Wednesday, February 24, 2010

Bella-air mata seorang bapa, bila anak kembali kepangkuan


Semalam, kerajaan Indonesia telah memperkenalkan satu Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), yang telah menetapkan setiap rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), untuk menjaga kebajikan wanitanya. Syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. KLIK

Hari ini, berita seorang pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang lebih mesra dengan panggilan Bella dikatakan dilarikan teman lelakinya, Hafiz Sukma, 26, ke Lombok 7 Ogos tahun lalu selamat kembali ke tanah air.

Selepas dilarikan ke Lombok, Bella dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit dan kini mengandung lima bulan anak sulungnya. KLIK

Usaha-usaha membawa pulang Bella di atas inisiatif Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dengan kerjasama Wisma Putra di bawah penyelarasan Penolong Pengarah Biro, Mohd Fadzil Abd Rahman.

YG: Kalau kerajaan Republik Indonesia boleh mendraf undang-undang sebegitu rupa untuk menjaga kebajikan kaum wanitanya, mengapa Kerajaan Malaysia tidak berusaha untuk mengatasi bagi melindungi anak-anak gadis seperti Bella ?

Bukan kisah Bella sahaja yang menjadi igauan rakyat Malaysia, malah sudah berpuloh, beratus ibubapa yang terseksa, menangisi anak-anak gadis mereka dibawa lari oleh lelaki-lelaki Pulau Lombok, Indonesia…….

Persoalannya, bagaimana penculik anak-anak gadis Malaysia untuk dijadikan isteri begitu mudah meloloskan diri keluar dari Malaysia ?

Apakah pengawasan, pengawalan di sempadan Negara begitu mudah untuk dilolosi ?

Atau ada pengkhianat-pengkhianat yang tidak amanah menjaga keselamatan sempadan ?

Bayangkanlah, kalau semudah itu anak gadis seperti Bella yang sedang belajar, berpakaian sekolah dibawa lari lelaki durjana ini……

Mungkin ramai yang berfikir atau bertanya mengapa anak-anak gadis Malaysia begitu mudah tergoda dengan lelaki Lombok…….. tak perlu dipertikaikan…… tetapi perlu difikirkan bagaimanakah penculik-penculik ini begitu mudah meloloskan diri, itu yang sepatutnya kita persoalkan…………

Kalau kerajaan Malaysia mungkin masih tidak mampu untuk menetapkan undang-undang menyekat, mengawal gejala ini, apakah kerajaan juga tidak mampu mengawal sempadan Negara ?

Sekurang-kurangnya, haramkan kemasukkan pekerja-pekerja asing dari pulau Lombok menjejak kaki ke bumi Malaysia ini……….. sudah banyak karenah yang dilakukan puak-puak Lombok ini……..

Bagaimana kalau tragedy Bella ini berlaku ke atas anak-anak gadis Tan Sri-Tan Sri, Datuk Seri-Datuk Seri, Datuk-Datuk, Tuan-Tuan sekalian ?

11 comments:

  1. Assalamualaikum YG,

    Memang Mak Cik sokong seruan kamu supaya kerajaan kita lebih tegas bab kaum PATI atau tidak ini. Keadaan kritikal sekarang.

    TAPI, kita rakyat Malaysia pun kena memainkan peranan dalam hal ini. Kalau tidak usaha kerajaan pun tak akan berkesan sepenuhnya.

    Contohnya peringkat awal kita tidak galakkan lagi pengambilan pekerja asing di sektor yang tidak penting sangat. APA yang rakyat tempatan boleh buat kita ambil rakyat tempatan melainkan jika dan terdesak dalam sektor tertentu.

    Keduanya, kena ada kesedaran pada gadis gadis kita dan keluarga mereka sendiri. Kalau kawasan berhampiran ramai pekerja Indonesia, awasilah gerak geri atau nasihatkan mereka secara langsung.

    Ketiganya, kuatkan pertahanan dalaman orang kita. Ilmu sihir ini sinonim dengan bangsa itu. Kita semua kena berhati hati apa tah lagi anak anak gadis. Kalau dah kena susah nak ubat.
    Kita tak boleh salahkan orang lain seratus peratus dalam hal ini. Kita pun ada silapnya juga.

