuk bersama-sama berjuang di atas satu landasan ?

Kejian, penghinaan, sindiran dan pelbagai-bagai kata nista yang kepimpinan UMNO terima. Mereka dengan takbur dan bongkak untuk melihat UMNO berkubur……… fikirlah sendiri……..



Thursday, January 28, 2010

Dasar libreal kerajaan PR- Selangor rancakan maksiat, rumah urut berleluasa


Sejak dua tahun berlalu, negeri Selangor yang dibawah kuasa pakatan rakyat dikatakan sudah mencapai status negeri maju dengan kemunculan pusat-pusat urut di merata tempat.

Kosmo melaporkan jumlah pusat-pusat urut begitu banyak sehingga berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendedahkan wujudnya kira-kira 4,000 pusat hiburan di Selangor yang menawarkan khidmat urut.

Ada pusat-pusat urut ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam dan terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke. Terdapat juga rumah urut yang beroperasi tidak ubah seperti rumah pelacuran.

Inilah dia dasar liberal kerajaan pakatan rakyat di negeri Selangor di terajui Menteri Besarnya Khalid Ibrahim berserta Penasihat Ekonomi rm1.00nya Anwar Ibrahim yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing untuk mencapai status negeri maju.

Dasar liberal kerajaan pakatan Selangor yang membuatkan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad mempertahankan agar pihak gereja boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan kerana kepentingan politik Anwar Ibrahim sanggup berkompromi mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Inilah dia contoh kerajaan yang bakal diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim bersama PAS dan DAP jika berpeluang memerintah Malaysia……….

Persoalannya, mampukah PAS mempertahankan Islam atau mengwujudkan sebuah Negara Islam tulin di Malaysia ?

Mampukah PAS bersama PKR dan DAP mempertahan bahawa Islam adalah agama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara ?

Fikir-fikir, renung-renunglah ……………..



Wednesday, January 27, 2010

Kalimah ‘Allah’- ada Firaun-Firaun kecil mempertikaikan pendirian Zulkifli , tapi siapakah Firaun-Firaun besar ?


Zulkifli Noordin diarah 'tutup mulut' atau berhenti oleh biro politik PKR daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas, sebagai umat Islam, Zulkifli mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.

Ketegasan pendirian Zulkifli berhubung dengan Islam, Melayu & Raja-Raja Melayu, beliau telah dibawa kepada Lembaga Disiplin PKR.

Zulkifli juga menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun-Firaun kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan isu kalimah ‘Allah’.

Siapakah pula Firaun-Firaun besar ?
Anwar pemimpin agung PKR telah mengarahkan Zulkifli Noordin menarik balik laporan Polis terhadap Khalid Samad AP-PAS Shah Alam, kerana kenyataannya yang menghina Islam serta menggesa Polis menjalankan siasatan terhadap Khalid Samad mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

Zaid Ibrahim Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR juga mendesak agar Zulkifli dipecat dari parti. Dulu inilah juga manusia bernama Zahid Ibrahim yang pernah menyaman Kerajaan PAS Kelantan kerana hendak melaksanakan hukum Hudud.

Kini, Nik Aziz Al Menantuya Mursyidul Am PAS, berkompromi dengan Anwar Al Juburi PKR mempertahankan pendirian Khalid Samad Al Paderi membenarkan pihak gereja menggunakan kalimah ‘Allah’.

Sungguh hairan ya…… kenapa Nik Aziz Al Menantuya, Anwar Al Juburi yang sentiasa menonjolkan imej-imej seorang Islam tetapi menjadi penyokong dan pembela kepada Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ walaupun ulama-ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

Dalam isu kalimah ‘Allah’ semua masyarakat tahu kebiadapan PAS dan PKR yang sudah menghina Islam, menghina sistem perundangan, menghina Sultan Selangor serta menghina umat Islam seluruh Negara.

Kalau Zulkifli Noordin melebelkan Khalid Samad-PAS dan Zahid Ibrahim-PKR sebagai Firaun-Firaun kecil, maka tidak salah juga jika kawan melebelkan Nik Aziz Al Menantuya dan Anwar Al Juburi sebagai Firaun-Firaun besar………..

Kerana kuasa dan jawatan, kerana mahukan sokongan, mereka-mereka ini lebih redha melihat Islam itu diperlekehkan, Islam diperhinakan……. Mereka membelakangi Perlembagaan Negara, membelakangi pendapat atau pandangan Ulama-Ulama dalam Negara…….



Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna & Shahrul – anak didik siapa ?


Penghina Almarhum Sultan Johor, Aduka Taruna dikhabarkan telah ke balai Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa dengan diiringi bloggers pinkturtle, perisik rakyat dan tok gawa untuk membantu memudahkan pihak Polis menjalankan siasatan. KLIK

Kita lihat betapa kurang ajarnya cara anak muda ini menghamburkan perkataan-perkataan seperti ini di dalam blognya ;


Dah mampos buat cara mampos la.

Oleh : AdukaTaruna
Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid. KLIK

Begitu juga dengan seorang anak Melayu yang bernama Shahrul Reezwan di dalam facebooknya ;

Inilah hasilnya didikan PAS dan PKR yang sentiasa menghamburkan maki hamun tanpa bersopan santun di dalam ceramah-ceramah mereka.

Kalau kepimpinan PAS & PKR menafikan, masakan bloggers-bloggers pro PAS & PKR mengiringi barua seperti Aduka Taruna ke Balai Polis………..

Tidak mustahilkan, penulis blog ini adalah anak didik mereka, kawan berani menyatakan demikian kerana penulis blog Perisik Rakyat juga pernah menyindir Sultan Selangor di dalam blognya di atas titah Sultan Selangor selaku Ketua Agama Negeri berhubung larangan penggunaan kalimah Allah. Bagaimana Perisik Rakyat menghina Sultan Selangor dengan memaparkan gambar seperti di bawah ini ; KLIK

Gambar ini telah dipadamkan oleh penulis blog ‘perisik rakyat’ setelah kawan membuat komen.

