Dilaporkan Anwar Ibrahim akan mengadakan himpunan peneroka-peneroka Felda di Bera, Pahang pada 17 Disember ini sebagai memulakan kempen supaya para peneroka menyaman Felda.
Mazlan Aliman-ANAK yang terasa kegiatannya tergugat dengan kewujudan ‘BAPAK’, nampaknya terpaksa menggunakan Anwar ‘pakar liwat’ sebagai pesiapan meraih sokongan para peneroka Felda dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
ANAK juga akan berganding bahu dengan ‘alumni kakitangan Felda’ yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan hasutan terhadap para peneroka supaya mengadakan saman besar-besaran ke atas Felda.
Tuntutan pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 dan perahan minyak sawit dinaikkan kepada 23 % daripada 18-19 % dijadikan isu utama dalam gerakan menghasut para peneroka untuk menyaman Felda.
Tidak dapat tanduk, teliga tetap mahu dipulas, begitulah peranan Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat untuk memenuhi cita-cita politiknya…..
Kononnya ANAK adalah sebuah pertubuhan NGO yang bukan sahaja agresif menuntut hak-hak peneroka Felda, juga kepada peserta tanah-tanah rancangan lain seperti Felcra dan Risda yang lebih kepada bermotifkan politik PAS untuk menghuruharakan rakyat.
Biasalah, inilah kerja pembangkang, kalau tidak nanti mana hendak cari penyokong……..
Hendak dikatakan para peneroka Felda hidup susah, tidak juga, ada yang lebih 30 tahun menjadi peneroka, malah semakin hari semakin menyerlah kesenangan yang mereka kecapi….. tidak ada seorang pun yang hidup merempat sampai masuk rancangan TV3 ‘Bersamamu’…..
Harga gula naik 20 sen sekilo, hebuh buat demonstrasi macam orang hilang akal, padahal dalam sebulan ada yang tidak lebih 10 kilo je membeli gula…. Tapi kenapa tidak ada yang terlalak terlolong bila harga getah lantun melambung sampai RM6-7 sekilo, harga sawit mencecah RM600 ke RM700 satu tan…….
Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampung, berapa pendapatan mereka sehari/sebulan jika hendak dibandingkan dengan kenaikan harga gula 20 sen….
Tanyalah para peneroka Felda, Felcra mahu pun Risda atau orang-orang kampong, bagaimana kerajaan membantu anak-anak mereka yang bersekolah…. malah ada yang semuanya diberi percuma….
Jumud sangatlah pemikiran para peneroka Felda jika masih tidak dapat menilai apa yang telah mereka kecapi melalui Felda dan Kerajaan UMNO-BN…..