    Keempat, gadis kita kena SEDAR Diri dari awal lagi, kita tanamkan risko berkahwin cara begini dan awasai kata kata manis yang hanya dibiri tu. Mereka cuma nak ambil kesempatan atas kelalaian dan kebaikkan kita semua. Jangan mudah terpedaya. Kalau tak ada kekuatan mental dan ruhani susah nak bertahan sekarang,walau siapa pun kita. Dunia sekeliling kita semakin mancabar dalam segala aspek.

    Inilah namanya kehidupan dunia. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Salam..Semalam teman tengok berita ni di tv. Kisahnya yang dapat teman simpul adalah masalah kanak-kanak perempuan itu sendiri. Ayahnya menangis sebak bila menceritakan yang ayahnya menghantar ke sekolah asrama, tapi si kanak-kanak ini lari. Bermula dengan lari sekolah, lepas tew lari ikut laki...Apapun kita doakan yang terbaik buat keluarga beliau.

    ReplyDelete
  3. salam bro YG
    sama-samalah kita menjaga anak-anak kita agar dijauhi dari anasir buruk sebegini

    ReplyDelete
  4. Salam YG,

    Saya rasa kes gadis Melayu yang banyak kahwin lari ikut teman lelaki Jawa Lombok mereka itu kerana sudah dipukau atau lebih tepat lagi sudah dikenakan dengan ubat guna-guna.

    Saya dulu pernah juga bergaul dengan kaum Jawa Lombok ini, kuat sembahyang..tak pernah tinggal sembahyang, masa mandi mereka akan bertelanjang bulat tanpa seurat benangpun dibadan.

    Sangat lokek. Jadi saya fikir kaum Lombok ini menyimpan ilmu pukau yang kuat...

    ReplyDelete
  5. Kalau lelaki asing kawin perempuan mereka, kena sedia sebanyak wang yang cukup besar tapi kalau si lelaki dalam negara sendiri menikah dengan perempuan asing tiada apa pula?

    Susah jugaklah nak kata. Anak gadis Malaysia kan semuanya baik hati.

    ReplyDelete
  6. anak anak dato xkan lekat dengan mat bangla mat indon..diorang mesti cari omputih..study oversea..

    yang bodo pilih mat bangla, nepal indon ni cuma budak budak xde pendidikan tinggi..jenis budak budak baru nak merasa hidup..

    tapi itulah nak sekat macam mana..pendatang inipun nak bawa lari bukan ikut airport..semua ikut jalan tikus, jalan haram..susah nak sekat..

    terpulang pada kerajaan nak buat macam mana..tapi setakat ini memang tiada akta yang melarang mana mana pendatang membawa lari anak orang..

    ReplyDelete
  7. As salam.. betul sangat pendapat saudara...semalam pun saya terus berbincang dengan budak2 saya setelah melihat diorang lali di kelas... marah pun ada juga... dan kita pun perlu ambil tindakan sama.. ramai juga gadis kita yang menjadi mangsa perkahwinan/dilarikan orang...

    ReplyDelete
  8. ITULAH HEBATNYA 1MALAYSIA. SEMPADAN MUDAH DIBOLOSI OLEH SESIAPA SAHAJA KERANA KITA BERKONGSI 1MALAYSIA TERMASUK DENGAN PENDATANG ASING

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus berbuat sesuatu mengenai sempadan negara. Terlalu mudah masuk dan keluar orang asing.

    Tak mustahil nanti ada pengintip dan tentera asing yang akan masuk ke negara ini mengikut cara sedemikian.

    ReplyDelete
  10. berita terbaru, Bella ini masih tak insaf. Dia lebih sayangkan orang lombok dari mak ayahnya sendiri

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kekawan semua dengan komen..... inilah yang menjadi satu pengajaran kepada semua ibubapa agar sentiasa berhati-hati serta mengawasi anak-anak.........

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..