Berita terbaru, malam semalam seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
KLIK

Bagaimana manusia biadap ini telah mengubah suara Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dapat kita saksikan dalam blog pro pembangkang ini. KLIK

Nampaknya agenda DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera serta institusi Kesultanan dalam negara melalui PAS & PKR telah berjaya mempengaruhi genarasi muda…….. kalau tidak masakan ada dari kalangan genarasi muda yang sudah berani bersikap kurang ajar sedemikian rupa…….

Tidak salah kalau dikatakan PAS & PKR lebih rela melelong bangsa Melayu, agama Islam untuk bersekutu dengan DAP untuk mendapatkan kuasa dengan mempengaruhi minda genarasi muda untuk mencapai hajat mereka……


Monday, January 25, 2010

Azan letak jwatan – misi PKR menawan Pahang berkecai


Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang. KLIK

Azan tidak berpuashati dengan pentadbiran PKR negeri khususnya berhubung pengurusan kewangan dan kutipan derma.

Betul sangat dengan tindakan Azan, selama ini wang kutipan derma dari masyarakat kampung entak kemana perginya. Orang-orang kampung disajikan dengan ceramah-ceramah fitnah, maki hamun, menghasut membenci kerajaan UMNO, lepas itu kutip duit dengan alasan sumbangan untuk ‘berjihad’. Orang-orang kampung bukan sahaja dibodohkan, malah di tipu wang ringgit mereka……..

Azan mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, kudis pekong yang sudah sekian lama bernanah dalam PKR membuat Azan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang.

Apa kata Dato' Fauzi Abd Rahman Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang ?

Fauzi kata dia tidak faham apa yang Azan mahu lakukan. PKR Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan Pahang.
Betul ke ?

Bukan di Pahang sahaja yang bergolak, boleh dikatakan keseluruhan negeri dalam Negara parti PKR sudah menampakkan kepincangan, kemungkaran, penipuan hala tuju perjuangan mereka, lebih-lebih lagi ketua umum mereka Anwar Ibrahim…….

Azan terlebih dahulu mencelikkan mata ke mana hala tuju sebenar perjuangan PKR yang lebih mengutamakan agenda Anwar untuk menerajui Negara disamping menutup segala kemungkaran jenayah yang dilakukannya.

Mungkin juga Azan sudah sedar, Anwar sanggup menjual hak-hak bangsa dan agama Islam semata-mata untuk memenuhi citarasa nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri……

Apa macam Dato’ Fauzi ?

Fauzi selalu menujam bahawa kerajaan UMNO-BN sudah tidak boleh dipercayai lagi, tetapi adakah PKR dan kuncu-kuncu PAS serta DAP boleh dipercayai ?

Kalau PKR dan pakatan rakyat adalah gabungan yang terbaik, masakan sudah begitu ramai kepimpinan, wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong mula meninggalkan PKR ?

Fauzi sendiri pernah berdokong dibelakang UMNO-BN, malah adik ipar Fauzi sendiri Dato’ Maznah Mazlan masih diberi kepercayaan dalam barisan kabinet Kerajaan BN. Kalau UMNO-BN tidak bagus, masakan Maznah Mazlan diberi jawatan Timbalan Menteri dalam Kementerian Sumber Manusia, dipilih menjadi ADUN Muadazam Shah, dilantik Senator…………. Itu menunjukkan bahawa UMNO-BN adalah sebuah kerajaan yang baik untuk membela nasib rakyat……..

Kalau kerajaan UMNO-BN tidak bagus untuk rakyat, bermakna adik ipar Fauzi, Dato’ Maznah Mazlan juga tidak bagus untuk rakyat lah…………. Kalau tidak masakan Maznah Mazlan memperolehi kemenangan dalam PRU ke12 menjadun ADUN, rakyat dalam kawasan Muadzam Shah juga menerima Maznah apabila dilantik Senator untuk jawatan Timbalan Menteri……

Waima apa sekali tujahan pembangkang terhadap kerajaan UMNO-BN, rakyat sudah mula membuka mata bahawa PKR dan pakatan tidak mampu menerajui Negara, lebih-lebih lagi dengan hasrat PKR hendak menawan Pahang dalam PRU 13 akan datang…..



Friday, January 22, 2010

Liwat - kenapa Anwar ingin lari dan mengelabah ?



Kenapa Anwar terlalu takut dan mengelabah menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang kedua ini ?

Kita semua telah tahu, sejak dari Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 dan kes didengar di mahkamah pada 7 Ogos 2008, sudah lebih 15 kali Anwar memohon dan mendapat penangguhan Mahkamah ke atas perbicaraan penuh kes liwatnya yang sepatutnya dijalankan pada 25 Januari ditanguh kepada 2 Februari.
Mahkamah Persekutuan menangguhkan kerana menunggu keputusan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan perbicaraan liwatnya kepada 29 Januari depan.

Inilah kepintaran Anwar mencari dalam mencari helah.

Kalau kita fikirkan bersama, adakah logik jika tuduhan tersebut tidak benar atau satu konspirasi dari UMNO, mengapa Anwar berhelah ?

Tidakkah ia mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ?
Sepatutnya Anwar tidak perlu takut atau mengelabah untuk berhadapan dengan perbicaraan ini kalau ianya hanya satu komplot dan Anwar sudah pasti dapat membuktikan dirinya tidak bersalah. Anwar di bela oleh peguam-peguam yang bijak pandai memutarbelit fakta untuk menangkis sebarang fakta yang akan dikemukakan. Siapa tidak kenal dengan kehandalan Karpal Singh ?

Nampaknya memang jelaslah bahawa Anwar amat takut dan gentar dengan tuduhan sodomy kali yang kedua ini………. Biasanya takut bererti bersalah………

Bersumpah syari’e pun Anwar tidak berani……………… aduhai Anwar semasa sedap buat senyap-senyap………….. bila terkena mula buat huru hara…….. terimalah hakikat awak sudah bersalah…………. Ke mana lagi nak lari…………

Kalau Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Pahang, berkata Malaysia boleh digelar sebagai 'Missing Country' kerana banyak kejadian aneh dan kehilangan misteri yang berlaku, segala bukti dihilangkan begitu saja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum. KLIK

Kenapa Fauzi tidak berani menujah Anwar supaya berani menghadapi kes liwatnya ?

Agaknya, memang sudah perangai puak-puak ‘pakatan rompak rakyat’ hanya tahu mencari kesalahan orang, tetapi bacul bila menghadapi kemungkaran sendiri…......




Thursday, January 21, 2010

Rasuah PKR+DAP+PAS – lebih terserlah, bila terkankang…………


Inilah yang dikatakan, sudah nampak lagi di selak………….. puas sudah mencanang ke pelusuk kampong, Bandar, pekan, desa, hulu, hilir membawa fitnah, menghina, memakihamun kepimpinan UMNO-BN………

Tidak sampai setahun jagung dapat memerintah, segala yang dilemparkan kepada kerajaan UMNO-BN, bersembur-sembur, meleleh-leleh terhambur keluar dengan kesah-kesah rasuah, penyalahanguna kuasa, tida amanah, tamak kuasa dalam kerajaan Pakatan Rakyat………….. senang sebut PAKATAN ROMPAK RAKYAT……..

Tidak cukup dengan balak, pasir pun jadi santapan nafsu serakah mereka……

Tidak cukup dengan sogokkan wang ringgit, sex pun habis dijilat licin……..…..

Macam mana ye………… kalau puak-puak pakatan rompak ini dapat memerintah Negara ?

Tidak cukup dengan maruah bangsa, agama digadai, dijual untuk dapatkan kuasa, habis tanah air dan pasir-pasir pun mereka sanggup jual, seludup keluar Negara…..

Inilah yang dibayangkan oleh Pakatan Rompak Rakyat seiring dengan slogan, ‘Kerajaan Kebajikan’, ‘Islam for all’……. akhir-akhirnya ‘depan, belakang sama rasa…….. tapi sedap lagi kalau dibelakang’…..

Kebijaksanaan, amanahnya kerajaan PAS di serambi Mekah, rasuah menunaikan haji jadi hadiah…….. melantik anak-anak beranak, kaum kerabat dalam agensi-agensi kerajaan juga dikatakan telus…..membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta untuk mengaut wang kerajaan, wang rakyat bagi kepentingan syarikat Sensa Timur juga bagus……… Entahlah………….. jumud sangatlah rakyat yang menjadi penyokong-penyokong puak-puak Pakatan Rompak Rakyat ini……

Semalam, SPRM menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam atas dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.
SPRM juga telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Rasuah untuk mempercepatkan permohonan mendapatkan pasir dan tidak melaporkan perbuatan penyeludupan pasir ke negara jiran…….

Sudahlah bahan rasuah…… jadi pengkhianat Negara kerana menyeludup pasir ke Negara jiran……

Tidak salah kalau dikatakan, puak-puak pembelit, penipu, perompak rakyat ini sanggup menjual tanah air, bangsa, agama untuk mendapatkan kuasa……… sudah jelas, sudah luas terkakang semua kemungkaran Pakatan Rompak Rakyat……..
Apa lagi di tunggu !!!!!!!!!!!


Monday, January 18, 2010

Tangani isu agama ala PAS - kafir didahulukan, Islam dilacurkan



Kerajaan dan UMNO begitu serius memikirkan perundingan antara agama bagi membolehkan wakil-wakil agama untuk berbincang dan mencari kesefahaman supaya isu agama tidak lagi dibangkitkan dan mendatangkan masalah kepada negara pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyarankan penubuhan majlis perundingan perlu disegerakan berdasarkan situasi semasa yang mana isu mengenai agama sering dibangkitkan sejak kebelakangan ini, termasuk penggunaan kalimah Allah.

Bagaimana dengan PAS ?

Kononnya PAS mengangkat parti mereka sebagai pejuang Islam tulen dan juga sebagai sebuah parti yang menjaga martabat Islam, secara langsungnya menafikankan hak perjuangan UMNO sebagai pembela agama dan bangsa.

PAS telah bersekonkol dengan permainan politik kotor Anwar, PAS secara membuta tuli telah menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pihak gereja kerana patut dengan agenda politik Anwar dengan tidak memikirkan bagaimana penerimaan umat Melayu Islam serta dari kalangan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Ulama-ulama PAS seolah-olah terpaku, kaku, kelu lidah menuruti kehendak agenda politik Anwar pembelit sehingga habis segala ayat-ayat Quran dan Hadis diterjemahkan untuk menghalalkan serta mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh gereja.

PAS sesungguhnya telah "melacurkan" nama Allah kepada kafir, semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Melihatkan kebanyakan umat Melayu Islam membantah seiring dengan kepimpinan UMNO bahawa kalimah ‘Allah’ hanya untuk umat Islam, maka macam cacing kepanasanlah tok-tok guru PAS bertempik lantang mengutuk serangan ke atas gereja di seluruh negara.

Inikah cara PAS bersama Anwar pembelit menangani isu ‘kalimah Allah’ ? Atau ini semua sengaja dirancang ?

Tok-Tok guru PAS bersama Anwar pembelit begitu megah berdiri didalam kelompok gereja dan begitu selesa menuding dari kepada UMNO dan kerajaan BN mengabaikan segala serangan ke atas gereja.

PAS dan Anwar pembelit kononnya dilihat sebagai pembela kepada seluruh masyarakat kristian yang menuntut hak penggunaan kalimah ‘Allah’, pembela keselamatan semua gereja-gereja dalam Negara.

Tidakkah kita nampak akan kelicikan agenda politik PAS dan Anwar pembelit ?

PAS sebenarnya sedang cuba menyembunyikan segala kemelut yang terdapat di dalam parti, penyelewengan wang dan kuasa Nik Aziz dan menantu sedangkan Anwar pembelit sedang berusaha membersihkan diri serta lari dari tuduhan liwatnya di Mahkamah.

Beginilah cara PAS berasmara dengan Anwar pembelit untuk menyelamatkan parti mereka dari masalah yang sedang melanda, mereka telah memanipulasi sentimen perkauman dan agama untuk berterusan mendapat sokongan kaum-kaum bukan Islam.

PAS kelihatan lebih meroyan menuding jari kepada UMNO dan Kerajaan BN yang bertanggung jawab melakukan perbuatan menyerang gereja.

Sudah terang lagi bersuluh, PAS yang berasmara dengan Anwar pembelit kononnya hero dalam memperjuangkan pihak gereja dan kaum-kaum bukan Islam.

Sedangkan sebelum ini, PAS yang berasmara dengan Anwar pembelit yang mencaturkan isu pengunaan kalimah ‘Allah’, kini mereka dengan megah berdiri di dalam kelompok gereja dan kaum bukan Islam sebagai pejuang, pembela sambil menghentam kepimpinan UMNO.

Inilah PAS, yang kononnya hendak menegakkan serta memartabatkan Islam tetapi sebenarnya telah melacurkannya untuk kepentingan politik…………

Wednesday, January 13, 2010

Isu kalimah ‘Allah’ - contoh ajaran Kristian yang 'mirip' Islam


Bukan kawan hendak menambahkan lagi kekeruhan yang ada, tetapi biarlah semua pihak sebagai rakyat bebilang kaum dalam Negara sedar dan menerima dengan hati terbuka mengapa tentangan begitu hebat terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald Catholic.

Kita perlu melihat dari segi aspek keburukannya apabila penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald Catholic dibiarkan berleluasa. Selepas kalimah Allah, mungkin akan ada puluhan lagi perkataan-perkataan yang sinonim dengan Islam akan turut diubah untuk kegunaan dalam komunikasi Kristian menggunakan Bahasa Melayu.

Semua ini didalangi oleh satu gerakan terancang Kristian yang telah puluhan tahun wujud di negara ini. Gerakan untuk mengelirukan umat Islam serta mendapat sokongan hujah-hujah yang segaja di buat oleh kepimpinan parti-parti tertentu semata-mata untuk kepentingan politik.

Kerana terlalu kemaruk hendak berkuasa, ada yang sanggup mencemarkan kalimah ‘Allah’, menjual maruah agama Islam dengan mengambil kesempatan di atas isu ini tanpa memikirkan kesanya kepada generasi-generasi umat Islam di masa akan datang.

Kawan hendak tanya kepada pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu Islam PKR yang menyokong tuntutan gereja katholik menggunakan kalimah ‘Allah’……

Mampukah mereka membendung atau yakin penyelewengan akidah dikalangan umat Islam, khususnya Melayu tidak akan berlaku ?

Kawan berharap kepimpinan dan penyokong PAS, jangan angkuh dan takbur kononnya akan menegakkan sebuah Negara Islam tulen di Malaysia.

Mari kita semua, tidak kiralah sama ada penyokong UMNO, PAS atau PKR, renungi warkah dan gambar (seperti di atas) yang kawan dapat dari seorang sahabat di facebook untuk tatapan semua ;

Subject: Bahaya mazhab Kristian yang 'mirip' Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?

Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian.

Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.

Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama. Tengoklah saat mereka sholat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud..

Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2 laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....

Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.

Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..............

Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis “Surah Injilu Matay” terus reject. KLIK

Kesimpulannya, inilah salah satu sebab, mengapa kepimpinan, penyokong UMNO dan lain-lain kumpulan NGO’S menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah gereja katholik Herald. Kekeliruan seperti inilah yang kita bimbang akan berlaku di Malaysia kalau tidak dibendung dari sekarang……….

Perlu di ingatkan, usaha-usaha pihak tertentu untuk mengelirukan umat Islam bukan setakat penggunaan kalaimah ‘Allah”, ada yang telah menterjemahkan Kitab Bible sebagai al-Kitab, al-Quran diterjemahkan sebagai Bacaan dan mencipta Qur’an baru Furqaanul Haq terbitan dari Amerika Syarikat.

Perlu diingat juga, walau pun Tanah Melayu pernah di jajah lebih 400 tahun, pendakwah Kristian selama beratus tahun juga cuba membawa dakwah mereka kepada orang Melayu Islam tidak tercapai sebagaimana yang berlaku di Filipina, Indonesia.

Adalah tidak mustahil mengapa kalau dikatakan inilah sebahagian yang menjadi punca-punca mengapa golongan tertentu pendakyah Kristian hendak memiripkan Kristian kepada Islam.

Kawan yakin dan pasti tindakan segelintir pendakyah Kristian seperti ini tidak akan mencapai kejayaan seandainya orang Melayu Islam di Malaysia bersatu hati dan bersungguh-sungguh menentang agenda jahat ini.

Kalau hari ini kita gagal mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh golongan bukan Islam, kita akan lihat lebih banyak perkataan yang unik dengan Islam akan turut digunakan oleh gerakan-gerakan pendakyah Kristian yang sentiasa berniat untuk menyelewengkan akidah umat Islam dalam Negara.

Buang dulu kepentingan parti, ketepikan dulu hasrat hendak berkuasa, mari kita sama-sama mengekangnya dengan cara aman, cara damai agar semua pihak, sama ada penganut Islam dan bukan Islam benar-benar faham. Kekalkan keharmonian Negara Malaysia tercinta ini……….



Tuesday, January 12, 2010

Keluarga ‘chameleon’ - Saifuddin Pas atau PKR ?


Saifuddin Nasution diumumkan Setiausaha Agung baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 1 Februari ini.

Persoalannya parti mana yang Saifuddin menjadi ahli ?

Maklumat menyatakan Saifuddin, Ahli Parlimen Macang, Kelantan ini telah menjadi ahli Pas Kawasan Pokok Sena, Kedah sejak tahun 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti PAS………

Penasihat PKR yang juga penasihat ekonomi-RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim tidak tahu kah status keahlian Saifuddin dalam parti mana ?

Salehuddin Hashim meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR kerana tidak berpuashati dengan tindaktanduk pentadbiran PKR yang dikuasai Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim…….

Nampak dan jelas PKR sudah terlalu mengelabah dengan perletakkan jawatan Salehuddin………. Sehingga tidak tahu Saifuddin masih lagi menjadi ahli PAS……

Mungkin juga ini sudah menjadi gaya hidup keluarga ‘chameleon’ dalam pakatan rakyat, apa-apa saja boleh jadi…… Khatib boleh paderi pun boleh sebabnya ?

Anwar telah membuat kenyataan bahawa, "Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Tidakkah kenyataan Anwar sebegini merbahaya dan menyentuh soal Aqidah umat Islam, ianya boleh difahami sebagai berhala yang diada-adakan dan disembah oleh kaum Kristian dan Yahudi yang dinisbahkan kepada Allah SWT adalah sama dengan Allah SWT. Maha suci Allah SWT dari yang disifatkan itu.

Anwar dengan sengaja tidak memetik sepenuhnya dari surah Al-Imran, sedangkan di dalam surah tersebut juga menyatakan sepenuhnya seperti yang terdapat di dalam ayat ke 64 Surah Al-Imran ;

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak [pula] sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri [kepada Allah]"

Itulah terjemahan sepenuhnya Ayat 64, Surah Aali-Imran, kenapakah Anwar mengerat-ngerat atau memisah-misahkan maksud ayat Quran tersebut ? KLIK

Apakah tujuan Anwar ?

Inilah yang dikatakan ‘chameleon’, Saifuddin pun sama dengan dalam keluarga ‘chameleon’………….




Monday, January 11, 2010

Najib-tuduh UMNO pelampau nafi sejarah Negara, Mahfuz -'tangan ghaib' dalangi serang gereja tapi ‘Siapa pakar membakar sentimen’ ?


Perdana Menteri Dato’ Sri Najib berkata, mana-mana pihak yang menuduh UMNO sebuah parti perkauman dan pelampau adalah golongan yang menafikan catatan sejarah negara.

UMNO tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaum lain sebaliknya telah menunjangi dasar perkongsian kuasa sejak kemerdekaan negara. Sedangkan pada masa itu orang Melayu boleh menubuhkan kerajaan tanpa penglibatan kaum lain namun ia tidak menjadi pilihan pemimpin Melayu pada masa itu.

Semasa peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, UMNO telah mengambil alih kuasa tetapi tidak pun menubuhkan kerajaan tentera. UMNO tidak rampas kuasa sebaliknya mentadbir keadaan dan bila keadaan sudah tenteram, UMNO kembali dan kembangkan Parti Perikatan dengan menubuhkan Barisan Nasional (BN).

Najib berkata, kalau di negara lain, mungkin kaum majoriti akan cuba lakukan perkara sedemikian rupa jika ada peluang
. KLIK

Lain pula dengan cerita, Naib Presiden PAS, Mahfuz mendakwa, PAS bimbang kejadian pengeboman beberapa gereja di Lembah Klang berpunca 'tangan-tangan ghaib' yang cuba mengapi-apikan ketegangan dan mengambil kesempatan untuk tampil sebagai pembela Islam bagi mengembalikan sokongan politik yang kini kian pudar.

Mahfuz menyifatkan perisatiwa tersebut mirip "peristiwa yang bersifat perkauman pada tahun 1987 yang bermula dari pertembungan antara Ketua Pemuda UMNO, Najib dan pemimpin MCA yang diketuai Lee Kim Sai.Pemimpin pembangkang telah dikambinghitamkan dan ditahan di bawah ISA dan UMNO berjaya mendapat kembali sokongan orang-orang Melayu dan MCA pula mendapat kembali sokongan orang-orang Cina. KLIK

Inilah satu lagi bentuk dakwaan dari pemimpin parti PAS-pakatan yang sudah merasakan rakyat sudah mula tidak percaya, sudah mula untuk meninggalkan pakatan pembangkang sehingga Mahfuz seolah-olah sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukan UMNO.

Tetapi adakah kita semua berfikir, siapakah manusia yang pakar dalam memainkan, membakar sentiment seperti ini ?

Kawan begitu tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Awang Selamat di akhbar Mingguan Melaysia semalam yang mana Awang Selamat menulis Anwar Ibrahim nampak sudah terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja termasuk penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh agama Katolik..........

Anwar bersama pemimpin DAP menuduh UMNO menyemarakkan sentimen bantahan umat Islam, yang kononnya secara tidak langsung dikaitkan dengan kejadian membakar gereja.

Itulah kepakaran Anwar, menurut Awang Selamat..................

Apa sahaja ruang dan kesempatan akan digunakan sepenuhnya untuk meraih sokongan. Melalui isu kalimah Allah, Anwar mahu menagih sokongan bukan Islam terutama di Sabah dan Sarawak dengan cara memburukkan-burukan UMNO.

Hakikatnya, dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO telah membolehkan agama lain berkembang dan dianuti dengan bebas. Rumah ibadat agama lain yang begitu banyak di negara yang majoriti Islam ini membuktikan bahawa kesederhanaan dan pragmatisme UMNO selama ini banyak menguntungkan agama lain.

Merujuk tulisan Awang Selamat, apabila berlaku insiden bakar gereja, secepat kilat Anwar menyambarnya untuk dijadikan isu. Lebih-lebih lagi, Anwar sedar reaksi majoriti umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, tidak memihak kepada beliau.

Malah ramai ahli-ahli PKR sendiri dan pembangkang lain di kalangan orang Islam kecewa dengan pendirian kepemimpinan Anwar, malah masyarakat bukan Islam juga boleh menilai siapa Anwar yang sebenarnya.

Anwar yang lebih mementingkan agenda peribadi sendiri. Anwar sebenarnya kian tertekan kerana perbicaraan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan dan semua orang tahu, Anwar membuat pelbagai cara untuk menangguhkan perbicaraan.

Mengapa Anwar begitu takut menghadapi perbicaraan kes liwatnya ?

Akhir tulisannya, Awang Selamat berkata, apa sahaja strategi Anwar, tidak sukar dibaca. Anwarlah sebenarnya yang suka membakar sentimen rakyat. Sejarah telah membuktikan bahawa kes moral peribadinya boleh dimanipulasi sehingga rakyat terheret sama. PKR dan DAP menang banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu juga kerana sentimen yang Anwar mainkan, biar sekalipun kepentingan agama dan bangsa menjadi taruhannya.


Saturday, January 9, 2010

Bakar Gereja – ikut kepala otak UMNO, inilah hasilnya !!!!


Di saat umat Islam, begitu ini hangat menentang isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah penerbitan gereja katholik – Herald, ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan untuk menimbulkan keparahan keharmonian masyarakat majmuk dengan tidakan membakar gereja.

Sebagai Penyokong UMNO, kawan mengutuk akan perbuatan ganas dan tidak bertanggungjawab ini, walaupun sebahagian besar penyokong UMNO membantah sekeras-kerasnya akan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam pernerbitan majalah Herald.

Dato’ Sri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri juga mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja serta mengarahkan pihak polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Dato’ Sri Najib mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, kerana ianya akan menghancurkan keharmonian dalam Negara di mana wujudnya kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup, hormat menghormati antara satu sama lain serta tidak boleh digugat oleh sesiapa.
KLIK

Seingat-ingat kawan, UMNO tidak pernah menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang ganas untuk membantah sesuatu isu sehingga merosakkan harta benda awam, menganggu kententeraman awan atau sampai mengugat keharmonian masyarakat. Apatah lagi untuk mengambil tindakan sebodoh dan seganas seperti membakar rumah-rumah ibadat agama lain.

Kawan rasa, masyarakat bukan Melayu-Bumiputera dan bukan beragama Islam boleh merenung kembali setiap insiden-insiden keganasan yang berbentuk keagamaan di Malaysia.

Kumpulan mana ? parti politik mana yang selalu menimbulkan ketegangan seperti ini ?

Mungkinlah, sekarang ini dilihat semuanya baik, kononya aman damai, bersepakat, satu hati apabila PAS, PKR dan DAP bersekedudukan, semua kejahatan, kerakusan, keganasan dilihat datang dari pihak UMNO………

Inilah bentuk tomahan yang tidak berasas datang dari blog-blog pro pembangkang yang menuding jari kepada UMNO di atas insiden pembakaran gereja ;

Blog 1 KLIK

AGAMA IKUT KEPALA OTAK UMNO: INI HASILNYA : WAJIB KORANG TENGOK

maka agama hancur ditangan mereka;

Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).akhirnya ada kejadian dimana gereja tempat penganut agama lain dah dibakar. ini semua karena mereka beragama dengan kepala otak sahaja yaitu kepala otaknya sendiri dan tidak mengikuti rasul dan alloh swt yang punya agama itu sendiri.

Blog 2 KLIK

Ini bukan jihad, Ini keganasan

Ini adalah perancangan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana ketakutan dan tidak selamat serta ketegangan kaum dan agama dalam negara. Saya tidak menolak kemungkinan besar dibelakang peristiwa-peristiwa sebegini ialah orang-orang politik tertentu (dalam Umno). Umno sudah tidak mendapat sokongan rakyat terbanyak. Mereka telah beberapa kali mengingatkan rakyat mengenai berulangnya peristiwa 13 Mei dan mereka mahu rakyat menyokong mereka dengan cara menakutkan rakyat. Insiden kepala lembu diantara perancangan mereka yang gagal membangkitkan kemarahan rakyat Islam dan Hindu.

Saya juga ingin mengingatkan rakyat supaya bertenang dan jangan terperangkap dengan agenda politik Umno/BN yang sudah tidak mampu memikat rakyat dengan agenda '1 Malaysia'.

YB Dr Siti Mariah Mahmud
MP for Kota Raja

Betapa cetek, kotor dan jahatnya pemikiran puak-puak pembangkang ini, lebih-lebih lagi penulis blog yang datang dari seorang Ahli Parlimen yang berstatus Doktor, tetapi kerana kepentingan politik, pemikirannya menjadi jumud……

Kawan juga boleh membuat andaian mengikut pemikiran yang jumud macam puak-puak pembangkang ini.

Tidak salah kalau kawan mentafsirkan, kenapa Khalid Samad - PAS begitu kuat menyokong agar kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh pihak gereja Katholik ?

Mengapa Anwar Ibrahim, begitu bersungguh-sungguh mempertahan isu tersebut ?

Dan mengapa kepimpinan PAS begitu dingin untuk bersama-sama membantah di atas penggunaan kalimah ‘Allah’ tersebut ?

Apabila orang-orang Melayu Islam dari UMNO dan NGO-NGO sibuk mengadakan demonstrasi membantah secara aman, dilihat pula sokongan-sokongan menggalakan dari segenap sudut, maka kesempatan ini diambil oleh pengkhianat-pengkhianat yang tidak bertanggungjawab dengan membakar 3 buah gereja pada malam sebelumnya …….

Tidak salah kalau kawan juga berandaian bahawa ini juga adalah satu perancangan atau agenda licik dari pihak pembangkang untuk mendapat keuntungan politik mereka………….

Kenapa tidak ? Cuba kita renung bersama, bukankah tidak lama lagi di Negeri Sarawak akan diadakan Pilihan Raya negeri ?

‘Pemikir dunia’ ini mungkin begitu licik memikirkan bahwa di Sarawak rakyatnya terdiri pelbagai etnik juga pelbagai anutan agama dan sebahagian besarnya dari etnik-etnik di Sarawak adalah penganut agama Kristian…….

Tidakkah kalau kawan juga berfikiran bahawa, ‘ahli pemikirdunia’ yang licik ini juga telah merancang agenda jahat supaya penganut-penganut agama bukan Islam di Sarawak akan membenci Kerajaan UMNO-BN…………

Begitulah, kalau kawan juga berfikiran jahat macam Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, menuding jari kepada UMNO…….

Tetapi, tidak mustahilkan ? Kalau kita rujuk kembali kepada surat dari Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah kepada Anwar Ibrahin, Ketua Umum PKR…..

Kawan berharap kepada seluruh warga Malaysia, janganlah mudah tertipu dengan dakyah-dakyah songsang dari kalangan-kalangan yang sentiasa ingin melihat Malaysia kucar kacir, tidak harmoni kerana terlalu bernafsu hendakkan kuasa……

Biarlah Kerajaan, Polis serta pihak-pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu ini dengan baik dan sempurna, beri keyakinan mereka-mereka ini menjalankan tugas………… jangan asyik menuding jari kepada Kerajaan UMNO-BN…….




Friday, January 8, 2010

Kalimah ‘Allah’- UMNO lebih ekstrem daripada PAS ?

Kelmarin, PAS menuduh UMNO menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat' melalui Ketua Penerangannya Idris Ahmad.

Dan kelmarin juga Nik Aziz membidas mengapa pemimpin UMNO menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik. Nik Aziz juga mempersoalkan mengapa UMNO tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.

Semalam pula, Lim Kit Siang – DAP menyatakan, PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi pemggunaan kalimah ‘Allah’ apabila merujuk kepada pendirian PAS bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".

Nga Kor Ming, MP DAP Taiping pula membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan rakyat daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah.

MP Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.

Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

Seorang pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mengambil kesempatan menyindir MCA dan Gerakan dengan mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Jason mendakwa "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

MCA dan Gerakan di dakwa melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem, kini terpaksa berdepan dengan sekutu UMNO yang kelihatan lebih ektrem daripada PAS.

Begitulah suara-suara sekutu rapat PAS yang dipetik dari web merdekareview, kawan tidak mahu komen panjang dalam isu kalimah ‘Allah’ ini, kawan Cuma minta semua orang Melayu Islam sama-sama menganalisa satu kiriman e-mail dari seorang sahabat dalam facebook yang dipaparkan di bawah ini ;


Surat Terbuka Buat Penganut Kristian !!!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian.

Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.

Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional.

Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.

Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.

Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.

Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.

Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.

Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.

Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.

Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.

Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran.

Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.

Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.

Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam beriman kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

Sekian.

Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
Bukit Indah, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Dan disini juga kawan paparkan satu surat dari Persatuan Gereja Seluruh Sabah (Catholic Diocesan Centre) yang disalin dari blog SenjaLiza ;



Sama-samalah kita fakir apakah dan dimanakah matlamat perjuangan sebenar PAS dan Melayu PKR dalam mendaulatkan bangsa Melayu dan agama Islam……



Thursday, January 7, 2010

Curi enjin TUDM – Sarjan & Pengarah Syarikat yang di dakwa hanya sebagai ‘kambing hitam’ ?


N. Tharmendran, 42, sarjan dari Pengkalan Udara TUDM subang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.

K. Rajandran Prasad, 38, Pengarah sebuah syarikat pembekalan, , turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

Manakala N. Tharmendran telah didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F-5E jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini. KLIK

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, ramai lagi yang akan didakwa di mahkamah berhubung kes kecurian enjin jet pesawat pejuang F5E tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan para pemberita sama ada terdapat lagi suspek yang akan didakwa berhubung kes tersebut. KLIK

Jelas bukan ? jadi 2 individu yang dituduh ini ‘kambing hitan’ pada siapa ?

‘Kambing hitam’ kepada UMNO-BN ? Dato’ Sri Najib ? atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ?
Tak sangka ramai warga Malaysia sanggup jadi 'kambing hitam' ye......

Mari kita lihat bagaimana ceteknya pemikiran, bagaimana jumud dan hitamnya otak dalam kepala penyokong pembangkang ini menulis dalam blognya ;


Enjin Jet : 2 Ekor Kambing Hitam?

Apa benda cerita pasal dua ekor 'kambing hitam' ni?
Sorang atas tuduhan membantu hapuskan barang curi...
Sorang atas tuduhan bersubahat mencuri enjin...
PERSOALAN BESAR DI SINI...
SIAPA PENCURINYA???
Rakyat Malaysia nak tahu siapa Pengkhianat yang curi enjin jet itu?
BUKAN NAK TAHU siapa yang SUBAHAT dan siapa yang tolong HAPUS BUKTI!!!
Woi!!! Siapa KEPALA BAPAK PENYANGAK TU???!!
Tak faham isu ke... apa lagi yang nak dibodohkan 1 Malaysia ntah!!
:Author Faethal-KILIK

Begitulah apa yang ditulis oleh si jumud yang mengaku seorang penyokong parti yang kononnya berjuang berlandaskan Islam…………itulah gaya bahasa dari seorang manusia (kalau layak) yang nama penulisnya pun dah macam nama Yahudi, maka tidak mustahil pemikiran pun sama macam Yahudi jugalah ye……….

Inilah gambaran pemikiran yang ada pada setiap penyokong pembangkang agaknya…….

Sentiasa menabur fitanh, menabur kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO.

Harga enjin pesawat yang dicuri hanya bernilai antara RM8 juta - RM27 juta didakwa sampai RM50 juta, inilah kerja-kerja munafik yang jelas dilakukan oleh puak-puak pembangkang ini.

Dari kenyataan di atas telah jelas menyebut dua individu tersebut didakwa kerana bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F-5E jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Tetapi, dah memang jenis manusia suka membuat ayat tak habis, baca dan tafsir ayat Quran pun suka sekerat-sekerat, ambik setakat mana yang dirasakan menguntungkan parti dia orang je…… maka itulah paparan fitnah yang mereka ini suka lontarkan……..

Puak-puak ini kalau bab betina, tak pun dengar cerita masuk tak habis…………… habis sapan dikerjakannya……. Tengok je lah perangai pemimpin muda PAS kat Kelantan tu……….. sapan anak dara orang dikerjakannya……..

Perangai penyangak-penyangak pembakang ini kerjanya memutarbelit isu, maka tidak hairan kalau sesuatu isu diwujudkan, kemudian tuduh kerajaan UMNO sengaja rahsiakan, sengaja melindungi pemimpin-pemimpin atau individu tertentu.

Bila kerajaan ambil tindakan, timbul pulak fitnah ini semua ‘kambing hitam’……

Apa lagi nak digelar manusia macam ini, lembu, kambing, biawak, bodoh macam batu p***r……… terserahlah pada tuan-tuan, puan-puan nak panggil apa pada manusia munafik ini…………..

























Wednesday, January 6, 2010

Penyebar fitnah – kerjanya menghasut masyarakat dengan risalah


Di mana ada orang ramai, di mana ada pesta, disitulah akan wujud manusia seperti ini merayau-rayau mengedar risalah-risalah fitnah supaya rakyat membenci kerajaan UMNO-BN. Puak-puak ini sudah tidak cukup dengan ceramah-ceramah setiap malam, minggu dan bulan melalak melolong tidak kira akan perasaan jiran-jiran sekeliling…..

Inilah yang berlaku di kawasan perkampungan tanah rancangan FELDA, tumpuan diberi oleh pembangkang untuk menghasut warganya, kerana masyarakat FELDA terdiri 99% orang Melayu Islam….

Yang peliknya, individu ini cepat-cepat menghilangkan diri bila tahu gambar mereka dirakamkan…………….. begitulah mengikut cerita sahabat kawan. Bacul juga penyebar fitnah ini….

Risalah yang disebarkan pulak, bukannya munasabah, kononnya hendak membongkar penyelewengan kerajaan UMNO-BN di Pahang, tetapi bagi yang berfikir, mereka tahu itu semua kerja-kerja kakitangan Kerajaan yang tidak bertanggung jawab, masakan seorang Menteri Besar atau mana-mana Wakil Rakyat UMNO-BN perlu menyelewengan dengan pengambilan minyak kenderaan…………. Atau apa-apa sahaja………. Kena fikirlah kalau orang itu benar-benar bijak…..

Kawan rasalah, puak-puak pembangkang ini sudah tidak ada isu hendak menghasut rakyat, kerana hendak menutup isu-isu kerajaan PAS-pakatan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, mereka terpaksa mengedar cerita-cerita fitnah semacam ini……



Inilah cara pembangkang untuk menutup kemaluannya apabila ada yang menuntut gantirugi RM800 juta dari krajaan PAS di Kelantan..........






Tuesday, January 5, 2010

Mahkamah Tinggi tolak - Ketua orang Asli suku Jahut gagal mendapatkan bekalan api & air di bangunan serbaguna yang dijadikan gereja


TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh dua beranak masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air di bangunan serbaguna di Kampung Pasu, dekat sini, yang tidak dibekalkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sejak dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang tidak membekalkan elektrik dan air adalah wajar kerana bangunan berkenaan merupakan struktur yang tidak sah.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, tanah di mana bangunan tersebut didirikan tidak digazetkan sebagai tanah Orang Asli.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Wet Ket dan anaknya Yaman, mendakwa menerima notis amaran daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menyatakan bangunan serbaguna yang siap dibina pada Julai 2003 telah menceroboh tanah milik kerajaan negeri Pahang.
KLIK

Yang Gambi ; Mungkin aka nada media-media pembangkang akan membesar-besarkan isu ini, tomahan demi tomahan akan kena pada kerajaan UMNO-BN, kerana berlakunya diskriminasi terhadap penganut agama bukan Islam.

Akan ada nanti, parti-parti yang kononya ‘Islam for all’ akan mengambil kesempatan melalak dalam kampung-kampung menujah kerajaan UMNO-BN, mengambil kesempatan memutar belit fakta menghasut rakyat.

Apa yang jelas, mengapa Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh menolak permohonan untuk menyambung bekalan air dan elektrik ke bangunan tersebut kerana pembenaannya melalui pencerobohan tanah milik kerajaan Negeri Pahang.

Apa yang jelas lagi, bangunan pada asalnya di bena di atas nama ‘bangunan serbaguna’ telah menjadi sebuah ‘gereja’ bagi kergunaan 70 orang penganut-penganut Kristian dari masyarakat orang Asli suku Jahut.

Kerana ada sokongan kuat dari pihak-pihak tertentu yang berkepentingan, Wet Ket dan anaknya Yaman, membawa isu ini ke Mahkamah walau pun telah menerima notis amaran daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh memberitahu ‘bangunan serbaguna’ yang dijadikan ‘gereja’ itu telah menceroboh tanah milik kerajaan.

Persoalannya, inilah mungkin sebab-sebabnya mengapa pihak gereja katholik juga memohon kebenaran menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam penerbitan majalah Hearld.

Kalau kita renungi bersama, bagi masyarakat Islam yang berhajat membena sebuah Masjid atau Surau, tapak tanah perlu diwakafkan dulu, sama ada dari individu mahu pun kerajaan serta memerlukan kebenaran dari mana-mana Pejabat Agama dalam negeri, setelah mendapat kelulusan, barulah sebuah Masjid atau Surau boleh dibena.

Berbeza dengan kes ‘bangunan serbaguna’ yang dijadikan ‘gereja’ di Kampung Pasu dalam Mukim Jenderak ini, bangunan serbaguna jadi ‘gereja’ ini dibena tanpa memohon kebenaran dari kerajaan terlebih dahulu.

Kalau sudah masyarakat Islam di Malaysia memerlukan proses-proses tertentu untuk membena sebuah Masjid atau Surau, mengapa agama bukan Islam tidak mematuhinya……..

Monday, January 4, 2010

MB Negeri Sembilan dihukum sebat ?

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.KLIK

Itulah cerita blog pro PKR yang kononnya mengadakan Mahkamah Rakyat untuk menghukum Menteri Besar Negeri Sembilan……..

Tergolak den ……… dengan perangai puak-puak parti Keadilan yang sudah macam gila dan mabuk kuasa ini………


Inilah agaknya bayangan kalau mereka berkuasa, memerintah Negara, pendeknya tiada rakyat yang akan selamat, Mahkamah belum buat apa-apa keputusan, mereka akan buat penghukuman mengwujudkan mahkamah sendiri……..

Tidak kah ini ala pemerintahan rejim komunis ?

Kenapa tidak buat simbolik supaya rakyat jatuhkan hukuman sebat ke atas Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat ?

Kalau jujur dan ikhlas puak-puak AMK parti Keadilan hendak menegak kebenaran………………….. jangan hanya tahu hendak menjantuhkan hukuman sahaja, cermin dulu diri sendiri………

Tenguk dulu ke atas diri Ketua Umum PKR, siapa Anwar Ibrahim…….

Tenguk dulu siapa Naib Ketua AMK Negeri Kelantan, dicekup kerana disyaki mengedar dadah………..

Jangan sampai gajah depan mata tak Nampak, kuman seberang laut Nampak……

Kata dulang paku yang serpih, kata orang pemimpin-pemimpin PKR yang lebih……….

Jangan sampai jadi gila meroyan banyak bawa berfikir wahai pengikut-pemgikut PKR…………….